Assalamualaikum..
Alhamdulillah setelah baru beberapa hari berkecimpung di dalam media dakwah maya ni.. nampak banyak sangat kebaikannya..Ramai yang dah amik perhatian tentang masalah ilmu.Alhamdulillah...
Benarlah kata-kata Syeikh Abu Hassan Ali al-Nadwi rahimahullah:
Al-Jam'u baina al-qadim al-Saleh,wal Jadid al-Nafi':
Maksudnya: Menggabungkan antara cara Tradisional yang sangat baik,dan cara moden yang sangat memberi manfaat.
Cuma saya agak kesal dengan sikap sebahagian pihak..Rupa-rupanya susah juga nak smpaikan dakwah nie..Walaupun kita berpegang dengan sikap nasihat menasihati sesama muslim ...Tetap juga ada yang salah sangka..
Sesiapa yang kenal dengan saya tentu dapat memahami peribadi saya bagaimana..sikap saya dengan golongan Salafiyah atau Wahabiyah...termasuk juga sikap saya terhadap Syiah...
Ya ,kita mengatakan bahawa mereka salah..Tetapi menghukum sesat sampai mengeluarkan seseorang daripada agama itu bukanlah cara kita dan bukan cara saya sebagai seorang penuntut Ilmu Allah taala..
Saya sangat terkilan dengan sebahagian pihak yang meragui tentang cara penyampaian saya..Saya pun masih tercari-cari, di mana titik perselisihan antara saya dan golongan yang seperti ini...
Saya dididik oleh guru-guru yang mulia dan para murabbi..antaranya al-Alim al-Allamah al-Muhaddith Syeikh Dr Yusri Abd Jabbar al-Hasani al-Siddiqi al-Syazuli hafizahullah, al-Alim al-Allamah al-Muhaddith Syeikh Dr Ali Jum'ah al-Syafie, Al-Syeikh Atiyyah Saqr rahimahullah, al-Syeikh Jamal Faruq al-Hanafi al-Azhari,al-Syeikh Usamah al-Azhari, al-Allamah al-Musnid al-MUhaddith Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kittani hafizahullah, al-Syeikh al-Allamah Imad Affat dan lain-lain....Kesemua mereka mengajarkan manhaj yang satu iaitu tidak terlalu cepat menghukum...dan jagan melihat kepada keburukan..Ini yang guru-guru kami di al-Azhar ajarkan...
Kami disarankan berpegang dengan manhaj al-Azhar yang bersifat sederhana....Jika kita cepat menghukum dan sebagainya maka samalah kita seperti golongan Salafiyah dan Wahabiyah tersebut...
Ini sering kali disebutkan oleh Murabbi saya, Syeikh Yusri al-Hasani di dalam kelas pengajian di Masjid al-Asyraf..
Saya sangat berharap agar medan yang saya tempuhi ini dihormati dan blog saya tidak dijadikan tempat untuk mencaci maki para ulama ...Bekali-kali saya ulang saya tidak mahu mengotori kerja suci ini dengan kata-kata kesat kepada para ulama...perkara yang lepas biarlah berlalu..Jangan diungkit-ungkit..Benarlah kata-kata al-Imam Alawi al-Saqqaf di dalam Kitabnya yang sangat bermanfaat iaitu Fawaid Makkiyah,: Jika seseorang yang sering mencari kesalahan ulama,maka nanti Allah taala akan menggantikan orang yang lebih ramai untuk mencari kesalahan orang yang mengata kepada ulama tersebut.
Saya sangat berharap agar blog saya dijadikan medan Ilmu...Saya cuma ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sedikit Ilmu yang saya perolehi di alAzhar...Sesiapa yang tidak mengenali saya dan tidak pernah mengenali saya,tak perlulah nak mempersoalkan apa-apa tentang saya...
Saya ingin menghormati semua pihak...Sama-Sama kita menambahkan ilmu kita....Biarlah sedikit ilmu tetapi banyak adabnya: Seperti mana kata al-Imam Ruwaim rahimahullah kepada anaknya: Jadikanlah amalmu seumpama garam,dan adabmu seumpama tepung.Maksudnya: Jadikan amal itu sebagai pencantik dan perasa di dalam kehidupan...Dan banyakkanlah adab seumpama tepung yang digunakan untuk membuat kuih...Mana yang dilebihkan tepung atau garam? kalau Garamnya lebih tentulah kuih itu tidak akan sedap dimakan...
Fikir-fikirkanlah....Jangan ta'sub dengan pandangan kita..Cukuplah dengan apa yang ditulis...Saya tidak mahu lagi membincangkan perkara ini....
Wassalam..
Yang Terkilan,
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Zaqaziq, Markaz DPM Zaqaziq..
Jumaat, 3 April 2009
HUKUM TALQIN KEPADA SI MATI

Perbincangan kali ini kita akan sama-sama menyingkap apakah hukum sebenar berkenaan talqin kepada si mati. Perkara ini menjadi perbahasan hangat di Malaysia khususnya kerana ada sebahagian golongan pelajar yang mentah ilmunya cuba-cuba untuk mengatakan perkara yang mereka tidak ketahui tentang kebenarannya.
Hadis yang menjadi perbincangan di dalam tajuk ini ialah hadis:
((لقنوا موتاكم لا إله إلا الله))
Maksudnya: Talqinkanlah kepada si mati @yang dalam keadaan sakaratul maut dengan kalimah La ilaha illallah(Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah )
Al-Imam al-Nawawi rahimahullah menyebutkan di dalam kitab al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, bahawa maksud sebenar hadis ini ialah kepada sesiapa yang hampir kepada kematian iaitu dalam keadaan sakaratul maut. Maksudnya: Ingatkanlah kepada orang yang hampir kepada kematian tersebut dengan kalimah syahadah ini, semoga ianya menjadi kalimah terakhir yang disebutkan olehnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ini berdasarkan hadis baginda sallallahu alaihi wasallam yang disebutkan oleh al-Imam Abu Daud di dalam kitabnya, dan al-Imam Hakim Naisaburi di dalam al-Mustadrak:
((من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة))
Maksudnya: Sesiapa yang akhir kalimah yang disebutkan olehnya sebelum roh meninggalkan jasadnya ialah kalimah La Ilaha Illallah maka dia akan masuk ke dalam syurga.
Manakala al-Imam Muhibuddin al-Thabari, al-Imam Kamal Bin Humam , al-Imam Syaukani, dan selainnya rahimahumullah mengatakan bahawa lafaz موتاكم di dalam hadis tersebut adalah lebih jelas maksudnya kepada si mati. Pendapat yang mengatakan bahawa ianya adalah kepada orang yang hampir mati itu merupakan Majaz yang mana ianya memerlukan kepada qarinah.
Apakah yang dimaksudkan dengan Majaz ?
Di dalam bahasa Arab ada perkataan yang kita sebutkan sebagai Hakikat. Lawan bagi hakikat di dalam kalimah Arab ialah Majaz.
Hakikat ialah: استعمال اللفظ فيما وُضِع له maksudnya ialah: Penggunaan sesuatu lafaz tersebut dengan maksud yang telah diletakkan oleh ahli bahasa.
Contohnya jika saya katakan bahawa saya telah melihat bulan. Maka seseorang yang mendengar perkataan saya akan memahami bahawa bulan yang dimaksudkan oleh saya ialah bulan yang kita sedia maklum iaitu salah sebuah bintang yang terdapat di angkasa.
Majaz ialah: استعمال اللفظ فى غير ما وضع له لعلاقة مع قرينة مانعة من إرادة المعنى الحقيقي maksudnya ialah: Penggunaan sesuatu lafaz bukan pada maksud sebenar seperti yang diletakkan oleh ahli bahasa dengan alaqah( iaitu sesuatu perkara yang menjadi persamaan antara lafaz hakikat dan majaz) bersama dengan lafaz qarinah (sesuatu perkataan yang menjelaskan bahawa lafaz hakikat tersebut bukanlah maksud sebenar yang kita kehendaki).
Contoh mudah yang saya dapat berikan kepada sidang pembaca: Jika saya katakan, saya telah ternampak seekor singa sedang memberikan ucapan di atas pentas.
Pada mulanya, tentu orang yang mendengar perkataan saya mengambarkan seekor singa yang benar iaitu binatang buas yang dikenali. Tetapi selepas saya menyebutkan perkataan “sedang menyampaikan ucapan di atas pentas” Maka sidang pembaca tidak boleh lagi meletakkan maksud saya kepada singa yang sebenar tetapi sebaliknya kepada seseorang yang sangat berani dan gagah seperti singa sedang menyampaikan ucapan tersebut.
Tentu sidang pembaca tertanya mengapa saya membincangkan perkara ini. Sebenarnya saya ingin menerangkan apakah maksud sebenar yang telah disebutkan oleh al-Imam Muhibuddin al-Thabari, al-Imam Kamal Bin Humam, al-Imam Syaukani, dan selainnya rahimahumullah yang mengatakan bahawa perkataan موتاكم adalah hakikat bukannya Majaz. Jika sidang pembaca memahami maksud sebenar majaz dan hakikat tentu dengan mudah akan memahami maksud sebenar yang disebutkan oleh para ulama tersebut.
Ini kerana tidak terdapat sebarang qarinah yang menunjukkan bahawa perkataan موتاكم itu adalah ditujukan kepada orang yang hampir mati.
Jika golongan wahabi menolak pendapat ini dengan mengatakan bahawa maksud sebenarnya ialah kepada orang yang hampir mati dan menolak pendapat yang mengatakan bahawa maksudnya ialah kepada seseorang yang benar-benar mati, maka seolah-olah mereka tidak mempercayai dengan hadis baginda sallallahu alaihi wasallam :
(( ما من رجل يمر بقبر الرجل كان يعرفه في الدنيا فيسلم عليه إلا ردَّ الله روحه حتى يرد عليه السلام))
Maksudnya: Tiadalah seorang lelaki yang melalui kawasan kubur seorang lelaki yang dikenalinya ketika di dunia dahulu, maka dia memberikan salam(kepada ahli kubur tersebut) melainkan Allah subhanahu wa taala akan mengembalikan roh lelaki(yang telah mati) tersebut untuk menjawab kembali salam lelaki(yang masih hidup) tersebut.
Ini jelas menunjukkan bahawa orang yang telah mati mampu mendengar semua perkataan dan ucapan yang diucapkan kepadanya. Kata guru kami, Mufti Besar Mesir, Syeikh Ali Jum’ah hafizahullah: Perkataan talqin itu akan memberikan manfaat kepada si mati dan yang masih hidup.
Jika kita mengabungkan pendapat kedua-dua Imam yang kita sebutkan iaitu al-Imam Nawawi rahimahullah(yang mengatakan bahawa maksud موتاكم itu ialah orang yang hampir mati) dan para Imam yang mengatakan bahawa perkataan موتاكم itu bermaksud kepada orang yang benar-benar telah meninggal dunia. Maka sebenarnya tidak ada perselisihan di antara mereka. Al-Imam Nawawi rahimahullah sendiri tidak menafikan bahawa موتاكم itu hanya dikhususkan untuk orang yang hampir mati sahaja.
Jadi, gabungan terbaik di antara dua pendapat ini ialah, kalimah syahadah tersebut boleh disebutkan di kedua-dua keadaan. Samaada sebelum mati ataupun selepas dikebumikan.
ADAKAH TERDAPAT HADIS YANG MENERANGKAN BAHAWA ADANYA TALQIN SELEPAS DIKEBUMIKAN?
Jawapannya ialah Ya. Tentu sekali ada.Ini kerana para ulama Islam mustahil bagi mereka melakukan perkara bid’ah yang tiada asal pengambilannya di dalam perkara Syara’. Golongan yang menentang talqin dengan semata-mata mengatakan bahawa ianya tiada asal pengambilan dan adalah bid’ah maka mereka telah melakukan fitnah yang besar kepada para ulama Islam yang benar-benar ikhlas menyampaikan Islam.
Guru kami al-Allamah al-Syeikh Ali Jum’ah hafizahullah menerangkan di dalam kitab beliau bahawa Jumhur para ulama mengatakan bahawa sunat kita membacakan talqin kepada si mati setelah dikebumikan berdasarkan riwayat al-Thabrani yang diriwayatkan oleh Sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam yang mulia,Saidina Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu anhu. Hadisnya adalah seperti berikut:
أن أبا أمامة الباهلى رضى الله عنه قال: إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا, فقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا مات أحد من إخوانكم فسوَّيتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره,ثم ليقل: يا فلان ابن فلانة, فإنه يسمعه ولا يجيب, ثم يقول: يا فلان ابن فلانة , فإنه يستوي قاعدا: ثم يقول: يا فلان ابن فلانة , فإنه يقول : أرشدنا رحمك الله, ولكن لا تشعرون : فليقل: أذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله و أن محمدا عبده و رسوله ....الحديث
Maksudnya: Sesungguhnya Saidina Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu anhu berkata: Jika aku meninggal dunia maka lakukanlah kepadaku sepertimana yang telah disuruh oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam lakukan kepada sesiapa sahaja yang meninggal dunia. Sesungguhnya baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda: Jika seseorang di kalangan saudara kamu meninggal dunia jika sudah selesai dikebumikan maka berdirilah seseorang di kepala kuburnya kemudian katakanlah: Wahai fulan bin fulanah, sesungguhnya dia(si mati) itu mendengar tetapi dia tidak boleh menjawab. Kemudian katakanlah: wahai fulan bin fulanah, Maka si mati itu akan bangun dan duduk(di dalam kuburnya). Kemudian katakanlah(kali yang ketiga): Wahai fulan bin fulanah, Maka si mati itu akan menjawab: Berilah petunjuk kepada kami, moga Allah taala merahmatimu. Tetapi kamu semua(yang hadir di dalam majlis talqin itu) tidak akan mendengar sahutan tersebut. Kemudian katakanlah: Sebutlah olehmu dengan Kalimah syahadah yang engkau sebutkan ketika kamu keluar daripada dunia( rohmu terpisah daripada jasadmu )….al-Hadith
Saya cuma ingin menyebutkan hadis ini secara ringkas sebagai dalil bahawa hadis berkenaan talqin wujud dan bukannya tiada asal pengambilan seperti yang didakwa oleh golongan wahabi yang tidak mempelajari tentang perkara ini. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Thabari di dalam Mu’jam al-Kabir 8/249 dan al-Imam Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid 3/45.
Al-Imam Ibn Taimiyah rahimahullah juga pernah ditanya tentang perkara ini di dalam Fatawa Kubra 3/24-25. Maka beliau menjawab dengan mengatakan bahawa ianya dilakukan oleh sebahagian sahabat baginda sallallahu alaihi wasallam seperti Saidina Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu anhu.Beliau juga mengatakan bahawa al-Imam Ahmad radhiyallahu anhu mengatakan bahawa ianya tidak ada masalah untuk dilakukan.
Walaupun hadis ini dhoif , tetapi jika kita belajar kaedah yang disebutkan oleh para ulama Hadis, maka kita ketahui bahawa hadis dhoif tiada masalah untuk diamalkan di dalam perkara Fadhilat. Malah hadis berkenaan talqin ini menurut al-Imam Nawawi radhiyallahu anhu dikuatkan dengan hadis sahih yang lain seperti wasiat daripada saidina Amru bin al-ash radhiyallahuanhu di dalam Sahih Bukhari dan Muslim.Ini jelas disebutkan oleh al-Imam Nawawi radhiyallahuanhu di dalam kitab Majmu Syarah Muhazzab jilid 5 mukasurat 273-275.Ini seperti yang ambil daripada kitab al-Allamah Syeikh Ali Jum’ah, Mufti Besar Kerajaan Mesir.
Hujah yang disebutkan oleh saya di sini dengan dikuatkan dengan kalam para ulama, sudah mencukupi bagi memahamkan orang-orang yang mahu mencari kebenaran. Tetapi golongan yang keras hati dan tidak mahu meneri kebenaran maka jika diberikan seribu dalil sekalipun maka mereka tetap tidak akan menerimanya. Maka sama-sama kita fikirkan dan renungkan sebaiknya.
Rujukan:
1. Al-Bayan oleh Syeikh al-Allamah Dr Ali Jum’ah al-Syafie, Mufti Besar Mesir
2. Al-Mausu’ah al-Yusufiyah oleh al-Ustaz Doktor Yusuf Khattar Muhammad
3. Al-Wadhih fi al-Balaghah oleh Syeikh Muhammad Zarqhan Farakh
Mohd Nazrul Abd Nasir ,
Rumah Kedah, Hayyu 10,
Madinat Nasr, Kaherah
Labels:
Fiqh
0
comments
Khamis, 2 April 2009
SOALAN : APAKAH HUKUM BEKERJA DI PASARAYA YANG TERDAPAT PENJUALAN ARAK DI DALAMNYA?
JAWAPAN: Terima kasih kepada Saudara Mokhlis kerana bertanyakan soalan ini kepada saya. Secara umumnya kita mengetahui bahawa jual beli arak adalah haram di dalam Islam.
Saya tidak mahu membincangkan tentang penjualan arak kerana ianya sudah jelas di sisi Islam. Cuma yang menjadi kemusykilannya, bagaimana pula hukum orang yang bekerja di sesebuah tempat yang mana terdapat penjualan arak di tempat tersebut.
Saya terbaca di dalam kitab فتاوى البيت المسلم oleh Guru kami, Mufti Besar Kerajaan Mesir, Syeikh Ali Jum’ah hafizahullah. Beliau juga ditanya berkenaan dengan perkara ini. Walaupun pertanyaan tersebut bukanlah seperti yang saudara tanyakan kepada saya tetapi maksudnya lebih kurang sama.
Secara ringkasnya, Syeikh Ali Jum’ah hafizahullah menjawab bahawa dibenarkan untuk bekerja di tempat demikian cuma sebaiknya jauhkan daripada tempat penjualan arak.
Tambahan daripada saya, jika seseorang tersebut dapat mencari pekerjaan yang lain daripada tempat sebegini maka ianya lebih baik. Ini kerana terdapat syubhat di dalam tempat pekerjaan sebegini. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:
عن أبي عبدالله النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الحلال بيّن و إن الحرام بيّن و بينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس, فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه و عرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام... الحديث رواه البخاري (50)( 52) و مسلم 2996
Maksudnya: Diriwayatkan oleh Saidina Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiyallahuanhuma : Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan yang haram itu juga jelas, Di antara kedua-duanya(halal dan haram) terdapat perkara yang samar-samar hukumnya(tidak diketahui samaada halal atau haram)yang mana perkara ini tidak diketahui oleh ramai manusia, Barangsiapa yang berjaga-jaga dengan perkara syubhat ini maka dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya, dan barangsiapa yang terlibat denganya maka dia sebenarnya telah menjerumuskan dirinya kepada perkara yang haram.
Wallahu a’lam ..
Labels:
Fiqh
0
comments
Langgan:
Catatan (Atom)