Sabtu, 10 Oktober 2009

Isu Purdah... Pembaca Jangan Cepat Melatah Bila Akhbar Picisan Mencuit ....

Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.


Saya juga ada menulis tentang hukum memakai niqab pada keluaran yang lalu. Sila lihat :


Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.

**********

Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah Hayyu 10,
Keherah Mesir

23 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Ustaz kena panjangkan kepada Akhbar Al Liwaa Al Islami. Ana dapat berita kat sini seblum baca di internet.

    Ayat utusan memang nampak provok dan berbaur jahat. Tapi dia terjemah sebiji2 dari Masri Al Youm. Cuma standard Masri Al Youm mcm Utusan atau BH kot.

    Sebelum berita penafian dari Syeikh Dr Sayid Tantawi dari Islam Online. Ada juga berita dari Islam Online berkenaan dengan isu ini:

    Ini:

    http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573332008

    BalasPadam
  2. http://abidfana.com/2009/10/09/apabila-niqab-diharamkan-di-kelas-dan-asrama-universiti-al-azhar/

    BalasPadam
  3. http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=54697&SecID=250 utk tambahan la ni. leh bc.

    BalasPadam
  4. Salam ustaz Nazrul,
    saya ambik artikel ustaz ini untuk paparan di Halaqahnet. Termasuk artikel Perbahasan mengenai Niqab. Terima kasih ustaz...

    Ummi Munaliza

    BalasPadam
  5. salam ust,
    minta kebenaran ambik artikal ni...
    terima kasih...

    BalasPadam
  6. ust nazrul jemput le gi rumah nanti...ambo nak kelik mesir doh..

    BalasPadam
  7. salam

    kene jaga adab kita dengan ulama'

    bukankah ulama' itu pewaris nabi. Bila mana kita tidak menghormati ulama' bermakna....nah..fikirlah sendiri...

    bagus ustaz, entry nya memberi 1001 jawapan pada mereka yang sedang mencari jawapan...

    wsslam

    BalasPadam
  8. salam.

    ustaz minta izin ambil artikel ni dan perbahasan tentang niqob. syukran.

    BalasPadam
  9. salam semua.. silakan untuk kalian sebarkan perkara ini.. sama2 kita pertahankan para ulama kita..

    BalasPadam
  10. بسم الله والحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

    Say terterik dengan komen saudara mengenai menghormati ulama.Tapi apa yang saya baca di Islamonline rasanya tidak jauh beza dengan apa yang diterbitkan di akhbar Malaysia..saya ada terbaca di Harian Metro..maaflah kalau ini bukan akhbar yang saudara maksudkan...saya juga menghormati Syeikh tetapi bukan bermakna dia seorang yang ma'sum..saudara mengkritik akhbar malaysia kerana ia tidak sehaluan dengan saudara,,jika ianya ditulis di akhbar sehalauan dengan saudara saya pasti saudara tidak akan mengkritik akhbar tersebut. Ucapan syeikh " Bahawa Niqab tiada kaitan dengan agama dan aku lebih agama dari kamu dan ibubapa kamu ( saudara menterjemahkanya dengan "orang-orang yang mendidik kamu”ومن اللي خلفوكي.bahasa ammiyah yg bermaksud yang beranakan kamu) ada tertulis di Islamonline. Jadi ia bukan satu fitnah.Saudara juga kena rasional. Bukan kali pertama Syeikh mengeluarkan fatwa yang agak kontrovesi. Dan kalau saudara baca di Islamonline ada tertulis bahwa Majlis Wakaf Mesir yang di ketuai Dr. Hamdi Zaqzuq akan menerbitak sebuah buku yang bertajuk Niqab adlah adt bukanya Ibadah!!! Apa yang saudara hendak terangkan? Pendapat Syeikh Al_azhar juga telah di tolak oleh Fadilatu Syeikh Mustafa Al-Adawi.http://www.youtube.com/watch?v=hpfR8oTJhoA&feature=player_embedded
    Dalam Islamonline juga ada menulis tengtang Pusat Hak Asasi Manusia menuduh Syeikh Al-Azhar melakukan penindasan terhadap pemakai hijab. sila rujuk tarikh 7.10.09.saya juga telah membaca penafian Dr. Tantowi.Saya harap saudara jangan cepat melatah dengan komen saya...kalau saudara ada masa ziarahlah blog saya yang dhaif ini.

    http://yaumiyaati.blogspot.com

    وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

    BalasPadam
  11. terima kasih di atas pandangan saudari wally .. pandangan kontra juga perlu bagi seorang dai'e menilainya , ramai orang hanya suka pandangan positif kepadanya tanpa menilai dgn baik pandangan kontra terhadapnya.. terima ksih saya ucapkan..

    saya setuju dgn pendapat saudari berkenaan perkara ini..Memang benar para ulama bukanlah maksum..Namun satu perkara yg perlu kita renungi bersama, ada perkara yang dinamakan "KHlLAF PENDAPAT DIKALANGAN ULAMA"..

    Saya mempertikaikan akhbar tersebut bukanlah kerana semata-mata ingin menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap akhabar berkenaan..Namun siapa mereka ingin menyebarkan berita tanpa selidik terlebih dahulu?? Masalahnya yg dipertikaikan adalah KESAHIHAN BERITA TERSEBUT..Secara tidak langsung mencarik kredebiliti seorang ulama..

    Saudari juga terlalu cepat melatah bila menuduh saya tidak akan memberikan komen jika akhbar tersebut sehaluan dgn saya..ini satu pernyataan yg terlalu cepat dan melulu.. Bukan sikap seorang Dai'e hanya menilai kebaikan dan keburukan membuta tuli..Jika Harakah sekalipun yang mengeluarkan satu kenyataan bercanggah dgn syariat , saya tetap akan membetulkannya..

    Perkataan " saya PASTI saudara tidak akan mengkritik akhbar tersebut" sangat2 mendukacitakan saya.. Tulisan saudari pada awalnya tampak rasional, ternyata kemudian menyimpang daripada asalnya...

    Jangan cepat melatah ye :)

    Berkenaan perkataan tersebut memang ada tertulis di dalam IslamOnline...Tapi kenapa saudari tidak melihat perkataan yang sebelumnya syeikh telah mengatakan bahawa Beliau menafikan perkataan tersebut diucapkan oleh beliau..??

    Saya tidak menafikan Syeikh Tantawi juga banyak kontroversi yang dilakukan oleh beliau..Tapi ingin saya tanya kembali kepada Saudari, kontroversi tersebut adakah mencarik hukum agama atau ianya masih termasuk di dalam kesalahan fahaman pembaca terhadap apa yang dimaksudkan oleh beliau??

    Saudari saya tengok mengambil pendapat daripada Mustafa al-Adawi, utk pengetahuan saudari org2 sebegini bukanlah punya kelayakkan utk mengkritik para ulama..Maaf jika kata-kata saya menyinggung perasaan..jika saudari benar-benar ingin telus dalam mengkritik, gunakan pendapat ulama2 muktabar..jangan guna Mustafa al-Adawi dan seumpama dgnnya...

    Sebenarnya saya tak nampak di mana beza pendapat kita.. Saya juga berpendapat purdah adalah sebahagian daripada agama dan artikel yang saya tulis hanyalah utk mempertahankan Syeikh Tantawi dgn tuduhan2 liar tersebut..Itu sahaja..

    Tapi jika saya perhatikan secara halus, rupa2nya manhaj yang berlainan menyebabkan saudari cepat benar ingin memberikan komen..Maaf sekali lagi..

    Terima kasih atas komen membina tersebut..

    wassalam...

    BalasPadam
  12. salam.

    wah....bagusnya komen balas ustaz kpd wally...
    ana rescpect btol la kat ust...bila nk balik mesia ni? kesian kat orang rumah kat mesia tunggu punya tunggu,tak balik2... memang ustaz blaja betol2 kat mesir tu,g talaqqi sana,talaqqi sini...tapi ingat la kat orang mesia jg...

    balik sini jadi mufti ye..tak pun jadi perdana menteri...yang tu lagi bagus.
    pastu suruh kilang suratkhabar yang sebarkan cerita yang palsu dibakar...

    BalasPadam
  13. http://www.facebook.com/inbox/?ref=mb#/inbox/?folder=[fb]messages&page=1&tid=1047798132325

    BalasPadam
  14. http://www.facebook.com/inbox/?ref=mb#/inbox/?folder=[fb]messages&page=1&tid=1177456088742

    BalasPadam
  15. Ceteknya ilmu kita, kalau banyakpun batil je. Syukran ustaz atas kedepan mempertahan ulama'.

    http://akhisalman.blogspot.com/2009/02/hukum-memakai-purdah.html

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  17. بسم الله والحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

    pertamanya saya mengucapakan syukran kerana sudi menziarahi blog saya dan menjawab komen saya. Disini ada beberapa komen atau pembetulan yg saya rasa perlu bagi mengelak kesalah fahaman pembaca yang lain.
    Pertamanya saya adalah "saudara" bkn saudari.
    keduanya jika saudara mempertikaikan akhbar yg menyiarkan berita tersebut adalah lebih baik saudara mempertikaikan dr mana sumber tersebut. maksud saya akhbar2 arab. akhbar malaysia hanya menterjemahkan dn menyiarkan tanpa sebarang komen. jd yg perlu dipertikaikan ialah sumber2 dr akbar arab. purdah di malaysia tidak ada masaalah dan xde org mempertikaikan, cuma saya takut selepas ini ada yg berani mempertikaikanya kerana sudah ada ulama yng mengeluarkan pendapat bahwa ia adalah adat bukanya ibadat. saya tidak nafikan khilaf antara ulama, dan saya juga menghormati Syeihk Tantawi. dan bagi saya adalah lebih baik saudara menulis balik kepada akhbr malaysia tentang penafian Syeikh bg mengelakan kekeliruan org malaysia.
    ketiganya tentang syeikh mustafa adawi, bila saudara mengatakan dia tidak layak utk mengkritik ulama, teringat saya dgn seorng ust yg memberi kuliah di satu nmuhafazah dlnm kels tafaqquh...apabila ada yg bertnya ttg albani dia terus menjawab, x leh pakai, albani x sekolah!!saya pun tak berapa setuju dgn albani dlm beberapa perkara, tp dgn terus menolak adlah satu prkara yg tidak buleh dterima akal. siapa dia nk menolak albani yg tlh meninggklan bbrpa karya yg menjadi rujukan sdgkan yusof Qardawi, syeikh Ghazali yg pernah dikomen kitabnya oleh albani pun tidak melenting, bahkan menjawab secara hormat dan adab sebagai sorg ulama, tp sahabt ini seolah2 dialah plg hebat, ngajar pun lintang pukang..leh bagi sanad lak!!!!
    begitulah dgn saudara, saya rasa saudara tidak pernah berjumpa dgn Syeikh mustafa dan menghadiri kuliahnya....saya adalah antara pelajar mesia yg sering menghadiri kuliahnya...saya mengmbil darinya sedikit sahih bukhari, syrah Ilal hadis dan sedikit tafsir (kerana kesuntukan masa), bagi saya dia sorg yg alim, wara' yg lebih faham apa kehendak Allah dan Rasulnya dalam mempertahankan Islam..tidak ada kepetingan dunia baginya.hidupnya hanya untuk ilmu dn mendakwahkan kebenaran.tidak ada pandangan2 yg pelik drinya..jika saudara ada masa hadirlah kuliahnya lepas tu baru kritik dia. jgnlah hanya kerana dia berfahaman salafi saudara terus menolak dia mentah2, lantas menulis musataf adawi sahaja, sdgkan ulama yg saudara taasub dgnya ditulis Syeikhuna,,murabbi dn mcm2 pujian yg lain. sekurang2nya jika di sebut syeikh mustafa adawi ramai yg mengenalinya...sedangkan saudara??
    saya tidak melatah langsung dgn komen saudara..
    bg saya ini adalah satu perbincangan ilmu secara maya....

    dan saya seprti saudara, purdah adalah masaalah khilaf..tetapi bg mereka yg faham dgn situasi zaman sekarang ni...zaman tabarruj, jahiliyyah moden akan mempertahankan purdah...semoga allah memberkati mereka dnmemberikan kekutan pada mereka...

    وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

    BalasPadam
  18. to abo_humaira'..
    nk tny sket,Yusof Qardawi yg mana satu saudara maksudkan?member kamcing ker? stakat yg saya kenal SYEIKH YUSOF AL-QARDAWI, seorang ulama yg dianggap mujaddid pd zaman la ni,hormat la skit,suruh org lain hormat dia plak tak hormat..maaf sbg teguran jer :)

    p/s:biarkan salafi dgn dunia mereka.

    BalasPadam
  19. salam...akhbar mesir temapt lahirnya ramai ulama pun buat silap....iaitu akhbar ad-dustur...harap baca...tajuk muka depannya alislam laisa fardhan fil islam wa ijbar alimam al-akhbar laisa minal islam aidhan...harap maaf kalau tajuk yang saya tulis ini silap...

    BalasPadam
  20. terima kasih byk2..sgt berguna pada sy.

    BalasPadam
  21. nak bertegur biar ada adab saudara.jgn bangga dengan sedikit ilmu.

    BalasPadam
  22. Assalamu'alaikum tuan/puan anon..

    Jika akhbar yang buat silap, kenapa anda memanjangkan pula dibelakangnya dengan tempat dilahirkan ramai ulamak? Apa tujuan anda berkata demikian?

    BalasPadam
  23. Ya ALLAH begitu rupanya cerita yang sebenar.... akhbar2 mmng jht, ... habis hilang keprcayaan umat islam pada Ulama', sy pun denga2 je brita angin ...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...