Terkejut saya melihat berita yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad pemilik blog Bahrussofa pada pagi ini. Pondok Lubuk Tapah terbakar !! Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un.
Bilamana terkenang semula kenangan indah sempat menadah kitab dengan Murabbi al-Allamah Tuan Guru Hj.Abdullah bin Tuan Guru Hj Abdul Rahman rahimahumullah pada tahun 2003 , hati menjadi sebak melihat gambar yang dipaparkan.
Pondok ini perlu dipertahankan dan perlu dibantu segera. Diharap kepada semua pembaca laman ini agar dapat membuat kutipan derma kilat kepada Pondok Lubuk Tapah ini.
Moga sedikit bantuan yang kita berikan ini akan menjadi amal jariah kita kelak bilamana bertemu Rabbul Izzah.
Al-Allamah al-Sufi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hafizahullah, Menteri Besar Kelantan sendiri menyeru kepada semua pihak agar dapat memberikan bantuan segera kepada pembinaan semula bangunan di Lubuk Tapah. Beliau berkata demikian ketika ditemuramah semasa melawat kawasan kebakaran baru-baru ini.
Semoga sahabat-sahabat di Lubuk Tapah bersabar di atas ujian yang menimpa kalian..
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un..
BalasPadamsemoga bantuan cepat disalurkan..
Adapun orang yang paling terkenal dengan pengingkarannya adalah Fir’aun. Namun demikian di hatinya masih tetap meyakini-Nya. Sebagaimana perkataan Musa a.s. kepadanya:
BalasPadam“Nabi Musa menjawab: "Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: “Tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran; dan sebenarnya aku mengira, engkau hai Firaun, akan binasa”.” (al-Isra’, 17: 102)
Ia juga menceritakan tentang Fir’aun dan kaumnya:
“Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah Bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.” (an-Naml, 27: 14)
Begitu pula orang-orang yang mengingkarinya di zaman ini, seperti komunis dan atheis. Mereka hanya menampakkan keingkaran kerana kesombongannya. Akan tetapi pada hakikatnya, secara diam-diam, batin mereka meyakini bahawa tidak ada satu makhluk pun yang ada tanpa Pencipta, dan tidak ada satu benda pun kecuali ada yang membuatnya, dan tidak ada pengaruh apa pun kecuali pasti ada yang mempengaruhinya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).” (at-Thur, 52: 35-36)
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/
salam ust. minta buka laman web http://beritamuslim.wordpress.com. minta sebarkan pada sahabat2 untuk adakan penentangan terhadap laman web ini supaya kerajaan malaysia boleh block laman web ini dengan kadar segera. laman yang menghina Allah dan junjungan besar kita nabi Muhammad SAW!satu kebiadaban terlampau!!!!!!
BalasPadam