Jumaat, 5 Februari 2010

Dua Perkara Menggembirakan Hari Ini...

Ada dua perkara gembira bagi saya pada hari ini. Pertama, hari ini adalah hari pertama permulaan bacaan kitab Sunan Abi Daud bersama Syaikhuna Murabbi Dr Yusri Rushdi hafizahullah. Ramai pelajar yang datang memenuhi ruang solat Masjid al-Asyraff pagi tadi. Alhamdulillah… Semoga keadaan ini berterusan sehingga ke akhirnya..

Kedua , hari ini adalah merupakan hari lahir seorang insan yang sangat saya sanjungi dan cintai… Seorang yang banyak membentuk diri ini agar menjadi insan yang mulia.. Selamat Hari Lahir Ayahanda..

Ayah, seingat Nazrul, tak pernah ayah memukul anak-anak ayah..Cukup dengan lirik mata untuk mendidik anak-anak ayah. Sebab itu Nazrul kurang bersetuju dengan pepatah Melayu “ Sayang Isteri tinggal-tinggalkan, Sayang anak tangan-tangankan”. Ayah telah mengikut Sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam. Junjungan Mulia Sallallahu alaihi wasallam tidak pernah mengangkat tangannya kepada anak-anak , isteri mahupun khadamnya.

Ayah memang kerja berat. Tak henti-henti berkerja membanting tulang bagi membesarkan anak-anak ayah. Tapi tak pernah ayah mengeluh walau sekali di hadapan anak-anak.

Memang benar, kalau nak dibalas jasa ayah dengan wang ringgit kami nanti sudah tentu tidak akan mampu membayarnya walau setitik pun peluh ayah.

Nazrul masih ingat ketika masih di bangku sekolah rendah, ada seorang waris kepada seorang pelajar datang ke rumah kita buat laporan pada ayah bahawa Nazrul telah memukulnya sehingga menyebabkan dia lari daripada sekolah. Satu sekolah mengetahui bahawa pelajar itu memang suka ponteng dan Nazrul yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai pengawas sekolah ditugaskan untuk mencari pelajar tersebut.

Nazrul berusaha mencari pelajar ini bersama beberapa pelajar namun hampa. Akhirnya dia ditahan oleh guru disiplin. Dia dipukul oleh guru disiplin tersebut. Apa yang mengejutkan, dia menuduh Nazrul yang memukulnya.

Ayah cuma mendengar laporan waris tersebut. Tiba-tiba ayah memanggil Nazrul untuk masuk ke dalam bilik. Ayah menggenggam dawai besi di tangan ketika itu sambil memanggil Nazrul masuk. Hanya Allah taala sahaja yang tahu betapa takutnya Nazrul ketika itu. Sudahlah tidak bersalah, akan dipukul pula.

Apa yang mengejutkan Nazrul, sebaik masuk ke dalam bilik. Ayah terus bertanya apa yang berlaku. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk memberikan penjelasan. Ayah sendiri sudah mengenali pelajar tersebut kerana dia memang terkenal di kampung dengan pelbagai masalah. Akhirnya bagi menyedapkan hati bapa pelajar tersebut yang sedang berada di luar, ayah sengaja meninggikan suara seolah-olah marah kepada Nazrul , sambil dawai dipukul di atas meja berkali-kali. Nazrul hanya tersenyum melihat kelakuan ayah. Ayah juga tersenyum lalu keluar bertemu dengan waris tersebut. Jelas kelihatan betapa bapa kepada pelajar tersebut puas hati dengan “tindakan” ayah.

Ya, ayah bukanlah jenis seorang yang percaya bulat-bulat pada anak-anak, tetapi ayah akan menilai dahulu mana benar , mana salah. Ayah memberikan sepenuh kuasa kepada guru disiplin sekolah untuk menghukum Nazrul dan adik-adik jika kami ada melakukan kesalahan. Malah ayah memberikan amaran, jika kami memberitahu kepada ayah bahawa kami dipukul oleh guru , ayah pula akan menambah lagi hukuman kepada kami. Tetapi Alhamdulillah, anak-anak ayah jarang menerima hukuman daripada guru-guru. Kalau dihukum sekalipun , Nazrul tak akan menyampaikan kepada ayah , bimbang amaran akan menjadi kenyataan .. hehe..

Sebab itulah, bilamana Nazrul membaca akhbar sekarang, berkenaan ibu bapa memukul guru disebabkan guru memukul anaknya, maka hati ini akan menjadi panas. Jarang ada guru yang memukul muridnya kerana muridnya seorang yang baik. Kalau adapun, terlalu terpencil kesnya. Mungkin guru yang memukul itu mentalnya kurang sihat.

Bila anak-anak dilayan seperti raja, semuanya dituruti maka jangan menyesal akan berlaku perkara sebaliknya satu hari nanti. Alhamdulillah ayah tidak pernah mendidik anak-anak seperti itu.

Jika nak diceritakan segalanya tentang ayah, tentu tidak cukup ruangan di sini dek kerana terlalu banyak. Namun ini adalah sebahagian daripada ingatan anak ayah yang jauh di perantauan ini.

Satu perkara yang masih Nazrul ingat sehingga sekarang dan akan Nazrul pegang selamanya. Ayah pernah berpesan kepada Nazrul dan adik-adik :

“ Ayah berwasiat agar semua anak-anak ayah dapat menjadi anak yang soleh dan solehah, dan akan sentiasa menyokong perjuangan Islam bersama Parti Islam SeMalaysia( PAS ).. Ayah tak redha kalau anak-anak ayah berpaling daripada perjuangan Islam ini”

Nazrul akan ingat selamanya pesanan ayah ini. Doakan moga anak ayah ini dapat menjadi salah satu wakaf buat umat Islam seluruhnya.


Nazrul dan adik-adik sayangkan ayah dan mak selamanya. Moga kita dapat bersama di Syurga kelak. Ya Allah, panjangkanlah umur Ayahku ini, berkatilah hidupnya, murahkanlah rezekinya, dan lapangkan urusannya.. Janganlah engkau timpakan sesuatu yang tidak baik kepada keluargaku Ya Allah Ya Arhamarrahimin…

SELAMAT HARI LAHIR AYAH….

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut ilmu Masjid al-Azhar al-Syarif & Masjid al-Asyraff,
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah Mesir..


9 ulasan:

  1. salam..
    seronoknya ada ayah..terharu bila baca ni.
    kepada semua yang membaca ingatlah,HARGAI,TAAT,PATUH,HORMAT,KENANG JASA,SAYANG kepada ayah selagi beliau masih bernyawa,walaupun buta hurufnya ayah itu,jahat sekali pun sekali tidak melanggar syariat dan batasan. ana sedih bila zaman sekarang ni ada yg sanggup buang ayah di tepi jalan,di rumah org tua dan menyaman pula ayah sendiri bila dah senang dan kaya.nauzubiilah..kita bukanlah dari golongan itu insyaAllah.

    BalasPadam
  2. SEMOGA AYAH USTAZ DI PANJANGKAN UMUR DALAM KEBAJIKAN,DI MURAHKAN REZEKI DALAM KEBERKATAN,DI BERI KEKUATAN UTK BERIBADAT KEPADA ALLAH YANG MEMBERI NIKMAT KESIHATAN....DAN DIKURNIAKAN ANAK CUCU YG BENAR-BENAR ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN UNTUK MEMAETABATKAN ILMU DAN ISLAM...INSYAALLAH..

    BalasPadam
  3. Salam..

    Smoga Ayah Ustaz slalu mndapat lindunganNya,keRedhaanNya,d panjangkan umur,dimurahkan rezki dan anak2nya serta yg pda masa2 yg akn dtg dpt brbakti pda agama,kluarga,masyarakat dan agama..amiinn, InsyaAllah..

    :)Terharunya baca pesanan dan sifat ayah Ustaz, bgitu bgus Ustaz mndapat ayah sperti Rasulullah dn bgitu juga ayah Ustaz,dpt mndidik anaknya mnjadi org soleh yg dpt brbakti pda Agama,masyarakat jga negara :) Smoga Allah slalu mlimpahkn rahmatNya pda Kluarga ustaz jga Ustaz dn smua umat Islam :)amiinn..

    wassalam

    BalasPadam
  4. Semoga Ustaz Nazrul nanti jd ayah mithali :-)

    BalasPadam
  5. 'like father like son'...insyaAllah ayah ustaz dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. pesanan ayah ustaz bukan hanya terkesan di hati ustaz saja..tetapi semua yang bergelar pejuang islam. hargailah dia selagi nafas masih terhembus..

    BalasPadam
  6. assalamualaikum,nazrul.terim kasih kerna masih ingat mengingati.ayah dah baca tp...macam tu la ayah..jadi mak lah jd wakil ayah.ingat pesan ayah sebelum jejak kaki dimesir.mak tau nazrul masih ingat.akhir kata..hafal Al Quran..jangan tak hafal.

    BalasPadam
  7. salam Mak dan Sahabat2 semua.. doakan moga diri ini akan mampu untuk membawa panji2 Islam dan mampu utk hafal Quran :)

    Sampaikan salam utk Ayah...

    BalasPadam
  8. assalamualaikum..
    ana doakan anta akan menjadi wakaf kpd umat Islam...bsr pjuangan tu...ameen...
    _sarawakian_

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...