Jumaat, 4 September 2009

Selamat Hari Lahir Mak...

Pagi ini, setelah pulang daripada kelas pengajian bersama Syaikhuna Murabbi Dr Yusri Rusydi al-Hasani hafizahullah , saya terus membuka komputer riba milik saya.Mulanya bercadang untuk menyambung kerja-kerja yang banyak tertangguh.

Tiba-tiba alarm telefon bimbit saya berbunyi mengingatkan saya kepada sesuatu yang tak sepatutnya saya lupakan dan abaikan...

Hari ini adalah hari lahir insan yang paling saya sayangi dan cintai..Insan yang banyak membentuk diri ini menjadi insan yang moga-moga dapat menjadi penyinar kepada agama Allah kelak...

Hari ini adalah hari lahir Ibu saya yang tercinta tanggal 4 September..Mak mesti ingat anak mak sorang nie lupakan hari lahir mak lagi kan?? Nazrul takkan lupakan lagi sampai bila-bila..

Nazrul ingat lagi, dulu masa kecik-kecik kalau buat salah mesti kena cubit dengan mak..Kalau Nazrul buat kacau kat rumah orang, mak mesti panggil senyap-senyap lepas tue cubit Nazrul...Sakittt.. Tapi kalau diingatkan balik, indah rasanya..Kalau boleh sekarang nie nak suruh mak cubit tiap-tiap hari..

Masa sekolah rendah, Nazrul kat asrama di Sekolah Kebangsaan Panglima Awang..Mak selalu datang intip malam-malam tengok Nazrul buat apa kat asrama.. Pernah la sekali tue terkantoi dok buat nakal ngan kawan-kawan...Lepas tue kenalah ceramah ngan ayah dalam kereta...
Tapi tue dulu mak, zaman jahiliyah Nazrul dulu-dulu..Sekarang nie anak Mak insyaAllah dah jadi Ustaz dah pun :)

Kita selalu berjauhan kan?? Sejak sekolah rendah lagi Nazrul dah duduk asrama..Bila lepas UPSR, Nazrul ke SMKA Baling, pun kena duduk asrama..Hujung minggu je dapat jumpa mak dan ayah...Lepas PMR Nazrul ke KISAS pulak..Lagi jauh..Dapat jumpa mak pun sebulan sekali je..sampai la sekarang nie kan?? Nazrul lagi jauh dengan Mak...

Nazrul ingat lagi, masa dapat tawaran ke UIA selepas SPM , Nazrul berkeras taknak masuk UIA..Mak kata Nazrul keras kepala..Nazrul tekad jugak nak masuk tingkatan enam di KISAS..Kalau mak ada di tempat Nazrul waktu tue, mesti mak akan faham kenapa Nazrul nak sangat masuk semula ke KISAS...

Lepas STAM , dengan keputusan cemerlang Nazrul dapat pula tawaran ke UKM dalam jurusan Dakwah..Mak dan ayah berkali-kali telefon Nazrul suruh daftarkan diri ke UKM..Nazrul berkeras jugak nak datang ke Mesir Bumi Barakah ini...

Nazrul harap keputusan Nazrul sekarang tepat..Nazrul harap sangat-sangat mak dan ayah ampunkan Nazrul kalau ada menyakitkan hati mak dan ayah masa tak ikut cakap mak ayah untuk masuk ke UIA dan UKM dulu...Nazrul harap mak berbangga dengan apa yang ada pada Nazrul sekarang...

Nazrul tidaklah sepandai kawan-kawan yang lain..Tapi Nazrul tahu, mak sangat-sangat memahami Nazrul kat sini macamana..

Nazrul ingat sangat-sangat masa Nazrul balik tahun lepas setelah 4 tahun di Mesir..Ramai yang datang ke rumah tanya kenapa lama sangat kat sana?? Soalan macam ini memang membunuh kerana ramai yang takkan faham cara Nazrul belajar kat sini..Tapi Maklah yang akan menyelamatkan Nazrul..Mak cakap " Dia kat sana belajar kat Masjid ja..Katanya yang penting ilmu bukan sijilnya" Memang payah orang ramai nak memahami perkara ini..Ramai lebih memandang kepada sijil dan syahadah semata-mata..Tapi Nazrul bersyukur sangat-sangat Mak taklah berfikir macam tue..

Tapi Mak selalu jugak pesan kat Nazrul, memang ilmu sangat-sangat penting, tapi sijil dan pangkat juga mesti ada kerana ianya wasilah pada zaman sekarang...Nazrul akan usaha sungguh-sungguh dan Nazrul akan berbakti pada mak dan ayah pula lepas nie..

Mak , Nazrul sangat bersyukur dapat ibu sebaik mak..Mak doakan Nazrul dan adik-adik dapat jadi anak Mak yang soleh dan solehah...Moga kami semua akan menjadi harta berharga untuk Mak dan Ayah...

Selamat Hari Lahir untuk Mak...Nazrul sentiasa doakan Mak sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki serta panjang umur...Terus terang Nazrul cakap, waktu menulis ni air mata Nazrul menitis jugak..Cuba untuk tahan tapi tak dapat.. Rindu sangat-sangat kat Mak..




Anakmu Yang Merinduimu,


Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut di Masjid al-Azhar al-Syarif dan Masjid al-Asyraf,
Kaherah Mesir..

5 ulasan:

  1. selamat hari lahir mak teh!

    mak teh memang untung dapat anak macam ustaz nazrul ni.. moga2 ibu2 yang lain dapat mencontohi makteh dapat memahami anak2 mereka yang tabah mahu menadah secangkir ilmu bertahun2 di masjid2 bersama para masyayikh al-azhar kat mesir nun.. bukan senang nak dapat peluang keemasan camtuh.. [hanya orang yang pernah merasai nikmatnya mengaji kat masjid jer yang anggap peluang tu keemasan.. orang lain kebanyakannya tak nampak pun emas tu dan menganggap masa hanya terbuang pabila degree tak dapat dihabiskan bertahun2 lamanya di sana..] apepun kuatkan semangat ustaz nazrul.. tak lama dah kan.. taun depan nak balik gak kawen.. dapat jumpe makteh hilangkan rindu sekaligus dapat bonus tambah ahli keluarge sorang lagi.. hehe..

    makteh nak adiah ke? saye nak gi kedah jauh sangat la plak.. nak pos adiah alamat tak tau.. hihihi.. saya bagi hadiah doa jelah ek.. moga2 makteh sekeluarga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah daripade sebarang musibah.. amin..

    apepun all the best.. ramadhan kareem.. :)

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir jugak makteh (^_^)

    sejuk perut makteh mengandungkan ustaz nazrul ye..
    semoga ummu nazrul dan keluarga dilimpahi barakah yang melipat ganda..amin.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum ustaz Nazrul,
    saya yang hari-hari berkunjung ke rumah ustaz ni. Hibanya hati saya dikala membaca bingkisan ini buat mak ustaz. Terasa saat ini saya disisi mak ustaz. Satu keinginan saya, sebelum saya pergi, saya ingin bertemu ustaz...

    Moga Allah akan menyampaikan hajat saya. InsyaAllah masa itu pasti tiba jua...
    Doa saya moga ustaz sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam Ummi..

    Terima kasih kerana sudi lawat teratak saya ini..InsyaAllah ada kesempatan waktu dan ruang masa diberikan Allah kita akan bertemu satu hari nanti..

    Saya akan pulang ke Malaysia tahun hadapan untuk bercuti..Bolehlah jumpa ummi waktu tue insyaAllah..terima kasih ummi..

    BalasPadam
  5. kupasan yg menyentuh hati betul... saya ingin bertanya beberapa kemusykilan saya kepada ustaz, jika ustaz sudi, bleh dak ustaz bg adress email ustaz... azab org jahil adalah ketiadaan panduan dan tenaga pengajar.. tolong ya ustaz, kami2 ni jahil

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...