Selasa, 2 Mac 2010

Jangan Lagi Maki Hamun.. Tolonglah.. Baca Dengan Teliti..

Ramai yang meminta untuk saya memberikan ulasan tentang ucapan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat hafizahullah berkenaan Baginda sallallahu alaihi wasallam yang digelarkan “Mat Kampung” oleh Tuan Guru ketika menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Bukhari Alor Setar pada tahun yang lalu.

Saya memang terkejut dengan pernyataan sedemikian. Namun teguran daripada Syaikhuna al-Allamah Muhammad Nuruddin al-Banjari hafizahullah , sudah cukup saya kira untuk merungkaikan permasalahan tersebut.

Alhamdulillah, kami diajar oleh Syaikhuna Murabbi al-Allamah al-Muhaddis Dr Yusri Rushdi hafizahullah untuk menjaga perkataan dan percakapan bilamana membicarakan tentang Baginda sallallahu alaihi wasallam. Jika bercakap berkenaan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, perlu diraikan beberapa perkara:

1) Perlu merendahkan diri dan merasakan bahawa diri ini hina bilamana membicarakan tentang Baginda sallallahu alaihi wasallam

2) Perlu meletakkan Baginda sallallahu alaihi wasallam sepertimana Allah taala meletakkan kedudukan Baginda. Ini kerana tiada pujian yang lebih tinggi melainkan pujian yang diberikan oleh Allah taala kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Jika perkara ini diraikan ,barulah seseorang tersebut layak membicarakan tentang Baginda sallallahu alaihi wasallam.


Terus terang kita mengatakan, tiada seorang pun yang maksum melainkan para Nabi Allah. Hatta Tuan Guru sendiri tidak terlepas daripada melakukan kesilapan ketika memberikan tadbir ayat. Namun, adakah kesilapan yang saya kira Tuan Guru sendiri telah menyedarinya dan moga Allah taala menilainya akan terus menerus dijadikan bahan cacian dan tempelakan?Justify Full
Saya sama sekali tidak bersetuju dengan perkataan Tuan Guru tersebut. Adakah perlu bagi saya menyatakan ketidak setujuan saya dengan memaki hamun dan mengatakan kata-kata kesat kepada Tuan Guru? Dimana bezanya kita dengan golongan yang suka membid’ahkan Ahlussunnah Wal Jamaah al-Asya’irah dan al-Maturidiyah? Dimana ilmu Tasawuf yang diajarkan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam dan para ulama Sufi yang kita ikuti yang mana kita perlu menjaga lidah kita daripada memaki hamun dan tidak membalas keburukan yang dilakukan oleh orang lain kepada kita?

Saya suka dengan cara teguran Syaikhuna Muhammad Nuruddin al-Banjari hafizahullah kepada Tuan Guru. Tiada maki hamun, tiada kata-kata kesat dikeluarkan, yang ada hanyalah kata-kata nasihat yang menggugah jiwa.

Ini yang diajarkan oleh para ulama di al-Azhar al-Syarif kepada kami, dan inilah yang saya timba di Anjung al-Atrak , Anjung Magharibah, Anjung al-Abbasi dan Mihrab Fatimi sepanjang 6 tahun permukiman saya di Bumi al-Azhar al-Syarif ini. Kami tidak diajar membenci sesuatu pihak sehingga menempelak dan memaki hamun.Tetapi perlu dengan hujah dan adab Islam yang tinggi. Jika ini tidak diraikan maka tiada guna kita berhujah.

Saya masih teringat ketika sedang belajar kitab Risalah al-Qusyairiyah bersama Syaikhuna al-Murabbi Dr Yusri hafizahullah di Anjung al-Atrak, Masjid al-Azhar al-Syarif pada tahun 2006,tiba-tiba datang seorang lelaki secara melulu mengatakan bahawa kami semua yang berada di dalam majlis ilmu itu adalah tergolong daripada anak-anak Yahudi. Ini hanya kerana Guru kami ketika tersebut sedang membacakan kitab Tasawuf yang dikarang oleh al-Imam Qushairy rahimahullah. Menyirap darah saya ketika tersebut bilamana seorang yang bencikan ilmu Tasawuf mengatakan sedemikian secara membabi buta. Namun , apa yang saya kagumi adalah sikap Guru Kami , Sang Murabbi Syaikhuna Dr Yusri hafizahullah. Beliau tenang sekali mendengar kritikan lelaki tersebut. Malah menyuruh agar lelaki tersebut bersabar dan menerangkan bahawa majlis ilmu ini adalah majlis membicarakan tentang ilmu Tasawuf. Malah Syaikhuna mengatakan kepada lelaki tersebut, jika kamu tidak bersetuju dengan kami maka jangan mengatakan sedemikian, duduk dan dengar dahulu perbahasannya adakah benar bercanggah dengan Islam? Malah lelaki tersebut, dengan marah-marah lantas keluar daripada Majlis.

Saya ingin melihat, adakah Syaikhuna Murabbi akan mengulas tindakan lelaki tersebut yang memaki hamun sedemikian rupa?Apa yang saya kagumi, sedikit pun Syaikhuna tidak mengulas tindakan lelaki tersebut, malah meneruskan majlis dengan tenang sekali. Malah tidak langsung keluar daripada mulut Syaikhuna “ Cuba tengok perangai puak-puak tak faham Islam ni?”. Malah pada minggu seterusnya, Syaikhuna bertanya kepada kami adakah lelaki yang memaki hamun pada minggu lepas datang? Kami menjawab bahawa dia sudah tidak datang lagi. Maka Syaikhuna mengatakan “ Alangkah ruginya, jika dia masih bersama dengan kita dan terus mengikuti maka tentu dia akan memahaminya nanti”.

Nah, ini perkataan yang sepatutnya kita amalkan, bukannya menempelak dan memaki hamun. Kita tidak bersetuju dengan Wahabi dan al-Imam Ibn Taimiyah rahimahullah tidak bermaksud kita perlu menempelak dan memaki hamun. Sepatutnya kita mendoakan sepertimana doa Baginda sallallahu alaihi wasallam :


Maksudnya : “ Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui akan kebenaran”

Kita yang berpegang dengan ajaran Ahlussunnah Wal Jamaah al-Asya’irah Wal Maturidiyah ini sepatutnya menjadi contoh teladan kepada golongan ini. Kita mempertahankan ilmu Tasawuf, sepatutnya kita juga perlu mengamalkannya terlebih dahulu.

Saya tidak mempertahankan Tuan Guru di dalam permasalahan sebegini, malah kebenaran sepatutnya dijelaskan. Namun saya kesal dengan sikap memaki hamun dan menempelak. Malah jika UMNO sekalipun melakukan kesalahan , tidak sepatutnya kita memaki hamun. Sikap sebahagian pihak di dalam PAS yang menjadikan maki hamun dan tempelakan sebagai ulam sambal di dalam ucapan bukanlah sepatutnya menjadi cerminan kepada sesuatu gerakan tersebut. Jika sebahagian sahaja melakukan sedemikian, tetapi kita hukum semuanya seperti itu, maka kita terlalu zalim.

Berapa ramai orang Islam yang berzina, merompak , melakukan kesalahan itu dan ini .. Adakah disebabkan sikap sebahagian umat Islam sedemikian maka kita akan menghukum bahawa Islam itu salah? Tiada seorang pun yang akan menuduh sedemikian, malah orang tidak siuman juga tidak akan mengatakan demikian.

Sudahlah, janganlah memaki hamun lagi. Kita tidak bersetuju dengan satu perkataan yang diucapkan janganlah terus menghukum dengan segala peribadi yang mengucapkan itu seolah-olah tiada kebaikan yang dilakukannya. Saya kira, saya sudah menyampaikan sebaik mungkin apa yang terbuku dihati ini.Ya Allah Ampuni Dosaku Jika Aku Melakukan Kesilapan di dalam Menyampaikan Risalah AgamaMu.

Sedikit Ulasan: Perkataan اهدى adalah fi'il amr. Menurut para ulama Nahwu samada daripada Madrasah Basrah atau Kufah, berpendapat fi'il amr perlulah dibuang huruf illahnya jika terdapat huruf illah padanya . Maka perkataan اهدى akan menjadi اهد . Namun sebahagian ulama meneliti di dalam sebahagian hadis terdapat perkataan yang mana perawinya meriwayatkan dengan menggunakan kaedah tidak membuang huruf illah pada fi'il amr. Maka ini bermaksud ianya perlu ditakwilkan. Kata Guru Nahwu saya di Masjid al-Azhar al-Syarif , Syaikhuna Ahmad al-Nabawi hafizahullah, huruf illah yang tidak dibuang tersebut termasuk di dalam kaedah Ishba'. Maka apa yang saya tulis di atas tidaklah menyalahi kaedah Nahwu. Sekadar ingin mempelbagaikan. Ilmu bukan satu jalan sahaja. Janganlah dengan sebab perkara ini maka kita mudah mencari kesalahan orang lain dan menuduh yang bukan-bukan. Wallahu a'lam

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu di Masjid al-Azhar al-Syarif & Masjid al-Asyraff,
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah , Mesir

38 ulasan:

  1. salam..ustaz اهدى tu feel amar kn buang huruf 'ilat..اهد..wallahua'lam

    BalasPadam
  2. Enta ni reti tak bahasa arab?

    BalasPadam
  3. Salam saudaraku nazrul. Peng ni.
    Ana harap ana bersopan.

    Enta dah tengok ke belum khutbah ustaz nik aziz tu? Kalau belum, ni link die --> http://www.youtube.com/watch?v=Ewi3kP1fHJ8

    Eloklah enta paham dulu elok-elok ape yg ustaz nik aziz bagitahu. Yg ana paham die nak bagitahu sambutan nuzul quran lg bagus berbanding sambutan maulid nabi. Pastu die pun cakap, "nabi ni budak kampung je"... Ana tak rase pun die nak hina nabi.

    Ana nampak, tak elokla kita duk bgaduh je.
    Belah sana buat fitnah, belah sini buat fitnah,
    kadang2 kita tak bincang dalam muka surat yg same pun.

    Enta tanak ikut salafi pun takpela. Tapi betulkanlah mana2 amalan & fahaman puak sufi yg menyimpang tu.

    Mungkin enta boleh luangkan mase tgk kuliah maulana asri ttg pengaruh syiah dalam tasawuf --> http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5258%3Avideo-pengaruh-syiah-dalam-tasauf&catid=62%3Abahaya-syiah&Itemid=1

    Kheir insyaAllah.

    BalasPadam
  4. salam..moga allah mngampunkan tok guru..elakkan berdoa yg sesuai digunakan pada org kafir,tapi digunakan kepada sesama islam..doakan hidayat kepada mereka krana ia akan mnyentuh perasaan mereka sbnarnya..gunakan bahasa yg lmbut kalau mnegur,,serta elakkan dari memaki hamun..cuma kalau berkaitan dgn akidah ,mmg wajib kita mnegurnya supaya tidak tersebar kalam yg mmbahayakan dan mnarik balik knyataan tersebut

    BalasPadam
  5. yang dahagakan ilmu2 Mac 2010 pada 12:29 PTG

    salam alayk...

    lebih baik kita semua beristighfar.. astagfirullahalazim...

    rasanya kalam ustaz nazrul dah menjelaskan semuanya... Insya Allah... rasanya tak perlu lagih kita memanjangkan kalam kerana ianya sudah jelas.. fahami betul..

    semua manusia tak maksum kecuali nabi Muhammad S.A.W.. kita takkan terlepas dari melakukan dosa even ulama seklaipun, sebab itulah Allah menyediakan taubat utk kita bersihkan jiwa kita yg penuh dosa.. Maha SUci Allah..

    Semoga Allah mengampunkan tok guru nik aziz.. bersangka baiklah ngan para ulama.. jangan terus menghukum seseorang hnaya dengan dia melakukan sesuatu kesalahn, dan kita terus membenci beliau..

    Cuma kita perlu lebih berhati-hati dalam mengutarakan pendapat, bimbnag tersalah kata..

    pepun.. syukran awi to al fadhil ustaz nazrul hafizahullah atas artikel ini.. moga Allah mengurniakan ustaz ilmu yg bermanfaat, kesihatan yg baik, dan dapat berbakti kepada Islam yg tercinta..

    Salam alayk

    BalasPadam
  6. Salam Abu Ya..terima kasih atas teguran yang diberikan.. untuk pengetahuan semua, memang telah menjadi kesepakatan para ulama di dalam ilmu Nahwu mengatakan bahawa jika Fi'il Amr yang terdapat huruf illah maka perlu dibuang huruf illah tersebut..

    Namun sebahagian mengatakan , terdapatnya hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam yang mana diriwayatkan oleh perawi dengan meletakkan huruf illah pada fiil amr..

    Jadi di sini perlu untuk di ta'wilkan.. huruf illah yang dikekalkan pada fi'il amr disebut oleh para ulama Nahwu sebagai huruf al-Ishba'..

    kesimpulannya, apa yang ana tulis di atas juga tidaklah menyalahi kaedah Nahwu yang kita pelajari.. cuma Saudara Abu Ya menggunakan pendapat jumhur ahli Nahwu.. Saya cuma ingin mempelbagaikan.. dalam masa yang sama kita tidak bertelagah.. Barakallahu fik..

    BalasPadam
  7. Salam. persoalan bahasa turut memainkan peranan di sini. Bukan sesiapa sahaja yang menonton atau mendengar khutbah tersebut boleh faham sepenuhnya apa yang tok guru ucapkan. tok guru banyak dalam ucapannya terikat dengan loghat kelantan, jadi mungkin bahasa di kelantan orang kelantan faham lain, manakala orang bukan kelantan faham berbeza...

    isi utama yang ana faham daripada khutbah tersebut adalah, Nabi Muhammad s.a.w. dilantik daripada manusia itu sendiri, dan lebihnya baginda adalah dari sudut baginda memnerima wahyu daripada Allah yang mana kita orang biasa (budak kampung) walau alim mana sekalipun, tidak menerima wahyu daripada Allah. dan sambutan maulid bukanlah haram, cuma perkara tersebut tiada di zaman nabi, sahabat dan tabi'in.

    Sekadar pandangan daripada ana..
    syukran.

    BalasPadam
  8. penuntut Universiti Al-Azhar3 Mac 2010 pada 2:40 PTG

    assalamua'laikum...artikel yg menarik pada kali ini.ana tertarik dgn tulisan ustaz..."Malah jika UMNO sekalipun melakukan kesalahan tidak sepatutnya kita memaki hamun"ya...sudah tentu!
    kerana...jangan kerana kita yang menegur orang lain,kita pula yang terlebih emosinya...semua manusia tidak sempurna.jadi,saling tegur menegur!

    BalasPadam
  9. salam..bagi saya,teguran itu perlu..tidak kira siapa,,tapi teguran dgn cara berhikmah dan beradab..elak dari caci mncaci.tak kira siapa..umno atau pas,perlu ditegur..cuma ape yg saya belaja,bnda buruk tak lh kita sandarkan kepada nabi ,,dan saya org klntan pon merasakan perkataan nabi macam mat2 kampung adalah kurg elok..perkataan seperti allah samsg adalah tak sesuai krna samsng mmberi waham sifat makhluk.kalau dalam tafsir syarah sowi sndri mnjelaskan ttg perkataan yg bg waham pada allah dgn sifat makhluk dan perlu ditakwil. kita juga tak lh kate allah yg jadikan taik cnth nya di hadapan org awam kerana buruk adab kita..hanye bolh dicerita di majlis2 ilmu sahaja ..

    BalasPadam
  10. bgitu juga perkataan yg tak elok disandarkan pada nabi yg mmberi waham bahawa nabi cam mat kampung ..mnnjukkan tak maksum spt mat2 kampung ..ini adalah bahaya dalam akidah

    BalasPadam
  11. saye setuju sangat dengan jawapan ust nazrul tentang teguran yg berhikmah...
    tpi kne ingat..nik aziz dh 2 kali wt kenyataan yg pelik psl maulidurrasul n nabi ni..jdi elok anda semua menilai apa fahaman beliau..:)..
    saye x kate die wahabi ke ape..cume nk tau gak..sape beliau sebenarnye..
    psl perkataan menghina nabi bukan sesuatu yg boleh dipandang remeh...klu menghina mn2 ulama'..mungkin kite leh bersabar...tpi klu menghina nabi msih leh bersabar ke?..
    syeikh fuad al-banjari al-maliki sendiri pernah menulis buku tentang hukum menghina nabi...
    takkan kite msih x faham2...mmng x boleh sesangat menghina nabi..
    x leh dinafikan beliau ketua menteri yg bagus n leh jdi contoh kpd menteri2 umno n menteri yg lain2...
    hina nabi x leh disamakan mcm menghina ulama'...martabat nabi lebih mulia..kne faham pokok masalah 2...
    saye x setuju sangat2 bile ust nazrul letakkan cth org yg menghina majlis ilmu tasauf 2...pasal cth 2 teramat jauh sekali..
    mn mungkin cth 2 diumpamakan dgn perkataan menghina nabi...seolah2 sesuai sangat cth penghinaan 2 ngan cth menghina nabi sehingga ptut bersabar..INGAT..martabat nabi 2 amat mulia n tinggi...
    klu betul nik aziz dh mengakui kesilapan beliau..boleh x ust nazrul buktikan kenyataan beliau yg mengakui kesilapannye itu?..setiap bende perlukan bukti...x leh nk sembur semacam je...
    bukan nk aibkan beliau(x leh dinafikan..saye kagum ngan care beliau didalam pemerintahan)...tapi kecintaan kami kepada nabi melebihi kecintaan kami kepada sesiapan pon..hatta nik aziz sendiri...amat terhina rasenye bile nabi sendiri dihina semacam itu...kesan cinta nabi kepada umat seolah2 dh x beri ape2 kesan kepada hati umatnye ni..cabulnye mulut umat baginda ni menghina beginda sedemikian rupa...
    saye cuma setuju dengan ust dlm masalah pengunaan bahasa..kite kne tegur dengan bahasa yg baik n berhikmah..
    jdi eloklah kite menegur dengan penuh berhikmah x kire la nk tegur org umno ke pas ke keadilan ke...bukan berpolitik...tpi dh ramai sangat bakal ulama'2 azhar ni yg jdi taksub politik....smpikan bile kepimpinan die kne kritik atau tegur je..mule lah nk ckp org yg tegur 2 sebagai pemecah belah..jdi sekadar teguran yg bermakne wt kekawan seperjuangan semua...
    jgn sibuk dok maki hamun...x bgus...

    BalasPadam
  12. Semua org salah faham tentang ape yg nk disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz....Sebenarnya tok guru nk cakap bahawa masyarakat arab jahiliah memandang Nabi SAW sebagai Muhammad bkn sebagai Nabi...beliau tidak bermaksud bahawa Nabi SAW itu sbgai "mat kampung" secara hakikat tp pd pandangan masyarakat arab jahiliah... "Nabi Muhammad itu manusia, tapi bkn seperti manusia, manusia seluruhnya seperti batu dan dia adalah permata"

    BalasPadam
  13. assalamualaikum.

    hm.. sedikit pandangan saya untuk pembaca.. Sebenarnya, Tuan Guru Nik Aziz slalu juga kalimah yg diucapnya menjadi kontrovesi. Ingat tak lagi isu Tuhan "samseng". Bila sy baca harakah, ada satu kenyataan dr tok guru..yg dia memang sengaja buat ayat kontrovesi itu supaya masyarakat celik..berfikir..ade sensitiviti, sedar dan mengkaji... dan selepas itu dia menerangkan smula apa maksudnya yg sebenar.. Hanya Allah yg tahu isi hati Tok Guru, amatlah tidak wajar semudah2nya kita bersu'zon sedangkan kita tidak jelas ape maksud di dalam hatinya..
    Saya setuju dg al-akh nazrul bahawa kita tidak sepatutnya mencaci dan mengutuk..kerana setiap hamba Allah itu ada melakukan kesilapan.. eh,Kita sibuk berdoa agar Allah mengampunkan Tok Guru, entah2 yg berdosanya kita kerana buruk sangka dengannya.. sedangkan dia mendapat ganjaran dari hatinya yg ikhlas berdakwah... mana kita tau.. muhasabah diri kita sama..
    Saya setuju dg sahabat diatas, yg mengatakan peranan bahasa tu.. betul, kadang2 loghat negeri2 tertentu sukar untuk difahami oleh negeri lain.. kefahaman tak sama, apatah lagi orang negara lain,indonesia..brunei ke..
    Ape yg saya nampak melalui ceramah tok guru ni, dia sedaya upaya nak memahamkan orang2 kampung, orang yg tak blajar tinggi.. atau orng awam bersesuaian dg tahap mereka.. wallahu'alam...itu pandangan saya..
    Dan juga buat mereka yang berilmu tinggi atau ulama', tidak seharusnya sombong dan bongkak dg ilmu yg Allah kurniakan padanya, sehingga memandang rendah terhadap ulama2 yg dirasakannya kurang ilmu berbandingnya.. wal'iyazubillah..
    Sekiranya ada sahabat2 yg tak senang dngan kenyataan tuan guru tu, maafkanlahnya dan doalah semoga Allah ampunkan dosanya sekiranya dia berdosa, dan ampunkan dosa kita sekiranya kita yg bersalah... Peringatan untuk saya dan sahabat2, kalau betul kita nak bela Rasulullah, cintakan Rasulullah, buatlah ape suruhannya, lakukanlah sunnahnya, teruskanlah perjuangannya.. jangan mulut shja berbicara.. kalau kita lihat, Tok guru dalam hidupnya penuh dengan perjuangan untuk melaksanakan sunnah nabi, nak memperjuangkan Islam kt bumi Malaysia.. kita? ape yg kita dh buat?
    oklah, ini sekadar muhasabah bersama.. maaflah akhi nazrul, tercoret panjang plak dlm ruangan ni.. Mabruk kerana mengutarakan sebuah perbincangan yg bagus2 dlm blog yg begitu menarik ni...:)
    wssalam.

    -nunkaf-

    BalasPadam
  14. salam..

    kepada nunkaf di atas, syukran.. sy seronok membaca pendapat di atas.. sgt bernas dan matang..
    terima kasih..

    BalasPadam
  15. salam..

    semoga Allah mengampunkan dosa kita semua yg terkadang tersuun zhon sesama manusia..
    Astaghfirullah..
    tertarik ngan pendapat nunkaf kat atas, memang, tok guru nik aziz nih, ramai org suka dengar kalamnya.. tak kira, org tua, muda, kaya, miskin, org bnadar, org cina, org india dan mcm2 lagih.. setiap golongan itu, ada penyampain berbeza, takkanlah nak khutbah ngan org kampung, nak bg org kampung paham, tapi bercakap cam gaya bnadar.. tentulah tak masuk kan.. setiap pendakwah perlu ada style tertentu utk masuk ngan golongan tertentu supaya dakwah lebih berkesan..

    tambahan lagih, bahasa kelantan memang diakui agak kasar bg org yg tidak memahaminya..tapi bg org kelantan, ianya tidak kasar bahkan ada sesetengah tuh nampak lagi lembut..

    Cth: oghe tino nih keno tutup aurat...

    bunyinya agak kasar kan bg org yg tidak biasa? tapi bg kami org kelantan, bahasa itu lembut..

    Wallahualam..

    Jom kita sokong dan dokong perjuangan menegakkan Islam di Malaysia!!
    Mari kita sambung perjuangan yg diwariskan oleh nabi kepada kita!!

    BalasPadam
  16. saya ingin bertanye la...mcm mn kite nk tau isi hati manusia?..
    kan manusia menilai org dri kalamnye....
    apa yg dituturkan..itu yg dinilai..bukan begitu ke?...ke manusia nilai dri dlm hati org yg berkata..kalam langsung x penting...
    klu mcm 2..klu andainye ade org kate:"nabi ni mase mule2 jdi nabi..die pernah abaikan seorang bute yg minta penjelasan tentang islam,padahal mse 2 org bute 2 bersungguh2 nk tau psl islam.."pas 2 org 2 matikan kalam die smpi situ je...ape pandangan saudara?..org yg bercakap ni x salah la ye?..psl kite x tau isi ati die lah ye?..nk kne tau isi ati dl la ea bru komen?..klu x tau isi ati..x leh komen la ea walaupon kalam die jelas?..
    kemudian klu betulah niat nik aziz lain...
    sila berikan kenyataan beliau yg mengakui niatnye x same dgn maksud...
    cth mudah...sebelum ni beliau pernah mengatakan sambut maulid rasul ni same dgn perayaan kristian...
    boleh saudara bgitau saye x...ape niat sebenar nik aziz?..
    n ape pulak niat nik aziz kali ni bile die kate nbi mcm mad2 kampung?..
    klu saudara tau isi hati die...boleh lah bgitau kt kami ni..
    kalau masing2 x tau...salah ke kalau menegur?..
    ke msih nk kate:"mungkin niat die baik..x pe..x payah tego...tggu je tuan guru bgi jwpn..sangke baik..x pe..."
    bgusnye akhlak...sekadar pandangan..:)

    BalasPadam
  17. kadang2 mentaliti kita perlu diubah... kenapa bila cakap cth dia nih org kampung, datang dari kampung.. kita tentu berkata bahawa org kampung nih mesti selekeh, kolot, tak berpelajaran, miskin, hina dan sebagainya.. bila cakap dia nih datang dari bnadar, kita tentu berangapan bahawa org bbadar ni berpelajaran ,educated, kaya, up to date dan sebagainya..

    Saya ingin membangkitkan di sini, mentaliti itu perlu diubah.. org yg dididik dengan suasana kampung bagi saya lebih matang, lebih baik akhlaknya, lebih independent, pandai bergaul dengan org tua, pandai beremosi, lebih pandai buat kerja.. org bandar (tak semua) kadang2 lagih manja, pentingkan diri, tak pandai bergaul ngan masayarakat, sgt bizi mengejar kerjaya sampai tak kenal jiran.. nih hakikat bukan??

    Kampung itu sesuatu yg baik sebenarnya.. kampung itu tenang, udaranya lagih nyaman, kalo balik raya mesti nak balik kampung kan, sawah bendang terbentang luas, biahnya lagih terjaga.. senang kata kampung nih khuwayyis..

    Insya Allah.. husnul zhon, tok guru nik aziz tak bermaksud utk menghina nabi... masakan org yg bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam di Malaysia nak hina nabi, pikir lah sikit..kita kan ada akal semua.. tok guru nik aziz nak kasi audiens yg dengar tuh paham benda per dia nak cakap..

    Ibarat doktor nak terangkan patient dia org kampung ttg penyakit.. takkan nak cakap bahasa doktor kot.. gerenti pesakit tuh tak paham kan..

    Fikirkan..nak ajak berfikir dari satu sudut..

    Betulkan kalo sy salah..

    Wallahualam..

    BalasPadam
  18. salam perjuangan buat semua sahabat2..
    maaf mencelah smbil mengutip mutiara ilmu mg bermanfaat..maaf jg kpd us nazrul..sy rse tak spttnya tajuk ini diktengahkan.hsilnya mkin ramai yg slh aggap dgn TG.sdgkan kalam TG bg sy tak mnnjukkn pghinaan kpd Rasulullah hgga mnyebbkn dosa..dgr balik dan pertimbang dgn ilmu scra adil..natijahnya pasti baik.tdk dinafikan semua brhak mmberi komentar..ttpi komentar yg didasari salah phm blh mmbka lbh luas pintu fitnah..walaupon komen itu dtg dr yg alim..jd sy mmpringati dri dan semua shbt agar brhti2 dlm menilai setiap kalam yg diterima.kalau kita xmmpu mmhminya dgn baik jgn pl trslh phm.TG tdk ma'sum.tp mnghuraikan kalamnya tidak sprti yg dimaksudkan mrupakan stu ksalahan dlm disiplin ilmu..krn yang hak ttp hak.mg kita semua dipimpin Allah mnuju yang hak..

    maaf atas komentar..wallahua'lam..

    BalasPadam
  19. Nastaghfirullah hal 'azim..
    Ya, kita berhak menegur sebarang manusia jika membuat salah...hatta ulama'.. saya sedikit pun tidak menentang sesiapa untuk menegur tuk Guru.. saya hanya menekankan "husnuzhon".. hanya orang yg matang yg faham untuk menilai di mana ruang yg kita sesuai husnuzhon, dan dimana ruang yg sesuai untk kita su'zon.. takkanlah kalau ada orang keluar dari mulut dia kata2 begini contohnya "rasulullah tu asalnya orang jahat.." takkalah kata2 mcm ni kita masih nak husnuzhon.. Saya beranggapan sahabat2 yg sudah berada di tahap yg tinggi ini dapat menilai ruang mana yg kita boleh husnuzhon dan sebaliknya... memang kita tak tau isi hatinya.. ya, kalau sahabat2 rasa ianya sngat tidak patut dan bersalah, silalah tegur.. tp jngan sampai meleret2 sehingga pelbagai tuduhan yg tak sepatutnya muncul akibat su'zon yg melampau2 dlm hati kita.. wal'iyazubillah..
    Pernah tak sahabat2 dengar kisah seorang hamba yang dibunuh kerana telah mengeluarkan kenyataan "Allah berada di dalam hati kita/saya" semua orng marah kerana dia telah menempatkan Allah. Padahal Allah tidak bertempat. Namun seorang ulama' bermimpi bahawa hamba Allah ini masuk syurga.. kerana sebenarnya dia nak maksudkan Allah itu sentiasa berada di dalam hatinya,sbb setiap detik hatinya mengingati Allah. Maaflah, saya tak ingat keseluruhan cerita ni.. mungkin ahli sufi mengetahuinya. Saya bukan nak samakan sebiji2 kes hamba Allah ni dengan kes Nik Azizi ni, tapi saya yakin ada sahabat2 yg memahami apa yg sy nak sampaikan.. Moga kita sama2 menjadi hamba Allah yg matang dalam menimbang tara sesuatu perkara. wallahu'alam.

    -nunkaf-

    BalasPadam
  20. mmng x salah husnuzhon...tpi seolok2nye kami nk pengakuan dri nik aziz tentang pengakuan bahawa beliau maksudkan perkara lain..bukan hanya membisu dlm isu spt ini...kerana ni bukan kali pertama..tapi ke-2...
    klu kali pertama,..mungkin boleh husnuzhon..
    utk saudara yg mengatakan kalam 'mat kampung' 2 satu pujian'...saudara dh tgk ke ucapan beliau ni..ke saudara tgk potong2 je..pas 2 terus rumuskan?...tgk dgn pandangan ilmu ye saudara..bukan pandangan membela...
    membisu tidak akan menyelesaikan masalah ini...
    anda kene faham..kite x tau ape ade dlm hati manusia..2 je pokok pangkal masalah...
    nk husnuzhon pon biar bertempat...
    utk sudara yg mengatakan tuan guru bnyk mempraktikan sunnah dlm kehidupan...saye akui dan saye x membantah langsung..2 yg menyebabkan saye kagum dengan beliau...
    tapi saudara kene ingat..org alim pon leh sesat...
    ibnu taimiyah yg hebat2 pon leh salah dlm meletakkan hukum..apetah lagi nik aziz klu dibandingkan ngan ibnu taimiyah..mcm langit ngan bumi je..
    tentang al-halaj pula..saye akui beliau tidak sesat...sepertimana yg dibahaskan oleh ulama tauhid...tapi cth ni x de kene mengena ngan pengakuan nik aziz...beliau jdi begitu kerana fana'..saye rase sebelum saudara beri cth..tlg pastikan cth 2 sesuai...bukan asal boleh je
    psl saudara kne ingat..hina nabi x boleh disamakan dengan hina makhluk...x tau la klu mse ckp ni nik aziz tgh fana' kan...mcm mn yg saudara diatas hujjahkan...klu mcm 2..mungkin saye berlepas tangan agaknye...(no commnet)
    sekadar renungan...
    jln penyelesaiannye mudah je sebenarnye...org lain x perlu jwb pon...nik aziz je yg perlu jwb tentang masalah ini..org lain jwb,saye rase mkin haru biru..x jmp hujung pangkal..baik org yg bercakap je yg menjawab,kerana beliau sendiri tau ape yg beliau maksudkan...
    soalan yg diutarakan pd ust nazrul 2..sebenarnye bukan ape..hnya nk tau pandangan ust nazrul je...org lain x payah la jwb..bosan bile tgk jwpn mengarut dri org lain ni...
    apepon..saye hargai jawapan ust nazrul...terima kasih diatas kejujuran saudara dlm memberikan jwpn...ulama' diikat dengan ilmu..bukan politik..:)..berkata jujurlah walaupon pahit...:)..wassalam

    BalasPadam
  21. saya nak highlightkan di sini bahawa sedar tak sedar kita telah berbohong dengan pernyataan sebenar tok guru nik aziz.. pertama nik aziz mengistilahkan dengan menggunakan perkataan 'budak kampung' bukan 'mat kampung' seperti yg kita duk bahas2 kat atas tadi..bezakan ya sahabatku...sebab keduh kedua-dua makna tuh walaupun hampir sama tapi sedikit berbeza.. jgn kita duk buat fitnah tambahan kat tok guru.

    Saya nak tanya apa yg hinanya dengan kampung?? sy tak paham kenapa kita duk rasa yg kampung nih satu penghinaan.. Nabi Muhammad S.A.W dibesarkan dalam suasana desa Bani Sa'ad dalam membentuk jiwa seorang pemimpin agung.. Halimatus Saadiah sebagai ibu susu oleh kerana sudah menjadi adat resam bangsawan Arab menyerahkan bayi mereka untuk disusukan oleh ibu susu yang tinggal di desa. Tujuan penyusuan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada bayi-bayi mereka kepada kehidupan desa yang penuh dengan nilai-nilai murni. Anak-anak dibesarkan dalam suasana desa yang tidak tercemar dari unsur-unsur negatif masyarakat Arab Jahiliyah kota Makkah serta dapat menghindarkan anak-anak mereka daripada wabak penyakit yang terdapat di Kota Makkah.

    Di kampung jugaklah nabi belajar nilai-nilai murni dan akhlak mulia yg tinggi,kasih sayang dan bertoleransi,jatidiri yg tinggi, kemahiran dalam kehidupan,mempelajari bhaasa arab asli, dan mengemabala kambing...Aspek2 ini sangatt penting untuk membentuk seorang pemimpin yg agung utk masa depan..

    So, kampung itu bukan satu penghinaan..kita duk rasa kampung itu benda hina sebab kita nih terlalu materialistik, terlalu memandang kepada kekayaan..ubah dulu mentaliti itu..

    salam

    BalasPadam
  22. klu x faham...g tnye org yg faham ye...
    faham btul2 ayat beliau...
    jgn mate celik tpi hati bute...
    kesilapan ayat yg sedikit blum leh mencacatkan semua makne...x pe la...mybe salah dlm ayat..budak kg..bukan mat kg..
    ape beza klu kate beliau budak kg mahupun budak bandar?....
    adakah bile kite sebut budak bandar maka bermaksud hina...jika dikata budak kampung bermaksud mulia?ataupon sebaliknye?...x de org kt dlm comment ni pon ckp mcm ni...melainkan anda n satu lagi comment sebelum ni..
    dh la...jgn bahas lagi klu hati dh tertutup nk faham perbahasan...tggu je la jwpn beliau...
    psl makin dihuraikan oleh org lain..mkin mengarut...
    x payah jdi wakil beliau..psl bukan anda duduk sebelah beliau pon..n bukan anda tnye beliau pon sebelum anda menghuraikan jwpn...akhairnye jwpn 2 berdasarkan andaian anda je...tah betul tah tidak...
    tggu kenyataan beliau je la ea...x payah nk sibuk2 dok huraikan kenyataan beliau...

    BalasPadam
  23. astaghfirullahal'azim.. ya Allah jauhilah orang2 yang ikhlas keranaMu daripada fitnah.. kuatkanlah mereka menghadapi ujianmu di dunia ini...:)

    BalasPadam
  24. kepada sahabat2 tak perlulah bersusah hati dg ape yg berlaku.. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil...:)

    BalasPadam
  25. kalau politik diikat dengan ilmu? diikat dengan islam? :) -soalan ini untuk difikirkan, tak perlulah jawab disni, jwb dlm hati masing2...

    -nunkaf-

    BalasPadam
  26. ade tambahan lagi utk doa 2...doakan juga semoga selamat dri kesilapan didalam percakapan apabila hal yg hendak diucapkan ade bersangkutan ngan akidah....psl wahabi pon berjuang utk agama..syiah pon berjuang utk agama...cume betul atau salah je...jelas kan?..psl perjuangan yg salah wahabi menyebabkan ramai ahlus-sunnah tekorban kan..

    BalasPadam
  27. salam..dgr balik video klip ni..http://www.youtube.com/watch?v=SLcPltL2NDc&feature=player_embedded .tuan guru nik aziz kate mat budak kampung dgn mat bin abdullah serupa je,,.apabila kita betul2 memuliakan nabi,perkataan mat tu kurg elok disandarkan keatas nabi..dan stgh ulamak kerana rasa cnta dgn nabi menyebut saidina didepan namanya yg mulia..juga kenyataan tuan guru seblom ni ketika mnyampaikan khutbahnya mnyatakan maulid ni kerana semata 2 nak berlumba dgn org krstian adalah kurg berasas,,maulid ni wujud ketika zaman raja muzaffar dan diterima olh ulamak akan perayaan maulid yg dibuatnya..

    BalasPadam
  28. Rasulallah saw. bukan manusia biasa tetapi Insan Kaamil (manusia sempurna)

    Makalah-makalah dibuku ini sudah cukup jelas sebagai bukti bahwa Nabi saw. adalah bukan manusia biasa tapi beliau adalah manusia sempurna (Insan Kaamil). Walau pun demikian masih ada saja golongan pengingkar yang mengatakan bahwa Rasulallah saw. adalah manusi biasa seperti kita kita ini, bedanya hanya beliau saw. menerima wahyu dari Allah swt.. Mereka dengan berdalil pada firman Allah sebagai berikut: “Katakanlah, sesungguhnya aku hanyalah manusia seperti kamu. Hanya saja kepadaku disampaikan wahyu.” (QS. 18:110). Berdasarkan ayat ini dan ditambah ayat-ayat senada, misalnya; “Katakan: ‘Mahasuci Tuhanku. Bukankah aku hanya seorang manusia yang diutus?”. Golongan ini percaya bahwa Nabi Muhammad saw. adalah manusia biasa seperti manusia lainnya, oleh karena itu golongan ini menganggap mengagungkan dan memuji Rasulallah saw. merupakan sikap berlebih-lebihan (ghuluw) dan pengkultusan yang tidak perlu serta dapat membawa orang kepada perbuatan syirik.

    Mereka menafsirkan firman Allah swt. diatas secara tekstual. Jika kita telusuri dengan seksama semua ayat-ayat ilahi dibuku ini atau buku lainnya yang menyinggung tentang Nabi saw. atau yang berkenaan dengan Nabi saw, maka dengan yakin kita akan menganut pandangan ulama-ulama pakar yang menyimpulkan bahwa Nabi Muhammad saw. memang bukan manusia biasa tapi Insan Kaamil. Beliau saw. adalah manusia utama, “superman” yang telah berhasil melewati tingkat umum manusia dan mencapai derajat keutamaan yang tiada taranya.

    Apa yang dimaksud ayat Ilahi diatas bahwa Rasulallah saw. adalah manusia (basyar), seperti manusia lainnya? Apakah maksudnya bahwa kedudukan beliau saw. di hadapan Allah sama dengan manusia lainnya?

    Kami kira golongan pengingkar pemujian/pengagungan kepada Rasulallah saw. pun tidak membenarkan anggapan seperti ini. Mereka juga yakin bahwa Rasulallah saw. adalah seorang Rasul dan memiliki kedudukan yang sangat khusus di sisi Allah. Kita coba mengkajinya, bagaimana kita harus menyikapi Rasulallah saw.? Disatu sisi, beliau adalah Nabi dan Rasul dengan kemuliaan yang tiada tara dan kedudukan beliau saw. dalam al-Qur’an sungguh luar biasa, tapi disisi lain al-Qur’an menegaskan bahwa ia juga adalah manusia seperti kita. Terdapat puluhan ayat didalam al-Qur’an yang memuji Rasulallah saw., apakah dalam bentuk pujian langsung atau dalam bentuk penyebutan sifat-sifat terpuji yang dimiliki Nabi seperti yang telah kami kemukakan sebelumnya. Beberapa contoh lagi mengenai keagungan Rasulallah saw. yang tidak dimiliki oleh manusia biasa adalah sebagai berikut:

    BalasPadam
  29.  Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib kw. berkata: ‘Setiap kali Allah swt. mengutus seorang nabi, mulai dari Nabi Adam sampai seterusnya, maka kepada nabi-nabi itu Allah swt. menuntut janji setia mereka bahwa jika nanti Rasulallah saw. diutus, mereka akan beriman padanya, membelanya dan mengambil janji setia dari kaumnya untuk melakukan hal yang sama’.

     Sebagaimana yang difirmankan Allah swt. dalam surat Aal- Imran : 81:

    “Dan ketika Allah mengambil janji dari para nabi: ‘Aku telah berikan kepada kalian al-kitab dan al-hikmah, maka ketika Rasul itu (Muhammad saw.) datang kepada kalian, yang membenarkan apa yang ada pada kalian, kalian benar-benar harus beriman kepadanya dan membelanya.” Dia (Allah) berkata: ’Apakah kalian menerima dan berjanji akan memenuhi perintah-Ku ini’? Mereka berkata: ‘Ya, kami berjanji untuk melakukan itu’. Dia berkata: ‘Kalau begitu persaksikanlah dan Aku menjadi saksi bersama kalian’ “.

     Al-Qur’an menjelaskan bahwa para penganut Ahlul-Kitab tahu betul tentang kedatangan Rasulallah saw. sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Bahkan mereka saling memberi kabar gembira tentang kedatangannya itu (QS. 2: 89,146).

     Dan itu pula yang dimohonkan Nabi Ibrahim as. dalam do’anya:

    “Tuhan kami, utuslah pada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri (Muhammad) yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Mu, mengajarkan mereka al-kitab dan al-hikmah, dan menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkau Mahaperkasa lagi Mahabijaksana”. (QS. 2:129).

     Rasulallah saw. ditetapkan sebagai perantara (wasilah) antara dirinya dengan manusia. Bahkan merupakan salah satu syarat terkabulnya do’a. Firman Allah swt.:

    وَمَا أرْسَلـْنَا مِنْ رَسُـوْلٍ إلاَّ لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللهِ وَلـَوْ أنَّهُـمْ إذْ ظَلَمُوااَنْفُسَهُمْ جَاءوُكَ

    فَاسْتَغْفِرُوْا اللهَ وَاسْتَغْفَرَلَهُمُ الرَّسُوْلُ لَوَجَدُوْا اللهَ تَوَّابًا الرَّحِيْمًا

    “Kami tidak utus seorang Rasul kecuali untuk ditaati, dengan seizin Allah. Dan seandainya mereka mendatangimu ketika mereka berbuat dosa, lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasul pun memohonkan ampun buat mereka, pastilah mereka dapati Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih”. (QS. 4:64).

     Bahkan sebagai perantara tawassul kepada Rasulallah saw. ini sudah dilakukan para nabi dan orang-orang sholeh jauh sebelum kelahiran beliau saw. (baca bab Tawassul dibuku ini). Kita dapat membaca riwayat yang mengatakan bahwa Adam dan Hawa telah bertawassul kepada Rasulallah saw. saat mereka berdua dikeluarkan dari surga. Dikisahkan bahwa tatkala Nabi Adam as dikeluarkan dari surga, ia memohon ampun kepada Allah atas perbuatannya.

    BalasPadam
  30. Al-Qur’an sengaja menegaskan bahwa Rasulallah saw. adalah manusia/basyar seperti manusia lainnya untuk membantah penolakan kaum musyrikin terhadap Rasulallah saw. bahwa ia bukan dari golongan malaikat atau paling tidak bekerjasama dengan malaikat (QS. 25:7) dan juga mengingatkan kaum Muslimin supaya tidak membuat kesalahan seperti yang dilakukan kaum Nasrani terhadap Nabi ‘Isa as yang menganggapnya sebagai anak Tuhan atau Tuhan dibumi! Akan tetapi ketika kita mengatakan bahwa Rasulallah saw. adalah manusia biasa seperti manusia lainnya tidak berarti bahwa kita harus menganggap beliau salah, keliru, melanggar, atau berakhirlah segalanya sesudah beliau saw. wafat. Sama sekali tidak demikian.

    Kesucian, keterpeliharaan dari dosa ma’sum hidup abadi bersama Allah sesudah kematian atau kemampuan berhubungan dengan-Nya sesudah kematian adalah perkara ruhani yang dapat saja dicapai oleh manusia mana pun jika ia telah mencapai kedudukan ruhani yang tinggi, apalagi dengan ruhani Rasulallah saw. yang paling mulia dari segala orang yang bertaqwa.

    Allah swt. memang menciptakan manusia dari unsur tanah, yang menghasil- kan dimensi biologisnya, akan tetapi pada manusia, Allah swt. ciptakan juga unsur lainnya, yakni ruh Allah swt. yang justru dapat membuat manusia lebih tinggi dari makhluk mana pun, termasuk malaikat karena melalui ruh itu manusia mampu mengatasi unsur biologisnya. Oleh karena itulah mengapa malaikat dan jin atau Iblis diperintahkan untuk sujud (penghormatan tinggi) kepada Adam atau manusia. Itulah pula mengapa Nabi Muhammad saw. dapat menembus Sidratul-Muntaha (waktu peristiwa Isra Mi’raj), sementara Jibril as akan hangus terbakar jika berani mencoba melangkah- kan kaki meski un hanya setapak. Padahal Jibril adalah penghulu para malaikat. Tidak lain karena Nabi Muhammad saw. telah mencapai derajat kesempurnaan mutlak insani (Insan Kaamil).

    Kesalahan terbesar golongan yang menolak mengakui kesempurnaan Rasul saw. dan menolak memujinya, bahkan menganggap pelakunya sebagai ber- tindak berlebih-lebihan dan kultus yang diharamkan! Golongan ini tidak lain melihat Rasulallah saw. dengan kacamata materi. Mereka hanya melihat Rasulallah saw. sebagai makhluk biologis. Mereka lupa bahwa manusia memiliki dimensi yang jauh lebih tinggi dari sekadar dimensi biologis atau fisik. Bahkan dimensi ruhani merupakan jati diri manusia yang sesungguh- nya.

    BalasPadam
  31. mari kita teruskan firman Allah dan riwayat yang menunjukkan bahwa Rasulallah saw.bukan manusia biasa tapi manusia Kaamil (sempurna) berikut ini.

     Penciptaan Nabi saw.lebih dahulu daripada Nabi Adam as. hanya beliau saw. masih dalam wujud “nur” atau cahaya. Ketika Allah menciptakan Adam, Ia menitipkan nur itu pada sulbi Adam as yang kemudian berpindah-pindah dari satu sulbi ke sulbi yang lain hingga sulbi Abdullah, ayah Nabi.

     Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abdurrazzaq dari Jabir bin ‘Abdullah al-Anshari ra. bahwasanya dia pernah bertanya kepada nabi saw.; “Demi ayah dan ibuku, ya Rasulallah, beritahukanlah padaku tentang suatu yang di ciptakan Allah sebelum segala sesuatu yang lain. Jawab beliau saw.; ‘Wahai Jabir, sesungguhnya Allah sebelum menciptakan segala sesuatu yang lain, telah menciptakan Nur Nabimu, Muhammad dari Nur-Nya’”. Dan hadits dari Abu Hurairah ra. bahwasanya Nabi saw. telah bersabda: “Aku adalah yang pertama diantara para Nabi dalam penciptaan, namun yang terakhir dalam kerasulan…”.

     Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulallah saw bersabda: “Allah telah men-ciptakanku dalam wujud nur yang bersemayam di bawah ‘arasy dua belas ribu tahun sebelum menciptakan Adam as. Maka ketika Allah menciptakan Adam, Ia meletakkan nur itu pada sulbi Adam. Nur itu berpindah dari sulbi ke sulbi; dan kami baru berpisah setelah ‘Abdul Muthalib. Aku ke sulbi ‘Abdullah dan ‘Ali ke sulbi Abu Thalib”.

     Al-Qur’an juga menyebutkan bahwa sulbi-sulbi orang-orang suci. Ini berarti bahwa orang-tua dan nenek-moyang Rasulallah sampai ke Nabi Adam as. dalam Istilah al-Qur’anal- Sajidîn orang-orang patuh. Sebagaimana firman-Nya: “Dan bertawakallah kepada Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. Yang melihatmu saat engkau bangun dan perpindah- anmu dari sulbi kesulbi orang-orang patuh”. (QS. 26 :217-219).

    BalasPadam
  32. mari kita teruskan firman Allah dan riwayat yang menunjukkan bahwa Rasulallah saw.bukan manusia biasa tapi manusia Kaamil (sempurna) berikut ini.

     Penciptaan Nabi saw.lebih dahulu daripada Nabi Adam as. hanya beliau saw. masih dalam wujud “nur” atau cahaya. Ketika Allah menciptakan Adam, Ia menitipkan nur itu pada sulbi Adam as yang kemudian berpindah-pindah dari satu sulbi ke sulbi yang lain hingga sulbi Abdullah, ayah Nabi.

     Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abdurrazzaq dari Jabir bin ‘Abdullah al-Anshari ra. bahwasanya dia pernah bertanya kepada nabi saw.; “Demi ayah dan ibuku, ya Rasulallah, beritahukanlah padaku tentang suatu yang di ciptakan Allah sebelum segala sesuatu yang lain. Jawab beliau saw.; ‘Wahai Jabir, sesungguhnya Allah sebelum menciptakan segala sesuatu yang lain, telah menciptakan Nur Nabimu, Muhammad dari Nur-Nya’”. Dan hadits dari Abu Hurairah ra. bahwasanya Nabi saw. telah bersabda: “Aku adalah yang pertama diantara para Nabi dalam penciptaan, namun yang terakhir dalam kerasulan…”.

     Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulallah saw bersabda: “Allah telah men-ciptakanku dalam wujud nur yang bersemayam di bawah ‘arasy dua belas ribu tahun sebelum menciptakan Adam as. Maka ketika Allah menciptakan Adam, Ia meletakkan nur itu pada sulbi Adam. Nur itu berpindah dari sulbi ke sulbi; dan kami baru berpisah setelah ‘Abdul Muthalib. Aku ke sulbi ‘Abdullah dan ‘Ali ke sulbi Abu Thalib”.

     Al-Qur’an juga menyebutkan bahwa sulbi-sulbi orang-orang suci. Ini berarti bahwa orang-tua dan nenek-moyang Rasulallah sampai ke Nabi Adam as. dalam Istilah al-Qur’anal- Sajidîn orang-orang patuh. Sebagaimana firman-Nya: “Dan bertawakallah kepada Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. Yang melihatmu saat engkau bangun dan perpindah- anmu dari sulbi kesulbi orang-orang patuh”. (QS. 26 :217-219).

    BalasPadam
  33. Rasulallah saw. adalah teladan yang sempurna, uswatun hasanah (QS.33:21). Oleh karenanya; “Apapun yang dibawanya harus kamu terima dan apa pun yang dilarangnya harus kamu jauhi.” (QS. 59:7)

     Dibukakan rahasia kegaiban kepada Rasulallah saw. sebagaimana firman Allah swt.; “Tuhan Maha Mengetahui yang gaib. Maka Dia tidak akan mem- bukakan kegaibannya itu kepada seorang pun, kecuali kepada Rasul yang di kehendaki”. (QS. 72: 26-27). Tentu saja Rasulallah saw. berada di urutan paling atas di antara para Rasul, beliau penghulu dari semua Nabi dan Rasul yang menerima anugrah utama ini.

     Allah memuji Rasulallah saw. dengan berbagai pujian, karena keluhuran akhlaknya (QS. 68:4); kepeduliannya dan kasih sayangnya kepada umat manusia (QS. 9:128) dan pengorbanan diri, tidak mementingkan diri demi kebahagiaan orang lain (QS. 20:2-3). Selain itu Allah swt. memberi perhatian yang khusus kepada Nabi Muhammad saw jika ada sedikit saja “masalah” yang dihadapinya (QS. 93:1-3 & QS 94:1-4).

     Siapa saja yang berhadapan dengan Rasulallah saw. maka berhadapan dengan Allah swt.. Sebaliknya, siapa saja yang membelanya, Allah berada di belakangnya (QS. 9:61).

     Orang-orang beriman diperintahkan untuk tidak memperlakukan Rasul- Allah saw. sebagaimana perlakuan mereka terhadap sesama mereka. Jika berbicara kepada Rasulallah saw. harus dengan suara yang pelan, tidak boleh teriak-teriak, karena hal itu akan meng- hapus pahala amal mereka (QS. 49:2-3).

     Allah akan melakukan apa saja demi menyenangkan hati Rasulallah saw.: “Dan Tuhanmu akan memberimu sehingga membuatmu senang” (QS. 93:5). Ayat ini menunjukkan betapa Allah swt. amat mencintai Rasul-Nya. Ia akan memberikan apa saja yang di inginkan Rasulallah saw. dan akan melakukan apa saja demi menyenangkan hati Rasulallah saw. Dan salah satu anugerah Allah swt. yang paling besar kepada Rasulallah saw. ialah wewenang memberi syafa’at kepada umatnya yang berdosa. Bukan saja di akhirat, tapi juga di dunia, yaitu dalam bentuk pengabulan do’a yang di sampaikan oleh Rasulallah saw. untuk umatnya, baik ketika Rasulallah saw. masih hidup mau pun sesudah wafatnya (baca bab Tawassul/Tabarruk).

    BalasPadam
  34. masalahnya, apa yang dinyatakan TNGA semenjak dua nilain daripada beberapa tahun lepas. jika dulu bila beliau keluarkan perkataan yang pelik, beliau on the spot akan terangkan untuk hadirin yang mendegar ceramah/kuliah beliau faham kerana pendengar kuliah/ceramah beliau bukan org kelantan sahaja, malah dari negeri lain..

    sekarang apa yang dipertuturkan TGNA seperti 'nabi hanya budak kampung'.. beliau tidak menjelaskan maksud sebalik statement yang beliau katakan.. bukan ini saja, banyak statement2 lain yang mana jika diperhatikan, TGNA tak jelaskan malah selepas terjadi kontroversi dalam beberapa hari barulah beliau jelaskan, seolah2 macam nak lepaskan diri kerana tersilap cakap.

    apapun semoga Allah taala memberi hidayah dan petunjuk pada kita semua... amin,.

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum..
    menegur tak salah, tp berhemat..juga jgn berMAKI HAMUN...
    sengaja di besarkan bermaki hamun sbb ia membawa maksud lain dengan menegur secara berhemah..
    fikir2 lah..
    Moga segala komen ini mendapat manfaat bersama..
    Yang baik ambil teladan, yg buruk jadikan sempadan..
    Wallahua'lam

    BalasPadam
  36. rasenye x wujud maki hamun dlm entri ini...
    cumenye ade teguran yg lembut n keras je...
    x de bahasa2 yg meMAKI saye rase...:)..
    melainkan pd entri sebelum ni je...nmpk bahasa agak kasar...
    terima kasih diatas teguran dan pandangan semua...
    harap kesemua yg berlaku ni ade hikmahnye...
    moga2..pelajar AL-AZHAR sendiri boleh menerima jika tuan guru ditegur diatas kesilapannye..dan jgn pula meMULAUKAN org yg menegur...setiap manusia x lepas dri kesilapan n perlu ditegur jika melakukan kesilapan...itu yg benarnye..
    teguran bukan utk menjatuhkan...tapi teguran utk lebih berhati2 bila bercakap sebenarnye...:)
    semoga ALLAH sentiasa melindungi kite selaku pelajar agama dan semoga martabat kite sentiasa terpelihara dan semoga kita dimuliakan dgn ilmu agama kita,selagi mana kita menjaga ilmu tersebut dgn baik pada jln yg benar...amin..

    BalasPadam
  37. ..masya Allah..teguran yg berhikmah,bukan semua org agama boleh ditegur,,adakalanya berbaur partisan..nah..mari kita jemput mereka bermuzakarah dlm majlis ilmu...akibat terlepas pandangan hal-hal remeh temeh ni lah..umat makin berpecah belah jauh dari keberkatan hidup..rapatkan soff saudara2 ku,Allah akan rapatkan hati2mu..amin..zakila7889@yahoo.com.my

    BalasPadam
  38. hahahhaha banyaknya komen.. :)ponet nak baco eh..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...