Sambung semula kisah semalam yang belum selesai . Kisah berkenaan al-Imam Abu Hanifah Nu’man rahimahullah. Sebelum masuk ke dalam cerita. Ingin saya bawa sidang pembaca berfikir sejenak bagaimana cara jawab yang diberikan oleh al-Imam Abu Hanifah.
Al-Imam tidak memberikan jawapan secara fakta semata-mata. Malah kadang-kadang diselitkan dengan persoalan demi persoalan biar dijawab sendiri oleh kelompok yang bertanya. Ini adalah salah satu teknik bagi memberikan hujah dan menjawab persoalan yang ditanya.
Ada orang yang bilamana dia bertanyakan soalan kepada saya, maka saya kembali bertanya kepadanya. Maka terus dia menempelak. Kononnya saya tidak memberikan jawapan. Sedangkan hakikatnya dia sendiri tidak faham bagaimana untuk bersoal jawab dan mencari jawapan disebalik persoalan.
Benarlah kata-kata ahli bijak pandai : “ Jawapan yang baik bagi soalan yang baik adalah soalan yang baik”.. Sama-sama kita fikirkan ..
Kembali kepada kisah kita :
Bilamana sampai al-Imam Abu Hanifah bersama gurunya yang mulia al-Imam Hammad radhiyallahu anhuma di tempat perdebatan, seraya al-Imam Abu Hanifah berucap :
“Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, Cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini”
Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian anak muda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bilamana al-Imam Abu Hanifah duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan :
Soalan Pertama
“Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab :
“Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak”
Soalan Kedua
“ Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :
“ Allah taala itu wujud sebelum adanya zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya , mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya”
Soalan Ketiga
“ Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"
Al-Imam Abu Hanifah menjawab :
“ Kamu pandai mengira?”
Kelompok Atheis itu menjawab :
“ Tentu sekali kami pandai mengira”
Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya:
“Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor 4?”
Mereka menjawab : “ Nombor 3”
Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”
Mereka menjawab : “Nombor 2”
Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”
Mereka menjawab : “Nombor 1”
Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”
Mereka menjawab : “Tiada”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan :
“Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada Nombor itu sendiri?”
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.
Persoalan diteruskan.
Soalan Keempat
“Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”
Al-Imam Abu Hanifah : “ Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”
Mereka menjawab : “ Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah”
Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “ Jika cahaya yang diciptakannya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?”
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan . Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.
Soalan Kelima
“Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"
Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.
Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Mereka menjawab : “ Tentu sekali”
Al-Imam meneruskan : “ Bilamana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Mereka menjawab : “ Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Al-Imam meneruskan : “ Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Mereka tertawa lalu memberikan jawapan: “ Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.
Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu : “ Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya”
Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya: “ Jika makhluknya seperti ruh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?”
Soalan Keenam
“ Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka : “ Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"
Mereka menjawab : “ Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata : “ Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya , masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini”
Soalan Ketujuh
“ Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab : “ Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya : “ Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu”
Soalan Kelapan
“ Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal”
Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab : “ Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.
Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah wafat. Al-Fatihah.
Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada Sang Imam bilamana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka al-Imam menjawab dengan tenang.
“ Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah.Jawapan hanya boleh diberikan bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu”
Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bilamana al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab : “ Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah).
Ya, mereka punya banyak kelebihan yang sukar digapai. Sekurang-kurangnya saya juga punya kelebihan. Kelebihan saya ialah menceritakan kelebihan orang lain. Walau diri ini tiada apa-apa yang boleh dibanggakan.
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah, Mesir
Ada orang yang bilamana dia bertanyakan soalan kepada saya, maka saya kembali bertanya kepadanya. Maka terus dia menempelak. Kononnya saya tidak memberikan jawapan. Sedangkan hakikatnya dia sendiri tidak faham bagaimana untuk bersoal jawab dan mencari jawapan disebalik persoalan.
Benarlah kata-kata ahli bijak pandai : “ Jawapan yang baik bagi soalan yang baik adalah soalan yang baik”.. Sama-sama kita fikirkan ..
Kembali kepada kisah kita :
*******

Inilah gambaran betapa tertekannya puak Atheis tersebut bilamana mati hujah berdebat dengan al-Imam Abu Hanifah.. Sambil menghentak-hentak kepala ke dinding disebabkan terlalu tension :)
Kagum saya bilamana membaca kisah-kisah para ulama terdahulu. Kehebatan dan kesolehan mereka sukar ditandingi.Ya, mereka punya banyak kelebihan yang sukar digapai. Sekurang-kurangnya saya juga punya kelebihan. Kelebihan saya ialah menceritakan kelebihan orang lain. Walau diri ini tiada apa-apa yang boleh dibanggakan.
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah, Mesir
Kenapa banyak sangat fakta salah ni?
BalasPadamEnta rujuk kitab mana ni?
Mungkin ana kena betulkan,
kelebihan enta ni putar belit fakta.
Ramai follower blog enta ni.
Habis sesat semua karang, isk.
Astaghfirullah.
Enta pegi mengaji dengan kawan ana kt mesir tu la, ustaz saiful kelantan, dulu dia belajar pakistan, sekarang kt mesir.
Pergi berguru betul-betul dengan syeikh2 azhar.
Jangan duk ikut sangat syeikh2 tarekat.
Syeikh tarekat ni tidaklah lebih daripada ilmu mantiq. Hadis semua mereka hentam saja. Itu yang banyak hadis palsu daripada puak tarekat ni.
Assalamu'alaikum,
BalasPadamMasuk dah la tak bagi salam. Kemudian terus menempelak. Seolah-olah ilmu itu ada pada ustaz yang anda sebutkan sahaja. Dalam perkara aqidah, akal diperlukan dan berlandaskan al Quran dan sunnah. Itu penting.
Anda pernah berdebat dengan orang Kristian tak, atau golongan mulhid yang hanya percaya perkara yang dapat dibuktikan ? Anda akan gunakan apa untuk berhujjah ?
Tentu anda lebih tahu bila orang yang sudah tiada akal dipanggil apa ? Dan jatuh atau tidak taklifan terhadapnya ?
Salam...
BalasPadamOrang yang menganggap dirinya hebat, dialah sejahil-jahil manusia. Dia memandang orang lain salah hatta para masyaikh sekalipun dan tidak pernah bersikap dengan husnu dzon.
Silakan dengan sikap jahil tersebut. Para alim ulamak bukanlah bersikap seperti kalian.
Wallahu'alam
Ana doakan ust nazrul terus SABAR layan kawan-kawan kita ni... tahu kutuk orang je ke kerja mereka ni? senang-senang je hentam ulama, hentam ilmu mantiq? huhu.. lucu.
BalasPadammungkin ustaz nazrul kena cari syeikh wahabi di al-azhar, dan blajo dgn syeikh tu.. baru puas hati dorg...
fakta salah konon... wahabi padam sebahagian kitab al-azkar, kitab hashiah sowi..ape citer? x amanah langsung... jawab la secara ilmiah klu x puas hati dgn kandungan kitab tu sedare!
Sape anonymous atas sekali tu? Kurang ajar la kutuk Tok Guru Nazrul macam tu.
BalasPadamTok Guru Nazrul ni dah macam wali Allah dah.
Kalau pergi kelas Tok Guru, rasa tenang je.
Mungkin anon tu gila.
Takpela, tok guru, sabar ya.
Kita teruskan perjuangan.
KATAKAN TIDAK KEPADA WAHABI LAKNATULLAH!!!
Saya menjadi saksi us Nazrul belajar dgn sheikh2 Azhar, dan ilmu yg ada pdnya adalah ilmu dan manhaj yg diambil dr manhaj al-azhar. Siapa yg meragui memang dia sendiri tak berguru dgn sheikh Azhar ntah2 kuliah pn x pergi, tahu dok bca kitab sdr, belajar dgn guru2 dr negara lain pastu ckp belajar kt azhar, jgn kamu cemarkn nama azhar dgn pendapatmu yg memalukn itu.
BalasPadamPenuntut masjid Azhar, Universiti Al-azhar.
Hussein.
hadis, ada banyak lafaz dan sanad, berjuta-juta.
BalasPadamnamun, bila di kaji, sebuah hadis diriwayatkan berkali-kali dengan ringkasan atau tambahan faedah, menyebabkan hadis itu jadi banyak riwayat.
ada sebuah hadis, dalam syamayil muhammadiyyah lit-turmuzi, bab ibadat nabi, hadis abu zar nabi pagil tiga kali. ada tiga riwayat dalam tu dengan matan teks hadis yang berbeza. bila kita baca, seolah-olah 3 hadis, 3 tempat, 3 keadaan, 3 bentuk ucapan yang berbeza. namun sebenarnya sama sahaja ketiga-tiga hadis tersebut tetapi diceritakan kali pertama panjang lebar, kali kedua diringkaskan, kali ketiga ringkas jugak tapi ada penjelasan sedikit yang tak disebut dalam kali pertama dan kedua. riwayat begini tak mencacatkan hadis kerana daripada abu zar sendiri ringkasan tersebut. jika dari perawi selepasnya maka hadis tersebut sudah kurang dari sudut nilaian ilmu hadis.
balik kepada anon yang pertama, jika banyak salahnya, mana? buktikan salahnya supaya boleh dibetulkan, tak menyesatkan orang lain yang baca. hadis nabi mafhumnya "bantulah yang menzalimi dan dizalimi". kita nak bantu orang yang dizalimi dengan maklumat palsu, kita bantu yang menzalimi dengan menunjukkan kepalsuan yang dia tuliskan.
daripada perbezaan riwayat-riwayat seperti yang saya tulis di atas itu, mungkin ini riwayatnya ust nazrul terima, kawan anda dari pakistan menerima riwayat lain, kawan kita yang lain pula dapat riwayat ini disandarkan kepada ulamak lain, jika kita kongsikan di sini mungkin ust nazrul boleh betulkan dan tambah 'notakakitangan' di bawah sekali "menurut anonymous pertama begini kisahnya, menurut polan begini pula, apapun kita ambil manfaatnya kerana nama-nama tersebut seperti baghdad atau an-nukman atau al-hammad tidak begitu penting dalam istifadahnya. boleh saja kita suatu hari nanti ulangi kisah tersebut dengan 'melaka' menggantikan baghdad, tuan guru polan menggantikan al-hammad, kita sendiri menjadi seperti an-nukman" sekian contoh ayat.
Allahu a'lam
salam...
BalasPadamkepada anonymous yg pertama...cubalah kita memberi komentar dengan keadaan yg berhikmah sikit...ni pakat nak menghentam membuta tuli je...klu salah tolong betulkan...jgn biarkan org yg salah terus menyesatkan org len dgn kesalahan yg dah die buat...
mudah-mudahan allah beri petunjuk kepada anonymous yg pertama tu...
allahu a'lam...
Kepada semua sahabat-sahabat terima kasih atas keprihatinan kalian..
BalasPadamSaya pelik, bagaimana mungkin sandarkan kepada apa yang saya tulis ini dengan menyeleweng dan lain-lain? Sedangkan kita mengambil daripada tulisan para ulama.. hanya kerana kamu benci dengan saya maka terus kamu nak letakkan bahawa semua yang saya tulis adalah menyeleweng.. beginikah caranya Dr Asri dan Ust kamu ajar kamu?
Semoga Allah memberikan petunjuk kepada saya dan pihak terbabit..
Imam-imam ahlu sunnah wal jamaah tidak pernah mendesak manusia mengikuti apa yang mereka utarakan dalam bab-bab ijtihad, apa lagi memaksa seseorang di atasnya (atas pendapatnya). Dan inilah apa yang ditegur oleh Imam Malik bila mendengar Khalifah Harun Ar-Rasyid mahu mendesak rakyatnya mengikuti apa yang terkandung dalam kitab Muwatta'nya. Imam Malik menegur Khalifah Harun: Jangan buat begitu wahai Amirul Mukminiin, sesungguhnya sahabat2 Rasulullah s.a.w bertebaran seluruh pelusuk alam, maka telah mengambil ahli sesuatu negeri dari setiap mereka(sahabat) apa2 yang ada (hadis dan pendapat) disisi mereka. Dan hanya sanya saya telah mengumpul sesuatu ilmu (hadis dan pendapat sahabat) yang terdapat di negeri saya. Dan berkata Malik juga: Adalah saya hanya seorang manusia biasa yang terkadang betul dan terkadang salah, maka bentanglah (timbangilah) pendapatku di atas neraca Al-Quran dan As-Sunnah. Berkata Imam Abu Hanifah: Ini adalah pendapatku, maka barangsiapa mendatangi kami dengan pendapat yang lebih baik nescaya kami akan menerimanya. (FATAWA KUBRA m.s 339, Jilid 6, Cetakan Dar ul-kutub al-ilmiyyah 1987M)
BalasPadamSaudara pemilik blog ini ada menuduh yang bukan-bukan kepada syeikhul islam ibnu taimiyyah. Alhamdulillah ada kawan ana yang dah betulkan. Tetapi saudara pemilik blog ini tidak memaklumkan kesilapan beliau terhadap ibnu taimiyyah dalam post-post beliau yang baru, seolah-olah tuduhan saudara pemilik blog ini terhadap syeikhul islam ibnu taimiyyah adalah benar. Astaghfirullah.
Yang kedua saudara pemilik blog ini ada membuat kenyataan bahawa beliau menolak tauhid yang tiga. Ana kira kalau penolakan itu secara ilmiah tidak mengapalah. Tetapi penolakan itu bersifat ghulu' dan bercampur dengan fitnah. Bayangkan berapa ramai yang percaya kata-kata saudara.
Ana memohon saudara pemilik blog ini supaya adil, mengaku kesilapan, bimbang dengan kesilapan kita, maka pembaca akan menaqal penulisan kita dan disebarkan kepada yang lain lalu bertebaranlah fitnah.
Lembutkan hati, cubalah bangun tahajud, minta petunjuk Allah, minta Allah lapangkan hati saudara.
Mungkin ada benarnya tulisan anon yg pertama di atas, cuma beliau perlu kemukakan bukti kesilapan saudara.
Ana tak mahu menulis panjang, saudara boleh rujuk comment saudara firdaus dalam post-post yang sebelum ini, beliau sudah menjelaskan dengan panjang lebar.
Ubahlah sebelum saudara malu nanti. Ubahlah sebelum saudara malu di mahkamah Allah nanti.
Allahu'alam.
salam.. kepada saudara yang memberi hujah.. silalah bertemu dengan ustaz Nazrul.. bersemuka dengan hujah2 saudara.. dan bermunaqashah bersama, saudara tak perlu meraih simpati saudara di sini jika saudara merasakan hujah saudara saja di dalam dunia ini betul..
BalasPadamkami di sini ingin membaca mutiara2 ilmu, jd tak perlu kusutkan perkara lain di sini, bincang tentang bab Al-Imam Abu Hanifah.. jika saudara mempunyai maklumat lebih, sama2 kita tumpang mutiaranya
saudara menyintai agama Allah ini, begitulah kami, kita mencari ilmu Allah dipelusuk dunia ini hanya untuk mendapat keredhaan Allah.. sama2 kita selam dalam lautan ilmu, tp beringatlah jangan kita sampai terlemas dalamnya.. bittaufiq
salam. korang yg rase btol sgt tu gi la jumpe ust nazrul face 2 face. x gune cakap kat sini, siap gune name anonymous lg. x de selesai masalah.
BalasPadamust nazrul ni semua org maklum orgnye berilmu sejak di bangku sekolah lg.
kalo nak setelkan masalah, setelkan elok2 la, gentleman sket. cakap blakang2, bdak kecik bleh camtu..
insaflah, ubahlah SIKAP kamu..
Kenapa semuanya berselindung disebalik 'Anonymous', langsung tidak berani mendedahkan diri. Sudahlah datang ke rumah orang ,lepas tu mencerca pula? Inikah akhlak yang Rasullulah tunjukkan dalam berdakwah? Saya rasa semuanya berilmu, semuanya kata mengikut Al-Quran dan As-Sunah,tapi kenapa tiada langsung hikmah dalam berdakwah,dalam menegur dan dalam menyampaikan ilmu?
BalasPadamApakah tuan rumah ini pernah ke rumah saudara dan mencerca begini rupa? Berilmu tetapi tidak berakal dalam memanafaatkan ilmu yang dituntut itu. Kasihan pada ibu-ibu yang melahirkan 'Anonymous' semua.
Salam perjuangan buat smua sahabat.
BalasPadammabruk pada us nazrul atas perkongsian ilmu dan sememangnya satu artikal yang menarik dan bermanfaat.saya juga yakin us nazrul sgt mengambil berat tentang apa yang nk disampaikan,bukan menulis tanpa ilmu serta rujukan dari sumber yang tidak diyakini.kisah yg kongsikan mmg xdinafikn dah masyhur dikalangan sesetengah dripd kita..cm munkin rujukannya shja yg berlainan serta olahan ayat yang berbeza.cdngan sy hrp us nazrul dpt sbtkn rujukannya agar pengomen prtama tu puas hti dan blh rjk sndri.
kpd pengomen prtama..kalaulah btl apa yg dismpaikan us nazrul ada salahnya berdsrkan ilmu kamu..cblah bradab skit tguran tu..cara kamu bukan sprti penuntut ilmu yg adil dlm menilai stiap yg diterima dan akibatnya kamu sndri yg dilihat JAHIL..kedatangan kamu dalam ruangan ini hanya menempah kutukan dri kebanyakan yg mnilai komen kamu..jd..ikutlah SUNNAH btl2 klu btul nk ikut.jgn ingt org yg xsefahaman dgn kamu xikut SUNNAH sdgkan yg sebenarnya kamu yg masih JAHIL tntg SUNNAH..
kita dbenarkan berikhtilaf tpi biar dgn adabnya.walaupon tidaklah semua yg dsampaikan us nazrul saya stuju..tp mabruk pd us nazrul atas kebesaran jiwamu menerima kritikan yg smmgnya penyebab matangnya ilmumu..trskn berdakwah..mg kita terus berada dilandasan hidayahNYA..maaf atas komentar..wassalam..
syabas kepada akhi nazrul dan akhi al kalantani.berhemah , beradab sebagai tolib ilmi.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam Akhi al-Kalantani.. Syukran jazilan atas komentar membina daripada akhi..
BalasPadamSaya kagum dgn orang seperti akhi dan mengharapkan agar "golongan" itu mencontohi cara yang akhi gunakan .. Kita berbeza pendapat tidak bermakna kita membenci sesama kita..
semoga ahki sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya..
Barakallahu fik..
Wassalam
Tapi yang bab enta fitnah ibnu taimiyyah tu, ana harap enta boleh kaji balik. Enta jangan main naqal camtu je, cuba buat perbandingan sikit. Takut nanti makan diri. Allahu'alam.
BalasPadamkepada al-kelantani kedua :
BalasPadamawak menambah ke? ish2..tak baik gitu. kalau nak kan kebenaran tanya elok2. tak payah menyamar sesapa. jadi diri sendiri next time. itu lebih baik. kasihan kan orang la. tak molek buat macam tu.
salam
BalasPadamkami yang kurang ilmu ini sepastinya tidak diuji seperti mana ujian yang menimpa ustaz nazrul.. saya amat2 berharap ustaz tidak ambil hati dan meneruskan perjuangan ustaz. Jangan dihirau kritikan pedulikan kami yang jahil2 ni...ilmu ustaz miliki amat diperlukan dizaman sekarang
Salam
BalasPadamAllahu Allah! Segala puji dan puja milikNya belaka. Salam pada Baginda SAW, ahlul bait, para sahabat dan seluruh mereka yang ikhlas mengikuti jalan Baginda SAW.
Sungguh, sejak beberapa hari ini, ana selaku At-Tolibu Al-Jadidu Al-Faqiru yang masih bertatih mempelajari agama Allah swt meski berada di bumi orangnya kuffar ini mengambil begitu banyak manfaat daripada artikel-artikel al-Fadhil Ustaz kita tulis.
Allahu Allah!
Sungguh, apa yang kami lihat bukan kekacakan Al-Fadhil Ustaz mahupun karamahnya beliau - apa yang kami ambil adalah ilmu daripada Allah swt jualah yang kami cari caranya yang terbaik untuk mengamalkan.
Al-Fadhil Ustaz,
Bukan sedikit mereka yang membahaskan sesuatu yang tidak membuahkan amal. Tambah menggusarkan lagi, apabila pertembungan dianggap sebagai permusuhan. Ya, tidak dinafikan setiap permusuhan pasti ada pertembungan. Tetapi hakikatnya, bukan semua pertembungan itu permusuhan. Dan bagaimana menjadikan pertembungan bukan permusuhan? Adalah dengan MENGURUSKAN pertembungan dengan kembali kepada, dengan pertembungan ini bagaimanakah aku boleh menterjemahkannya dalam bentuk amalan sehari-harian?
Ya ikhwah,
Tiadalah salah mengkritik. Asalkan kritikan itu berdasarkan ilmu. Dan kritikan itu membantu kita mematangkan ilmu. Ilmu kalau hanya dituntut semata-mata untuk tahu - celakalah. Kerana ramai sahaja yang boleh menyampaikan pesanan, marilah kita berlaku 'adil dan kemudian semua orang menyampaikan kepada semua orang tentang 'adil walhal tiada siapa yang benar-benar mempraktikkan 'adil. Masyarakat tetap juga zalim. Bukan salah penyampaian - tetapi salah ilmu dikutip dan disampaikan tetapi tidak diamalkan.
Justeru, ilmu itu untuk diamalkan. Bukan semata-mata untuk diketahui dan disampaikan sahaja.
Lihatlah ibrah arikel Al-Fadhil Ustaz tempoh hari. Disuruhnya kita bersangka baik dengan orang dalam isu kenyataan pelik wali Allah swt. Dalam artikel ini disuruhnya kita pandai berdakwah dalam bentuk jidal hasanah. Itulah buah-buah amal yang kita kejar. Bukan hanya ilmu - siapa perawi, apa matan asli dan sebagainya semata-mata, tetapi bagaimana kepukan ilmu menggunung ini diterjemah dalam amalan akhirnya.
Ingat! Akhirnya bukan ilmu kita yang ditimbang. Yang ditimbang adalah amalan.
Maka, point ana ialah :-
a) Kritiklah - hatta kutuklah para ulama' seandainya kritikan dan kutukan anda mampu mendekatkan diri kamu kepada Allah swt. Mampu menambahkan barakahnya ilmu kamu dalam membuahkan amal yang akan membawa kamu kepada keredhaan Allah swt.
b) Sebagaimana kita tidak beramal kerana peribadi seseorang - maka sebagaimana itulah juga kita tidak mengkritik peribadi seseorang melainkan kita kritik atau bahas atau komen penambahbaikan akan isi/intipati ilmu berkenaan.
'Ala kulli hal, hatta orang kafir pun -unzur ma qila wa tanzur man qala~ Lihat isi, lihat ilmu, kaji dan amal.
c) Adapun yang bertembung, uruskanlah dengan pertama akhlak. Kedua, akhlak. Ketiga, akhlak. Dan semoga dengannya insyaAllah akan membuahkan amal yang baik ditimbang dikelek di padang masyhar yang panas mentari terik.
Adapun untuk ustaz, teruskanlah membimbing kami dengan kepukan ilmu yang Allah swt izinkan Al-Fadhil Ustaz tuntut - agar bisa kami juga bersama kongsi nikmat ilmu dan amal.
Tidak di dunia bertemu, moga-moga di syurga insyaAllah ya ustaz! (^^)
Salam ukhwah!
Salam mahabbah!
Salam perjuangan!
Astaghfirullah,
Al-Faqiru Dhaifun Abdullah
Syukran ya Sayyidi CantikMuka..Sebuah untaian nasihat yang sangat menggugah jiwa.. kami mengharapkan doa kalian amin ya Rabb
BalasPadam