Semalam mungkin kelas yang terakhir sebelum penangguhan sempena peperiksaan bagi sahabat-sahabat pelajar Kuliyyah Perubatan Universiti Tanta. Saya dijemput untuk mengajar Sirah Nabawiyah dan Syamail Muhammadiyah oleh wakil Perubatan di sana yang diketuai oleh Dr Zahratul Amani bagi pelajar-pelajar wanita di sana. Ditemani oleh Dr Azhan dan Along tidaklah membuatkan saya terlalu kekok berhadapan dengan mereka semua yang majoritinya adalah wanita.
Alhamdulillah sepanjang 4-5 kali pertemuan , saya benar-benar gembira dengan komitmen dan kesungguhan yang mereka tunjukkan sepanjang kelas dijalankan. Adab dan tatasusila yang mereka tunjukkan seolah-olah mereka telah lama mempelajari bidang agama ini. Mungkin ini lebihnya mereka berada di Mesir bumi Barakah ini. Malah ditempatkan pula di bumi al-Imam al-Badawi radhiyallahu anhu maka bertambah keberkatan mereka di sana.
Sikap tidak malu bertanya dan mengambil sepenuh perhatian ketika pengajian disampaikan amat mengembirakan saya. Seringkali kita mengatakan bahawa kita bukan inginkan ramainya orang agama tetapi apa yang kita inginkan adalah orang-orang yang beragama dan mengamalkan agama .
Terus terang saya katakan bahawa sahabat-sahabat perubatan sama ada yang berada di Sayyidah Zainab , Tanta, Zaqaziq, Mansurah dan Iskandariah memang adalah generasi yang benar-benar diharapkan oleh agama dan bangsa. Golongan Profesional yang beradab dan bertatasusila sebeginilah yang sangat-sangat diharapkan mampu mengerakkan Islam bersama-sama golongan ulama kelak. Masing-masing Allah taala telah letakkan seseorang pada tempatnya. Maka jika kita bersyukur dengan apa yang telah diletakkan oleh Allah kepada kita , maka kita akan rasa tenang dengan qada’ dan qadarNya.
Menjadi doktor bukanlah bermakna kita tidak boleh mendalami agama, namun biar kena pada cara dan adabnya. Namun jika kita sudah diletakkan olehNya di dalam sesuatu bidang, maka bersungguh-sungguhlah kita untuk memahami bidang tersebut sebaiknya. Jangan seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Menjadi Ulama bukanlah tiket utama untuk menuju Syurga Allah dan meletakkan selain ulama di Nerakanya. Terlalu kejam jika kita menyempitkan syurga Allah taala hanya untuk sebahagian golongan, sedangkan SyurgaNya cukup luas untuk makhluknya yang beriman.
University Tanta, tempat sahabat-sahabat Perubatan belajar.. Saya cari kat Internet je nie, tak tau la betul ke tak :)
Syurga adalah untuk hambaNya yang bersyukur. Jika kita menjadi seorang doktor, dan kita bersyukur dengan nikmat Allah tersebut maka hakikatnya kita telah benar-benar menjiwai perasaan syukur tersebut maka Allah taala tentu tidak akan menyalahi janjiNya kepada hamba-hambaNya yang bersyukur.Syukur kerana sekurang-kurangnya kita telah melepaskan sebahagian kefardhuan kepada umat Islam di Malaysia khususnya,
Syukur kerana kita nanti akan mampu membantu umat Islam yang memerlukan,
Syukur kerana kita juga insyaAllah mampu menjadi seorang doktor Muslim dan Muslimah yang mampu menjadi role model kepada masyarakat dengan akhlak dan peribadi yang mulia,
Syukur kerana kita nanti akan mampu membantu umat Islam yang memerlukan,
Syukur kerana kita juga insyaAllah mampu menjadi seorang doktor Muslim dan Muslimah yang mampu menjadi role model kepada masyarakat dengan akhlak dan peribadi yang mulia,
Jadilah apa sahaja yang tidak menyalahi syarak, maka kita mampu meraih syurgaNya dengan izin dariNya.
Jika semua ingin menjadi ulama , maka siapa pula akan menjadi murid kelak? Jika semua ingin menjadi doktor, siapa pula yang akan menjadi arkitek dan lain-lain. Maka dunia akan kelu dan beku jika tidak berwarna-warni. Maka dengan hikmah inilah Allah taala menjadikan kita pelbagai. Kepelbagaian ini bukanlah untuk memecahkan tetapi untuk menguatkan.
Jiwa-jiwa yang merasakan kepelbagaian ini merosakkan hakikatnya jiwanyalah yang telah rosak.
Saya bukan ingin memuji dan memuja kepada sahabat-sahabat perubatan ini , tetapi perkara hakikat untuk diambil contoh perlu disampaikan buat teladan kepada semua. Ya, Baginda sallallahu alaihi wasallam juga memuji para sahabat yang melakukan kebaikan di dalam Manaqib-manaqib mereka. Jika kita mengatakan bahawa pujian langsung dilarang, maka sudah tentu Baginda sallallahu alaihi wasallam tidak akan langsung memuji sahabat-sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam.
Tak terlambat kiranya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian diatas bantuan dan teguran yang diberikan sepanjang kelas berlangsung.
Saya akan benar-benar merindui suasana tersebut . Moga Allah taala akan mengumpulkan kita semua sekali lagi pada masa akan datang. Tumpukan imtihan sepenuhnya dan banyakkan berdoa kepada Allah taala dengan berkat Baginda sallallahu alaihi wasallam dan para solihin, moga sahabat semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Jangan lupa doakan saya semoga terus istiqamah di jalanNya dan bersabar di atas segala ujian yang menimpa. Saya sentiasa mendoakan kejayaan kalian…
Barakallahu lakum Jami’an, Siiru a’la Barakatillah..
Mohd Nazrul Abd Nasir ,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syarif & Masid al-Asyraff,
Rumah Kedah Transit,
Hayyu 7, Kaherah Mesir
salam
BalasPadambtul kata ustaz tu, tp secara ikhlas dan jujur, mmg saya begitu cemburu dengan bidang yg ustaz ceburi kerana saya di bidang kejuruteraan.. mungkin ini jalan hidup saya.. bg saya jika berada dalam bidang ustaz, hati akan tenang dan sentiasa di berkati.. apa2 pun, semoga ustaz panjang umur dan murah rezeki.. ustaz pun doa2kanlah kejayaan saya
gembira,sedih,terharu..
BalasPadambaca post ustaz ni..
xsabar xhabiskan exam..
nak pg lagi kls sirah!
stp kali call m'sia msti sy akan cite kat mak n ayah ape yg ustaz ajar kat kls..mak n ayah teruja ade anak malaysia memakmurkan ilmu di bumi asing..terima kasih sudi ajar kami semua..nak tnye soalan byk2 pon bmbg ustaz lmbt balik kaherah =)..redhai ilmu kami ngn ustaz..jazakallahu khairan jazak!(kitorg suke klu ustaz sebut,alim kabir!!!moge ustaz dapat jadi mcm 2...~da alim kabir pon..ameen)
salam ustadz, (^_^)
BalasPadamsyukran, syukran, syukran,
sebab sudi luangkan mase,
berkongsi ilmu ngn kami semua,
sesungguhnyer kami semua berbangge
sbb ustadz sudi dtg tanta!~
tak saba nak abeh imtihan!~ (^_^)
nak blaja sirah lagi!~ yay!~
semoga dirahmati!~
salam..
BalasPadamsebetulnya kami pelajar2 perubatan sgt dahagakan ilmu agama.. sebetulnya kami sgt berterima kasih ngan ustaz yg sudi luangkan masa untuk mengajar ilmu2 yg sgt berguna tuh.. cth: min adabil Islam.. seriosuly sebelum blaja kitab nih, sy tak ambik kisah sgt pasal adab2 yg selama nih org anggap cam remeh.. tapi alhamdulillah lepas blaja kitab nih, dah tau dah cm mana nak ketuk pintu, nak bg salam, nak tekan loceng, mcm2 lah.. cairo university dah nak habis exam dah.. tak sabar nak sambung kitab min adabil islam ngan sambung blajar ilmu akidah...
apa2 pun terima kasih ustaz, moga thabat dalam perjuangan menegakkan Islam..
salam alayk
Salam
BalasPadamMenyesal x p kelaih ust smlm
ada keja
pg td sblm tggu doc masuk kelas,jeles dgr akhawat cerita blk apa yg ust cerita kt depa smlm
x sbq nk tggu abih cuti
Barakallahulak
salam wrbt
BalasPadamkelas sirah yg best,dpt byk sgt ilmu baru yg lain~selain dpd ilmu sirah Sayyidul 'Alamien~ dpt juga ilmu ttg wahabi [sblm ni xtahu lgsg], ilmu ttg syurga dn neraka, kisah dajjal, kisah para masyaikh..dll
xleh jd sehebat ustaz dan para masyaikh dlm menguasai ilmu at least dpt kongsi sbhgn ilmu kalian pun sudah cukup bertuah utk kami
susah payah ust utk smp ke Tanta stiap mnggu hanya Allah yg dpt membalasnya.
kami dahagakan ilmu, klu diberi kesempatan masa harap ust dpt luangkan byk masa mndidik kami generasi di Tanta.
semoga sentiasa di dalam pemeliharaanNya..jazakallah khair utk semuanya
tak sabar nak dengar ustaz hentam puak-puak wahabi lagi ni. Mereka dahla sesat, keras kepala pulak tu. aduhai wahabi.
BalasPadamSalam semua.. syukran atas dorongan dan doa yang diberikan..
BalasPadamkepada penama " Wakil sayyeda Zainab yg kedua"(bukan yang pertama..sila lihat ejaan saya) .. saya mengenali semua murid2 dan sahabat2 saya di sana.. tiada seorang pun yang suka mengatakan sedemikian.. sekali lagi saya dapat tahu siapa sebenarnya yang selalu memfitnah sahabat2 kita bukan sahaja Pengajian Islam malah sahabat2 Medic sendiri..
Sudah2lah , jgn memfitnah lagi, tak cukup lagi ke dgn fitnah kepada saya.. kemudian ingin pula memfitnah sahabat2 di sayyidah Zainab seolah-olah mereka ekstrim seperti fahaman wahabi kamu yang suka menyesatkan orang selain fahaman wahabi yang kamu anuti...
Moga Allah taala memberikan hidayah kepada kita semua dan kepada budak kurang kasih sayang sorg nie :)
Salam..Rasa tersenyum membaca coment2 di sini, pelajar2 perubatan yang terus-terusan berminat pada ilmu agama. Sebetulnya, dan semoleknya, ada banyak tanggungjawab sebagai seorang pelajar perubatan, bakal doktor dan kelak menjadi doktor yang perlu mereka pegang dalam bukan sahaja menjadi doktor kepada pesakit tetapi menjadi doktor kepada pesakit hati.
BalasPadamIngin sekali saya kongsikan kisah abg saya yang kebetulan juga menjadi jemputan salah seorang forum di Uitm yang mmbincangkan mengenai fiqh perubatan. Abg cakap, seorang doktor itu kene mantap juga pengetahuan agama terutama sekali dalam bab fiqh kerana seandainya pesakitnya dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk solat secara berkeadaan sempurna, maka doktor itu sendiri perlu tahu keadaan bagaimana mereka perlu mendirikan solat.
Seorang pelajar perubatan juga perlu tahu cara utk mengatasi depress kerana ketika mereka menjalankan tugas sebagai doktor di GH (general hospital) mereka akan hadapi kerenah pesakit yg lebih hebat.
Izinkan saya kongsikan pengalaman seorang doktor yang saya kagumi, Dr Harlina Siraj. Doktor ini mengatakan dalam kajiannya utk satu paper pembetangan pada ilmuwan asia tenggara, kebanyakkan pelajar perubatan sekalipun non muslim adalah seorang yg taat beragama kerana ilmu agama itu dapat menenangkan hati dan dapat mengatasi keadaan mereka ketika menghadapi depression yang teruk semasa belajar mengenai perubatan ini.
Tahniah ustaz kerana berkesempatan berkongsi ilmu dan seterusnya memberikan kesan ke dalam hati mereka berdasarkan komen2 yg tertera di sini. Walaupun saya hanya sempat menceduk sikit sahaja ilmu dari ustaz, keranakan kesibukan ustaz ini, rasanya berbaloi tak kacau ustaz tanya yg bukan2 pasal maqasid syariah..(hehehe..ustaz tahu sendirlah sape anak murid ustaz yg sorang ni..)
Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi ustaz..
Barakallahu fik...
Wassalam..
salam ustaz,
BalasPadamana nak ucapkan jazakallah coz sggp ajarkan sirah nabi..
ana mmg sker blaja sirah..ana harap ana dpt ikut pengajian sirah muhammadiyah sblm ana blek ke mesia as a doc..insyaALLAH..
Sama-sama anonymous. Diharapkan budak yang kurang kasih sayang dari iskandariah itu tak buat hal lagi kat sini. Dasar wahabi tak sedar diri.
BalasPadam