Seorang yang begitu prihatin terhadap halal dan haram di dalam kehidupannya telah bertanya kepada saya tentang status gajinya yang bercampur antara halal dan haram.Soalannya seperti berikut :
“Saya bekerja di sebuah syarikat pembinaan. Kebanyakan projek yang saya terlibat secara langsung adalah seperti membina shopping kompleks ,jambatan dan kondominium.Namun baru-baru ini saya dikejutkan yang syarikat saya telah terlibat dengan pembinaan sebuah gereja.Walaubagaimanapun saya tidak terlibat dengan projek tersebut. Persoalannya bagaimana dengan status rezeki saya kerana secara tidak langsung keuntungan dari projek pembinaan gereja tersebut mengalir ke akaun syarikat seterusnya ke gaji bulanan?”
Jawapan Para Ulama :
Pertamanya, secara jelas Islam benar-benar menitik beratkan permasalahan rezeki kepada umatnya.Seboleh-bolehnya bagi seseorang tersebut memastikan segala sumber yang diperolehnya daripada hasil pekerjaannya adalah halal di sisi Islam.Ini jelas di dalam hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam:
Maksudnya: Setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram maka nerakalah yang lebih layak baginya.
Perkara kedua yang patut kita sedari bersama, hakikat yang perlu kita terima ialah kebanyakkan harta yang ada pada zaman sekarang telah bercampur antara yang halal dan haram.Maka kalau kita berusaha mencari-cari sesuatu yang kita tidak ketahui pada dasarnya sesuatu perkara tersebut.Zahirnya kita melihat perkara itu halal, namun jika kita tetap juga mencari-cari sumbernya maka pastilah akhirnya natijah yang kita perolehi akan mengecewakan kita.Maka oleh kerana itulah Islam tidak membebankan umatnya untuk meneliti satu persatu secara detail sumber manakah dan daripada manakah perkara tersebut datang kerana ianya secara tidak langsung akan menatijahkan sesuatu yang pasti mengecewakan umatnya.
Contoh mudah saya dapat berikan ialah gaji para pegawai kerajaan.Kalau seorang pegawai kerajaan tersebut mengkaji semula daripada mana hasil gajinya diperolehi, maka jika diteliti pasti akan berakhir kepada Pihak Kerajaan itu sendiri.Manakala pihak kerajaan pula sudah kita sedia maklum yang mana hasil pendapatan negara bukanlah berasal daripada yang halal semata-mata.Terdapatnya penjualan arak, babi, pelacuran, korupsi dan sebagainya.Maka jika diteliti sedemikian rupa maka tiadalah orang yang akan mendapat harta yang halal secara seratus peratus.
Al-Imam al-Ghazali rahimahullah menyebutkan: Jika bercampur antara harta yang halal dengan harta yang haram dan kedua-duanya tidak dapat dibezakan maka tidaklah bermasalah untuk kita menggunakannya.Ini adalah seperti harta yang diperolehi pada zaman kita sekarang(maksudnya pada zaman al-Imam Ghazali rahimahullah yang wafat pada tahun 505 hijriyah itu sendiri telah berlaku percampuran harta yang halal dan haram , apatah lagi zaman yang lebih teruk seperti sekarang?).
Kata al-Imam lagi: Jika harta tersebut dapat dipastikan mana satu yang halal dan mana satu yang haram maka wajiblah menjauhi perkara yang haram tersebut.
Berbalik kepada persoalan yang dilemparkan kepada saya oleh penanya yang prihatin tersebut , maka jelas perkerjaan yang dilakukannya adalah halal kerana dia hanya mengambil daripada pekerjaannya yang halal.Manakala pihak syarikat yang mencampurkan urusan halal dan haram tersebut dengan melaksanakan projek pembinaan gereja.Moga-moga ini tidaklah akan dipersoalkan oleh Allah taala kepada saudara yang prihatin kerana saudara tidak langsung teribat di dalam pembinaannya.
KESIMPULANNYA
Saya hamba Allah taala yang faqir di dalam ilmu ini cuma dapat memberikan jalan penyelesaiannya secara cadangan.Jika saudara yang bertanya boleh untuk mencari pekerjaan lain selain daripada bekerja dengan syarikat tersebut maka itu sangat-sangat digalakkan.
Tetapi jika terlalu sukar untuk mencari pekerjaan pada zaman sekarang, yang akan menyebabkan saudara tidak akan dapat memberikan sara hidup yang baik kepada keluarga saudara maka teruskanlah bekerja di syarikat tersebut dan elakkan daripada melaksanakan atau membantu projek-projek yang terlibat dengan perkara yang diharamkan Syarak.
Berkenaan gaji saudara, jika dapat saudara bezakan dari segi peratusnya mana yang halal dan mana yang haram maka keluarkanlah yang haram tersebut daripada perbelanjaan keluarga saudara dengan cara memberi sedekah kepada faqir miskin , pembinaan pusat pengajian dan sebagainya.
Sebaiknya, setiap bulan saudara keluarkan jumlah tertentu daripada gaji saudara yang tidak membebankan saudara sebagai sedekah kepada golongan yang memerlukan.Moga Allah taala menjaga kita semua daripada kerosakan yang berlaku pada zaman sekarang.Amin Ya Rabbal A’lamin.
Rujukan:
1.Fatawa Ahsanul Kalam oleh Syaikhuna al-Allamah Atiyah Saqr rahimahullah jilid 2 mukasurat 68-71 cetakan Maktabah Taufiqiyah , Kaherah Mesir.
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Masjid al-Azhar al-Syarif,
Kaherah, Mesir

كل لحم نبت من حرام فالنار أولى به

Oleh kerana itulah Islam tidak menyusahkan umatnya untuk meneliti sesuatu sehingga menjerumuskan dirinya kepada kebinasaan.Apa yang perlu dilakukan ialah cukup baginya melihat apa yang ada di depan mata.Jika apa yang diambilnya berdasarkan kerjanya yang halal maka halallah hukumnya dan jika yang diambilnya haram, maka haramlah hukumnya.
Perkara ini diakui sendiri oleh al-Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ Ulumuddin jilid ke 2 mukasurat 93 seperti yang dinukilkan oleh Guru Kami yang mulia Syaikhuna al-Allamah Atiyah Saqr rahimahullah.
Perkara ini diakui sendiri oleh al-Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ Ulumuddin jilid ke 2 mukasurat 93 seperti yang dinukilkan oleh Guru Kami yang mulia Syaikhuna al-Allamah Atiyah Saqr rahimahullah.
Al-Imam al-Ghazali rahimahullah menyebutkan: Jika bercampur antara harta yang halal dengan harta yang haram dan kedua-duanya tidak dapat dibezakan maka tidaklah bermasalah untuk kita menggunakannya.Ini adalah seperti harta yang diperolehi pada zaman kita sekarang(maksudnya pada zaman al-Imam Ghazali rahimahullah yang wafat pada tahun 505 hijriyah itu sendiri telah berlaku percampuran harta yang halal dan haram , apatah lagi zaman yang lebih teruk seperti sekarang?).
Kata al-Imam lagi: Jika harta tersebut dapat dipastikan mana satu yang halal dan mana satu yang haram maka wajiblah menjauhi perkara yang haram tersebut.
Berbalik kepada persoalan yang dilemparkan kepada saya oleh penanya yang prihatin tersebut , maka jelas perkerjaan yang dilakukannya adalah halal kerana dia hanya mengambil daripada pekerjaannya yang halal.Manakala pihak syarikat yang mencampurkan urusan halal dan haram tersebut dengan melaksanakan projek pembinaan gereja.Moga-moga ini tidaklah akan dipersoalkan oleh Allah taala kepada saudara yang prihatin kerana saudara tidak langsung teribat di dalam pembinaannya.
KESIMPULANNYA
Saya hamba Allah taala yang faqir di dalam ilmu ini cuma dapat memberikan jalan penyelesaiannya secara cadangan.Jika saudara yang bertanya boleh untuk mencari pekerjaan lain selain daripada bekerja dengan syarikat tersebut maka itu sangat-sangat digalakkan.
Tetapi jika terlalu sukar untuk mencari pekerjaan pada zaman sekarang, yang akan menyebabkan saudara tidak akan dapat memberikan sara hidup yang baik kepada keluarga saudara maka teruskanlah bekerja di syarikat tersebut dan elakkan daripada melaksanakan atau membantu projek-projek yang terlibat dengan perkara yang diharamkan Syarak.
Berkenaan gaji saudara, jika dapat saudara bezakan dari segi peratusnya mana yang halal dan mana yang haram maka keluarkanlah yang haram tersebut daripada perbelanjaan keluarga saudara dengan cara memberi sedekah kepada faqir miskin , pembinaan pusat pengajian dan sebagainya.
Sebaiknya, setiap bulan saudara keluarkan jumlah tertentu daripada gaji saudara yang tidak membebankan saudara sebagai sedekah kepada golongan yang memerlukan.Moga Allah taala menjaga kita semua daripada kerosakan yang berlaku pada zaman sekarang.Amin Ya Rabbal A’lamin.
Rujukan:
1.Fatawa Ahsanul Kalam oleh Syaikhuna al-Allamah Atiyah Saqr rahimahullah jilid 2 mukasurat 68-71 cetakan Maktabah Taufiqiyah , Kaherah Mesir.
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Masjid al-Azhar al-Syarif,
Kaherah, Mesir
Alhamdulillah...Syukran jazilan ustaz di atas penerangan yang di berikan.
BalasPadamSemoga usaha ustaz berdakwah menerusi penulisan berkekalan dan menjadi ikutan sahabat2 yang berilmu di luar sana.Aminnnn..
Assalamualaikum Ustaz..
BalasPadamSaya ada terbaca satu artikle di mana ia menyatakan bahawa haram bagi seorang wanita bekerja dengan majikan yang kafir.Kandungan artikle tersebut berdasarkan soalan yg diajukan berbunyi "adakah haram bagi perempuan bekerja di bawah tokey kafir walaupun tokey kafir tersebut membenarkan pekerjanya yang islam melaksanakn tuntutan syariat islam seperti tutup aurat dan solat pada waktunya"..dan jawapan yang diberikan adalah..
"kaum wanita sebenarnya adalah satu amanah Allah swt yang menjadi satu kewajipan kaum lelaki memeliharanya. Diantara kewajipan tersebut ialah tidak membiarkan mereka berada dibawah jagaan orang2 kafir istimewa pula kafir harbi.
Keharaman membiarkan kaum wanita Islam berada dibawah jagaan orang2 kafir bukan bergantung atas kebenaran menunaikan syariat atau tidak tetapi atas dasar memuliakn kaum wanita yang mana wanita sebenarnya adalah maruah. Tidaklah dikatakan bermaruah jika amanah yang begitu besar dibiarkan berada dibawah tangan2 kafir yang merupakan musuh Allah swt."
(sumber ustazazhar.com).
Apa pendapat Ustaz mengenai isu ini? Utk pengetahuan ustaz isteri saya merupakan salah seorang yg bekerja dengan syarikat bukan dimiliki oleh org islam di negara kita.
Terima kasih.