Ahad, 23 Mei 2010

Berbilang-Bilang Persatuan @ Jemaah.. Penyelesaiannya??

Perbincangan berkenaan berbilang-bilang jemaah ini telah lama dibahaskan. Namun sehingga sekarang masih belum ada kata putus , malah tidak salah saya katakan masing-masing akan mempertahankan hak masing-masing.

Si jemaah A akan mengatakan bahawa kamilah yang terbaik. Si jemaah B pula turut mengatakan yang sama.

Saya mengharapkan perbincangan ini akan membuka minda semua pihak . Baca dan telitikan terlebih dahulu. Lihat hujjah dan perbahasannya . Jangan hanya kerana yang menulis ini bukanlah Presiden Pertubuhan ini, Ikatan itu maka terus diletakkan bahawa apa yang ditulis ini semata-mata untuk memenangkan sebuah pihak semata.

ISLAM DATANG MERUNGKAI KARAT JAHILIYYAH

Sebelum kedatangan Islam, manusia hidup berpuak-puak , bersuku-suku dan mengikut hawa nafsu masing-masing. Puak A ini mengatakan : “ Kamilah yang terbaik”. Puak B , C dan D juga mengatakan perkara yang sama. Apa natijahnya? Ya , semua sudah pasti bahawa yang akan berlaku pastinya perpecahan dan perbalahan.

Kedatangan Baginda sallallahu alaihi wasallam memberikan sinar baru kepada umat manusia. Manusia yang sebelumnya hidup dengan membeza-bezakan antara satu sama lain, akhirnya berpegang dengan slogan “ Kita semua adalah sama, datang dari Bapa yang SATU iaitu Saidina Adam alaihi al-salam, Ibu yang SATU iaitu Saidatina Hawwa’ alaiha al-salam, yang membezakan hanyalah iman dan taqwa di sisiNya”.

Kedatangan Baginda sallallahu alaihi wasallam membawa sebuah perpaduan kepada umat manusia. Berpegang dengan SATU aqidah iaitu Islam, beriman dengan tuhan yang SATU iaitu Allah taala. Karat jahiliyyah fahaman berpuak dan bersuku yang berpasak kuat di hati masyarakat manusia ketika itu berjaya dirungkai satu persatu oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Kesimpulan perbincangan pertama kita : Berbilang-bilang kebanyakkannya membawa kepada perpecahan , manakala perpaduan di bawah satu panji pastinya akan membawa kemenangan dan kemegahan kepada umat Islam.

KISAH SAYA DAN SYAIKHUNA MUKHTAR AL-JAZA’IRI HAFIZAHULLAH

Satu hari sekitar tahun 2005 saya berjalan bersama Syaikhuna Mukhtar al-Maliki al-Jaza’iri hafizahullah. Ulama muda daripada Negara Algeria ini merupakan lepasan Ma’had Fath al-Islami serta pelajar Sarjana University al-Azhar al-Syariff. Saya sempat mempelajari ilmu Nahwu, hadis dan sedikit perbahasan fiqh Maliki dengan Syaikhuna sepanjang bersama dengannya.

Waktu Maghrib sudah masuk hampir 10 minit. Kebetulan kami melalui sebuah masjid berdekatan dengan Hayyu Sabiek, Madinat Nasr Kaherah. Saya bersama Syaikhuna terus memasuki masjid tersebut. Namun , kami dapati solat jemaah telah selesai dilaksanakan. Syaikhuna lantas menarik tangan saya untuk menuju ke Masjid lain . Saya bertanya “ Kenapa perlu ke masjid lain? Bukankah boleh sahaja kita laksanakan solat secara berjemaah di bahagian belakang?”

Syaikhuna menjawab : “ Di sisi kami yang bermazhab Maliki, jika telah selesai solat jemaah di sebuah masjid yang punya Imam Tetap , maka dilarang bagi seseorang yang datang lambat untuk menunaikan solat secara jemaah di belakang jemaah pertama yang telah selesai. Ini berbeza dengan mazhab kamu ( Syaikhuna mengisyaratkan kepada mazhab yang saya pegangi iaitu Mazhab al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu)”

Saya kurang faham mengapakah para ulama Malikiyah mengeluarkan pendapat sedemikian. Lalu saya bertanya kepada Syaikhuna tentang kekeliruan tersebut.

Syaikhuna menjawab : “ Ini kerana, kita ingin menjaga perasaan Imam Tetap tersebut. Bimbang beliau terasa bahawa jemaah yang dilakukan selepasnya adalah kerana tidak menyukai dirinya serta kami tidak mahu melakukan banyak jemaah di dalam sebuah masjid yang sudah punya imam yang dilantik.”

MasyaAllah, terus terlintas dibenak fikiran saya, Betapa cantiknya perbezaan mazhab sehingga permasalahan perpecahan juga turut menjadi perbahasan utama hatta di dalam hukum berkaitan imam dan makmum.

Maka saya terfikir, jadi mengapa perlu ada banyak persatuan sedangkan persatuan pertama telah ada tertubuh ? Adakah kerana tidak menyukai pimpinan persatuan pertama maka perlu untuk ditubuhkan persatuan kedua? Atau merasakan bahawa pimpinan persatuan pertama kurang mantap dan sedap bacaannya dan tarbiahnya berbanding persatuan kedua?

Ya , permasalahan ini sama sahaja isunya.

BERBILANG-BILANG PERSATUAN SAMA SEPERTI BERBILANG MAZHAB???

Ada seseorang melontarkan soalan kepada saya : “ Apa kata jika kita menganggap bahawa berbilang-bilang persatuan ini adalah seperti berbilang-bilang mazhab? Maka sudah tentu tiada masalah”

Saya menjawab : “ Berbilang mazhab di dalam Islam adalah untuk membawa kemudahan kepada Umat Islam. Tidak terdapat seorang pun di kalangan umat Islam yang baik fikirannya akan beranggapan bahawa wujudnya empat mazhab di dalam Islam membawa kesusahan kepada umat. Adakah isunya sama seperti tertubuhnya banyak persatuan? Saya yakin kedua-dua belah pihak persatuan akan merasakan bahawa hakikatnya bukan kemudahan yang berlaku, malah perbalahan dan pertentangan”

Maka qiyas yang digunakan sudah tentu tidak sama natijahnya. Maka para ulama Usul Fiqh menamakan kaedah qiyas sebegini sebagai qiyas ma’a al-Fariq ( iaitu melakukan perumpamaan dengan perkara yang berbeza permasalahannya dan natijahnya).

Saya melalui kehidupan berpersatuan, dan bukanlah saya tidak pernah bertemu dengan kepimpinan sebelah pihak yang lain. Kita pernah bertemu dan berbincang mengapa perlu banyakkan? Mengapa ada tohmahan dan fitnah sana sini yang berlaku?

Pokok takkan bergoncang kalau tidak ada angin atau orang yang menggoncangnya.. Jika sebelah pihak tidak memulakan serangan dan merealisasikan "perpaduan TEORI" yang dicanangkan maka kita tidak akan sesekali bangkitkan isu ini. Namun sepatutnya pihak-pihak terbabit perlulah meneliti semula , di mana silapnya pergerakkan kita sehingga berlakunya perpecahan sebegini?

JANGAN BERTEORI SEMATA

Ramai yang suka berteori semata, namun tidak melihat kepada keadaan semasa serta hakikat yang berlaku di hadapan mata. Jika sudah nampak sekalipun, tetap dibutakan mata . Berteori dengan mengatakan bahawa berbilang-bilang sebenarnya membawa kebaikan.

Ya , kita tidak mengatakan bahawa berbilang-bilang itu keseluruhannya membawa keburukan. Namun kebanyakkannya ke arah keburukan. Jangan hanya melihat buruk itu pada maksiat semata. Luaskan skop pemikiran berkenaan “ BURUK”. Berpecah, berburuk sangka, merasakan kami yang terbaik, itu juga merupakan perkara yang BURUK.

Seseorang pernah mengeluarkan teorinya : “ Apa masalahnya kita berbilang-bilang persatuan dan jemaah? Anggap sahaja kita seolah-olah menaiki dua kapal menuju ke pulau ISLAM yang satu. Kan tidak ada masalah?”

Kita menjawab kembali: “ Ya itu jika tidak berlaku permasalahan di pertengahan jalan. Namun apa yang berlaku, kapal yang satu lagi belum pun sempat sampai ke Pulau ISLAM yang menjadi hadaf bersama telah dibom dipertengahan jalan. Maka masing-masing berbalas tembakan meriam. Akhirnya , kedua-duanya karam. Maka mulalah kapal Lanun-Lanun Antarabangsa mendarat di pulau Islam dan meratah isinya. Mengapa? Kerana teori-teori sebeginilah”

Umat Islam sekarang perlu hidup ke arah realiti. Jangan hanya suka berteori itu dan ini.

Jika di dalam Daulah Kecil semasa hidup bepersatuan kita sudah tidak mampu untuk melaksanakan perpaduan dan kesatuan. Maka tidak hairanlah nanti jika tertubuhnya Daulah Besar Kerajaan Islam akan tetap timbul permasalahan sebegini. Permasalahan tidak puas hati dengan Kepimpinan, Kepimpinan tidak mantap tarbiyahnya, Kepimpinan itu dan ini tetap akan timbul jika semasa berada di Daulah Kecil Persatuan tidak mampu dipraktikkan.

TIDAK BERSETUJU BUKAN BERMAKSUD MENAFIKAN KEWUJUDAN

Saya tidak menafikan bahawa berbilang-bilang itu wujud. Jika saya menafikan perkara tersebut maka bodohlah saya. Realitinya perkara tersebut telah berlaku. Cuma apa yang ingin saya persoalkan , mengapa perlu wujudnya berbilang-bilang?

Di sini bukan kita ingin timbulkan permasalahan gila kuasa dan sebagainya. Cuma ingin melaksanakan kaedah “ Pimpinan pertama yang perlu ditaati”. Maka jika sudah ada pimpinan pertama di sebuah kampung, mengapa perlu adanya sebuah lagi kumpulan yang datang dan ingin memimpin orang-orang kampung tersebut sedang kepimpinan pertama masih lagi mampu memimpin dan tidak membawa orang-orang kampung tersebut ke arah kerosakan dan maksiat?

SEJARAH MEMBUKTIKAN : PERPECAHAN MENGGEMBIRAKAN MUSUH, MELETIHKAN KAWAN

Charles Martil selaku pimpinan tentera Eropah semasa peperangan dengan umat Islam yang dipimpin oleh Abdul Rahman al-Ghafiqi rahimahullah mengatakan bahawa :

“ Kita tidak perku bertentangan dengan mereka secara berdepan. Ini kerana kesatuan niat mereka serta perpaduan yang mereka pegangi menyebabkan seorang lelaki di kalangan mereka sahaja sudah memadai daripada bilangan yang ramai untuk mengalahkan kita. Kesatuan hati mereka lebih hebat daripada perisai-perisai perang. Maka apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah dengan mengalihkan pandangan mereka kepada perpecahan dan perebutan. Maka jika perkara sebegini berlaku , sudah tentu kita semua akan mudah menawan mereka”

Maka disebarkan secara sedikit demi sedikit fahaman perpecahan di kalangan umat Islam ketika tersebut. Apa yang berlaku selepasnya? Akhirnya Saidina Abdul Rahman al-Ghafiqi terpaksa memimpin tentera yang sudah mula berlaku perpecahan dalam di antara mereka. Setelah tujuh hari bertempur, Saidina Abdul Rahman al-Ghafiqi syahid di dalam peperangan tersebut. Umat Islam berada di dalam kerugian yang teramat sangat. Hasil perpecahan halus yang disebarkan musuh, menyebabkan pimpinan mereka sendiri terkorban. Allahu Allah.

Inikah yang kita kehendaki berlaku semula kepada umat Islam?

Perpaduan adalah sebuah mimpi ngeri kepada golongan musuh. Maka disebabkan itulah mereka menyebarkan dan terus menyebarkan api perpecahan dan pergolakan.

Seorang Oreantalis Barat , Laurance Brown mengatakan : “ Jika golongan muslimin bersatu di bawah satu daulah , maka ini akan menjadi laknat kepada alam dan akan menyebabkan bahaya besar berlaku . Namun jika mereka tetap berpecah dan bergolak , maka mereka akan berterusan di dalam keadaan lemah dan tiada memberi sebarang kesan kepada orang lain”

Kebanyakkan Oreantalis telah nampak akan hakikat perpaduan kepada umat Islam dan kebaikan perpecahan ini berterusan kepada mereka. Namun Umat Islam tetap leka, dan tetap menganggap bahawa kamilah yang punya tarbiyah terbaik lantas memandang rendah kepada umat Islam lain. Maka sampai bilakah akan berlakunya perpaduan jika sebelah pihak sahaja memperjuangkannya sedangkan tidak disambut baik oleh sebahagian yang lain?



Semoga semua dapat memikirkan dengan baik setiap perkataan yang saya coretkan di sini. Baca dengan hati terbuka dan fikiran yang matang. Jangan hanya cepat memberikan komentar itu dan ini sebelum cuba memahaminya dengan teliti. Bimbang akan terbuka pekung di dada.

Ya Allah, ampunkan dosaku jika hambaMu berlebihan. Amin Ya Rabbal A’lamin.

Rujukan :

1. تحديات سياسة تواجه الحركة الإسلامية karangan Mustafa al-Tahhan cetakan Darul Tauzi’ Kaherah

2. التمكين للأمة الإسلامية في ضوء القرآن الكريم oleh Dr Muhammad Sayyid Muhd Yusuf cetakan Darul Salam Kaherah

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah, Mesir


51 ulasan:

  1. satu pencerahan yg baik sekiranya jemaah2/persatuan2 baru yg ada dapat duduk semeja untuk berbincang. bkn hanya menjawab isu "disebalik tabir".

    sebuah jemaah/persatuan islam mesti berani menyatakan jemaah/persatuan mereka benar2 mengikut landasan Islam sebenar.

    Bukan menolak dengan mengatakan sekiranya medan perbincangan antara jemaah2/persatuan2 dibuka timbul perbalahan yg akan mengeruhkan keadaan.

    Kita semua jelas persatuan apa yg Penulis ikuti. waalahua'lam.

    BalasPadam
  2. Salam. Syeikh, jazakallah utk entry ini.

    Cuma maafkan saya bertanya, saya tidak nampak apakah kaitan antara cerita ustaz dan Syeikh dgn statement berikutnya berkaitan betapa cantiknya perbezaan mazhab?

    BalasPadam
  3. Salam Affan.. terima kasih sebab bertanya.. mungkin ayat ana tergantung.. :) apa yang ana nak maksudkan ialah.. betapa cantiknya perbezaan mazhab sehingga permasalahan perpecahan juga turut diperbincangkan .. :) ana akan tambah kejap lagi ye.. tima kasih atas perhatian yang diberikan :)

    BalasPadam
  4. us, boleh tak us terangkan dari sudut hukum.

    1- Persatuan yg meninggalkan al-amr bin ma'ruf wannahyu anil munkar dengan berhujah pekara amar makruf nahi munkar ini adalah fardhu kifayah. Dah ada org lain/persatuan lain dah bt. jadi persatuan/kami terlepas utk bt.

    BalasPadam
  5. assalamu'alaikum, cuba ustaz baca di link berikut:

    http://ms.langitilahi.com/pemurnian-%E2%80%9Centa-jemaah-mana%E2%80%9D/

    penting, wallahu'alam

    BalasPadam
  6. Bagaimana dengan syahadatul Haq karangan Abul Ala Maududi?

    Berbilang jemaah adalah kemudahan. Masalahnya berada pada jemaah yang tidak berlapang dada dengan kemudahan ini. Boleh fikirkan apakah kelebihannya.

    BalasPadam
  7. perbezaan fikrah bkn bermaksud utk kita menidakkan fikrah yg lain... nice...

    anway... ttbe tringat... x sabar nk smbung pengajian syamail muhammadiyah di youtube...

    bile lagi ust?

    BalasPadam
  8. Salam syaikhuna..sy sbnarnya dh lma menunggu ustaz mnghuraikn permasalahan ni.sy ingt lg msa muktamar PMRAM dlu. ustaz pnh ckp, "kita xleh nafikn kewujudan mreka,cumanya kita nk tnya, apa relevennya kewujudan mreka d sni(mesir)?"

    Sy pnh brsembang ngn org kuat persatuan len d mansurah ni. sy tnya dia,knp perlu berbilang jemaah?dia jwb."cba tgk pda sirah nabi.puak muhajirin dn ansor tidak diubah nma mreka oleh nabi." dia nk mksudkn mcm PMRAM ngn perstuan len la.kn nma len2.pastu dia smbung lg."sma jg cm lmbang.PMRAM lmbang len,dn kami lmbang len.tp msing2 mnuju mtlamat yg sma." sy jwb,klu dia nk smakn ngn puak ansor dn muhajirin zmn nabi dhulu, bleh.. tp kdua2 puak itu walaupun nma len,ttap brsatu bwah sorg pemimpin iaitu nabi MUhammad.skang ni,persatuan len ada mcm2 nma tp x brsatu bawah sorg pemimpin.. jd xleh smakn.

    berkenaan nma len dn lmbang len kita bleh sma kn ngn PMRAM cawangan.nma DPM len2 kn.dn lmbang pon klu bkn sbb keselamtan dh lma DPM nk guna lmbang len jg..jdi klu bleh DPM guna lmbang len,mka bleh la org kuat persatuan len td nk gunakn hujjah sma ngn puak ansor dn muhajirin.sbb pa?sbb DPM nma len2 dn lmbang len2,tp brsatu bhwa sorg pemimpin iaitu Presiden PMRAM.

    tp org kuat persatuan len td,dia nk smakn PMRAM ngn persatuan dia yg nma len dn lmbang len tu mcm puak ansor dn muhajirin xbleh la.sbb PMRAM ada pemimpinnya.dn persatuan dia pon ada pemimpin jg. mka sy simpulkn bhawa dia xleh nk sma kn lah puak2 d zaman sahabat nabi dlu..wlupon nma len2, tp brsatu bwah sorg pemimpin.itu bru btol. DPM Mansurah,zaqoziq,alex,syibin,dumyat dn len2, nma nya sdah brbeza dn lambang pon klu ikutkn len2.tp ats sbb keselamatan,kena guna lmbang PMRAM ja, mka ini bru bleh d sma kn ngn puak ansor dn muhajirin yg brbeza nma sperti org kuat prsatuan len tu ckp kn.

    hakikatnya PMRAM ngn prsatuan len x sma nma, lmbang dn pemimpinnya.masing2 ada perlembagaan sndiri.so mna bleh sama kn ngn zaman nabi dhulu.zman nabi dlu walaupon ansor dn mhajirin brbeza nma tp brsatu bwah Nabi ja.1 perlembagaan ja.
    mka trtolak la hujah dia. brsambung.....

    BalasPadam
  9. sambungan dr ats..

    sy jg stuju ngn ustaz bhawa apa relevennya dan rasionalnya mreka wujud d sni? mreka melaung2kan slogan brsatu atas nma ISLAM.tp sbnarnya mreka x buat pon cm depa kta tuu.ni tulisan sy dlm blog sy suatu ketika dhulu.

    "Sepatutnya ISMA Malaysia perlu menyatakan begini pada kamu semua sebelum datang ke Mesir ini,

    "Kita di Mesir nanti ada satu persatuan yang akan menjaga pula kebajikan kita di sana iaitu PMRAM. Di sana nanti mereka pula mengambil berat tentang kita. Jadi atas dasar bersatu atas nama Islam,maka kami(ISMA Malaysia) inginkan supaya kamu 'membai'ah' pula kepimpinan di sana. Jangan berpecah belah."

    Jika ayat ini yang disarankan kepada pelajar ISMA sebelum datang ke sini, aku percaya isu hangat yang sedang berlaku sekarang ini takkan terjadi. Bukan aku nak menyatakan PMRAM ini betul dan benar sentiasa. Ada kelemahan ia. Jadi kita yang nampak kelemahan ini,sama2lah perbaikikan. Tapi kamu??? Tetap dengan ISMA kamu dan akhirnya membantutkan urusan DPMM itu sendiri." dn ni link blog sy dlu.sy pnh tulis ttg isma msa kes d mansurah dlu..

    http://menjejakharapan.blogspot.com/2009/10/siapa-yang-menyemai-benih-kebencian-dan.html


    tima kaseh syaikhuna.. maaflah guna ruangan komen syaikhuna. Heheheheh. Allah yubarik fik.. Doakn sma sma ustaz..

    BalasPadam
  10. salam..

    http://www.scribd.com/doc/19480864/Syahadatul-Haq-Abul-Ala-Al-Mawdudi

    semoga bermanfaat..

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas pencerahan..

    Kita sering kali menjadi beku bila pintu perbincang ditutup, jemaah dan persatuan islam dah jd seperti kultus-kultus agama kristian dan buddha..

    Bimbang berbincang takut mejadi sesat dan berpecah..

    Persoalanya, SIAPA SEBENARNYA YANG TAKUT?

    Ahli bawahan ditutup dengan kebodohan dan ketaksuban supaya mereka kekal dalam kotak masing.

    Apapun ustaz,
    Sepanjang perbincang hal2 seperti ini, biasanyaakan ada komen dari Anonymous yg bakal buat 'bodo' nanti.

    paling kurang pun duk cuba buat topik

    Skil sama dari UMNO.

    Mungkin selepas komen saya ini nanti..
    (^>^)

    BalasPadam
  12. Author: iijr
    Comment:
    Menurut tulisan drpd Dr Yusuf al-Qaradhawi dlm sebuah buku , beliau secara pandangan peribadinya mengatakan bahawa banyaknya jemaah adalah kerana berbeza dari segi jalan kerja dan ijtihad. Dalam hal itu, tidak mengapa selagi setiap organisasi, samada NGO atau parti, tedapat berbeza hanya dalam keragaman dalam furu' bukannya pertentangan yang besar seperti matlamat perjuangan dan sebagainya.

    Bagi ana, setiap organisasi @ jemaah boleh bekerja mengikut cara2 masing2 yang diyakini ijtihadnya. Ukhwah tetap boleh terbina antara jemaah2 melalui kerjasama dalam program yang besar.

    Hal ini telah terbukti dalam program Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8 mei 2010 lalu. Sekurang-kurangnya ada usaha pemersatuan hati walaupun berbeza cara gerak kerja.....

    http://ms.langitilahi.com/pemurnian-%E2%80%9Centa-jemaah-mana%E2%80%9D/

    BalasPadam
  13. ust,klu dh xblh nk duduk dlm satu organisasi..tp nk gerak jgk sbb rasa wajib beramal..baiklah buat dua kan??dri duduk je dlm satu..kmudian berpecah2 di dlm(mgkn sbb mmg xblh nk duduk skli dsbbkn perbezaan fahaman yg sngt ketara ke dll)..n lansung xleh nk buat apa..ke cmne ust?
    pastu,apa hukum islam ttg berbilang2 ni act??apa pndpt para ulama'??time kasih ust

    BalasPadam
  14. adalah menjadi kesalahan kepada seorang da'ie mengambil terus daripada buku2 dan tulisan ilmuan serta melaksanakannya tanpa melihat kepada realiti yang berlaku di hadapan mata...

    jgn hanya kerana al-Syeikh Abul A'la al-Maududi r.a dan Syeikh Qaradhawi mengatakan sedemikian maka terus ianya dipegang bulat2 tanpa melihat kepada waqi' semasa..

    pada suatu ketika dahulu, terdapat kitab2 fiqh membincangkan bahawa perkataan qahwah ( bermaksud kopi pada zaman sekarang) itu adalah haram.. para ulama di Yaman mengharamkan Qahwah kerana perktaan tersebut merujuk kepada arak.. manakala al-Imam Ibn Hajar al-Haitami mengatakan bahawa ianya halal kerana bagi beliau perkataan qahwah ketika itu di Mesir merujuk kepada kopi yang kita minum.. sebahagian ulama mengkafirkan al-Imam Ibn Hajar hanya kerana perkataan itu.. Mengapa di kafirkan? kerana tidak melihat waqi' di tempat al-Imam Ibn Hajar. maka setelah diketahui hakikatnya kesemuanya menarik kembali perkataan mereka kepada sang imam...

    Nah, kalau semua nak ambil hukum daripada melihat dan membaca kitab2 tertentu sahaja , jadi boleh lah kalau lepas nie org yang terbaca kitab yang menulis bahawa Qahwah itu haram terus nak gunakan di hadapan umum bahawa qahwah itu HARAM???!!!

    Kembalilah kepada realiti.. Realiti yang berlaku di Mesir, di Universiti2 Malaysia kebanyakkannya menunjukkan kepada perpecahan.. itu REALITINYA..

    jangan terbuai2 dengan teori..bimbang kita tidak berpijak di bumi nyata..

    Saya kira jika Syeikh Abul A'la al-Maududi masih lagi hidup sekarang sudah tentu dia akan mengubah pendapatnya kepada tidak membenarkan ta'adud dan begitu juga syeikh Qaradhawi.. semua boleh melihat ucapan Syeikh Qaradhawi berkenaan jemaah mana yang hanya boleh diikuti...

    Fahami dengan baik..jangan terbuai dengan teori2 syok sendiri..dan disyarahkan pula teori2 tersebut oleh orang2 yang menyukai " Mari Berteori semata2"

    BalasPadam
  15. masalah perpecahan adalah disebabkan bermasalahnya peribadi-peribadi dalam setiap jemaah (buruk sangka, ego, rasa lebih baik, perpecahan etc).

    jika ingin lebih realisitik, maka penyelesaiannya adalah memperbaiki setiap kelemahan itu, bukan terus menerus mempropagandakan 'kesatuan' tanpa diketahui dari mana mahu bermulanya.

    maka, pada pandangan saya, untuk mempropagandakan kesatuan juga adalah satu teori yang entah berapa kali diperbahaskan oleh banyak bloggers beserta pelbagai analogi.

    jika perbahasannya dikatakan lebih waqi', maka di mana penyelesaiannya yang lebih waqi'iy?

    biar saya cadangkan penyelesaian yg lebih waqi'iy : perbaiki setiap individu dalam jemaah masing2 melalui proses tarbiyah yg dikatakan bagus dan mengikut sunnah.

    maka, adakah lagi penyelesaian lain yg lebih praktikal selain dari apa yang pernah dilakukan oleh Baginda Rasul s.a.w. iaitu Tarbiyyah Imaniyyah?

    tidakkah Iman yang hanya akan menyatukan hati2?

    oh, saya tersilap, hanya Allah yang mampu menyatukan hati-hati.

    BalasPadam
  16. kpd Husna Hani :

    - kita bkn persoalkan masalah ahli jemaah tetapi jemaah itu sendiri. Klu nk perbetulkn ahli jemaah sampai sumer jd sempurna satu benda yg mustahil bg ana.

    - Nabi bukn hanya mentarbiyah sahabat2 dengan Tarbiyah Imaniyah shj, malahan pelbagai tarbiyah lain : Akhlaqiah, Ruhiyah, Jasadiah dll.

    - Iman dpt menyatukn hati? Baik kalaulah semua iman kita seperti wali2 tak da msalah.

    - pandangan ana, penulis secara jelas sdh memberi gambaran umum cara penyelesaian terbaik iaitu " knpa perlu berbilang2 jemaah? " dgn kata lain " mari duduk di bawah satu jemaah sahaja ".

    BalasPadam
  17. pencerahan kepada saudari hazirah (maaf ustaz, mengganggu di comment box ustaz pula)

    1. ahli jemaah dan jemaah x sama ke? maaf saya x faham. saya tidak mengharapkan kesempurnaan, tetapi sudah punca masalahnya adalah kerana sikap ahli itu sendiri yang membawa perpecahan, maka itu memerlukan pembaikan dari sudut itu.

    2. saya tak menyatakan bahawa tarbiyyah nabi hanya tarbiyah iman sahaja.

    3. kerana itu iman perlu dididik. memang lambat, tetapi tidak mustahil. rasul sudah membuktikannya.

    4. ya, benar, sudah saya terangkan komen di atas, untuk duduk di bawah satu jemaah juga adalah satu teori kerana perkara itu tidak mungkin berlaku jika proses tarbiyah para ahli dalam jemaah itu sendiri bermasalah (ego, masih rasa bagus, tidak boleh menerima pandangan orang lain). tambahan lagi, kita umat Islam hakikatnya telah berkelompok-kelompok disebabkan geografi. jika sikap kita masih tidak terdidik, perkara ini tetap menyelesaikan masalah.

    tambahan : bermasalahnya sistem tarbiyah sesuatu jemaah menyebabkan bermasalahnya ahli-ahlinya seterusnya mencetuskan perpecahan, tak gitu?

    saudari hazirah, jika mahu terangkan lagi lebih lanjut kepada saya, lebih baik ym saya terus @ kidz_1487@yahoo.com dan perkenalkan diri.

    BalasPadam
  18. Tak lama lagi..

    Al-Arqam pun akan buat jemaah baru kat mesir..

    Lengkap dengan semua sistem tarbiah yg dicanang oleh segala kitab tarbiah dlm dunia, full of sunnah dan syarak..

    Maka apa pula yang akan berlaku?

    BalasPadam
  19. To Husna Hani :

    Hujah saudari agak berterabur terutama no 1, bg no 3 dn 4 punyai percanggahan yg sgt berbeza, tdk perlu sy ulas pnjng. Kita sembang secara baik. Terima kash kerana bg YM. InsyaAllah sy akan add kita akn sembang panjang :)

    BalasPadam
  20. - askar zionis membunuh dan membelah perut perempuan palestin yang hamil, mengeluarkan bayi dan membunuh bayi itu.
    - wanita-wanita palestin diikat pada kenderaan tanpa seurat benang dan dibawa mengelilingi palestin.
    - remaja MALAYSIA dirogol secara beramai2 dan kemaluannya ditusuk dengan pensil.

    MASIH ADA MASA BERTELAGAH TENTANG SESUATU YANG TIDAK SALAH DISISI ALLAH DAN RASULNYA?terpulang...

    BalasPadam
  21. to solahuddin..

    sebab ada org mcm kamu yang menganggap bahawa perpecahan tidak salah la yang menyebabkan sahabat2 kita di palestin dan di mana2 sahaja berlaku penindasan..

    bagus la kamu punya pendapat memang sangat relevan.. tahniah2..

    bila ust nazrul cakap otak mereka nie asyik berteori je diaorg marah.. tapi hakikatnya mcm tue la.. bila tengok pendapat pun dah tau otak mcm mana puak2 nie.. ish2 letih melayan ...

    jgn marah ya solahuddin..

    BalasPadam
  22. Jiwa islam: apa yg saya cuba sampaikan kita sibuk berbincang tentang soal khilaf, sampai kadang2 terlupa ada jiwa2 yang perlu kita bawa untuk mengenal ALLAH dan RasulNYA..satu soalan:- adakah anda pasti berbilang jemaah disisi ALLAH dan RASULNYA itu HARAM?jawablah ya atau tidak walau dalam hati? [Jiwa islam,as mukmin,we're brothers]

    BalasPadam
  23. slm...

    mungkin sedikit persoaln di sini...
    adakah perkara ta'adud jemaah ini perkara yg usul, yg tidak ada ruang untuk khilaf(berbeza2 pndpt) atau ia perkara furu yg mempunyai ruang berlakunya khilaf (spt qunut dsb)..??

    perkara usul adalah kesatuan umat islam dan untuk membina khilafah kembali, manakala jalannya ada byk antaranya jemaah2 td.

    begitu juga dgn ibadah. Perkara usul adalah ubudiyah kpd Allah, manakala furu'nya adalah cara2nya (iaitu dr segi taktikal & teknikal) ada khilaf dikalangan ulamak sehingga menimbulkn mazhab2.

    sbb itu diqiaskn ta'addud jemaah itu dgn perbezaan mazhab, bkn dgn pembinaan masjid dhirar spt yg slalu dicanangkn. masjid dhirar dibina oleh munafiq, manakala jemaah2 dibina oleh org islam. maka jdlah ia "qias ma'a al-fariq"

    jika 'ilat @ sbb kpd di'haram'kn ta'adud jemaah itu adalah perpecahan, maka dlm sejarah perbezaan mazhab2 ini juga pernah berlaku perselisihan dikalngn ahli2 nya yg ta'asub dgn mazhabnya, bkn pengasasnya. boleh dilihat di dlm kitab sejarah. sejarah tidak pernah menipu.

    sbg contoh, ketika imam ibnu jarir wafat, jasadnya telah dihalang oleh pengiku mzhb hambali kerana dia hanya menaqalkn pendpt mazhab hanafi, maliki n syafie tanpa pndpt hambali. (Al-Madkhal ila At-Tarikh AtTasyri' Al-Islami oleh Dr. Muhammad Farid Asy-Syafie n Dr. Muhammad Bayumi - kedua2nya Dr. Azhar)

    adakah kerana segilintir yg melakukan onar, semua dihukum..??

    wallahu'alam...

    BalasPadam
  24. erm.. mcm2.. isu yg x akn habis diperdebat..

    sy tertarik dgn penulis di ats & ingin menambh sikit..

    jika pmram mengatakn dia persatuan yg terawal dan x perlu kpd persatuan yg lain, hanya perlu membaiki dr apa yg kurg..

    sy ada terbaca di dlm satu buku ketika mana pak hasan (IHAB) ditanya di dlm satu majlis (yg bercampur ant beberapa jemaah): "mana satu jemaah yg paling betol?". Dia x kata pon dia yg paling betul dan x kata jemaah lain salah..

    sedangkn, IM adalah jemaah yg paling awl slps kejatuhn khilafah..

    mohon pndgn klu ada kekhilafn... wslm..

    BalasPadam
  25. masalah kita di sini sekarang ialah : saling menyalahkan antara satu sama lain.

    pihak ini menyatakan pihak itu berteori dan sebaliknya sedangkan kedua-duanya sama sahaja. kedua-duanya berteori tanpa ada penyelesaian dan rawatan asas yg praktikal.

    ..termasuk tulisan ini jg, hingga sampai satu tahap (pandangan saya), kita menolak pandangan ulama' bahawa ta'adud jemaah itu bermanfaat hanya semata-mata kerana masalah perpecahan yg berlaku sekarang..

    ..dan memberi penyelesaian bahawa kita perlu bersatu atas dasar yg telah dianalogikan oleh penulis..

    oleh itu, cadangan saya, sudah-sudahlah kita mencanangkan kesatuan yang kita inginkan tanpa kita sendiri tidak memperbaiki diri kita, tidak faham fungsi jemaah itu sendiri bahkan menyalahkan org lain yg hanya berteori kerana tidak bersatu dengan kita.

    jangan kerana langkah kita yang mahukan kesatuan, kita pula sebenarnya menimbulkan lebih banyak perpecahan kerana sikap kita yang tidak boleh menerima pandangan, tidak mahu duduk berbincang dan tidak berlapang dada bahkan menyuruh orang lain bersatu dengan kita yang bersikap demikian. siapa yang mahu?

    check semula diri kita. mengapa kita berjemaah? mengapa kita sibuk membincangkan isu ini? apa kelemahan kita hingga isu ini tidak pernah selesai?

    itu yang sepatutnya lebih dicanangkan dan dipropagandakan. tapi, siapa yang pernah buat?

    wallahu'alam, bukankah setiap khilaf itu perlu kembali kepada Allah & Rasul yakni muhasabah diri kita semula?

    rawati punca sebelum menjadi lebih parah..

    saya cadangkan artikel dari sahabat saya untuk bacaan lanjut semua..

    http://ms.langitilahi.com/pemurnian-%E2%80%9Centa-jemaah-mana%E2%80%9D/

    BalasPadam
  26. slm

    cuba baca artikel ini. tulisan dari org yg betul2 telah terjun ke dalam medan dakwah di merata2 tempat. bukan hanya bermain2 teori semata, mengatakn itu dan ini. kalau berbeza, akn gaduh2 dsb.

    pndgn yg bernas dan matang.

    http://saifulislam.com/?p=1964

    BalasPadam
  27. salam,

    quote dari sheikh ustaz nazrul: “ Di sisi kami yang bermazhab Maliki, jika telah selesai solat jemaah di sebuah masjid yang punya Imam Tetap , maka dilarang bagi seseorang yang datang lambat untuk menunaikan solat secara jemaah di belakang jemaah pertama yang telah selesai. Ini berbeza dengan mazhab kamu ( Syaikhuna mengisyaratkan kepada mazhab yang saya pegangi iaitu Mazhab al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu)”

    ustaz, setahu saya yg jahil ni, yg sahih pada pendapat imam al-syafie ialah seperti pendapat imam malik iaitu tidak boleh mendirikan jemaah kedua dlm situasi seperti itu, sepertimana yg dinyatakan oleh al-tirmizi di dalam sunannya:
    عن أبي سعيد قال : جاء رجل وقد صلى رسول الله صلى الله عليه و سلم فقال أيكم يتجر على هذا ؟ فقام رجل فصلى معه [ قال ] وفي البا عن أبي أمامة و أبي موسى و الحكم بن عمير قال أبو عيسى [ و ] حديث أبي سعيد حديث حسن وهو قول غير واحد من أهل العلم من أصحاب النبي صلى الله عليه و سلم وغيرهم من التابعين قالوا لابأس أن يصلي القوم الجماعة في مسجد قد صلى فيه جماعة وبه يقول أحمد و إسحق وقال آخرون من أهل العلم يصلون فرادى وبه يقول سفيان و ابن المبارك و مالك و الشافعي يختارون الصلاة فرادى

    wallahu a'lam.

    BalasPadam
  28. luaskan yang sempit...^_^
    http://taqeyyabella.naemy.net/senyuman-kelat.html

    BalasPadam
  29. Salam Alaik...

    Isu Berbilang2 persatuan @ kumpulan mmg sudah terlalu lama dibincangkan...

    2-2 pihak sudah keluarkan hujjah. Dari hujjah wahyu, hujjah ulama, hujjah realiti hinggalah hujjah logik... Masing2 dah cuba menjelaskan dengan baik...

    Setiap kumpulan telah menolak hujjah lawannya, kemudian lawannya bingkas menjawab penolakan tersebut.

    Ramai yang kelihatan ikhlas berhujjah, tidak kurang juga yang nampaknya emosi dan membuta tuli...

    Kesudahannya? Masih kabur dan kelabu... Penyelasaiannya pun samar2...

    Saya meilhat, isu ini - secara realitinya - tak akan selesai sampai bila2....

    Yang pastinya....

    Pertama, yang saya nampak, isu ini bukan isu qat`iy. Justeru, tidak ada siapa yang jadi kafir jika tidak sependapat dengan lwannya.

    Kedua, bila ia bukan qat`iyyat, maka asas isu ini ialah zoniyyat. Dalam kata yang lain, mana2 pihak tidak berhak memaksa orang lain ikut pandangan mereka.

    Hujah2 pendebat berlegar di sekitar maslahah, mafsadah, khilaf aula, qiyas, ijtihad dan yang sewaktu dengannya...

    Justeru, bila asasnya begitu, adalah tak wajar isu ini menyebabkan para PELAJAR AGAMA bergaduh, maki hamun, umpat mengumpat, boikot memboikot dan sebagainya.

    Isu Ta`addud ini nampaknya tak akan berhenti. Besar kemungkinan akan bertambah.

    Takkan kita - dari dulu sampai sekarang - masih menggunakan satu pendekatan sahaja dalam menangani isu ta`addud ini, sedangkan ianya zoniyyat.

    KITA kekeringan idea dalam berdepan dengan isu yang satu ini. Approach kita hanya 1, bagaimana mahu menafikan persatuan2 selain PMRAM ini.

    Sebagai panduan pembuka idea, barangkali kita boleh lihat saidina Umar dalam menangani isu talak 3 jatuh 1 @ talak 3 jatuh 3.

    Qaul qadim dan qaul jadid Imam Syafi`iy dalam menangani isu zonniyyat.

    "Tidak diingkari pertukaran ijtihad dengan sebab bertukarnya situasi dan lokasi"

    KITA beku dan kaku.

    Banyak kitab mu`tabar telah dipelajari. RAmai mashayikh yang telah kita santuni dan teladani.

    Tapi bila diuji dengan isu ini, KITA ternganga dan terpinga.

    Allah baru uji kita dengan isu ta`addud firaq di Mesir. Namun, isu ini jauh dari penyelesaian ideal.

    Belum lagi kita berdepan dengan isu yang lebih berat dan pelik di tanah air tercinta.

    Fleksebeliti @ Murunah sesungguhnya boleh diaktifkan dalam isu2 zonniyyat.

    Fikirlah di 'luar kotak'.

    Ramai pemerhati di luar sana dah muak dengan isu yang tak selesai2 ini.

    Isu2 penting dipinggirkan.

    Pernah difikirkan bagaimana nak jelaskan aliran Asya`irah di khalayak awam MAlaysia?

    Pernah fikirkan bagaimana nak meramaikan jemaah dalam majlis ilmu di masjid dan surau di Malaysia?

    Banyak lagi isu qat`iyyat yg jelas halal - haramnya yang mesti kita sama2 selesaikan.

    Jangan banyak sangat debat isu 'impaknya' terhad di MEsir sahaja.

    Kelak KITA akhirnya menjadi bahan ketawa.

    BalasPadam
  30. Risalah tentang "Berbilang Jemaah" oleh Tok Guru Haji Hadi Awang..

    http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/risalah-tentang-berbilang-jemaah-oleh.html

    Kepada Hamim,

    masalah berbilang jemaah dikhususkan di dalam Bab Fikrah, bukan pengkhususan di dalam persoalan fiqh, atau aqidah..

    Nak perjuangkan Islam perlu ada sistem. Nak menyampaikan Islam di Malaysia pun perlu sistem. Nak sampaikan Islam di kalangan Melayu di Mesir juga perlu sistem.

    Sistem penyampaian Islam ini telah dirosakkan oleh masalah berbilang jemaah.

    Masalah ni memang dah lama dibincangkan, dan ia akan terus dibincangkan selagi mana wujudnya golongan yang nak berpecahbelah dengan alasan bolehnya berbilang-bilang jemaah.

    Berbilang jemaah impaknya bukan terhad di Mesir, bahkan masalah ini akan tertanam di dalam pemikiran generasi Mesir apabila pulang ke Malaysia. Akan wujud ustaz-ustaz yang kabur dalam persoalan fikrah.

    Elemen yang perlu ditanam di dalam diri mad'u ialah :

    Fikrah, Syakhsiah, Ibadah dan Ilmiah.

    Menjadi kecacatan besar apabila wujudnya ustaz yang hanya tahu menyampaikan "ilmiah" sedangkan dia masih keliru dalam Bab Fikrah.

    WaLlahua'lam.

    http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/risalah-tentang-berbilang-jemaah-oleh.html

    BalasPadam
  31. emm... sungguh hairan dan pelik dengan peng"hujum" perpaduan serta pendokong perpecahan.

    disamakan pula dengan masalah fiqh...

    konon nak bincangkan masalah lebih besar yang memerlukan kekuatan perpaduan untuk diselesaikan, sedangkan perpaduan sesama umat Islam yang diperlukan itu sendiri tidak mampu dilaksanakan.

    adakah "cintakan perpecahan" itu merupakan hasil tarbiah jiwa dan rohani yang cukup serta mantap???


    sangat hairan dan pelik...

    BalasPadam
  32. slm...

    sedikit pndpt ttg analogi yg ust mujahid tulis di dlm blognya...

    bagaimana pula sekiranya penubuhan klinik baru tersebut akan menyebabkan persaingan yg sihat, maknanya kedua-dua klinik akan cuba menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yg terbaik.

    mknanya, kita lihat dr sudut positif, bkn negatif.

    dan berkenaan komen ust di atas, adakah kita ingin menafikan kenyataan ulama2 yg telah secara jelas meredhai dan membenarkan taadud jemaah ini.

    menggunakan kenyataan yg zohir itu lebih aula dr kita menggunakan yg sebaliknya.

    dlm kaedh syarak sendiri pon kata, perkara yg zohir itu akan kekal sbg zohir sehingga dtg dalil yg mengkhususkannya.

    dan berdasarkan kaedah ini, ibu hajar telah mengatakan qahwah itu halal.

    begitu juga dgn ulama yaman. mereka telah mengkafirkan imam ibnu hajar berdasarkn zohir kata2nya sehingga ada dtg cerita/takhsis dari yg menjelaskn perkara yg sebenar

    wallahu'alam...

    *p/s : hakikatnya perbincangan ini tidak akan selesai. percayalah. ttp sejauhmana kita mampu menangganinya dan berlapang dada sesama kita.

    BalasPadam
  33. Salam..

    Kepada Ibnu Fadzil,

    Yang ana tekankan dalam komen ana ialah, apakah approach kita dalan berdepan isu ta`addud?

    Isu ini sudah berlalu bertahun2 lamanya. Generasi akan datang sudah pasti akan terlibat dlaam isu ini.

    Apa penyelesaian yang praktikal?

    Jika pimpinan tidak meletakkan bentuk dan cara penyelesaian, pengikut2 akan taasssub puak, boikot orang lain dan pelbagai sifat mazmumah yang lain...

    Kerana itu, yang ana tekankan ialah 'pendekatan'...

    Ana tak kisah, nak ta`addud @ tauhid. Itu urusan antum di Mesir.

    Agar tidak ada yang terianaya dan dizalimi akibat dari taassub puak.

    Yang penting ialah 'bentuk penyelesaian' dalam menghadapi kemelut ini.

    Usah kelihatan kontang idea.

    Anda duta agama. Tonjolkan murunah agama.

    BalasPadam
  34. mungkin juga persaingan secara sihat akan mendatangkan kesan positif. tetapi, jika sesuatu itu hanya diterima dan dianggap benar hanya semata-mata kerana ia mempunyai nilai positif atau kebaikan, maka arak juga boleh menjadi halal.

    menurut sains dan perubatan, arak merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa penyakit. kalau nak lebih mudah faham, arak boleh menghilangkan dahaga. bukankah itu satu nilai positif? adakah hanya kerana kebaikan tersebut kita terus menerima arak sebagai baik?

    dalam Al-Quran disebut bahawa arak itu ada kebaikan, tetapi keburukannya lebih besar. maka ia dilarang dan ditinggalkan. dari sinilah wujudnya fiqh al-muwazanat.

    adakah kebaikan (maslahah) ta'adud mengatasi kesan buruk (mafsadah) ta'adud? fikir-fikirkan...

    sekiranya proses pentarjihan dalil dan hujah dilakukan, kemudian didapati mana-mana pendapat tertolak atau lemah, maka orang yang masih berpegang dengan pendapat yang lemah atau tertolak tersebut serta menentang pendapat yang kuat atas alasan bersikap "takkanlah kita nak tolak pendapat imam tersebut", maka bolehlah kita katakan bahawa sikap sebegini menghampiri sikap ta'assub dan fanatik.

    semua kalam selain kalam Allah dan rasulNya boleh dinilai tahap kebenarannya. adapun meninggalkan sesuatu pendapat imam kerana pendapatnya lemah atau tidak sesuai dengan realiti, maka itu bukanlah satu penghinaan atau tanda kita berlaku biadap dengan imam tersebut.

    adakah perbuatan membayar zakat dengan wang, yang bertentangan dengan mazhab syaf'i kerana mensyaratkan makanan asasi, merupakan satu tindakan menghina imam syafi'i?

    adakah mempertahankan pendapat yang lemah dan tidak sesuai yang kononnya bukti penghormatan kepada imam tersebut merupakan tindakan yang lebih utama daripada mengamalkan pendapat yang kuat sambil kita menghormati imam tersebut?

    adakah melakukan perbuatan yang mencetuskan perpecahan lebih utama daripada meraikan pendapat yang aula dan menyatu-padukan umat?

    bagaimana pula dengan ulama yang sanggup meninggalkan pendapatnya semata-mata untuk menjaga perpaduan umat Islam dan mengelakkan perselisihan?

    di sinilah pentingnya fiqh al-aulawiyyat...

    namun, realiti masa kini yang memperlihatkan kewujudan pelbagai jemaah perlu diraikan sambil memenuhi syarat-syarat yang telah ulama tetapkan.

    namun, di mesir bukanlah itu yang menjadi realitinya...


    "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu berpecah-belah, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka, lalu Allah selamatkan kamu daripada Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya..."

    (Ali-Imran : 103)





    "Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan, jika tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar..."

    (Al-Anfal : 46)

    BalasPadam
  35. slm kpd devotee...

    sekadar pembetulan... sape kate arak boleh menghilangkan haus? untuk pengetahuan, ia adalah air hipertonik (cth lain spt air laut) berbeza dgn air isotonik (spt:100 plus).

    malah jika diminum akan mengakibatkn kepanasan di dlm badan. sbb itu peminum arak mampu menghabis berjug2 air...

    dh satu lg, arak juga dibenarkan sekiranya telah berlaku proses istihalah (bertukar kpd bende lain). begitu juga dgn bende2 najis yg lain, cthnya lemak babi yg telah dijadikn gelatin. mengikut pendapat kebanyakan ulamak muasiroh, ia (gelatin) adalah halal dan suci.

    maaf kalau terguris hati...

    BalasPadam
  36. wsalam. syukran atas pembetulan tentang arak tu. saya mengaku telah tersilap kerana isi utama saya ialah pada beberapa manfaat arak dalam pengubatan, adapun mengenai hilang dahaga tersebut adalah sekadar untuk memudahkan pemahaman.

    seterusnya, saya menyatakan arak (al-khamr) yang memang jelas keharamannya dan disepakati oleh ulama tentang larangannya (secara umum, mungkin ditakhsis). saya tidak berbincang tentang bahan yang belum menjadi arak atau arak yang telah bertukar kepada bahan lain, sebaliknya arak itu sendiri, yang bersifat memabukkan (muskir). begitulah juga dengan lemak babi yang memang tidak saya sebutkan. semoga kita dapat fokus pada tajuk perbincangan iaitu perpecahan atau perpaduan.

    terima kasih atas pembetulan tersebut, semoga Allah merahmati anda. syukran... =)

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum..
    ana dah baca entri ni dan semua komentar entri ni.. namun timbul beberapa persoalan masih belum terjawab.. minta ust blh tlg perjelaskan..

    1. adakah 'perpaduan' yg ust maksudkan adalah perpaduan di bawah PMRAM?? atau perpaduan Ummah? jika ust maksudkan perpaduan ummah, apakata klo kita bersatu bersama2 sahabat indonesia dan thailand di mesir, bersama2 bernaung dlm satu jemaah yg awl di mesir iaitu jamaah ikhwanul muslimin.. ok x idea ni??

    2. daripada soalan di atas, timbul pula lagi persoalan.. bagaimana sebenarnya konsep 'taadud jamaah'?? klo perlu intima dgn jemaah yg awl, kenapa x join Ikhwan trus yg awal wujud di mesir?? (PMRAM x bertaadud ke?) kenapa apbl sebut perpecahan dikaitkan dgn ISMA (atau puak IJAN) sedngkan byk lg persatuan2 islam drpd negara2 lain di bumi mesir ni (x silap ust x sebut ISMA dlm entri ni tp ahli PMRAM suka kaitkan ISMA dgn perpecahan)

    teringat pula ana ucapan drpd mursyidul am IM ke-8,

    "nahnu jamaah minal muslimeen, la jamaatul muslimeen"

    ana terjumpa link berkenaan pandangan yusof al-Qaradawi berkenaan Taadud jemaah

    http://al-bannawi.blogspot.com/2009/10/al-qaradawi-suatu-jemaah-daripada-umat.html

    akhirnya, ana harapkan kita sama2 dpt berlapang dada. bukankah itu selemah-lemah ukhuwwah. wallahualam..

    BalasPadam
  38. Benar Colgate...

    1- Berlapang dada adalah jalan terbaik setakat ini.

    2- Isu ini - walaupun ada hak untuk kita berkhilaf - , tapi jangan sampai menimbulkan sifat mazmumah seperti umpat mengumpat, boikot-memboikot, kata-mengata, bermasam muka dan macam2 lagi sikap tidak matang yang telah dan akan berlaku.

    3- Kepada pimpinan PMRAM, anda seharusnya mencari pendekatan ideal dalam berdepan dengan isu ini. Bukan melenting dan emosi menyalahkan persatuan lain. Barangkali ta`addud sudah tidak dielakkan. Justeru, apa pendekatan dan ijtihad terbaik dan terbaru kita?

    4- Ana juga perasan ISMA, (dulu ABIM) sering dipersalahkan. Sedangkan mereka bukan mahu mencabar PMRAM. Jauh sekali hendak ambil alih peranan PMRAM yang semua sudah maklum sudah lama berjasa. Dan ana bersangka baik, ahli ISMA, ABIM atau lainnya tidak pernah terlintas di hati mereka untuk mencantas pimpinan PMRAM serta memboikot mereka. Adakah kerana kewujudan mereka di Mesir menjadi satu kesalahan qat`iy di sisi syarak?

    Yang saya tahu dengan sebenar2 pengetahuan, ISMA, ABIM dan yang seumpama mereka (tak termasuk NUMRAM) menubuhkan persatuan di Mesir bagi tujuan rekrud pimpinan masa depan mereka di tanah air. MEreka ini dirancang supaya dapat memberi peranan dan sumbangan berguna buat masyarakat.

    5- Jika kewujudan wakil2 NGO Malaysia di MEsir bukan satu kesalahan qat`iy dalam syarak, maka tidak perlulah kita meneruskan perang dingin ini. Membenci mereka bukanlah salah satu dari cabang 'nahi mungkar'. Kerana kemungkaran yang wajib dicegah ialah jenis kemungkaran yang qat`iy.

    6- Jadi, bersabar dan berlapang dadalah. Taassub dalam isu ini membuka ruang untuk syaitan menambahkan dosa kita.

    7- Insya Allah, saya akan berhenti dari memberi pandangan dalam isu ini sejurus selepas noktah terkahir. Bukanlah niat di hati untuk mengajar azhari dan azhariyah kita. Cuma sekadar memberi cadangan membina.

    8- Jujurlah pada ilmu. Jangan diputar belitkan kenyataan ulama2 tertentu untuk menjustifikasikan sesuatu tindakan.

    9- Jika Pas di Malaysia dah buat tahaluf siyasi dengan non Muslim, barangkali di Mesir kita boleh buat tahaluf wuddi @ ukhawi dengan persatuan2 yang punya matlamat hampir serupa, yang ahli2nya semua seakidah dan seagama. Sekadar cadangan tak seberapa.

    10- Sebaik2 urusan adalah yang sederhana. La ifrat wa La tafrit.

    BalasPadam
  39. assalamualaikum..maaf saya ni masih budak mentah untuk berbicara tentang perkara ini..

    Kata Dr. Yusuf Al-Qrdhawi :

    هناك على النقيض من هذه الفكرة فكرة أخرى: ترى العمل الجماعي فريضة، وتحصر هذه الفريضة في جماعة معينة ترى أنها وحدها تمثل الحق الخالص، وما سواها هو الباطل: (فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلاَّ الضَّلاَلُ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ). (يونس: 32)


    Di sana ada pertentangan dengan fikrah ini iaitu fikrah yang menyatakan: “Amal Jamai’e itu suatu kefardhuan dan kefardhuan (Amal Jama’i) tersebut hanya terbatas kepada sesuatu jemaah tertentu sahaja. Jemaah itu melihat hanya ia satu-satunya merupakan kebenaran yang mutlak sedangkan jemaah-jemaah (Islam) yang lain adalah batil. Bagai firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “.....Maka apakah lagi setelah kebenaran melainkan kesesatan...."

    .............
    TENTANG SIAPA DULU YANG TERTUBUH :

    beliau berkata lagi :
    .وثمة آخرون يجعلون التقدم الزمني هو المعيار الأوحد، فمن سبق غيره فهو الجدير بأن يكون هو صاحب الحق، أو محتكر الحق والحقيقة

    "...Sebahagian pihak yang lain pula bersifat menjadikan Taqaddum Zamani (dahulunya tempoh masa) sebagai suatu ukuran yang tunggal iaitu, siapa sahaja yang mendahului yang lain (atau jemaah mana yang dibentuk lebih awal) maka dialah pemilik kebenaran atau pihak yang sepatutnya memonopoli kebenaran dan hakikat.."

    ..................

    KEBENARAN HANYA MUTLAK KEPADA SATU JEMAAH SAHAJA?

    beliau berkata :
    ومن هؤلاء من يجعل الحق مع جماعته أو حزبه دون غيره، لمبررات موضوعية يسبغها على حزبه أو جماعته وحدها، وينفيها عمن سواها

    "...Ada dari kalangan mereka yang menjadikan kebenaran hanya bersama jemaahnya sahaja atau dalam parti (kumpulan) mereka sahaja, tidak pada jemaah-jemaah yang lain untuk tujuan pembenaran yang dikembangkan (disempurnakan) ke atas kelompok atau jemaahnya sendiri lalu menafikannya daripada jemaah atau kumpulan yang lain daripada kumpulannya.."
    .............................

    KESIMPULAN KEPADA MEREKA YANG GEMAR MEMINTA INTIMA' UTK JEMAAH YANG SATU (TERTUBUH LEBIH AWAL) :

    إن هذه الفتاوى الجاهلة الجريئة من أناس لم ترسخ أقدامهم في علوم الشريعة. هي التي تورد الأمة شر الموارد، وتوقعها في شر المهالك.

    "...Inilah fatwa-fatwa jahil lagi bersifat cabang yang lahir dariapda manusia yang tidak menguasai ilmu syariah secukupnya. Fatwa sebeginilah yang membawa umat Islam kepada jalan kebinasaan dan meletakkannya dalam kecelakaan.."

    P/S : semoga kita terlepas daripada kejahilan2 kita...

    dan ramai orang telah salah anggap apa yang ditulis oleh said hawwa dan ustfathi yakan tentang HARAM taadud...

    ust fathi tulis lain, kita faham lain...

    ولا حول ولا قوة إلا بالله

    BalasPadam
  40. macam mana kami budak medic nak duduk bawah PMRAM sedangkan masalah ustad2 pmram begitu banyak dan tak leh jadi cth pada kami..

    isap rokok..taukey download movies..solat fardhu di masjid pun tak nampak batang hidup ustad2 pmram..hayyu ashir..berapa byk masjid2 ada..tapi, yang pegi ana tgk ust2 isma la jugak..yg pmram, boleh kira dengan jari..

    BalasPadam
  41. itulah.. bila nampak buruk, pmram..ape yg buruk, pmram.. Astaghfirullah.. dosa pahala milikNya.. itulah dikatakan saling nasihat menasihati.. bukan bile buruk 'buke' yg lain.. satu jemaah, satu KEKUATAN!!!

    BalasPadam
  42. "masalah bukan terletak pada KONSEP sesuatu Jamaah, walhal SIKAP dan CARA BERFIKIR individu itu perlu diubah..."

    sila baca entri ini.. moga membantu ust mencari penyelesaiannya...

    http://saifulislam.com/?p=68

    BalasPadam
  43. kerana PMRAM sering sangat menghukum orang tanpa ada bukti..

    PMRAM bukanlah sebuah jamaah kerana dakwahnya tidak berbentuk alamiyyah, tidak syumul dan tidak berbentuk rabbaniyyah..masakan sebuah jamaah tarbiyyahnya berbentuk "membuka aib saudara seislam" yang lain, gangsterism (spt yg berlaku di muhafazah2..ada ustaz2 PMRAM maki hamun dan panggil + torture para pelajar yang selain dari PMRAM)..BUKTI CUKUP BANYAK DAN RECORDING SERTA VIDEO2 SEMUANYA ADA..

    BAGAIMANA MAHU MEMACU TARBIYYAH STUDENT2 MESIR SEDANGKAN MEREKA LAH YANG MEMULAKAN MAKSIAT (movies, rokok dll)?

    BalasPadam
  44. nasib baik recording2 dan video2 tu x masuk youtube.. klo masuk youtube, malulah pemimpin2 tu.. hehe.. sikap tidak membuka aib org dikhalayak ramai perlu dicontohi kita bersama...

    BalasPadam
  45. kalau dah nasihat x nk dengar jugak??
    mcm mne??

    manusia ni pelbagai ragam, berbeza cara dan idea??
    tetapi perlu bersatu untuk kekuatan islam..
    jd bagaimana??

    cntoh dan tauladan adalah guru yang terbaik..
    justeru jgn menuding jari dan mula bekerja..

    masih ramai "islam" di msia yg x kenal islam..
    bkan ramai, tapi terlalu ramai...

    masih ada masa kah untuk bertengkar siapa betul??
    smpai masa apabila ramai yg faham agama, perbincanga di meja bulat akan tercapai..= )

    BalasPadam
  46. buang masa je ta'adud jemaah nie..huh..puak yahudi seronok giler..

    BalasPadam
  47. masalah kita pada akhlak..

    wallahua3lam

    BalasPadam
  48. MasyaAllah. Minta maaf mengganggu di ruangan ini. Saya hanyalah pelajar universiti biasa di Malaysia dan tidak tinggi thaqofah berbanding ntum semua. Di sini saya ingin memberi pendapat saya tentang taadud jamaah yang berlaku di Malaysia. Jadi saya tak tahu macam mana waqi' di bumi Mesir.

    Ya benar taadud jamaah ini adalah perkara furu' dan khilaf di kalangan ulama'. Jadi kita perlu untuk berlapang dada dalam masalah khilaf ini.

    Bukankah matlamat semua jamaah adalah sama?? Cuma uslub dan manhaj sahaja yang berbeza. Dan perlu diingat bahawa jamaah ini terbahagi kepada dua iaitu umum dan takhassus (Khas). Jadi tidak menjadi masalah untuk kita berbilang jamaah yang mana mengkhususkan kerja2 mereka. sebagai contoh ada jamaah yang ingin mendekati masyarakat, ada jamaah yang ingin bina fardu muslim dan sebagainya.

    Persoalan pokoknya adalah bagaimana kita ingin mencapai persepakatan untuk semua jamaah yang telah ditubuhkan ini?

    Jadi di sinilah perlunya kepada toleransi dan kerjasama diantara semua jamaah. Duduk berbincang bersama-sama dan jika ada yang tidak puas hati atau tidak bersetuju dengan pendapat daripada jamaah lain maka keluarkan dalil-dalil dan nas-nas yang ada. Selepas itu ambil pandangan yang terbaik dan turutilah ia dengan hati yang terbuka walaupun mungkin ada sesetengahnya yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Jika ini tercapai maka insyaAllah persengketaan dan percanggahan di antara jamaah tidak akan berlaku.

    Tetapi apa yang dapat saya perhatikan, setiap jamaah membawa pendapat mereka masing-masing. Dan menyebabkan kekeliruan masyarakat Islam sendiri di Malaysia akan fikrah Islamiyyah itu sendiri. Sebagai contoh PAS mengatakan perlu kita bersatu atas dasar aqidah Islamiyyah tidak kira apa bangsa sekalipun tetapi berlainan dengan ISMA yang slogan mereka "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat".

    Jadi hal ini telah menyebabkan masyarakat Islam keliru dan akhirnya menguntungkan puak2 sekular dan nasionalis kerana ada GERAKAN ISLAM (dalam pandangan masyarakat Malaysia) yang menyokong ideologi mereka dan menyebabkan masyarakat Islam yang pada awalnya ingin menaikkan Islam ini menjadi ingin menaikkan melayu pula selepas keluarnya pendapat daripada ISMA ini. Wallahu'alam ini sebagai contoh. Jadi matlamat taadud jamaah yang sebenarnya untuk saling melengkapi itu sekadar retorik semata-mata. kerana realitinya tidaklah sebegitu.

    BalasPadam
  49. Realiti di kampus-kampus di Malaysia

    Jika diperhatikan salah satu masalah terbesar yang berlaku apabila muncul berbilang-bilang jamaah ini ialah mereka saling JATUH MENJATUH sedangkan ulama' yang membenarkan taadud jamaah ini sering kali mengatakan bahawa taadud jamaah ini diharuskan untuk saling LENGKAP MELENGKAPI. Yang ini kata jamaah ini tak bagus kerana ini dan itu, jamaah ni pula cakap tak elok intima' dengan jamaah ni sebab mereka ini lebih mengutamakan ini berbanding itu. Yang mana menyebabkan mereka-mereka yang berintima' dengan jamaah tersebut akhirnya saling menyalahkan jamaah lain dan tidak kurang yang bergaduh apabila berlainan jamaah. Ada yang mengganggu program jamaah yang berlainan dengan mereka dan macam2 lagi.

    Dan tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang memasuki jamaah pada masa kini bukanlah kerana ilmu yang mereka ada dan juga fikrah yang mereka miliki untuk berintima' mereka dalam jamaah tersebut melainkan taasub semata-mata.

    Perlu diingat salah satu Ad-Deen kita ini iaitu Islam adalah Waqi'iyyah iaitu sesuai dngan keadaan semasa. Jadi berhujjah bukan sahaja perlu kembali kepada al-Quran, As-sunnah, ijma' dan qias tetapi juga perlu melihat kepada waqi' kita sekarang ini. Tidak perlu berteori semata-mata kerana ianya adalah retorik semata-mata dan mungkin ianya juga kerana keegoan kita yang terlalu ingin menang.

    Jika dengan membaca buku dan memetik ayat-ayat daripada buku sahaja menyebabkan kita mampu mengeluarkan fatwa maka ramailah mereka yang msmpu mengeluarkan fatwa di luar sana walaupun hakikatnya mereka tidak faham akan ayat-ayat yang mereka ambil itu. Oleh kerana pentingnya al-Fahmu ini barulah al-Imam Hassan al-Banna telah meletakkan al-Fahmu ini yang pertama dalam rukun baiah mengalahkan Ikhlas di tempat yang kedua.

    Jadi saranan saya kembali kepada realiti yang terjadi. Berhujjah dengan kefahaman bukan kerana dengan mengambil dan memetik ayat-ayat daripada buku yang kita sendiri kadang-kadang tidak tahu waqi' pada masa tersebut yang menyebabkan ulama' pada masa itu mengeluarkan fatwa sebegitu.

    Akhirul kalam,
    saya memohon ampun dan maaf jika ada yang tersalah atau terkasar bahasa yang menyebabkan ada yang tersinggung. Saya tahu saya bukanlah orang yang layak untuk mengeluarkan pendapat lagi-lagi bersama-sama orang di sini yang lebih tinggi ilmu daripada saya.

    Cuma nasihat saya apabila sudah di suluh oleh jalan yang seterang mentari dan kita merasakan ianya betul, maka terimalah dengan hati yang terbuka. Jangan kerana terlalu ego menyebabkan kita berusaha untuk menyalahkan pendapat tersebut. Jika kita tidak berpuas hati maka berbincang secara elok dan keluarkan resolusi untuk permasalahan tersebut. Jangan biarkan ianya tergantung tidak bertali.

    Ingatlah kadang-kadang perkara yang kecil dalam mata kita adalah perkara besar buat musuh-musuh Islam dan kita tidak tahu bagaimana Allah melihat akan perkara tersebut. Hakikatnya masalah yang besar bermula daripada masalah yang kecil-kecil dahulu.

    Yang baik itu daripada Allah swt dan yang buruk itu juga didatangkan oleh Allah swt tetapi disandarkan atas kelemahan diri saya yang dhoif lagi hina ini.

    Wallahu'alam.

    Kefahaman Tunjang Kekuatan Fikrah...

    BalasPadam
  50. Dan satu lagi sebenarnya tidak boleh kita menyerang individu seseorang. Ingat kalau ianya betul maka dikira sebagai mengumpat dan kalau tidak betul maka ianya dikira sebagai fitnah. jadi pilih lah yang mana kamu rasa nak (mengumpat atau fitnah). Senang2 je dapat dosa free...

    Wallahu'alam...

    BalasPadam
  51. paling setuju dengan ansorullah.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...