Ahad, 10 Januari 2010

Tahniah Naufal...

Dari kiri : Al-Faqir, Nuqman dan Naufal di Zoo Negara sehari sebelum berangkat ke Mesir

Rasa masih tak terlambat untuk saya ucapkan Tahniah kepada adik saya yang tercinta, Muhammad Naufal bin Abd Nasir atas kejayaannya di dalam PMR baru-baru ini dengan keputusan 7A 1B...

Seorang yang pendiam dan paling tidak banyak karenah bagi saya..Diam-diam ubi berisi.. Pesanan Abang.. Kejayaan ini jadikanlah sebagai pemangkin untuk semakin bertaqarrub kepada Allah taala..

Cita-cita Naufal untuk menghafal hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam itu amatlah baik. Abang sangat gembira mendengarnya.. Apa yang penting isinya perlu dipelajari daripada para ulama yang muktabar..Jangan hanya sekadar berpada dengan lafaz zahir hadis semata-mata.. Bimbang akan berlaku fitnah nanti.. Naufal kena ingat, hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam bukanlah bahan mainan dan perencah makanan yang boleh untuk sesuka hati kita menterjemahkan mengikut kehendak nafsu kita.. Perlu diambil daripada dada para ulama yang muktabar.. Nanti bila abang balik , kita sama-sama bincang kitab apa yang patut Naufal mulakan untuk menghafal..



Apa-apapun, tumpukan sepenuhnya pada pengajian Naufal.. Walaupun Naufal bukan dalam bidang agama seperti abang, namun abang tak pernah menghalang untuk Naufal mendalami sungguh-sungguh bidang ini.. Namun biarlah kena pada caranya... Ambillah ilmu daripada para ulama kita di pondok-pondok... Masa cuti penuhkan masa dengan menuntut ilmu. Jika al-Alim al-Allamah Syeikhuna Muhammad Nuruddin al-Banjari hafizahullah datang ke Kedah, Abang nasihatkan kepada Naufal untuk sentiasa mengikuti pengajian yang disampaikan oleh beliau..

Ilmu beliau di dalam bidang hadis sangat-sangat bernilai, malah dipuji oleh para ulama.. Naufal jangan malas-malas untuk menuntut ilmu agama daripadanya...

Abang tak mengharapkan Naufal menjadi orang agama, namun apa yang abang harapkan ialah Naufal dapat jadi orang yang beragama.

Hiasilah diri Naufal dengan akhlak yang terpuji dan peribadi yang tinggi, Moga hidupmu kelak akan diberkati oleh Ilahi... Semoga terus berjaya di dalam kehidupanmu wahai adikku.. Taatilah ayahanda dan bonda sesungguh-sungguhnya tanpa berbelah bahagi...

Doakan juga abangmu di perantauan ini , moga sentiasa Thabat dan Istiqamah di dalam menyampaikan agama..

Wassalam

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah, Mesir



4 ulasan:

  1. assalamualaikum.

    tahniah atas kejayaan adik ust yg cemerlang dlm pmr. wah. hebat2 sungguh keturunan pakcik nasir ni.. moga kjayaan adik naufal merupakan kejayaan buat Islam juga. didoakan agar adik naufal juga bakal menjadi insan sehebat abgnya ataw lebih lagi ya insyAllah.. ada tanjak dah tu. moga adik naufal dapat mencapai cita2 dan terus najah di dunya dan akhirat. Ameen..=)=)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..
    tahniah, semoga bertambah lagi seorang muslim yg berkualiti :D

    BalasPadam
  3. salam..

    banyaknye nasihat...huhu tahniah2 adik Naufal. sejuk perut makteh ta mengandungkan anak2..mabruk sekali lagi (^_^)

    BalasPadam
  4. bagusnya ada abang macam ni. caring sangatt

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...