Rabu, 20 Januari 2010

Adakah Ayah Nabi Allah Ibrahim alaihi al-salam Musyrik??


Seorang sahabat saya daripada jaringan FaceBook ada bertanyakan kepada saya baru-baru ini berkenaan ayat 74 surah al-An’am. Ayat yang berbunyi :



Persoalannya , adakah Aazar itu bapa kandung Nabi Ibrahim alaihi al-salam?

Jawapan Saya :

Terima kasih kepada saudara yang bertanya , sekurang-kurangnya persoalan ini dapat memberikan penjelasan kepada orang ramai hujah para ulama berkenaan Aazar ini.

Saya tertarik untuk memberikan serba sedikit jawapan yang diberikan oleh Syaikhu Syaikhina al-Allamah al-Mufassir al-Mujaddid Muhammad Mutawalli Sya’rawi rahimahullah di dalam kitab tafsirnya yang sangat bermanfaat.

Al-Quran adalah Kalam Allah yang diturunkan di dalam bahasa Arab. Maka pemahaman di dalamnya perlu kepada penguasaan bahasa Arab yang mendalam.

Dari segi bahasa, perkataan الأب bukan hanya ditujukan kepada ayah kandung semata-mata. Namun ianya juga ditujukan kepada datuk, moyang dan juga kepada bapa saudara itu sendiri. Jika kita melihat ayat 133 di dalam surah al-Baqarah yang berbunyi :



Jika kita melihat dengan teliti ayat tersebut , maka kita dapati Saidina Ismail juga termasuk di dalam kelompok bapa-bapa seperti yang disebutkan oleh Saidina Yaakub alaihi al-salam. Sedangkan jika kita melihat silsilah keturunan Nabi Allah Yaakub maka kita dapat ketahui bahawa Saidina Ismail adalah merupakan bapa saudara kepada Nabi Allah Yaakub alaihimussalam. Ini kerana Saidina Yaakub bin Saidina Ishak bin Saidina Ibrahim. Manakala Saidina Ismail adalah saudara kandung Saidina Ishak. Namun ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Saidina Ismail juga termasuk di dalam kelompok bapa tersebut.

Maka kita jelas memahami bahawa perkataan bapa di dalam bahasa Arab bukan hanya tertumpu kepada bapa kandung semata-mata, namun ianya juga kembali kepada bapa saudara berdasarkan nas al-Quran dan hadis itu sendiri.

Menjadi kemusykilan kepada kita jika kita mengatakan bahawa Aazar adalah bapa kandung Saidina Ibrahim alaihi al-salam. Ini kerana, mustahil berlakunya di dalam keturunan Nabi Ibrahim terdapat ibu dan bapa kandung yang mensyirikkan Allah taala. Ini jelas disebutkan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ibn A’diy di dalam al-Kamil dan al-Imam Thabrani di dalam al-Ausath :



Saidina Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah anak cucu kepada Nabi Allah Ibrahim alaihi al-salam. Ini adalah perkara yang sangat jelas diketahui umum. Jika Baginda sallallhu alaihi wasallam sendiri mengatakan bahawa sejak daripada Nabi Allah Adam alaihi al-salam lagi tiada seorang pun di kalangan ahli keluarganya yang terpalit karat Jahiliyyah maka ini termasuklah ibu dan bapa Saidina Ibrahim alaihi al-salam. Maka ini jelas menunjukkan bahawa Aazar bukanlah bapa kandung Nabi Allah Ibrahim alaihi al-salam.

Aazar adalah seorang yang musyrik, mustahil Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dilahirkan daripada benih seorang musyrik. Firman Allah taala di dalam surah al-Taubah ayat 28:



Sedangkan Baginda sallallahu alaihi wasallam sendiri menyebutkan bahawa :



Ini semua merupakan dalil yang sudah cukup untuk kita mengatakan bahawa Aazar bukanlah bapa kandung kepada Saidina Ibrahim alaihi al-salam tetapi merupakan bapa saudara kepadanya. Bapa sebenar Nabi Allah Ibrahim adalah Saidina Taarikh bukannya Aazar.

Jika benar , Aazar adalah bapa kandung kepada Saidina Ibrahim alaihi al-salam, mengapakah Saidina Ibrahim mendoakan pengampunan kepada kedua ibu bapanya di dalam surah Ibrahim ayat 41 ?? :



Di dalam ayat ini terdapat beberapa hujah penolakan bahawa Aazar adalah merupakan bapa kandung kepada Saidina Ibrahim. Kata Guru Kami yang mulia Syaikhuna Jamal Faruq al-Daqqaq hafizahullah , ayat ini menjadi dalil bahawa Aazar bukanlah bapa kandung kepada Nabi Allah Ibrahim. Ini kerana , golongan Muslimin dilarang mendoakan pengampunan kepada golongan musyrikin. Maka ini jelas menunjukkan bahawa Aazar bukanlah ayah Nabi Allah Ibrahim alaihi al-salam.


Syaikhuna Dr Jamal Faruq al-Daqqaq al-Hasani al-Hanafi al-Asya'ri hafizahullah


Dalil kedua daripada ayat ini ialah mengapa Nabi Allah Ibrahim mendoakan kepada kedua-dua orang tuanya sedangkan ayat di dalam surah al-An’am hanya diterangkan dakwah Nabi Allah Ibrahim hanya kepada seorang sahaja pada mulanya.

Dalil ketiga ialah, doa di dalam surah Ibrahim ayat 41 menunjukkan bahawa ibu bapa Nabi Allah Ibrahim digabungkan doanya termasuk dengan golongan mukminin, maka ini jelas menunjukkan bahawa Ibu bapanya yang kandung adalah termasuk di dalam golongan mukminin.

Ini hanyalah sebahagian dalil yang dapat saya sertakan di sini buat tatapan semua.

Beradablah dengan Nabi-Nabi Allah. Jika kita sakit hati jika orang mengatakan bahawa ibu bapa kita akan masuk neraka, apatah lagi para anbiya’ . Maka tiadalah perkara yang lebih berdosa selain jika kita menyakitkan hati para kekasih Allah ini.

Semoga ianya bermanfaat untuk semua.


Rujukan :

1. Tafsir Syeikh Mutawwalli Sya'rawi jilid 6 mukasurat 503-505

2. Pengajian bersama Syaikhuna Jamal Faruq al-Daqqaq bertarikh 19/1/2010 di Mudayyafah Ismail Sadiq al-Adawi , Kaherah

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut ilmu Masjid al-Azhar al-Syarif & Masjid al-Asyraff,
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah, Mesir

15 ulasan:

  1. Benarlah Kalamulullah yang Maha besar kekuasaanNya.
    Ana tolong promosi video ustaz dlm blog ana ,harap izinkan ye.
    http://ijoks2009.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Alhamdullilah, syukur ke hadirat Allah atas pencerahan yang ustaz berikan ini. Memang sangat bermanafaat bagi kami yang kurang penguasaan bahasa Arab da;am mentafsirkanya. Semoga ustaz terus dikurniakan hidayah untuk menyampaikan ilmu yang bermanafaat kepada umat Islam semua terutama di Tanah Air nanti.Semoga kita semua di dalam redha, rahmat dan kasih sayang Allah.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum...
    ana jga ada trbca dlm sebuah buku yg mngatakn "ayah Nabi Ibrahim brnma Tarikh atau disebut Tarih ataupun terah,namun menurut Quran,Nabi Ibrahim memanggilnya dgn panggilan Azar.Maka boleh dikatakn yg beliau memiliki dua nma atau nma samaran"...
    Drpd Ibn Kathir.Qasas al-Anbiya'.Sayed Gad & Hadeer Refat(2000).Dar al-Manarah:el-Mansoura-Mesir ada menyatakn bahawa ayah nabi Ibrahim trgamam dan menyanjung Tuhan Nabi Ibrahim setelah meliht Nabi Ibrahim trselamt drpd trbakar dek api yg mnjulang atas printah Raja Namrud...
    Ini adalah rujukn dr buku yg ana bca..
    jd apa pndpt ustaz???

    BalasPadam
  4. Salam Fastabiqul Khairat.. syukran atas perkongsian, memang terdapat pendapat ulama yang mengatakan sepertimana apa yang saudara sebutkan.. namun terdapat dalil yang menguatkan apa yang saya sebutkan. Dalilnya adalah di dalam surah al-Taubah ayat 114 :

    وَمَا كَانَ اسْتِغْفَارُ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ إِلَّا عَنْ مَوْعِدَةٍ وَعَدَهَا إِيَّاهُ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ أَنَّهُ عَدُوٌّ لِلَّهِ تَبَرَّأَ مِنْهُ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَأَوَّاهٌ حَلِيمٌ

    maksudnya : dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji Yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim Bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi Penyabar.

    ini dalil yang jelas menunjukkan bahawa Aazar itu tidak beriman sehingga ke akhirnya.. dan ayat 41 surah Ibrahim menjelaskan bahawa Aazar dan bapa kandung Saidina Ibrahim adalah berbeza..

    Saya lebih suka mengambil pendapat ulama yang mempertahankan kesucian aqidah keluarga para anbiya'.. Apatah lagi pada zaman mutaakhir sekarang yang semakin ramai orang mempersoalkan haq para anbiya dan mempermain-mainkan hak mereka.. Jadi selayaknya kita menggunakan pendapat yang mempertahankan mereka.. Semoga saudara dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan ..

    Syukran atas perkongsian..

    Wassalam

    BalasPadam
  5. Maaf Saudari Fadzlina ( Fastabiqul Khairat ) saya ingatkan lelaki.. maaf ye :) Apa2 pun syukran ye atas perkongsian ilmiyah tersebut

    BalasPadam
  6. perkongsian yg bagus..ana tertarik dgn kata2 ustaz :
    "Al-Quran adalah Kalam Allah yang diturunkan di dalam bahasa Arab. Maka pemahaman di dalamnya perlu kepada penguasaan bahasa Arab yang mendalam.."

    apa yg ana nmpk skrg ramai yg mengaku faham tentang agama tetapi tidak belajar dgn betul dan hanya mahu mengeluarkan pendapat lalu tidak mahu menerima pendapat org lain sedangkan dia bukanlah "ahlinya". harapan ana pada org diluar sana,sekiranya anda masih belajar silakan belajar dahulu dgn betul dan jgn hanya mahu menuding jari telunjuk pada org lain sedangkan 4jari lagi menuding kearah sendiri. sekadar peringatan untuk diri ana juga. salam imtihan.

    BalasPadam
  7. Salam Ustaz Nazrul,

    Saya link N3 ni ke blog saya, hrp dibenarkan.. begitu juga dgn video kalimah Allah http://harmoniinn.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Syukran Ustazah Ummul Syabinar :)

    Salam Werdah.. Silakan untuk linkkan ..Ilmu untuk semua.. Syukran banyak ye :) wassalam

    BalasPadam
  9. post yg benar2 bermanfaat.. teruskan perjuangan ust..

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, saya dah lama perasan pasal perkara ini, tapi tak berapa mahir nak jawab bila orang bertanya. Tanda ilmu tak cukup.

    Alhamdulillah, nukilan saudara cukup baik dan jelas.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...