Baru-baru ini ketika mengajar Kitab Nur al-Dzolam Syarah Manzumah Aqidatil Awwam di Madrasah al-Imam Syafie, saya menjumpai satu kisah menarik yang berlaku di antara Saidina Umar bin Al-Khattab radhiyallahu anhu dan Saidatina Ummu Kulthum radhiyallahu anha binti Saidina Ali karramallahu wajhah. Bila diteliti kembali kisah ini , saya dapati kalau tidak diceritakan dan disampaikan dengan cara yang benar, tentulah pembaca akan menyampaikan dengan cara yang tidak betul. Malah bimbang akan berlaku kurang adab dengan sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam yang sangat agung ini. Kisah sebegini selalu dimanipulasikan oleh golongan Syiah untuk menghina peribadi Sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam yang agung ini. Sedangkan hakikat sebenar cerita tersebut langsung tidak mencarik peribadinya malah menunjukkan lagi tingginya peribadi dua sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam.
Kisah ini diriwayatkan juga oleh al-Imam Ibn Saad di dalam Tabaqat Ibn Saad (8/463) dan al-Imam Ibn Asakir di dalam Tarikh Dimasyk (19/483).
Saya akan membuat ulasan disetiap perbahasan cerita ini moga mudah untuk difahami dengan cara yang sebenarnya.
Kisahnya berlaku bilamana Saidina Umar bin Al-Khattab radhiyallahu anhu meminang Saidatina Ummu Kulthum daripada ayahnya Saidina Ali karramallahu wajhah.
(Ulasan Saya : Ramai yang membaca nama Ummu Kulthum dengan sebutan yang salah, bacaan sebenar bagi nama ini bukanlah Ummu Kalthum iaitu dengan baris fathah pada huruf kaf, namun yang sebenar ialah dibacakan dengan baris dhommah pada huruf kaf)
Bilamana Saidina Umar bertemu dengan Saidina Ali maka beliau berkata: “ Wahai Abu al-Hassan kahwinkanlah aku dengan Ummu Kulthum, Sesungguhnya padanya satu kelebihan yang tidak ada pada orang lain”
( Ulasan Saya : Kelebihan Saidatina Ummu Kulthum adalah kerana beliau merupakan cucu Baginda sallallahu alaihi wasallam. Ini bermaksud bukanlah Saidina Umar inginkan kecantikkannya sahaja, namun yang lebih penting ialah punya nasab keturunan yang sangat baik)
Saidina Ali karramallahu wajhah berkata: “ Wahai Amirul Mukminin , Sesungguhnya dia masih kecil”
(Ulasan Saya : Perkataan Saidina Ali karramallahu wajhah ini bukanlah untuk mengatakan bahawa Saidatina Ummu Kulthum ini terlalu kecil, namun ini adalah sebagai kebimbangan Saidani Ali , takut-takut Saidatina Ummu Kulthum tidak dapat menjalankan tanggungjawab utama jika menjadi isteri kepada seorang yang sangat hebat ini. Selepas ini kita akan lihat bagaimana matangnya Saidatina Ummu Kulthum bilamana berhadapan dengan Saidina Umar)
Saidina Ali menambah: “ Baiklah Amirul Mukminin, saya akan hantarkan Ummu Kulthum kepadamu biar kamu melihatnya dahulu, jika kamu berkenan maka aku telah nikahkannya denganmu”
(Ulasan Saya : Nah, ini dalil menunjukkan bahawa Saidina Umar langsung tidak pernah melihat Saidatina Ummu Kulthum, mungkin beliau pernah melihatnya ketika masih terlalu kecil. Ini menolak pandangan golongan Syiah yang melampau-lampau mengatakan bahawa Saidina Umar sering memerhatikan Saidatina Ummu Kulthum.)
Maka Saidina Ali karramallahu wajhah menyuruh agar Saidatina Ummu Kulthum menghantarkan Burdah (kain selempang) kepada Saidina Umar bin al-Khattab radhiyallahu anhu dan menyuruh Saidatina Ummu Kulthum berkata “ Inilah burdah yang diminta oleh Amirul Mukminin daripada ayah saya”
(Ulasan Saya : Perbuatan ini menunjukkan kepada kita bahawa ianya sebagai isyarat daripada Saidina Ali Karramallahu wajhah kepada Saidina Umar, bahawa inilah Ummu Kulthum isteri Amirul Mukminin. Saidina Ali menghantar Saidatina Ummu Kulthum bagi membolehkan Saidina Umar bin al-Khattab menilai adakah Saidatina Ummu Kulthum masih kurang matang atau sebaliknya untuk dijadikan isteri. Maka penilaian Saidina Umar akan menentukan segalanya. Hakikatnya ketika itu Saidatina Ummu Kulthum telah menjadi isteri bagi Saidina Umar.
Melihat bakal Isteri hanyalah Sunnah, bukannya wajib seperti kata sebahagian orang. Malah lebih melucukan sebahagian orang mengkritik kisah yang berlaku di antara Bapa Saidina Abdul Qadir Jailani dan bakal isterinya hanya kerana Sang Suami tidak melihat isterinya terlebih dahulu. Malah dibahaskan oleh al-Imam Mansur al-Hanbali di dalam kitabnya Raudhul Murbi’ Syarah Zadul Mustaqni’ mukasurat 305, bahawa jika seseorang tersebut redha dengan aib yang terdapat pada Isteri maka tidaklah menjadi masalah malah nikah tersebut adalah sah. Jadi mengapa harus mengkritik malah mentertawakan kisah tersebut?? Sedangkan Hakikatnya , peristiwa itu hanyalah perumpamaan yang diberikan terhadap seorang yang menjaga dirinya daripada sebarang maksiat )
Bilamana Saidatina Ummu Kulthum mengatakan sedemikian, maka Saidina Umar mengatakan bahawa “ Katakan kepada ayahmu bahawa aku redha dengannya”
Pada ketika Saidatina Ummu Kulthum ingin pulang, maka Saidina Umar memegang betisnya lalu menyelaknya. Maka Saidatina Ummu Kulthum terkejut lalu berkata “ Apa yang kamu buat ini?? Kalaulah bukan kerana kamu ini Amirul Mukminin maka sudah lama aku cucuk matamu” Beliau pulang dalam keadaan marah , lalu ditanya kepadanya oleh bapanya yang tercinta “ Mengapa marah-marah?”
Saidatina Ummu Kulthum menjawab “ Ayah telah hantar saya kepada seorang tua yang jahat.”
Saidina Ali karramallahu wajhah menjawab : “ Wahai anakku yang tercinta, Amirul Mukminin adalah suamimu, Janganlah berkata begitu kepadanya”
(Ulasan Saya : Pada kisah inilah ramai golongan Syiah menempelak Saidina Umar bin al-Khattab radhiyallahu anhu kononnya Beliau seorang yang bermata keranjang. Na’uzubillah. Hakikatnya mereka yang tidak memahami Fiqh Islami yang berlaku di antara dua sahabat agung ini. Di dalam peristiwa ini , ketika Saidina Umar menyelak betis Ummu Kulthum beliau adalah merupakan suaminya. Namun perkara ini tidak diketahui oleh Ummu Kulthum.Para ulama membahaskan adakah si ayah wajib meminta izin terlebih dahulu kepada anak daranya untuk dinikahkan dengan seorang lelaki yang dirasakan layak baginya?
Para ulama Hanafiyyah mengatakan bahawa Si ayah wajib untuk meminta izin daripada si anak jika anak perempuannya telah baligh. Manakala ulama Malikiyah dan Syafieyah pula mengatakan bahawa ayah merupakan wali Mujbir yang tidak perlu untuk meminta izin terlebih dahulu , malah boleh mengahwinkannya bila-bila masa yang dirasakan sesuai.
Bagi mazhab Syafie, diletakkan pula syarat, jika si ayah ingin melakukan sedemikian, maka ianya diterima jika tiada permusuhan yang nyata di antara si ayah dan si anak tersebut. Saidina Ali karramallahu wajhah dan Saidatina Ummu Kulthum tentulah tiada permusuhan diantara mereka, kita sendiri boleh melihat betapa Saidatina Ummu Kulthum benar-benar mentaati perintah bapanya yang tercinta.
Hikmah yang lain disebalik perbuatan Saidina Umar ialah untuk memastikan adakah Saidatina Ummu Kulthum sudah benar-benar matang menilai sesuatu yang baik dan buruk. Perkataan yang dikeluarkan oleh Saidatina Ummu Kulthum semasa mula-mula Saidina Umar memegang betisnya, menunjukkan bahawa beliau telah matang dan sesuai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saidina Umar tidak akan memegang betis seorang perempuan melainkan wanita tersebut adalah orang yang halal baginya.
Jadi berjaga-jagalah bilamana berbicara tentang para sahabat. Adab kita kepada mereka yang dipuji oleh Allah taala di dalam al-Quran ini perlulah dititik beratkan. Jangan menjadi seperti golongan Syiah yang melampau-lampau dan tidak mengetahui cara bagaimana bermuamalah dengan para sahabat.)
Hasil perkahwinan tersebut , mereka dikurniakan dua anak iaitu Saidina Zaid dan Saidatina Ruqayyah.
Rujukan :
1. Jadual Fiqh Muamalat oleh Syaikhuna Dr. Umar Abdullah Kamil hafizahullah
2. Al-Mu’tamad Fi Fiqh Syafieyah oleh al-Allamah Dr Muhammad Zuhaili hafizahullah
3. Al-Zakhirah fi Fiqh al-Malikiyah oleh al-Imam al-Qarafi rahimahullah
4. Raudhul Murbi’ oleh al-Imam Mansur al-Hanbali
5. Mughni al-Muhtaj Syarah Minhaj al-Tholobin oleh al-Imam Khatib Syarbini.
6. Nur al-Dzolam Syarah Manzumah Aqidatul Awwam oleh al-Imam al-Allamah Syeikh Nawawi al-Bantani
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Di Masjid al-Azhar al-Syarif dan Masjid al-Asyraff,
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah Mesir
salam ustaz..
BalasPadamtak fahamlah.
dengan lafaz saidina Ali ra kpd saidina umar ra sedemikian sudah dikira sah pernikahannya?
Salam al-Faqir :)
BalasPadamNa'am , kan Saidina Ali karramallahu wajhah dah sebut sebelum tue, aku telah nikahkannya denganmu wahai amirul mukminin.. Jadi maksudnya beliau memang telah menikahkan anaknya dengan Saidina Umar..
Para ulama berbahas pula adakah perlu dengan lafaz nikah secara sarih(jelas) atau tidak? Ulama bermazhab Hanafi dan Maliki mengatakan bahawa tidak perlu dengan lafaz sarih.. Cuma ulama bermazhab Syafie dan Hanbali sahaja berpendapat mesti menggunakan lafaz sarih..
Namun disini, Saidina Ali jelas menggunakan lafaz Sarih...
salam syaikhuna..moga sentiasa dlm rahmat ALLAH..walaupun sy jauh d sni,tp stiasa hrapkn tuan guru tabah hadapi semuanya dn hati2 kami ini sbgai ank murid tuan guru sntiasa dkat dn bersama tuan guru..
BalasPadamberkenaan kisah ini,dulu pon sy terkeliru bila sayidina Umar melihat betis sayidatina ummu kulthum. tapi bila kita berlajar secara berguru dn tahu dri mulut guru sndiri secara langsung bhwa rupa2nya sayidina Umar dah jadi suami yg sah utk sayidatina ummu kulthum... dn kini d tambah takid pula cerita ini lagi oleh tuan guru... moga mreka yg lain faham ttg kisah ini..
Allah yubarik fik ya tuan guru ustaz nazrul...
Salam Syeikh Hakimi.. Syukran banyak2.. doakan ana selalu ye.. moga terus thabat di jalan Allah ini dan sentiasa bersabar di atas segala ujianNya..
BalasPadamSalam imtihan untuk Syeikh Hakimi dan seluruh sahabat-sahabt di perlembahan Nil ini.. Moga kejayaan kalian akan memberikan sinar gemilang buat Islam..
Jazakumullah.. teruskan memberi penjelasan kpd masyarakat. Bersihkan masyarakat dr unsur wahabi, syiah, umno etc... :)
BalasPadamSalaam 'alaik Ust Nazrul,
BalasPadamAna ikhwan, AJK utk persatuan bekas pelajar SBP yang lebih tertumpu dengan nilai-nilai Islam. ini lamannya www.apisbp.com Bolehkan jika ada penulisan ustaz yg bermanfaat, dan berkaitan utk kami panjangkan di laman tersebut? jazakallah khair. sebab persatuan ni pun banyak ditujukan kpd pimpinan badar SBP.
Salam Saudara Ikhwan.. silakan untuk copy mana-mana artikel di dalam laman ana ini untuk sebaran umum.. Doakan moga amalan ini akan menjadi bekalan untuk kita di akhirat kelak.. amin.. syukran.
BalasPadamAssalamualaikum Ustaz, ana minta izin untk sebarkan artikel2 brmanfaat dalm blog ustaz ini.. Salam prjuangan buat ustaz..Siiru a'ala barakatillah..
BalasPadamSalam Syawana.. Silakan :) Syukran ye.. doakan ana selalu..
BalasPadamAnakanda, boleh ummi dapatkan kisah penuh Syadina Ali ini. Ummi kurang ilmu, tapi mahu tahu lebih lanjut berkaitan kisah keluarga, isteri dan anak-anak Syaidina Ali.Dimana nak dirujuk? Harap jangan berikan rujukan berbahasa Arab,ummi mu ini tidak pandai bahasa Arab.
BalasPadamSalam. Ya akhi. Penjelasn fiqh yang matang. Namun ana ada sedikit kemusykilan tentang lafaz akad nikah yang dibuat oleh wali (sayyidina Ali)
BalasPadam"Jika kamu berkenan maka aku telah nikahkannya denganmu"
Di sini wujud lafaz akad nikah secara ta'liq yang dikaitkan dengan JIKA. Persoalannya apakah hukum melafazkan akad nikah dengan lafaz berta'liq kepada syarat tertentu. Boleh tuan bahaskan menurut capaian yang tuan perolehi dari sana.. Syukran.
Mungkinkah dalam kisah ini ada lafaz akad nikah lain yang dibuat secara lebih jitu tetapi tidak diriwayatkan? wallahu A'lam.