Selasa, 29 Disember 2009

Benarkah Orang Yang Bersifat Begini Layak Digelar Wali Allah??!

Datang seorang lelaki kepada al-Imam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu lalu bertanya :

Wahai Imam, apa pendapat kamu terhadap seorang yang tidak langsung mengharapkan syurga, tidak takut kepada neraka, tidak takut kepada Allah taala, suka memakan bangkai, menunaikan solat tanpa rukuk dan sujud, bersaksi terhadap perkara yang dia sendiri tidak saksikannya, membenci perkara yang haq,suka kepada fitnah,menjauhkan diri daripada rahmat, malah membenarkan perkataan Yahudi dan Nasrani???!!

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum sambil berpaling kepada murid-muridnya seraya bertanya:

Apa pendapat kamu semua terhadap apa yang ditanyakan oleh saudara kita ini?

Para murid al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhum menjawab :

Tentu sekali orang yang bersifat seperti yang disebutkan adalah memiliki sifat seorang kafir!!

Sekali lagi al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab :

Sesungguhnya lelaki yang bersifat seperti itu adalah salah seorang daripada wali Allah taala

Murid-murid al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu terkejut lalu bertanya :

Wahai Tuan Guru, bagaimana boleh Tuan Guru katakan bahawa lelaki itu adalah wali Allah??

Al-Imam Abu Hanifah menjawab:

“Lelaki itu adalah orang yang tidak mengharapkan syurga,tetapi dia mengharapkan Tuhan pemilik Syurga, dia tidak takut neraka tetapi dia takutkan Tuhan pemilik neraka, dia tidak takut kepada Allah bermaksud dia tidak takut Allah akan melakukan kejahatan padanya, dia suka memakan bangkai bermaksud dia suka memakan ikan, ini kerana Baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda :

هو طهور ماءه الحل ميتته

Maksudnya : “Air laut adalah air yang suci lagi menyucikan manakala bangkai (ikan) yang daripadanya adalah halal untuk dimakan.

Manakala dia solat tanpa rukuk dan sujud pula bermaksud dia menunaikan solat jenazah, atau menunaikan selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam. Sudah tentu tiada rukuk dan sujud jika menunaikan selawat dan solat jenazah. Manakala maksud dia bersaksi terhadap perkara yang dia sendiri tidak saksikan bermaksud, dia bersaksi bahawa Allah taala itu adalah tuhan semesta alam dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, sudah tentu kedua-duanya tidak pernah disaksikan olehnya dengan mata kepalanya di dunia ini.

Manakala maksud dia membenci perkara yang haq adalah bermaksud dia membenci mati hanya kerana untuk terus melakukan ibadah kepadaNya.Ini kerana mati adalah perkara yang haq(sudah tentu akan berlaku). Manakala maksud dia menyukai fitnah ialah dia menyukai anak-anak dan harta . Manakala maksud dia menjauhkan diri daripada rahmat ialah dia menjauhkan diri daripada hujan.Ini kerana hujan juga disebutkan rahmat oleh Allah taala.

Manakala maksud dia membenarkan kata-kata Yahudi dan Nasrani ialah dia membenarkan kata-kata mereka di dalam al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 113:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ لَيْسَتِ النَّصَارَى عَلَى شَيْءٍ وَقَالَتِ النَّصَارَى لَيْسَتِ الْيَهُودُ عَلَى شَيْءٍ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ كَذَلِكَ قَالَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ مِثْلَ قَوْلِهِمْ فَاللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

113. dan orang-orang Yahudi berkata: “Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama Yang benar)”; dan orang-orang Nasrani pula berkata: “Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama Yang benar)”; padahal mereka membaca Kitab suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliyah) Yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti Yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa Yang mereka berselisihan padanya.

Sumber : Akhbar Aqidati keluaran 892. Mukasurat 12 bertarikh 29 Disember 2009 bersamaan 12 Muharram 1431 H.Saya olah sedikit bahasanya agar mudah difahami oleh pembaca.

*********

Nah, cuba kita perhatikan dan telitikan bagaimana jawapan seorang Imam yang terkenal dengan wara’ dan taqwanya. Berbeza dengan sikap kita sekarang. Zaman sekarang , cepat sangat kita menghukum seseorang itu sesat, ahli bid’ah dan sebagainya tanpa langsung ada baik sangka di dalam jiwa kita terhadap seseorang tersebut.

Kita mengatakan bahawa seseorang itu ahli Bid’ah, suka menyesatkan orang.. Namun kita langsung tidak bimbang jika perkara itu hakikatnya langsung bertentangan dengan apa yang ada di dalam pengetahuan kita. Bimbang yang mengatakan itu sendiri hakikat tidak sedar bahawa dirinya juga sedang melakukan bid’ah terbesar iaitu pecah belah di dalam ummah.

Fikir-fikirkanlah.. Kita sering mengajak orang untuk mengikut ulama Salaf. Namun cuba kembali koreksi diri kita sejauh mana kita mengikut akhlak seperti para ulama salaf terdahulu bilamana bermuamalah dengan orang lain???..

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Cyber Cafe Hayyu 10,
Kaherah Mesir..

22 ulasan:

  1. Salam ustaz...

    Hanya tersenyum (",)..penuh berhikmah yg semua org tak pernah terfikir, barangkali..

    BalasPadam
  2. sapela yg duk pecah belah umat dgn fitnah2 org tu.
    tetibe kate ibnu taimiyyah taubat.
    Malula nazrul.

    Camanela ade org bleh panggil kau ni tok guru.
    Aduh, degree pun tak abes lagi.
    Bising nak kutuk Dr Asri la.

    Pastu cakap salafi taksub.
    Tak rai khilaf.

    Aku tau, malam2 sebelum tido, mesti ko ade rase bersalah.. sbb menipu dan buat fitnah ttg aliran sunnah.. Dala buat fitnah, pastu kau plak pegi mengaku aswj dan "arus perdana"

    Bile dah menipu ni, abes ilang sume hikmah & ayat bunga2 kau, hilang dah respek org.

    Baik jadi kurang ajar cam aku drp menipu dan fitnah org lain. Tak rase malu kt Allah ke?

    Sbb ape pecah belah umat? Sbb org2 macam kau ni la, duk buat fitnah, jadi syeikh fitnah. Tak payah nak main2 hikmah la. Geleman aku nengok.

    Aku doakan Allah bagi hidayah kt kau, aku dan kte sume. Berkata benarlah nazrul.

    BalasPadam
  3. aduhai,,peng..kanak2 sekolah pon kesian bila tengok kau kekeringan idea..

    BalasPadam
  4. peng ni aku budak yg dah hbs ijazah nk nasihat ko..sbnrnya apa yg ko ckp kat ust nazrul itulah ko dgn geng koya aliran sunnah..

    ludah yg ko langitkan tu sbnrnya jatuh ke muka ko..

    membaca doa qunut,tahlil menyebut kalimah tauhid tu bidaah pd geng ko tp ajak org brtumbuk,buat fitnah,menyumpah seranah itulah sunnah bg ko..

    sedarlah peng..ko dah tersasar jauh..kembalillah ke jln salafussoleh..

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum,

    semoga ALlah beri hidayah kepada anda peng, diberi kelembutan hati.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum anakanda Nazrul...
    teruskan perjuangan, jangan lemah dan patah semangat dengan kata-kata manusia yang memang disediakan untuk menguji pada pendakwah dan para pejuang. Biarkanlah kata-kata ,jadikan ia sebagai semangat, sumber kekuatan untuk terus berusaha mendekatkan diri kepada Allah.

    Jika 'orang itu' berakhlak mulia, terdidik dengan Al-Quran dan As-sunnah, bukan begitu ayat yang ditulis, kata yang diluahkan. Kata-kata penuh cercaan yang akan kembali kepada diri sendiri.

    Sesungguhnya yang menilai diri kita adalah Allah SWT, redha NYA yang kita cari. Cukuplah perjuangan anakanda mendapat restu dan redha dari ayah ibu tercinta.

    BalasPadam
  7. sapa makan cili dia akan terasa pedasnya..naper ada org kepanasan kat sini?dah la x malu masuk blog org,maybe blog dia org jarang masuk,nk cari pengaruh la tu,"org yg slalu buat pelik dia akan jd t'kenal"..ksian blog dia ada follower 5 org ja,makna kata dakwah dia x berjaya la,kuikui..

    sedarlah dan insaflah wahai saudara ku peng,masih sempat lagi utk bertaubat,bnykkan SELAWAT dan TAWASSUL, meh nk ajar cara selawat :ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA WA MAULANA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA SOHBIHI WA BAARIK WA SALLIM..ok cuba baca tgk nk dengar..ke nak tggu kami talkinkan utk ko nnti..x per nnti klu ko x der,kami buat tahlil n sedekahkan fatihah utk ko,insyaAllah sampai pny,jgn risaulah,tu semua kerja Tuhan..niat kami baik..pastu kami gi ziarah kubur ko,jgn risaulah yg engko keseorangan,mmg la dlm kubur tu ko sorang2 jer,tp kami ttp bersamamu :)

    p/s;janggut ko panjang maner?nk tengok skit..ko pakai seluar n jubah singkat ker?
    jgn marah yer peng!kan nabi pesan spy jgn marah..klu marah tu ikut sunnah syaitan..klu nk marah jugak cpt2 gi amik wudhu',konpem ko x jadi nk marah,klu nk marah jugak x tahulah nk wat camana..ntahla labu..

    jgn lupa tau bnykkan selawat dan tawassul..senyum selalu peng,mesti cute kan bila peng tersengih2 :), maafkan daku wahai peng andai mengguris hati mu,kan nabi tu pemaaf,engko x ikut ker sunnah tu, 'sedangkan nabi ampunkan ummat'..

    BalasPadam
  8. salam.. ust nazrul, pembetulan sikit, mungkin ust tersalah ingat..
    imam abu hanifah namanya nu'man bin thaabit, bukan nu'man bin basyir. an-nu'man bin basyir tu nama sahabat.

    BalasPadam
  9. salam..nazrul semoga dpt bsabar dgn segala ujian yg datang...mnarik artikel tuh=)

    BalasPadam
  10. peng2,sian kat ko kan..nakjadi ulamak tapi perangai ngalahkan abu lahab..

    ngaji medic bagi habis dlu la peng,dah habis baru la pk2 nak menibai orang..

    BalasPadam
  11. apa yang lahir dimulut itulah yang terkandung dihati...apabila mati akal,lisan yang tak bertulang jd senjata..huhu

    BalasPadam
  12. Peng, knape lah nak b'gaduh dgn Ustz Nazrul? Apa xde blog lain ke yg sesat dlm internet ni? Apasal ko xpegi bising dekat blog2 artis dan yg seumpamanya??? Apa kata ko gi bising pasal isu UAE membayar Rihanna RM 1.75 juta untuk sambutan tahun baru tu.. Itu baru bid'ah dolalah!!! Ini tak, sesama org Islam yg berbeza fikrah pun ko nak bergaduh apa pasai??? Kita sama2 hidup jauh drpd zaman ulama' terdahulu..Version of their history mgkin quite differ..As long as tak menjatuhkan martabat diorg rasanya xape la kita menerimanya as a possibility.. Taubat bukannya berdosa bukan??? Walopun pendapat peribadi aku sebenarnya kurang setuju dgn riwayat tersebut, tp apa salahnya kita terima dia sbg salah satu riwayat yg ada pd hari ini, tp kebenarannya hanya Allah yg tahu..Untuk berdakwah, akhlak kita sbg daie mestilah betul2 baik utk diteladani..Kemudian cara berdakwah juga perlulah betul...Apakah dlm situasi dunia yg penuh dgn kemaksiatan masa kini sesuai jika dimulakan dgn perdebatan perkara khilafiyah???Perbincangan sbg ruang ilmu memanglah boleh.. Tp kalau sampaikan menganggap perkara inilah the main element yg kita nak sampaikan kpd ummat, apa betulkah tindakan seorang pendakwah islam yg ingin menyeru kpd Islam???Org kafir akan lebih tertarik dgn Islam ke??Org yg x solat akan teringin untuk solat?Org yg berzina akan teringin utk tinggalkan zina??? Peng jgn salah faham..Bukannya tak boleh berbincang hal sebegini.. Tp mestilah pd tempatnya, waktunya, dan caranya.. Wallahu'alam..

    BalasPadam
  13. Syukran Ustaz untuk post ni..Barulah nampak betapa bezanya akhlak Ulama'/Pendakwah/Ustaz zaman terdahulu berbanding SESETENGAH/SEBAHAGIAN pendakwah zaman sekarang.. Ketika berdebat saling menyalahkan.. Ketika berkhilaf saling bersangka buruk.. Ketika berceramah sambil mengutuk.. Kadang2 org biasa seperti saya rasa seperti pendakwah berperang dgn pendakwah.. Sedangkan dlm masa yg sama sedang mengajak org lain kepada Islam.. Mengajak org lain meninggalkan perkara haram kpd perkara halal.. Lastly org2 biasa(yg masih terumbang ambing antara baik & buruk, tp xdelah jahat sgt pun) ni rasa seolah terpinggir dan tidak didekati oleh para pendakwah.. Huhu.. This is only my humble opinion..

    BalasPadam
  14. wei peng...
    ko tak mati lagi ke...aku dah boring baca komen ko salam blog nih...tak bw pekdah langsung...baik ko pegi mati la dari buat kacau kat dunia nih...kecik2 tak mau mampus lu...bila besar menyusahkan orang lain...pegi jahanam la ko nih..ha3...puas hati ko bila kena caci maki hina dina kat dunia lagi...kat akhirat ko tau la macam mn..

    org nak buat baik ko tak suka..macam perangai setan dah ko nih..aku rasa ko ni adik beradik chin peng kot...makan babi..chin peng la...
    ha3 aku tak pernah jumpa dalam dunia nih org bodoh mcm ko peng...lembu lagi cerdik dr ko walaupon lembu tu tak menerima sifat cerdik atau bodoh..
    kpd org lain tu jgn marah kat aku nih...aku saje je tulis bg peng rasa cam mn kene cacimaki kene kutuk...

    Peng...
    walaupon aku tak kenal ko ni sape..tp aku dpt rs hati ko ni memang busuk dan jijik...anjing pon tak lalu nak bau dah... sebab tu ko bg nama ko peng... bg org tak kenal...
    untuk pengetahuan umum peng ni bukan la pendakwah...tp haiwan yg tak berguna...
    pendakwah ape perangai macam setan...

    BalasPadam
  15. agak2 la nak caci peng pon.dia still org islam cam kite sume gak dol.isk3.yg tak baik tuh kite same2 doa laaa.pe la korang nihhh.

    BalasPadam
  16. Erm...Sblm ni xpernah pulak ada komen mcm ni sekali terhadap Peng..Ni mcm nak memburukkan penyokong ust Nazrul je..Entah2 Peng jugak pe yg menyamar anonymous tu..Ko ke anynomous yg berbahasa kesat di atas tu Peng???Aku tanye je ek.. Bkn tuduh pun taw.. Tanya ni utk m'hilangkan sangka buruk aku yg melintas di hati sekali sekala..

    BalasPadam
  17. peng bukan jenis camtu.wlau ak tak kenal dia,tapi ak rase dia bukan jenih pondan cmtu.eh,jgn igt ak ni peng plak ye.siyes,ak bukan peng.haha..

    BalasPadam
  18. Aaa..Sudah la tu bergaduh wahai rakan2 yg seagama dgnku..Yg wahabi ka sunni ka salafi ka tajdid ka pondok ka kaum tua ka ayuhlah kita bersatu atas dasar Kalimah syahadah yg mulia..Atas agama kita, Islam yg bermaksud sejahtera..Bukan bermaksud berbalah@bertikam lidah@ berperang..Lapangkanlah dada dgn sedikit khilaf yg ada kerana kita ada satu persamaan yg teramat besar iaitu kita ni bersaudara..Kita bernaung di bawah keesaan kpd Allah dan pengiktirafan Nabi Muhammad sbg Rasul..Kpd yg berfikrah wahabi ataupun yg berbeza dgnnya ataupun apa2 fikrah je lah yg berkhilaf pd perkara furu', teruskanlah dakwah anda jika ijtihad anda bahawa dakwah anda itu adalah kerana Allah dan ikhlas menuju redho-Nya.. Tp fikirkanlah sejenak, adakah dakwah itu perlu dikorbankan dgn persaudaraan Islam?Sedangkan kita boleh berdakwah sambil bersaudara bukan?Sama2lah kita merenungi akhlak nabi, sahabat, dan ulama' terdahulu sebelum kita merenung dgn lbh dalam tentang hadith2 @ fatwa2 @ kitab2 mereka.. Kemudian kita bawalah dakwah kita itu dgn ikhlas, tenang, dan semata2 m'harapkan redho Allah..Sudahlah wahai sekalian saudaraku! Berhentilah drpd bermusuh sebab musuh kita yg nyata ialah KUFFAR! Mereka tak pernah berehat walupun sesaat dlm usaha memerangi kita!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  19. salam ustaz.. semoga dalam rahmat dan inayah Allah taala..

    mohon tolong komen dalam artikel yang dalam blog ni
    http://bahaya-syirik.blogspot.com/2009/12/106-pujian-dr-yusuf-al-qaradhawi-kepada.html

    BalasPadam
  20. Assalamu'alaikum, blog bahaya syirik ditulis oleh wahhabi jalur keras (penulis asalnya - nawawi subandi, blog utamanya an nawawi da blog). Dalam tuh pun ada fatwa ben baz menghukum sesat kepada jemaah ikhwanul muslimin secara total.

    BalasPadam
  21. http://www.facebook.com/profile.php?id=100000197756021

    bole search aku kat link tu ..sape2 nak kenalan ngan aku ke, nak tgk jamming2 aku ke, dan yg paling pnting muke aku yg slma ni aku sorok...sape2 yg xpuas hati tu bole cari muke aku ni kat mn2 jela.. kate brni sgt nak gadoh.. yg benar - it's peng - cpt sblm aku hidden sume gmb2 aku tu ...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...