Rabu, 30 September 2009

Cadangan Pembentukan Generasi Ulama Rabbani Pewaris Perjuangan Islam ... Semoga Bermanfaat

Saya diminta oleh beberapa sahabat untuk merangka satu kertas kerja cadangan bagi usaha melahirkan generasi pelapis para ulama pewaris perjuangan Islam di bumi Malaysia tercinta. Memang saya akui, diri ini bukanlah layak untuk membahaskannya.Cuma atas dasar kesedaran dan buat ingatan bersama maka saya siapkan juga kertas kerja ringkas ini buat panduan kepada sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.

Saya banyak menukilkan daripada Kitab Jundullah Tandziman oleh Syaikhu Syaikhina al-Allamah Murabbi Said Hawwa rahimahullah.

Secara hakikatnya, pembentukan generasi ulama pewaris perjuangan Islam adalah merupakan satu perkara yang bukan mudah untuk dilaksanakan.Pelbagai persoalan perlu untuk kita selesaikan :

1. Siapakah generasi pelapis tersebut?

2. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk melaksanakan proses pembentukan tersebut?

3. Adakah kita punya prasarana terbaik untuk melaksanakan proses pembentukan tersebut?

4. Berapa lamakah tempoh masa yang perlu diambil bagi merealisasikan perkara ini?

Kesemua persoalan ini kita akan rungkaikan di dalam bentuk yang ringkas.Kita sekarang tidak perlu banyak bicara, yang penting corak kerja yang dilaksanakan.

Kita tidak boleh lagi hanya berpada untuk menjadi seorang aktivis dakwah yang difahami oleh kotak pemikiran masyarakat Malaysia.Perlu lebih daripada itu.

Perlu kita fikirkan di sini dengan sematang-matangnya bagaimana cara terbaik untuk kita realisasikan konsep seorang ulama di sebuah cawangan dan seorang mursyid di kawasan.Ini yang perlu penuntut Ilmu al-Azhar fikirkan.Maksudnya , tugas ini berat.Tugas berat perlukan komitmen yang juga berat.

ما لا يدرك كله لا يترك جله

Saya akan membahaskan perkara ini berdasarkan soalan-soalan yang dilontarkan sebentar tadi.

SIAPAKAH GENERASI PELAPIS PERJUANGAN ?

Jawapan pertama yang perlu kita letakkan ialah “ AKULAH GENERASI PELAPIS TERSEBUT”.Sikap menunding jari kepada orang lainlah yang menyebabkan kita menjadi kurang efektif dan banyak berangan-angan kosong berbanding melaksanakan pekerjaan bagaimana menjayakan misi tersebut.

Seseorang perlu ada sikap “ CITA-CITA MELEBIHI UMUR”.Di dalam Islam ini disebut “ al-Himmatul al-A’liyah” yang membawa maksud cita-cita dan keinginan yang tinggi. Lihat sahaja kepada sejarah perkembangan dunia, seseorang yang punya cita-cita yang tinggi dan punya corak tugas yang sama besar dengan bidang tugas yang dilaksanakan maka pasti menatijahkan kejayaan yang cemerlang.

Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah contoh terbaik yang melaksanakan konsep al-Himmatul al-A’liyah ini.Pembacaan sirah sangat penting bagi mendalami perkara ini. Sikap dan peribadi yang ditonjolkan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah bersesuaian dengan tajuk perbincangan kita pada hari ini.

Jika kita lihat dengan teliti perjalanan sejarah Islam, maka kita akan dapati bentuk pentarbiyahan yang dibawa oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam.Baginda sallallahu alaihi wasallam bukan hanya melihat apa yang ada di depan matanya sahaja. Malah pemikiran dan cara kerja Baginda sallallahu alaihi wasallam melebihi umur Baginda sallallahu alaihi wasallam.Kesannya, 23 tahun dakwah dijalankan , mampu untuk mengIslamkan pelusuk dunia.Malah umat Islam tidak kunjung putus pengikutnya.

Hakikat yang perlu kita sedari , proses pembentukan yang dilalui oleh kebanyakkan ulama tidak lari daripada proses yang diletakkan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam.

BAGAIMANA CARA PEMBENTUKAN TERSEBUT?

Apa yang ingin kita bentuk sebenarnya tidak lari daripada proses sebegini:

Bagaimana cara untuk kita mewujudkan Penuntut Ilmu yang Bersifat Rabbani ? Hanya satu cara sahaja yang digunakan oleh para anbiya’ terdahulu untuk membina seorang pengikut @ penuntut yang bersifat seperti ini iaitu dengan berpaksikan MANHAJ ILMU.

Tidak keterlaluan jika saya katakan : "Menjadi seorang Alim tetapi jika tidak menyokong perjuangan Islam di Bumi Malaysia maka sia-sia ilmu yang kita pelajari."

Siasah dan cara pendekatan berbeza-beza mengikut zaman dan tempat.Para anbiya’ alaihimussolatu wassalam diutuskan dengan cara pembawaan yang berbeza mengikut kaum.Tetapi satu perkara yang tidak berubah selamanya ialah manhaj Ilmu Islam.

Tiada cara lain yang boleh untuk kita bentuk bagi melahirkan generasi Rabbani melainkan dibentuk dengan corak Ilmu.

Perkembangan ilmu-ilmu Islam di dalam membentuk generasi pelapis perjuangan tidak lari daripada 6 proses iaitu :


ADAKAH KITA PUNYA PRASARANA TERBAIK BAGI MEREALISASIKAN PROSES PEMBENTUKAN TERSEBUT?

Jawapan yang saya dapat berikan adalah TENTU SEKALI. Kita berada di tempatnya sekarang.

Bagaimana sahabat-sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam boleh menjadi seorang @ kelompok yang sangat hebat?

Tidak lain dan tidak bukan hanya kerana mereka dididik oleh seseorang yang sangat hebat.

Maksudnya jika kita ingin melahirkan generasi pelapis yang hebat, maka perlu bagi kita untuk memastikan diri kita ditarbiyah oleh seorang guru yang sangat hebat. Bahasa lainnya, kita perlukan SEORANG MURABBI.

Ini adalah syarat utama seperti yang disebutkan oleh Syaikhuna Said Hawwa rahimahullah.

Biah yang membina juga merupakan salah satu bentuk untuk menjayakan misi ini.Permasalahannya sekarang, biah di bumi Mesir ini tidak membantu kepada pelajar untuk membentuk diri menjadi seorang ulama.Hanya yang menyedari kepentingan ini yang akan menggerakkan dirinya untuk ke arah melaksanakan misi tersebut.Manakala yang tidak menyedari hakikat tersebut, akan terus dibuai angan-angan kosong dan sikap berpada dengan apa yang ada akan semakin membarah di dalam jiwa pelajar al-Azhar al-Syarif.

Contoh utama yang menguatkan hujah kita bahawa Biah Pembentukan amat penting ialah :

1. Al-Azhar sendiri satu ketika dahulu yang mana penempatan pelajarnya adalah sekitar Masjid itu sendiri.Dibina ruwaq-ruwaq @ anjung bagi penempatan para pelajar adalah satu sistem yang menyebabkan para pelajar tiada alasan untuk bermalas-malas.

2. Zaituna dan al-Qairawan juga menggunakan konsep yang sama di dalam pembinaan generasi pelapis para ulama.

3. Madrasah dan Maahad pengajian di Syria juga menggunakan konsep sedemikian.

4. Madrasah Mauratania yang dipimpin oleh Syeikh Murabbi Murabit al-Hajj hafizahullah juga menggunakan konsep yang sama .

5. Pondok dan Pesantren di Malaysia dan Tanah Jawa serta Pattani juga menggunakan konsep yang sama.

6. Madrasah Tarim di Hadramaut juga menggunakan konsep yang sama.


Masjid Zaituna di Tunisia , sebuah Madrasah Ilmu yang mampu melahirkan jutaan ulama satu ketika dahulu

Madrasah Darul Mustafa di Hadramaut, pusat Tarbiyah para Ulama Murabbi

Madrasah Syeikh Murabit al-Hajj hafizahullah di Mauratania, Tempat Lahir generasi ulama Murabbi


Jelas di sini kita fahami bahawa berjayanya sebuah pembentukan generasi para ulama adalah sama cara pendekatannya.

Memang benar al-Azhar menjalankan konsep “ SIAPA INGINKAN ILMU @ SIAPA SEDAR DIRINYA KURANG MAKA CARILAH JALAN UNTUK MENAMPUNG KEKURANGAN TERSEBUT”

Namun berapa ramai yang benar-benar memahami konsep tersebut?Jadi kita perlu memikirkan bagaimana cara terbaik untuk membina Biah Di dalam Kawasan Tiada Biah padanya.

Prosesnya adalah seperti berikut :

1. Perlu @ Wajib dilaksanakan Mentor dan Mentee.

2. Perlu Menghabiskan Silibus yang Ditetapkan dengan apa cara sekalipun.( Bergantung perbincangan antara mentor dan mentee).

3. Perlu Melaksanakan Praktikal dan Amalinya ( seperti Penuntut Ilmu Perubatan)

4. Perbincangan demi perbincangan perlu diperkasakan( Mentor yang dilantik perlu mengambil perhatian).

5. Mewajibkan kelas-kelas tertentu kepada “ Generasi Pelapis” ini untuk menghadirkan diri ke Masjid al-Azhar al-Syariff.

Silibus yang perlu dihabiskan sepanjang permukiman di bumi Mesir:

Sila Klik Pada Paparan Untuk Lebih Jelas

Persoalan yang pasti akan timbul, Mungkinkah kita dapat menghabiskan masa untuk mempelajari dan membaca kitab-kitab ini semua??

Saya katakan tiada alasan untuk mengatakan tidak boleh.Masa kita terlalu banyak di Mesir.Terlalu banyak juga kita buangkan masa begitu sahaja.

Ini adalah kitab yang wajib dihabiskan bagi seorang aktivis Dakwah keluaran al-Azhar Mesir.

Manakala kitab bacaan Umum , terpulanglah kepada masing-masing untuk menambahnya sendiri.

Tidak keterlaluan saya katakan , sepatutnya kita tidak boleh pulang ke Malaysia sebelum benar-benar menghabiskan dan memahami isi kandungan kitab-kitab ini.

Di samping itu, zikir harian dan bacaan al-quran tidaklah boleh untuk dilengahkan.

Konsep Ziarah para Auliya’ juga perlu diterapkan selalu kepada para Generasi Pelapis perjuangan ini.

BERAPA LAMAKAH TEMPOH MASA YANG PERLU DIAMBIL BAGI MEREALISASIKAN PERKARA INI??

• Kita katakan bahawa tempoh yang sepatutnya adalah terlalu panjang. Namun , tiada alasan untuk kita benar-benar berusaha sepanjang 4 tahun permukiman di bumi Mesir ini.Jangan hanya berpada dengan kuliyyah yang dihadiri di Universiti.

• Perlu juga ada cita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada di Peringkat Master dan PHD , Darul Ifta’ dan mana-mana university yang terdapat di Mesir.

• Perlu ada Cita-Cita yang melebihi Umur.

********

Moga Cita-Cita melahirkan Generasi Pelapis Para Ulama Rabbani berjaya dilaksanakan di Bumi Anbiya' ini.. Kami Mengharapkan Doa daripada Pembaca Sekalian...


Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Masjid al-Azhar dan Masjid al-Asyraff,
Kaherah , Mesir..

5 ulasan:

  1. mohon doa tuan guru agar diberi kekuatan untuk terus mengikuti pengajian bersama ulama'...

    BalasPadam
  2. semoga sentiasa mendapat semangat untuk terus belajar dan bersama para ulama..takper yg penting ada kemahuan dan keinginan, maka Allah taala akan dorongkan kita ke arah kemahuan kita tersebut..

    wassalam

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum sheikh,

    ana ada persoalan :

    Memandangkan di Malaysia ini (mungkin ada juga di negara lain sebenarnya) terdapat pelajar dan juga kelompok profesional yang hadith (mereka ini selalunya mengatakan merekalah penolong al Quran dan Sunnah dan pengikut salaf).

    Kemudiannya mereka berani berfatwa pula dengan tiada disiplin ilmu langsung, bahkan bahasa arabnya pun boleh dipertikaikan.

    Jadi ana cadangkan agar sheikh dapat menulis cara-cara mengenal ulamak yang benar dan ulamak yang palsu (mungkin ada tajuk yang lebih sesuai mengenai perkara ini). Kita dah tidak mahu lagi ada insan yang memandai-mandai berfatwa dengan kejahilannya walaupun atas dasar al Quran dan Sunnah katanya. Padahal ia membawa kerosakan yang besar.

    WaLlahua'lam

    BalasPadam
  4. betul cakap syeikh Ibnu Nafis, memang benar terlalu ramai yang memandai-mandai di dalam bidang agama nie..

    Terima kasih atas cadangan yang amat baik ini, insyaAllah jika diberikan kesempatan olehNya kita akan cuba tulis tentang perkara tersebut.. syukran Syeikh..

    BalasPadam
  5. salam ustaz nazrul,

    terima kasih kerana upload kan benda ni yg ana xdan copy aritu..silibus untuk helaian ke-2, xbole dibesarkan..bole adjustkan semula..jazakallah khair..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...