Pembinaan Tembok pemisah di Sempadan Rafah yang dilakukan oleh Kerajaan Mesir sekarang benar-benar mengejutkan kita semua.
Terus terang saya katakan bahawa kita sesekali tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Mesir. Biarpun pahit untuk saya katakan sedemikian kerana Syaikhuna al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi hafizahullah juga mengeluarkan pendapat menyokong tindakan tersebut. Namun kebenaran tetap perlu didahulukan.
Bagi saya selaku seorang penuntut ilmu yang masih dangkal ilmunya, terasa amat jauh sekali berbanding Syaikhul Akbar hafizahullah. Namun saya lebih suka mengambil jawapan yang diberikan oleh Syaikhuna al-Allamah Habib Ali Zainal Abidin al-Jifri hafizahullah bilamana ditanya berkenaan hukum memberikan bantuan kewangan kepada pembinaan gereja yang juga dikatakan harus oleh Syaikhuna Syaikhul Akbar hafizahullah. Beliau menjawab :
“ Secara dasarnya, sepanjang pengetahuan saya, sudah menjadi kesepakatan para ulama bahawa perkara ini(memberikan sedekah kepada pembinaan gereja) adalah dilarang. Namun, ilmu al-Faqir yang masih baru di dalam bidang ilmu ini sangat jauh jika dibandingkan dengan al-Allamah Syaikhul Akbar. Kemungkinan saya sendiri tidak menjumpai fatwa yang membenarkan namun al-Allamah Syaikhul Akbar telah menjumpainya. Wallahu a’lam”
Ini jawapan yang saya kira patut kita semua ambil perhatian. Bagaimana adab dan tatasusila yang diajarkan oleh para ulama kita bilamana berbicara tentang permasalahan ilmu dan menyentuh peribadi seorang tokoh ilmuan seperti Syaikhul Akbar.
Kita berbeza pendapat namun adab tetap perlu didahulukan.Jangan hanya kerana sedikit perkara khilaf sebegini menyebabkan kita mengotori hati dan jiwa jita dengan membenci para ulama kita yang ikhlas menyampaikan ilmu mereka.
Saya benar-benar tidak suka sebahagian orang mengatakan bahawa ini kerana Syaikhul Akbar terpengaruh dengan pihak kerajaan. Disebabkan itulah fatwa beliau banyak terpengaruh dengan menyokong kepada pihak kerajaan Mesir.
Soalan saya : “ Siapa kita ingin menilai perkara sebegitu? Adakah ada wahyu baru yang turun memberitahu bahawa si fulan ini lebih terpengaruh dengan kerajaan atau tidak?”
Namun kita tetap berpendirian bahawa kita tidak bersetuju dengan pendirian pihak kerajaan Mesir dan sebahagian ulama yang menyokong pembinaan ini.
Pendapat yang dikeluarkan oleh al-Allamah al-Syaikh Dr Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah adalah pendapat yang terbaik pada waktu sekarang. Malah sebahagian ulama daripada al-Azhar al-Syarif sendiri tidak bersetuju dengan pendapat yang menyokong pembinaan tembok tersebut.
Malah Baginda sallallahu alaihi wasallam sendiri bersabda :
Kita sendiri sedia maklum bahawa sahabat-sahabat kita di Palestin sekarang begitu menderita malah tidak mendapatkan perhatian sepenuhnya daripada ramai pihak. Jika tembok ini pula dibina maka akan bertambah kesusahan dan kesedihan mereka. Maka tentu sekali kita tidak ingin melihat ibu-ibu kita disana mengalirkan air mata mereka.Tidak mahu melihat adik-adik dan saudara kita yang lain menangis kelaparan sedang kita sibuk mengenyangkan perut kita sendiri.
Kita bersetuju tembok ini dibina, tetapi dengan syarat ianya akan lebih memudahkan urusan penghantaran makanan ke Ghazzah. Namun , realitinya memang akan berlaku sebaliknya. Sebelum pembinaan tembok sudah dikawal ketat sempadan, apatah lagi jika ditambah pula tembok tersebut yang terlalu tinggi seolah-olah ingin menutup mata kekejaman Yahudi Laknatullah terhadap saudara seIslam kita di Palestin sana.
Namun saya tegaskan sekali lagi, jangan dengan perkara sebegini akan menyebabkan mulut-mulut busuk kita akan semakin busuk dengan mengutuk para ulama yang tidak sependapat dengan kita. Anggaplah perkara ini sebagai asam garam kehidupan. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam :
Ya, orang alim juga terkadang melakukan kesilapan. Bahkan mereka bukanlah maksum seperti para Nabi alaihimussolatuwassalam. Namun jaminan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam sendiri bahawa para ulama ini jika mereka melakukan kesilapan, maka mereka akan cepat kembali kepada perkara kebenaran kerana ilmu yang mereka miliki.
Jadi kita hanya berserah kepadaNya. Jangan menyibukkan diri kita dengan mencari-cari kesalahan orang lain dan menunding jari ke sana ke mari. Sibukkan diri kita dengan permasalahan umat Islam ini dan mohon kepadaNya dilapangkan hati kita semua menerima kebenaran dan bersabar di atas khilaf yang berlaku.
Mari kita sama-sama mengambil sikap air dan minyak yang pada mulanya bertengkar namun akhirnya kembali mengiktiraf kelebihan masing-masing.
Al-Imam Ibn Jauzi rahimahullah (wafat 592H) menceritakan berkenaan kelebihan sabar dan redha tanpa bertengkar. Ceritanya sebegini :
Dituang air ke dalam satu bekas. Kemudian dituang pula minyak ke dalam bekas yang sama.Maka minyak pun naik menutupi atas air. Maka air terus berkata :
“ Aku yang menyirami pokok yang mana daripadanya kamu terjadi. Di mana adab kamu? Sepatutnya kamu dahulukan aku bukannya mendahului aku”
Minyak lalu menjawab : “ Ini kerana, ketika kamu menyirami pokok tempat aku berada , kamu berjalan dengan jalan yang cukup selamat tanpa kesakitan semasa menyampaikan air kepada pokokku. Namun aku, sebelum dikeluarkan perlu melalui jalan yang sukar,aku bersabar dengan kesusahan diperah dan ditapis barulah mengeluarkan diriku sekarang. Maka disebabkan kesabaranku inilah aku ditinggikan oleh Allah taala melebihimu.”
Air sekali lagi menjawab : “ Tapi kamu kena ingat, aku tetap sebagai asal kejadianmu”
Minyak menjawab kembali : “ Ya, benar kamu adalah asal. Namun aku menutupi dirimu daripada keaiban.Ini kerana jika engkau mengenai api lilin tentu engkau akan memadamkannya, namun aku mengawalmu daripada menyebabkan engkau merosakkan lilin tersebut.”
Hakikatnya kedua-duanya mempunyai saling kaitan antara satu sama lain. Hebatnya minyak tetapi dia tidak langsung menafikan kebaikan yang ada pada air kepadanya.
Namun manusia, sekali sahaja berlaku khilaf namun selamanya dikecam dan dihina. Seolah-olah pihak yang dikecamnya langsung tiada kebaikan. Maka kembali kita koreksi diri kita. Jangan memalukan diri kita dengan air dan minyak ini sedangkan kita lebih mulia daripada mereka berdua.
Jangan menghina dan mencaci, namun sebaiknya carilah jalan terbaik menyelesaikannya.
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah Mesir.
bagaimanakah ciri-ciri ulama su'?
BalasPadamHmmm betul juga. Ulama ni terbahagi dua. Bagaimana ya ustaz?
BalasPadamSubhanallah...begitu bermakna hubungan air dan minyak. Dua-dua memberi manafaat kepada hidupan di alam ini. Tidak saling mencari kelebihan sendiri dan mencari kelemahan orang lain. Anakanda,mohon ambik petikan minyak dan air itu,untuk penggunaan yang lebih luas dalam kehidupan harian. Terima kasih.
BalasPadamTeruskan perjuangan,semoga sentiasa di dalam redha,rahmat dan kasih sayang Allah.
Biarlah Allah s.w.t. sahaja yang menilai antara dua jenis ulama' tersebut. Bukan kerja kita yg menilai. Ulama' brbeza pndapat dengan hujah masing2.
BalasPadamTantawi ulama suu' ... semoga Allah beri hidayah kpd saya dia dan kita semua. Sudah banyak kali die memberi masalah kepada orang islam. Lagipun die naik jadi sheikhul azhar sbb kroni hosni mubarak.
BalasPadammasa bertemu shimon perez (penyembelih org palestin) die bersalam pulak macam iktiraf negara haram israel.
orang lain berjuang nak pakai tudung di france die pulak nak kacau supaya buang tudung. ape ni ??? ... perlukah lagi kita nak membela die.... benda sudah terang dia duri dalam ummat islam ... baik ulama wahabi pulak yang tetap nak memperthan kan orang palestin. .... you tak tahu ka org palestin kebulur sbb tembok ni dan tak ade lagi senjata nak lawan israel.
lagipun kita tak boleh menolak wujudnya suul ulama... sepanjang sejarah islam ade orang macam ni
sekian,
Pemikir yg Waras
Kita hina orang yang belum meninggal dunia, tanpa bagi ruang kalau beliau ada salah, untuk bertaubat. Inikah akhlak Islam. Mengaku "waras" tetapi tidak berakhlak, samalah macam apa yang dididik oleh orang2 kafir di Barat.
BalasPadamDoakanlah Allah bagi hidayah kepada mereka yang masih hidup. Orang yang menghukum tu adakah yakin akan mati dalam husnul khatimah?
Setiap yang kita cakap dinilai oleh Allah s.w.t.. Hati2lah. Rasulullah s.a.w. dah ingatkan, jangan tolong syaitan ke atas saudara seislam dgn menghukum dan mencela walaupun ahli maksiat.
Enta kate: "Siapa kita ingin menilai perkara sebegitu? Adakah ada wahyu baru yang turun memberitahu bahawa si fulan ini lebih terpengaruh dengan kerajaan atau tidak?”
BalasPadamAna tanya: Sape enta nak buat fitnah ttg ibnu taimiyyah pastu meletakkan perbuatan fitnah enta tu sebagai perkara khilaf? Adakah ada wahyu baru yang turun memberitahu bahawa enta ni boleh tau baik buruk sesuatu hal tanpa melihat malah melanggar nas quran & hadis? Malah siap bercanggah dgn fakta sejarah?
Ana tanya elok2 ni.
Tapi ana tahu, enta takkan jawab. Sebab enta akan duk berputar kt adab2 je. Takpelah. Semoga mereka2 yg belajar dgn enta dapat menilai balik apa yg enta ajar. Semoga Allah lembutkan hati enta utk berkata benar, mcm mase enta jawab exam. Amen.
Allahu'alam
Inilah masalah manusia yang sudah di basuh mindanya. Sudah terang lagi jelas masih lagi enggan menerima.... sudah terblock dari melihat kebenaran. Apabila terkena org sendiri atau yang kita suka... racun pun dikatakan penawar.
BalasPadamYa, saya mengaku tidak menerima wahyu akan tetapi kita boleh menilai sedikit sebanyak melalui perbuatan mereka. Apa yang sudah Tantawi buat untuk umat islam. adakah seorang yang berfikiran waras tak tahu tujuan sebenar buat tembok itu... tak payah saya terangkan semua sudah baligh boleh pikir sendiri
Al-Azhar sendiri pun imejnya banyak tercalar sebab orang 2 sebegini macam tantawi
renugkanlah jasa tantawi
http://www.facebook.com/note.php?note_id=176548874622
Sekian,
Pemikir yg Waras
salam..
BalasPadamana juga ada pendapat sendiri..
ketika MAZA timbul dgn pelbagai isu, ana tgk enta seperti tidak berlapang dada dengan kehebatan ilmu beliau..
sedangkan kali ini, enta mula mengatakan lapng dada pada hal yg khilaf..
ana juga mahu tanya, bukankah pendapat MAZA juga adalah khilaf (mahupun kurang tepat berbanding yang lain).. mengapa enta kurang mengambil tindakan berlapang dada dan mencari jasa dan budi yang telah beliau taburkan.. seperti juga isu ini, ada pendapat yang lebih baik dr qaradhawi sedangkan anda kata perlu berlapang dada dgn tantawi.. juga sama dgn apa yg pernah berlaku pd isu maza dahulu..
satu lagi, ana juga berpendapat yang tantawi juga telah menjadi back up besar kepada kerajaan husni mubarak, ini sudah jelas lagi bersuluh.. tapi terpulang kepada enta, dunia dah jadi saksi kepada jenayah ini..
jzkk
wslm..
-yang bukan penyokong kuat MAZA, tapi kebenaran, sbb kdg2 kita sentiasa berat sebelah pada isu yang tidak sependapat dgn kita-
Sewajarnya, tuan blog membentangkan alasan Dr. Muhammad Tantawi yang membolehkan pembinaan tembok sempadan Gaza tu dan bantuan wang bagi pembinaan gereja.
BalasPadamSeterusnya, anta bentangkan juga definisi KHILAF dan IJMA^. Soalnya adakah perkara yang dibicarakan di atas menjadi suatu perkara KHILAF yang dibenarkan oleh syarak? Kita bimbang jika ini kerana suatu yang menyalahi IJMA^ maka itu bukanlah perkara KHILAF yang dibenarkan! Adakah Dr. Muhammad Sayyid Tantawi itu seorang yang layak mengeluarkan ijtihad yakni adakah dia seorang mujtahid? Jika dia mengambil pendapat tokoh lain yang membolehkan bantuan kewangan bagi pembinaan masjid, maka soalnya adakah orang tu seorang mujtahid?
Oleh itu, enta bentangkan alasan-alasan Dr. Muhammad Sayyid Tantawi bagi mengelakkan kekeliruan...
assalamualaikum
BalasPadamterima kasih atas artikel ini.
memang merupakan akhlak seorang muslim untuk menghormati pandangan ulama'-ulama' ini..saya setuju mencaci dan mengutuk bukanlah perkara yg patut dipegang oleh orang yg tidak setuju dengan pandangan beliau.
namun jangan kita berlembut hati dengan tindakan pembinaan tembok pemisah ini. walaupun ade ulama mengeluarkan fatwa membenarkan pembinaan tembok pemisah ini..
seorang muslim yg faham bahawa ummat islam diikat dengan ikatan akidah sama sekali tidak akan membenarkan saudaranya ditindas hatta berlainan negara, passport, kewarganegaraan warna kulit dsbnya. Inilah yg diajarkan di dalam al-quran dan hadis. saya bukan dari golongan agama, namun orang yg membaca al-quran dan hadis pasti memahami konsep ini.
isu utama yg sepatutnya dimainkan ialah ummat islam mudah dipecah-pecahkan mengikut negara, perkara yg tidak pernah berlaku sebelum kejatuhan khilafah islamiyah..contohnya seperti pembinaan tembok ini..mesir yg majoritinya muslim tidak dpt menghalang pembinaan tembok ini yg terang-terang merugikan umat islam gaza..
timbangkan sendiri dimana prioriti kita dalam melihat isu..adakah ini isu ummat yg perlu kita laung-laungkan dan bahaskan dlm blog, forum dsbnya atau kita memberi proriti membahaskan adab orang islam dlm percanggahan pendapat dgn ulama..
orang akan menulis perkara yg dirasakan penting bagi dirinya..
bagi saya, kesimpulan yg saya pegang setelah baca artikel ini ialah beradab dengan pandangan ulama adalah perkara kecil berbandingkan isu ummat islam tidak memahami konsep ummah yg saling mencintai saudara seislamnya sendiri lebih dari yang lainnya...(tidak bermaksud saya bersetuju dgn orang yg mencaci dan memaki ulama, mencaci memaki orang biasa pun dianggap sudah tidak beradab)
membela ummah lebih prioriti dari membela ulama..(jgn salah anggap pula saya anti ulama ye...senyum sket :))
terima kasih
ps: islam itu syumul dan mudah
Salam.
BalasPadamDr Maza ? Eh beliau baguih sebenornya, boleh pandirkan ulamak, boleh menghina sistem pengajian pondok.. Dr Maza sama dengan Sheikh Tantawi ?