Khamis, 10 Disember 2009

Kalau PHD Jadi Ukuran, Lebih Baik Setuju Dengan Ulama Syiah Di Iran..

Sudah lama tidak menulis di dalam laman saya ini. Memang saya akui tahun ini agak sibuk berbanding tahun sebelum ini. Kelas pengajian, kerja-kerja persatuan dan masa untuk saya menulis agak terbatas. Namun itu bukannya alasan untuk menafikan bahawa penulisan melalui internet juga merupakan satu wasilah utama untuk menyampaikan dakwah yang tidak boleh untuk dipandang ringan. Malah tertarik ketika membaca Akhbar al-Liwa’ al-Islami bilangan ke 1454 yang bertarikh 16 Zulhijjah 1430 Hijriyah bersamaan 3 Disember 2009 yang mana memuatkan pendapat dan saranan para ulama al-Azhar al-Syarif untuk menggunakan ruang internet sebagai salah satu medium dakwah. Malah mereka mengatakan bahawa ini adalah salah satu cabang jihad yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak termasuk para ulama. Al-Syeikh Dr Muhammad Abu Lailah , salah seorang ahli Majlis Penyelidikan Islam Mesir dan Pensyarah Fakulti Pengajian Islam al-Azhar al-Syarif mengatakan bahawa sudah menjadi kewajipan pada zaman sekarang untuk menyusun dan membina generasi mujahid di dalam bidang elektronik ini.

Alhamdulillah, Moga Allah taala memasukkan saya dan sahabat-sahabat semua di dalam generasi pelapis perjuangan tersebut aminn.

Tapi bilamana membaca ruangan sembang yang saya sediakan disebelah ini, hati ini kadang-kadang tertawa melihat sebahagian manusia yang mana mereka ini merasakan bahawa diri mereka sahaja yang benar malah tanpa segan silu mengeluarkan istilah-istilah yang mereka sendiri keliru penggunaannya. Digunakan istilah “kritikan” untuk sesuatu yang bermaksud kasar dan kurang adab. Malah cuba untuk menggunakan istilah “nasihat” supaya nampak lebih molek.

Pokok masalahnya adalah satu sahaja. Bilamana orang yang mereka sanjung dikritik dan ditegur maka mulalah melenting dan mencari-cari apa perkara yang boleh untuk kami hujum kembali peribadi si penulis ini. Bilamana saya dan sahabat-sahabat membaca apa yang mereka tulis dan kononnya menjawab penulisan yang saya tulis ini , terus terang saya katakan bahawa tiada apa-apa hujah sebenarnya yang dikeluarkan. Cuma tuduhan-tuduhan seperti “ taasub” dan istilah-istilah sebegitulah yang digunakan berulang-ulang kali.Rujuk kembali tulisan saya apakah yang dimaksudkan dengan taasub yang sebenar. Jangan hanya pandai guna istilah namun tidak tahu maksud sebenarnya. Nanti jelas pekung di dada.

Oleh sebab itulah saya pernah menulis sebelum ini permasalahan “salah faham dan salah guna istilah” yang berleluasa sekarang. Bilamana kita mengkritik dan menegur maka ini dikatakan tidak seperti memberi nasihat. Tetapi bilamana , “Guru” mereka yang cukup mereka sanjung itu mengkritik para ulama yang muktabar, maka perkataan mengkritik tersebut terus ditukar menjadi satu penilaian ilmiyah dan kalimah-kalimah “ ulama tidak ma’sum” mula kedengaran di sana sini.

BELAJAR TAK HABIS JANGAN PANDAI KRITIK ORANG LAIN

Ini salah satu bahasa yang digunakan. Cukup menarik. Namun terselit kejahilan.Inikah bahasa orang-orang yang “sudah belajar habis”??

Saya mengakui, pemikiran masyarakat sekarang yang lebih meletakkan bahawa pangkat dan kelulusan itu lebih utama berbanding ilmu sebenar sudah semakin membarah.

Saya tidak menafikan bahawa pangkat dan kelulusan itu penting pada zaman sekarang. Namun jangan dijadikan sandaran utama untuk menilai seseorang. Jangan disangka semua yang mempunyai pangkat kedoktoran itu sudah menggunung ilmunya kalau sekadar tesisnya telah dinilai dan disemak oleh 3 atau 4 orang doktor yang lain bagi meletakkan sesuatu pangkat. Malah bukanlah semua bidang ilmu dibahaskan, cuma tajuk tertentu yang dipilih.

Kalau begitu, saya juga ingin membandingkan dengan karya al-Imam Syamsuddin al-Ramli rahimahullah yang telah mengarang kitab Nihayatul Muhtaj yang telah disemak hampir 400 orang ulama terkemuka pada zaman tersebut. Mana nilai doktor sekarang jika dibandingkan dengan nilai karangan para ulama terdahulu??

Risalah Doktor yang ditulis pula terkadang tidak memakan masa yang lama untuk penilaiannya, mungkin selama 3 sehingga 4 tahun sahaja maka sudah cukup untuk mendapat gelar Doktor PHD. Mana nilainya jika dibandingkan dengan karya yang ditulis oleh al-Imam al-Bukhari rahimahullah yang telah menyusun Sahih al-Bukhari selama hampir 16 tahun barulah dikeluarkan. Al-Imam Malik bin Anas rahimahullah , menyusun kitab al-Muwatta’ juga memakan masa selama 16 tahun. Al-Imam Ahmad Ibn Hanbal rahimahullah mengelilingi dunia dua kali semasa penyusunan kitab Musnadnya dilakukan.Setelah dua kali mengelilingi dunia , barulah kitabnya dikeluarkan. Ini seperti yang diceritakan oleh al-Imam Ibn Jauzi rahimahullah di dalam kitabnya al-Saidu al-Khatir. Mana nilainya risalah PHD yang ditulis jika dibandingkan dengan karangan ulama terdahulu??

Sebab itulah saya katakan, jangan suka membandingkan. Jika membandingkan maka jelas nampak kejahilan kita dalam berbicara.

Perkataan “ tunggu habis belajar dahulu baru boleh berbicara” juga satu perkara yang perlu dinilai semula. Persoalan saya, bilakah akan “habis belajar” ?

Adakah golongan yang menilai habis belajar tersebut dengan sekadar tahun-tahun di Kuliyyah dan sekadar habiskan sejumlah kitab untuk mengatakan bahawa orang tersebut sudah habis belajar??

Guru Kami yang mulia al-Allamah Dr Yusri Rusydi hafizahullah mengatakan bahawa :

“ Ilmu sebenar adalah nur yang terpancar daripada huruf-huruf di dalam kitab. Ilmu sebenar adalah ilmu yang diamalkan dan padanya mengeluarkan natijah taqwa kepada Allah taala”.

Adakah golongan sebegini ingin menafikan kalam Baginda sallallahu alaihi wasallam yang bersabda :

بلغوا عنى ولو آية

Maksudnya : Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walaupun satu ayat.

Baginda tidak menyebutkan pula pada ketika tersebut bahawa “ bila sudah habis belajar” ,mendapat Degree atau pangkat tertentu barulah sampaikan ilmu. Malah hadis ini umum. Golongan sebegini , kalau tidak kena dengan kehendak mereka maka mereka akan katakan bahawa hadis ini punya pengkhususan pada golongan tertentu. Bukan kepada semua golongan. Nabi sallallahu alaihi wasallam menyebutkan perkara ini ketika Hajjatul Wada’ (Haji Perpisahan) di hadapan sahabat Baginda ridwanullah alaihim ajma’in. Malah ketika tersebut, ada sahabat yang baru sahaja memeluk Islam. Tidak pula Baginda meletakkan khusus untuk golongan tertentu menyampaikan ilmu.

Apa yang penting ialah benar atau tidak penyampaian tersebut. Jika tidak benar tunjukkan tempatnya. Jangan sekadar menuduh mengatakan bahawa “ ini sesat” , “ini bid’ah” dan lain-lain ayat untuk melepaskan diri.

Kita tidak akan mengkritik jika penyampaiannya benar menurut jumhur. Namun jika sengaja mencari jalan masyhur dengan memilih pendapat bertentangan dengan jumhur maka jangan salahkan orang ramai yang menolaknya. Koreksi semula diri sendiri kenapa kita ditempelak??

Saya hargai perhatian golongan sebegini. Namun saya ingin berpesan sekali lagi. Berhujahlah dengan fakta dan ilmu yang jelas. Jangan berbasa-basi. Jangan penuhkan ruangan sembang tersebut dengan nafsu yang dianggap iman.

Kalau PHD yang menjadi ukuran ilmu seseorang, sebaiknya para ulama Syiah di Iran lebih utama untuk kamu semua jadikan ikon kerana untuk mendapat gelar Ayatullah kita melihat ada di antara mereka yang punya PHD sehingga 3-5 dan punya Master juga dalam jumlah yang sama. Bayangkan seorang Ayatullah punya 3-5 PHD?? Sebab itulah saya mengatakan PHD bukanlah menentukan seseorang itu benar atau tidak..

Nasihat saya , kembalilah kepada pemahaman jumhur ulama. Tinggalkan perkataan-perkataan kamu yang mengatakan bahawa " perkara ini tidak ada dalil" , " perkara ini Nabi tak buat".. Tidak lain, yang mengeluarkan kalam sebegini tanpa mengkaji kebenarannya adalah golongan yang tertipu dengan diri sendiri.. Sama-sama kita muhasabah.. Kita menyuruh orang menerima nasihat..kita juga jangan lupa untuk mendengar nasihat.. Ingat tu!!

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syariff dan Masjid al-Asyraff,
Pejabat MKKK Hayyu Sabie'
Kaherah Mesir

20 ulasan:

  1. BismillahirRahmanirRaheem
    Assalamu 'Alaykum WaRahmatullahi WaBarakatuh...

    Teruskan menulis, jadikan teguran,kritikan sebagai satu motivasi untuk terus meyampaikan kebenaran. Kita ambil segala kritikan , teguran dengan lapang dada. Rasullulah sendiri melalui berbagai dugaan dan cabaran dikala menyampaikan ilmu dan berdakwah. Moga Allah sentiasa merahmati kita semua.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Ummi..Doakan saya.. Moga terus thabat dalam dakwah ini..

    BalasPadam
  3. Salam...
    Mantop...mantop ust Nazrul. Tu tak balik Kola Nerang lagi dah bersinar di Ardhun Kinanah sana. Balik nanti pasti akan membakar The Others (Pinjam kata Ust Hasrizal sat)
    lama tunggu artikel, ni baru kuar....baguih betoi isinya.teruskan.....

    BalasPadam
  4. syukrn ust abu widad..:) ust mahyuddin doakn kt smua kat sini ye..

    BalasPadam
  5. Barakallahu fiika ya akhil karim Ust Nazrul.
    Mudah-mudahan usaha da'awah entum diredhai oleh Allah.

    MUHAMMAD MAZDIUKY BIN MD ISHAK
    Pengarah Tradisi Halaqah
    Singapura

    BalasPadam
  6. terima ksh Tuan Mazdiuky ats sokngn dan dorongan..rasa t'haru bilamana org2 b'pengalaman masuk b'tandang ke sini..mohon tnjuk ajar drpd pihak tuan..

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. moga2 ustaz tabah dalam meneruskan perjuangan ustaz, dan doakanlah keberkatan kpd kami yg jahil2 ni.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum..

    Sekadar renungan buat blog yang penuh kontroversi ini. Renungan buat semuanya membaca..Ana kongsikan untuk sama2 difikir2kan..(",)..Salam perjuangan ustaz nazrul..Mohon tempat utk sebarkan ayat ni utk renungan semua..


    "Kalau kita hendak menasihati orang tanya hati kita dahulu.
    Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.

    Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.

    Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu.

    Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala."

    Semoga ustaz terus dalam perjuangan ustaz..

    Wassalam..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..

    Syeikh,Alhamdulillah sbnrnya masyarakat memerlukan penjelasan..ana melihat masyarakat kita keliru namun selepas beberapa penjelasan ana buat di masjid2 sekitar Kota Bharu, ramai yang datang menyatakan sokongan..

    Teruskan memberi penjelasan..abaikan golongan yang syok sendiri dan kita fokuskan kpd mereka yang benar2 ingin memahami..

    BalasPadam
  11. Memang Phd, master, Ba bukan jadi ukuran ilmu, kerana imam syafie pun tak de phd atau master atau prof...TAPI,orang yang kritik Phd, master ke hapa2 lagilah, kena ingat juga bahawa mengaji peringkat PHd , master atau BA semuanya ada sesuatu jugak..contohnya, budak tadika kritik kita yang ada BA, kamu ni, sibuk sangat dengan BA kamu tu, ilmu bukan ada pada BA,walupun saya belajar tadika, ilmu saya jauh lebih tinggi dari kamu..anda akan jawab apa? SAYA AKAN KATA BEGINI...KAMU PERNAH ADA PENGALAMAN BELAJAR PERINGKAT BA? ATAU KAMU PERNAH MAKAN LAUK KARI? KALAU TAK PERNAH, MANA BULEH KATA PERINGKAT BA TAK DOK APA! KALAU TAK PERNAH MAKAN KARI, MANA BOLEH KATA KARI TAK SEDAP...TOM YAM JE SEDAP

    Tapi kesimpulannya, kalau ilmu bukan diukur pada PHD,MA atau BA, saudara kena ingat juga..semua peringkat pengajian itu juga bukan saja2 disusun tanpa nilaiannya..adillah.jangan pukul borong,hanya kerana sesetengah orang yg ada PHD bersikap sombong, anda jangan pukul semua...pengalaman sendiri belajar peringkat DIPLOMA, BA & MA memang ada beza sangat dari persepsi, cara memahami isu, dan sebagainya....

    Prof Wahbah zuhayli, Dr Ramadhan al-Bouti, Qaradawy dan ramai lagi yang ada Prof & PHD,...statement umum buleh menyinggung org yg terkena

    BalasPadam
  12. Assalamu'alaikum orang yang tidak bernama di atas ini,

    Patut kita kenalpasti yang hendak diberikan dalam artikel Ustaz Nazrul yang terbaru ini.

    Mengajar sikap tawadhuk, rendah diri bila sudah ada ilmu. Ingatlah, bila kita hendak kata ilmu kita tinggi. Ada lagi orang yang berilmu tinggi, beratus kitab, berkat hidup hingga matinya. Tidak perlu melekehkan ulamak untuk mendapat nama. Tidak perlu menghina menghukum sesat tanpa yang benar.

    Ingatlah ilmu yang ada bukan kita punya. Tetapi ALlah punya.

    Sebab itulah kena baca sehingga habis artikel ini. Sebab ada diterangkan sebab musabab ia ditulis.

    BalasPadam
  13. salam.kpda yg x bernama atas tu... apa benda yg tuan repekkan tu?? tuan dh bca btoi2 ka isi tulisan Tuan guru ustaz nazrul ni? Tuan guru mngisahkn cita ttg ada org yg i'tirod seseorg krn bginya org tu x abis ngaji lgi.phm ke x?? org yg i'tirod tu ckp, "nk tgur org bg habis ngaji dlu"..sbb tu tuan guru ulaskn ttg kalam2 org tu.. tuan guru maksudkn, jgnlah anggap bila ssorg tu xda PHD atau master atau BA xboleh nk wat ssuatu pkra yg berilmiah. dn phd atau sbagainya bknlah ukuran.sdangkn ulamak dlu2 xda pon smua tu.. tuan guru bkn nk perlekehkn org yg ada phd tu.. tuan guru nk tegur balik pda org yg ckp " nak tegur org tu bagilah habis ngaji dlu.."..mmg bnar..bilakah d ktakn abis ngaji tu??bila dh dpt BA?Master? PHd? atau ada yg lbih tinggi dri PHD? yg dok bwa mai misal bdk tadika ngn org BA tu psai pa?? tu dialaaaa. bg phm dlu penulisan tuan guru. bru bleh i'tirod.. brulah aku phm skang ni. antara sbb golongn sna kurang phm ttg prkara khilaf ni sbb cmnilah...org tulis lain,dia phm kot len... pesanan utk semua. tuntutlah ilmu bersila depan guru.bknnya berguru ngan kitab atau internert semata2,,,

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  15. Jika seseorang itu jujur dalam memberikan kritikan, dia tidak perlu berselindung disebalik elienz. Nyatakan nama sebenar dan dari laman web/blog mana. Ini selalu bersembunyi ibarat makhluk asing, yang sebenarnya dia itu tidak berani berhadapan dengan realiti, takut orang tahu siapa dirinya dan dia takut orang pergi hentam laman web.blog dirinya.

    BalasPadam
  16. dan jgn ingat bila kita yang rasa2 dah banyak mengaji BAHWA KITA ni saje yang betol..yang da banyak talaqqi ni kita saje yang betol.. dan rase org len salah

    yang benar kita masty dibenarkan
    yang salah kita kene tolak

    jgn kerana sikap kita yang berada di satu pihak kita akan membenarkan pihak tersebut walau perkara itu ternyata salah..

    kite cube untuk justifikasikan perkara tersebut agar tampak perkara yang kita pertahankan dibolehkan walaupun secara jelasnya memang salah, kite berkeras kepala,degil, berpegang ngan perkara yang kita pertahankan walau pun ternyata salah, degil tak nak mengaku kesilapan kita...

    kita cube mencari di mana saja kata orang bijak pandai untuk mempertahankan kata -kata kita dan hujjah kita..walaupun dalam HATI BERKATA "AKU BUAT MCM NI SBB AKU NAK KALAHKAN DIA, BIAR ORG RASA DIA SALAH, AKU NAK MENANG"

    jujurlah3x

    kata Allah

    "janganlah di sebabkan kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak adil, ADILLAH KERANA IANYA DEKAT DGN TAQWA"

    adillah bila menilai lawan kita, yang benar tetap benar...kerana yang benar itu datang dari yang maha benar

    ustaz ana masih menunggu jawapan ustaz tentang ana coment "para sahabat buat perkara baru"..

    jika ustaz benar,ana setuju artikel tu terus berada dalam laman maya ustaz.. jika sebaliknya allah yang adil menilainya dan pembaca2nya yang terpedaya..-SBB UNTAZ MENGUNAKAN NAMA SAHABAT2 UNTUK MEMBOLEHKAN-

    ana rasa ustaz da baca al-isobah baina sohabah karangan ibnu hajar al-asqolani(pengarang fathul bari syarah soheh bukhari)- beliau begitu mempertahankan para sahabah dan larangan keras mengatakan keapda para sahabah..

    afwan...jazakallah khiral jaza
    ana mohon maaf jika ada sebagian kawan ana agak keras dgn ustaz..
    mudahan Allah mudahkan urusan kita semua amien

    BalasPadam
  17. Assalamu'alaikum, Memang para sahabat dan salafussoleh pun berijtihad dalam perkara ibadah.

    Saidina Umar berpendapat bahawa tidak batal puasa seseorang yang berkucup dengan isterinya, kerana mengqiyaskan dengan berkumur-kumur ketika berpuasa. (Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan al Baihaqi).

    Dalam menetapkan satu miqad baru iaitu Zatu Irq bagi jemaah Haji atau Umrah yang datang dari sebelah Iraq, Saidina Umar mengqiyaskannya dengan tempat yang setentang dengannya iaitu Qarn al Manazil. Sedangkan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam hanya menetapkan empat tempat sahaja sebagai miqat tetapi Saidina Umar menambah satu lagi iaitu Zatu Irq (menjadi lima). (LIhat al Mughni, jld 3, m.s 3 258 dan Fath al Bari m.s 389)

    Saidina Uthman mewujudkan azan dua kali (pertama dan kedua) pada hari Jumaat diqiyaskan dengan azan 2 kali pada solat subuh dengan alasan bahawa azan yang pertama pada Solat Subuh disyariatkan pada zaman RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam untuk mengejutkan mereka yang sedang tidur, maka begitu juga azan yang pertama pada solat Jumaat untuk mengingatkan mereka yang sedang sibuk berniaga di pasar dan yang bekerja (Nailul al Authar : 3/322)

    Jumhur ulama mengharuskan dua solat sunat yang bersebab pada waktu yang makruh diqiyaskan dengan solat sunat selepas Zohor yang diqadha' oleh RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam selepas Solat Asar ( Lihat al Nawawi, Syarah sahih Muslim: 6/111)

    Sebilangan besar pada ulama berpendapat, menyapu tangan sampai ke siku ketika tayammum adalah wajib diqiyaskan dengan membasuh kedua tangan ketika berwudhuk. (Lihat Mughni al Muhtaj:1/99 dan al Mughni: 1/204)

    BalasPadam
  18. Bagi ulama yang berpendapat bahawa solat sunat sebelum Solat Jumaat adalah sunat muakkad mengqiyaskan dengan solat sunat sebelum Zohor. Manakala sebilangan ulama lain di antaranya Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim berpendapat bahaya ia adalah sunat (sunat mutlak bukannya sunat muakkad) mengqiyaskannya dengan solat sunat hari raya yang tidak ada solat sunat (muakkad) sebelum solat tersebut. ((Al Fatawa: 24/194)

    Sesetengah ulama bermazhab Hanafi mengqiyaskan air yang banyak yang tidak terjejas apabila jatuh najis ke dalamnya dengan air laut dari segi banyaknya. (al Mushili, al Ikhtiyar: 1/14)

    Para ulama bermazhab Hambali mengharuskan ganti dengan memberi makanan sebagai kaffarat bunuh (yang tidak sengaja), kerana mengqiyaskannya dengan kaffarat zihar dan kaffarat jimak pada siang hari Ramadhan (Al Mughni: 8/97)

    Menurut Imam Ahmad dalam satu riwayat daripadanya, dibasuh setiap benda yang terkena najis sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan air tanah, kerana beliau mengqiyaskannya dengan sesuatu yang terkena najis anjing atau babi (Al Mughni: 1/54-55)

    Menurut Imam Ahmad dalam salah satu pendapatnya, diwajibkan berdiri sekadar yang termampu bagi sesiapa yang tidak mampu berdiri dengan sempurna ketika solat samada kerana ketakutan atau kerana atap hendak roboh diqiyaskan dengan hukum berdiri seorang yang bongkok. (Al Mughni: 2/144)

    Imam Malik berpendapat, diharuskan melewatkan solat bagi mereka yang ketiadaan air diqiyaskan dengan seorang perempuan yang kedatangan haid yang diharuskan melewatkan solatnya (al Mughni: 1/250)

    Imam Abu Hanifah dan Imam asy Syafie berpendapat, sah tayammum bagi seorang yang berhadas besar dengan niat mengangkat hadas kecil diqiyaskan dengan sahnya wudhuk selepas membuang air kecil atau besar (walaupun tanpa niat untuk mengerjakan solat). (Al Mughni: 1/267)

    Imam Malik membolehkan qadha' solat malam yang terluput, iaitu dikerjakannya selepas terbit fajar sebelum solat Subuh diqiyaskan dengan solat witir. Tetapi ini adalah salah satu pendapat Imam Malik berhubung dengan masalah ini. (al Mughni:2/120)

    Imam Abu Hanifah, Ath Thauri dan Al Auza'ie membolehkan lewat solat bagi mereka yang tidak menemui air dan tanah sehinggalah menemuinya, kemudian mengqadha'nya diqiyaskan dengan melewatkan puasa bagi wanita yang kedatangan haid (Al Mughni: 1/267)

    BalasPadam
  19. Ibnu Umar radiyaLlahu anhu berpendapat, solat Sunah Dhuha tidak digalakkan di dalam syariat Islam melainkan bagi mereka yang tiba dalam permusafiran. Beliau hanya mengerjakannya ketika tiba di Masjid Quba. Ini diriwayatkan oleh Al Bukhari daripada Mauriq katanya :

    "Aku pernah bertanya kepada Ibnu Umar RadiyaLlahu 'anhu." Adakah kamu bersolat Dhuha? Beliau menjawab "Tidak", Aku bertanya lagi "Adakah Umar mengerjakannya?" Beliau menjawab "Tidak". Aku bertanya lagi " Abu Bakar?" Jawabnya: "Tidak" Aku bertanya lagi: "RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam?" Jawabnya "Aku tidak pasti".



    Menurut al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani:

    "Sebab tawaqqufnya Ibnu Umar pada masalah itu kerana beliau pernah mendengar daripada orang lain bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pernah mengerjakannya tetapi beliau tidak begitu mempercayai perkara itu daripada seorang yang menyebut kepadanya.".



    Maka, beliau menganggap solat Dhuha adalah di antara bid'ah yang baik sepertimana yang diriwayatkan oleh Mujahid daripada beliau (Ibnu Umar).

    Menurut Al A'raj:

    “Aku pernah bertanya Ibnu Umar berkenaan Solat Sunah Dhuha? Beliau menjawab: “Ia adalah bid’ah dan sebaik-baik bid’ah”

    . (Fath al Bari: 3/52)

    Sepertimana yang telah dinyatakan daripada Ibnu Umar tadi, membuktikan bahawa perkara-perkara yang baharu diwujudkan dalam ibadah memang berlaku dan diakui oleh pada sahabat RadiyaLlahu ‘anhum sendiri.

    Sumber : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...