Khamis, 9 April 2009

Nasihat Menasihati

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...
Alhamdulillah sekali lagi dapat tulis dalam ruangan Diari Daie nie...

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi lawat blog saya nie..walaupun kadang-kadang terlambat update dan lambat jawab soalan-soalan yang sahabat semua utarakan.Benarlah kata-kata al-Imam Hasan al-Banna rahimahullah:

الواجبات أكثر من الأوقات

Maksudnya: Kewajiban itu lebih banyak daripada waktu yang kita ada.

Sehari semalam kita hanya punya 24 jam tetapi jika dihitung tugas yang perlu dilakukan oleh kita seharian maka tentu kita dapat nilai betapa besarnya kalam yang disebutkan oleh sang Imam.

Terlanjur saya menulis di sini maka sebaiknya saya terus jawab persoalan yang ditanyakan oleh Mirian yang bertanyakan bagaimanakah cara yang terbaik untuk kita menjawab jawapan yang diberikan oleh sebahagian sahabat kita yang menyukai band.
Saya lebih suka kita menjadi pendakwah yang mencari jalan penyelesaian.Berfikir untuk kebaikan ummat adalah sebaik-baik perkara.Secara peribadi saya katakan bahawa saya tidaklah ingin menghalang mereka menyukai band.Cuma bagaimana cara yang terbaik yang mampu kita sampaikan kepada golongan sebegini yang mampu untuk menjadikan kita sebagai contoh pendakwah yang terbaik.

Jangan kita terus menghalang.Lainlah jika perkara tersebut memang terang-terangan bertentangan dengan syarak seperti berzina,minum arak,berfoya-foya dan lain-lain..

Saya cadangkan kepada Mirian agar kita bukan hanya memberikan nasihat kepada mereka,tetapi turut berikan cara yang terbaik bagi mereka.Kesilapan para pendakwah sekarang ialah banyak menegah tetapi tidak memberikan alternatif terbaik...

Di dalam permasalahan alat muzik ini terdapat khilaf dikalangan ulama Islam.Ada sebahagian ulama yang mengharamkan alat-alat bertali dan ada yang tidak mengharamkannya.
Maka selagi terdapat khilaf sebaiknya kita gunakan yang terbaik berdasarkan kondisi dan keadaan.

Nanti saya akan sertakan dalil-dalilnya samada golongan yang mengharamkan dan golongan yang membenarkan..Moga kita dapat sama-sama menilai dengan hati yang terbuka...

Cuma kesimpulan ringkas yang kita dapat sama-sama buat..Jika mereka tetap berkeras untuk meminati perkara ini,maka kita sama-sama letakkan syarat kepada mereka...antaranya..Jangan tinggal solat,jangan ada percampuran antara lelaki dan wanita,jangan ada unsur2 yang tidak baik di dalam bidang yang mereka ceburi tersebut..Jika ini yang kita lakukan,maka saya rasa ianya lebih baik dan berkesan...dalam masa yang sama kita sering ikuti perkembangan mereka dan tidak putus-putus berikan nasihat kepada mereka....

Saya bukanlah yang terbaik untuk memberikan pendapat...Cuma sebaiknya kita gunakan cara yang disebutkan oleh Allah taala di dalam al-Quran surah al-Nahl ayat 125:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Maksudnya: Serulah kamu ke Jalan Tuhanmu dengan cara berhikmah,dan peringatan yang baik dan kemudian (jika mereka tetap tidak mahu menerima malah mengingkarinya) maka berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik..

Allah taala tidak menyuruh para pendakwah untuk terus menghujum mad'u kita ...tetapi sebaiknya kita gunakan cara yang terbaik....Syarat-syarat yang kita letakkan itu adalah sebagai satu cara untuk berikan mereka berfikir...Jika mereka menerimanya dengan baik maka Alhamdulillah kita ucapkan....tetapi jika sebaliknya yang berlaku maka kita tiada lagi kuasa untuk menghalangnya..yang penting kita sudah berusaha dengan sebaik mungkin..itu lebih baik daripada semata-mata mengata daripada belakang tanpa melakukan apa2 usaha untuk kebaikan...saya puji semangat yang ada pada Mirian..teruskan usaha anda.. Saya mendoakan anda berjaya..

Usaha yang dilakukan oleh kita akan dinilai oleh Sang Pencipta yang Maha Adil Lagi maha Pengasih walaupun sebesar zarrah..

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8)

Maksudnya: Sesiapa sahaja yang beramal walaupun sebesar zarrah kebaikan maka akan dinilai oleh Allah taala.Dan Sesiapa sahaja yang beramal kejahatan walau sebesar zarrah juga akan dinilai olehNya.

Apa-apa pun,sebaiknya kita lebih banyak berbincang...maka jalan sebegini akan menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan kita...

Doakan saya selalu..
wassalam...

Mohd Nazrul Abd Nasir ,
Rumah Kedah bilik 102,
Madinat Nasr ,Kaherah,Mesir...
2.55 pagi...

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...