Rabu, 15 April 2009

Kenangan Majlis Diskusi Di Tanta 9 April 2009


Assalamualaikum..Alhamdulillah bersyukur dengan nikmat yang Allah taala berikan.Nikmat masa lapang dan kesihatan.

Walaupun saya bukanlah sepanjang masa di hadapan komputer cuma kadang-kadang menjengah juga blog yang baru sahaja dibuat nie,tetapi alhamdulillah diberikan juga kesempatan olehNya untuk menulis serba sedikit apa-apa sahaja yang boleh dikongsi bersama..

Aktiviti sebagai pelajar apatah lagi penuntut ilmu agama ini memang memerlukan perancangan yang rapi.Saya pula bukanlah orang yang pandai menyusun perancangan kehidupan seharian.Mana yang sempat dilakukan maka itulah yang saya akan lakukan.

Baru-baru ini saya dijemput ke Tanta untuk memberikan diskusi Kitab Cara Mudah Memahami Tauhid ahlussunnah dan Fiqh Syafie yang dikarang oleh al-Fadhil Ustaz Ayob ,Master Universiti al-Azhar .Diskusi bermula daripada pukul 10.30 pagi sehingga hampir pukul 5 petang dan hanya berhenti rehat sekitar 45 minit benar-benar mengajar kita bahawa waktu itu amat singkat dan terlalu mencemburui kita.

Masa selama lebih kurang 6 jam ini ,saya hanya sempat menerangkan kepada sahabat-sahabat di Tanta 20 muka surat sahaja.Tetapi saya mengetahui bahawa sahabat-sahabat memahami cara penyampaian saya.Kita mementingkan kefahaman bukannya banyak mukasurat yang dibaca.

Berkali-kali saya menyebutkan kepada sahabat-sahabat (bukan hanya di Tanta ,tetapi di mana-mana sahaja tempat di Mesir ini yang saya dijemput untuk memberikan kuliah di sana) bahawa ilmu kita yang sebenar adalah ketika kita belajar dengan para Masyaikh(ulama-ulama).Bukan hanya sekadar membaca dan mengkaji bersendirian.Diskusi yang diadakan tersebut bukanlah sudah mencukupi untuk digelar seorang yang alim dalam bidang aqidah.Ini perlu diambil perhatian oleh semua.Masa lapang yang ada selepas peperiksaan nanti ,saya menyeru kepada semua yang berada di perlembahan Nil ini agar beramai-ramai memenuhi majlis pengajian di Masjid al-Azhar bersama para ulama di sana.Jangan banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Rugi besar kita jika tidak mengambil peluang keemasan ketika berada di Mesir ini.

Sahabat-sahabat di Tanta ada juga bertanya kepada saya bilakah kita akan bertemu lagi di dalam majlis sebegitu.InsyaAllah ada keizinan dan Inayah daripada Allah taala kita akan bersama-sama lagi berbincang berkenaan perkara ilmu bersama-sama.

Nikmat yang begitu besar dirasakan bila kita semua hanya berbicara berkenaan dengan Ilmu dan cara menambahkan pengetahuan kita semua.Semoga Kita digolongkan olehNya bersama-sama golongan para ulama yang mengamalkan ilmu mereka ke arah kebenaran,bukan hanya sekadar bercakap tetapi tidak mengamalkan ilmu tersebut.wallallahu a'lam
p/s: Terima kasih buat Ustaz Huzaifah kerana sudi bagi gambar kenangan nie :)

Coretan,

Mohd Nazrul Abd Nasir, Rumah Kedah,Hayyu 10, Kaherah Mesir.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...