Rabu, 22 April 2009

Hukum Pegang al-Quran Ada Terjemahan dan I'rab Bagi Perempuan Haid


SOALAN

Apakah hukum membawa i'rabul quran(kitab menerangkan tatabahasa di dalam al-Quran) semata-mata tanpa terjemahan tanpa wudhuk atau dalam keadaan haid?

JAWAPAN

Terima kasih kepada saudari yang bertanya,Firman Allah subhanahu wa taala di dalam surah al-Waqiah:

لَا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ (79)

Maksudnya: Yang tidak disentuh(al-Quran) melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.

Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam daripada hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Umar radhiyallahu anhuma:

لا تمسَّ القرآن إلا و أنت طاهر

Maksudnya: Janganlah kamu menyentuh al-Quran melainkan kamu di dalam keadaan yang bersih.

Menurut al-Imam Haithami rahimahullah di dalam kitab Majma’ Zawaid hadis ini diriwayatkan oleh para ulama hadis yang thiqah.

Para ulama berbeza pendapat berkenaan membawa al-Quran yang terdapat di dalamnya tulisan selain daripada al-Quran( sama ada I’rab al-Quran, tafsir al-quran di dalam bahasa Arab sekalipun, dan terjemahan di dalam bahasa lainnya).

Menurut al-Imam Jurdani rahimahullah di dalam kitab Fathul Allam Syarah Mursyidul Anam, dibenarkan untuk membawa al-Quran yang terdapat seperti apa yang kita sebutkan sebelum ini.Walaupun kita berniat membawa al-Quran semata-mata.Ini jika tafsir (atau i'rab dan sebagainya) itu lebih banyak daripada tulisan di dalam al-Quran.

Tetapi jika tulisan tersebut lebih sedikit daripada al-Quran, ataupun sama banyaknya, atau kita tidak pasti yang mana satu lebih banyak maka hukumnya adalah haram untuk menyebtuh al-Quran tersebut tanpa wudhuk.

Sebaiknya kita memastikan terlebih dahulu.Bagi mengelakkan daripada melakukan perkara yang diharamkan oleh Syarak.Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran oleh al-Imam Nawawi.

2. Fathul Allam Syarah Mursyidul Anam oleh al-Imam Jurdani jilid 1 mukasurat 251-252.

Mohd Nazrul Abd Nasir, Hayyu 10,Kaherah Mesir

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...