Selasa, 5 April 2011

Isu Mual UMNO, Di Mana Ulama Muda UMNO ?

Isu video seks seorang pemimpin pembangkang yang heboh diperkatakan sekarang membuatkan kebanyakkan rakyat Malaysia mual dan muak dengan sikap para pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Sikap sebegini menggambarkan kepada kita betapa pimpinan di Malaysia ini sudah jauh daripada kematangan. Bagaimana mungkin orang-orang yang tidak matang boleh menjadi pemimpin Negara?

Saya juga mual dengan sikap sebahagian pihak yang kononnya tidak mahu ambil tahu tentang hal ini dengan menggunakan alasan bahawa jika terlibat mempertahankan pihak tertuduh maka akan dianggap menyokong Pembangkang a.k.a Pakatan Rakyat. Kalau bersetuju pula bimbang dituduh menjadi pencacai Barisan Nasional dan UMNO. Maka mengambil jalan tengah dengan berdiam diri itu dianggap lebih selamat.

Mohon maaf saya pinta jika ada yang terasa bilamana saya menulis sebegini. Saya bukan ingin mempertahankan Dato’ Seri Anwar Ibrahim disebabkan saya menyokong Parti Islam Se-Malaysia ( PAS) dan Pakatan Rakyat. Namun saya ingin mempertahankan hak sebagai seorang muslim yang sepatutnya kita pertahankan bersama. Kalaupun Video Seks itu melibatkan Najib Tun Razak, saya akan mempertahankan dan menempelak pihak yang menyebarkannya. Bukan kerana saya menyokong Barisan Nasional @ UMNO tetapi kerana saya bencikan sikap suka mengaibkan pihak yang lain.

KAMI DIDIDIK MEMPERTAHANKAN KEBENARAN

Saya belajar di al-Azhar al-Syarif atau dengan lebih jelasnya ialah di Masjid al-Azhar al-Syarif. Masjid yang melahirkan generasi demi generasi ulama yang menyinari alam ini. Setiap hari saya dan sahabat-sahabat yang belajar di Masjid al-Azhar al-Syarif memijak tanah yang pernah dahulunya dipijak oleh para ulama besar seperti al-Imam Abdullah al-Syarqawi, al-Imam Ibrahim al-Bajuri, al-Imam Sya’rani, al-Imam al-Suyuti, al-Imam Subki , al-Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari, al-Imam Ahmad al-Ghumari rahimahumullah dan lain-lain.

Semua para ulama yang saya sebutkan di atas terkenal dengan sikap mereka yang mempertahankan kebenaran dan menentang kemungkaran. Tidak akan berdiam diri bilamana melihat kemungkaran di depan mata. Bukan menjadi syaitan bisu yang mendiamkan diri bilamana diminta memperkatakan sesuatu yang haq.

Syaikhu Syaikhina al-Allamah Abdullah Siddiq al-Ghumari rahimahullah pernah dipenjarakan di Mesir hanya kerana tidak bersetuju dengan Presiden Anwar Sadat. Beliau pernah diletakkan hukuman bunuh. Namun karamah yang Allah taala kurniakan kepada beliau  bilamana diberitahu akan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Anwar Sadat maka beliau berkata “ Orang yang akan membunuh aku akan mati lebih dahulu daripada aku” . Maka dengan takdir Allah taala , Anwar Sadat mati ditembak selepas itu. Adakah Najib Tun Razak mahu didoakan sebegini?

Sikap para ulama ini mengalir dan berdarah daging di dalam diri kami. Maka jangan salahkan kami jika kami sering menegur sikap pemerintah yang melakukan kezaliman dan penindasan serta penyelewengan. Kami sedikit sebanyak mewarisi sikap para ulama ini.

MANA ULAMA MUDA UMNO DALAM ISU INI?

Ada dua perkara yang sepatutnya kita fikirkan bersama bilamana video ini disebarkan.

Pertama : Video Itu Benar

Kedua : Video Itu Palsu

Jika video itu benar , maka adakah perkara ini boleh disebarkan?Apakah hukum menyebarkan dengan tujuan mengaibkan orang tersebut? Apakah tujuannya disebarkan perkara tersebut? Mana ulama muda UMNO yang kononnya mujtahid ketika isu ini dibahaskan? Kenapa tidak lantang menegur pihak atasan bahawa sikap menyebarkan video itu sebenarnya akan menjatuhkan maruah seseorang apatah lagi orang yang ingin dimalukan itu adalah seorang Islam?

Jika video itu palsu maka hukumnya lebih berat. Memfitnah itu lebih buruk akibatnya. Sekali lagi saya ingin tujukan soalan kepada ulama muda UMNO. Takkan kalian tidak tahu bahawa hukum memfitnah itu berat? Hanya kerana ingin menjaga periuk nasi kalian maka kalian diam membisu seribu bahasa.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa samada ianya benar atau tidak, hukum menyebarkannya adalah HARAM. Tapi itu apa yang kami , para penyokong dan pendokong PAS serta Pakatan Rakyat fikirkan. Bagi UMNO dan Barisan Nasional, semuanya adalah HALAL selagi mana mampu memberi keuntungan untuk parti mereka.

Adakah sikap kami mempertahankan maruah seorang Muslim itu masih diragukan?Masih menganggap kami mempertahankannya hanya kerana kami menyokong parti pembangkang?

Kami tegaskan bahawa kami mempertahankannya kerana beliau seorang Muslim. Kami mual dengan Pemerintah yang buta hukum dan buta hati .

Saya lebih mual dengan orang yang masih memberikan simpati pada UMNO dan Barisan Nasional. Buka sedikit minda yang dibancuh dengan ramuan UMNO itu. Biarkan aroma UMNO itu keluar daripada kotak minda kalian. Biarkan angin segar daripada pokok-pokok yang HIJAU masuk menerjah ke dalam minda kalian . Agar tidak gentar menegur kebobrokan yang dilakukan.

Semoga Allah menyelamatkan Orang yang Teraniaya dan menjatuhkan pihak yang zalim serta membuka hati pihak yang membisu seribu bahasa. Amin Ya Rabbal A’lamin

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar & Masjid al-Asyraff,
Rumah Ayah dan Bonda di Pedu Kedah,
Malaysia . 
1:05 Pagi

5 ulasan:

  1. banyak lagi membaca isu2 konspirasi dunia wahai ustaz mohd nazrul..memang anda munkin hebat bab2 agama2 ni tapi anda kene hebat jugak bab2 politik dan falsafah.Anda bukan blogger yg betul2 hebat dalam menilai situasi dunia ni..blog anda x sesuai di jadikan pedoman dan petunjuk..asalamualaikum

    BalasPadam
  2. Terima Kasih :) Tiada yg lebih hebat melainkan Allah taala dan RasulNya..Siapa awak nak menilai org itu hebat, org ini tidak..Yang penting penilaian Allah taala pada kita..

    Saya tak perlukan pengiktirafan org mcm awak..tak dapat apa2 kebanggaan pun :) Terima kasih ye :)

    BalasPadam
  3. belajar la dari kritikan orang lain,jangan la bersikap ego,bangga diri, orang lain itu adalah cermin yg menilai anda sendiri...cthilah sifat sahabat nabi.

    BalasPadam
  4. saya setuju pendapat ummi! apa2 pun encik tanpa nama, menilai seseorang itu pun bukanlah hak kita, tuhan tu lebih agung untuk menilai manusia itu macam mana...wassalam

    BalasPadam
  5. memang penilaian Allah lebih penting, tapi dari segi konteks kehidupan,kadang2 manusia terlepas pandang atau terlalai...kdg2 tanpa disedari manusia terselit sifat ego n bangga diri....bila kita leka,besanya kawan kita yg tegur akan kesilapan kita...apa2 pn berkata la dgn bijaksana,agar tidak tercetus salah paham.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...