Isnin, 13 Julai 2009

Perjuangan Belum Selesai

Alhamdulillah, selesai sudah dua program yang mana saya menjadi pengisi untuk program tersebut..

Pertama Seminar Ibadah Pesakit (PERSIS 09) yang dianjurkan oleh pelajar perubatan Mansurah..Sambutan yang sangat menggalakkan, hampir 400 peserta yang hadir. Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat Perubatan di sana..Malam sebelum saya menyampaikan seminar, tiba-tiba badan terasa sangat sejuk..rupa-rupanya saya diuji oleh Allah taala dengan demam..Ya Allah , bagaimana saya nak bercakap kalau demam begini? Bimbang juga takut menghampakan sahabat-sahabat di sana..Saya terpaksa berselimut tebal (walaupun musim panas)dan tidur sebentar. Alhamdulillah kurang sedikit rasa pening dan sejuk..

Sampai di Mansurah bersama dengan Ustaz Syed Abdul Qadir al-Joofree pada pukul 10.30 pagi..Masih lagi demam..Bila tiba giliran saya membentangkan tentang ibadah puasa untuk pesakit,saya terpaksa duduk kerana badan tidak lagi mampu untuk berdiri lama..Sebaik mula bercakap sehinggalah ke penghujungnya, Ustaz Salman Maskuri dan Ustaz Syed Abdul Qadir mengatakan kepada saya, seolah-olah langsung tidak demam.. Mereka berseloroh kepada saya " Rupa-rupanya ubat demam untuk Ustaz Nazrul adalah dengan memberi ceramah " ..Tertawa mendengar gurauan mereka..

Hari ini pula selesai diskusi kitab " حتى يعلم الشباب " karangan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan rahimahullah di Kolokium Ilmuan Q anjuran PMRAM..Bila saya terbaca kisah perjuangan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan, terasa kerdil diri ini berbanding beliau.. Saya cuma demam sedikit sahaja, namun beliau ketika sakitnya dalam keadaan kronik, masih lagi sempat memberikan ceramah pengajian di Universiti dan kembali semula ke katil hospital setelah selesai mengajar. Di sisi katil hospital penuh dengan kitab-kitab rujukan..Di hospital jugalah beliau menghabiskan penulisan kitab Silsilah Dakwah sebanyak dua jilid.. Dalam keadaan sakit masih sempat menulis dan menyampaikan ilmu.. Jauh sangat jika dibandingkan dengan diri kita semua..Semoga Allah merahmati hidupmu wahai Syeikhuna..

Masih banyak tugas yang belum diselesaikan oleh hamba yang faqir ini..Moga Allah taala memberikan kekuatan untuk terus thabat di atas jalanNya..

Pesanan untuk semua agar berpuasa pada hari Isnin 13 Julai 2009 , ini merupakan tawassul moga Allah taala memenangkan Parti Islam seMalaysia (PAS) di Manik Urai..Selamat Berjuang untuk para petugas..Moga Allah memberikan kekuatan kepada kalian..

wallahu a'lam

Salam Perjuangan,

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah, Hayyu 10,
Kaherah Mesir


4 ulasan:

  1. Saya pulak rasa kerdil sgt jika nak dibandingkan ngn ustaz....Salam perjuangan.......PAS pasti menang...

    BalasPadam
  2. salam..patut la ustaz xdtg zgzg utk pembentangan psl kelahiran n kematian. ustaz mmg xsht rupenya. xpe2 semoga cepat baik. mkn ubt=)

    BalasPadam
  3. salam..:) amin..terima kasih dr.iklil alya..macammana pembentangan semalam? mesti best kan?

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...