Isnin, 15 Februari 2010

Perjalanan Dakwah Syaikhuna Murabbi Dr Yusri hafizahullah ke Malaysia..

Semalam saya tidak sempat untuk menghantar Syaikhuna Murabbi yang tercinta Syeikh Dr Yusri Rushdi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah Mesir .Saya ketika itu masih berada di Dumyat (300 KM daripada Kaherah) bagi melaksanakan Jaulah AJKT Majlis Kebajikan Keluarga Kedah ( MKKK ) .

Alhamdulillah,sempat menelefon Syaikhuna Murabbi dan beliau memohon agar al-faqir yang hina ini mendoakan perjalanannya selamat bersama isteri tercinta. Teringat peristiwa Saidina Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memohon doa kepada Saidina Umar ketika Saidina Umar radhiyallahu anhu hendak berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah di sana. Maksudnya yang mulia juga memohon agar orang yang kurang daripadanya bagi mendoakannya. Sungguh cantik agama Allah ini, tidak meletakkan double standard kepada sesiapa.

Syaikhuna pernah menceritakan kepada al-Faqir dan sahabat-sahabat bahawa ini adalah rehlah dakwah yang pertama oleh beliau. Sebelum ini, Syaikhuna hanya berada di Mesir sahaja. Hanya keluar negara ketika berlaku peperangan di Pakistan dan beliau ditugaskan ke sana sebagai Doktor Bedah bantuan selama 2 bulan di sana. Selain itu , hanya pergi ke Makkah dan Madinah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.

Moga perjalanan dakwah Syaikhuna Murabbi Dr Yusri bersama isteri Syaikhah Zainab akan diberkati oleh Allah taala. Disini disertakan jadual perjalanan dakwah Syaikhuna Murabbi sepanjang berada di Malaysia. :

Jadual Jaulah Ilmiyah Maulana

Syeikh Dr. Yusri Rusydi Al-Syed Jabr Al-Hasani

Di Malaysia


anjuran : Pusat Dakwah dan Tarbiyah, Darul Islah, Perlis.



Isnin ; 1 Rabi’ul Awwal 1431 H = 15 Feb 2010 M


4.00 ptg : Sampai Di KLIA dari Mesir

8.00 mlm : Bertolak ke Alor Setar (Kapal Terbang)


Selasa ; 2 Rabi’ul Awwal 1431 H = 16 Feb 2010 M


Ziarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Alor Setar, Kedah.


Rabu ; 3 Rabi’ul Awwal 1431 H = 17 Feb 2010 M


11.00 pg : Majlis undangan di Kg. Beseri Dalam, Perlis.

7.30 mlm : Majlis di Surau Imam As-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis.


Khamis ; 4 Rabi’ul Awwal 1431 H = 18 Feb 2010 M


9.00 mlm : Majlis di Dewan Bandaran Kulim, Kedah.


Jumaat ; 5 Rabi’ul Awwal 1431 H = 19 Feb 2010 M


9.00 pg : Majlis di Menara Zakat, Alor Setar, Kedah

9.00 mlm : Majlis di Dewan Besar Ma’had Mahmud, Alor Setar, Kedah.


Sabtu ; 6 Rabi’ul Awwal 1431 H = 20 Feb 2010 M


9.00 pg : Majlis di Pondok Bukit Gajah Teriak, Jitra Kedah.

9.00 mlm : Check in di KLIA berangkat pulang ke Mesir.


bersama Akhina Ust Luqman ( kanan al-Faqir) & Akhina Ust Juzaili ( kiri al-Faqir ) di Masjid Syaikhuna Dr Yusri hafizahullah.

P/S : geram sungguh dengan Akhina Juzaili Juhan :).. Selamber je dia amik peluang bawak Syaikhuna jalan-jalan kat Malaysia, tunggu la ana balik dulu, bawak jalan sama-sama.. Tapi apa-apapun Mabruk kepada Akhina kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik dan berjaya membawa Syaikhuna ke sana.. Siiru a'la barakatillah

sumber : www.elmansyud.blogspot.com


Mohd Nazrul Abd Nasir,

Penuntut Ilmu di Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,

Rumah Kedah Transit Hayyu 7,

Kaherah, Mesir

7 ulasan:

  1. Salam ya ustaz.
    Alhamdulillah.
    Tp sedih juga, ana pun xde di Malaysia skg ni, lmbt lg blk.
    Tapi agk terharu kebelakangan ini banyak ulama2 ASWJ spt Habib Umar, Dr Yusof Al-Qardhwawi dan dan lepas ni Dr Yusri pula akan ke Malaysia.

    Terkejut juga ana dia dtg Malaysia, paling terkejut Dr Yusri dpt berdakwah di Perlis.
    Dulu dgr cerita ada ulama Yaman nak bg ceramah di Perlis, tapi dihalang.
    Betul ke?

    Salam ukhuwah.

    BalasPadam
  2. salam syeikh..ana cukup kagum setiap kata2 yg banyak membantu ana dalam berhujah..fenomena facebook sekrg amat jelas menjadi satu wabak penyakit pada semua manusia..pagi ptg malam semua duk facebook(fb)..em..baru2 nie..ader asgment yg telah dibentangkann oleh sahabat2 ana.."ulama indon bersepakat facebook haram" ..ana memg dah tak buka n stop terus lah u berfb..sebagai ahli gerakan dakwah..kita perlu berhati2..ana pernah ty pada seorang ust gerakan kita.."kata sahabt2 ana..ada yg nak guna saluran terkini u dakwah..ada yang kata kalau kita fikirkan tangisan umat islam dipalestin..fikirkalah penggunaan tu" begitulah ust2 kita..byk minta kita berfikir..ana minta ust explain setakat ilmu yg ust ader..sedangkan ad sumber mengatakan duit itu sejelasnya saluran biaya yahudi laknatullah..ada hadis nabi pernah berjual beli dengan yahudi..namun..sesuaikah lagi kita relate dnegan kehancuran zaman islam digugat kini..ana yg dhaif minta ust huraikan...untuk ana jelaskan pada shbt ana yg laen..syukran..=alfaqirah fil malizi=

    BalasPadam
  3. Ustadz Nazrul,
    Assalamu'alaikum wr wb

    Boleh enta lihat website ini dan tolong dari berikan pandangan enta? Websitenya ialah http://www.islamiq.sg/2010/01/imam-shafie-tasawuf.html

    Ia berkaitan dengan kitab Diwan Asy-Syafi'ie.

    Ana sangat-sangat berharap enta dapat tolong tanyakan hal ini kepada para masyaikh.

    Syukran, syukran jazaakumullah!

    BalasPadam
  4. Salam,

    Alhamdulillah..jazakumullah atas maklumat jadual Syaikh Yusri Al Hasani. Syukur tak putus2 lepas baca berita gembira ni. Mudah2an kedatangan Syaikh di Malaysia khususnya bumi di sebelah utara ni menyuburkan Rahmat dan barakah dari Allah. Mudah- mudahan jaulah di Perlis dan Kedah ini bukan yang terakhir.. moga2 ada program susulan selepas ini, tak kiralah bulanan ataupun tahunan. Ana sebagai anak Kedah secara peribadinya menyokong segala usaha membawa masuk para ulama/para masyaikh ke negeri Kedah..

    Alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. Salam.. Akhi kaif haluk? Mungkin enta x kenal ana tp ana pernah berjumpa enta... Enta pernah mengatakan bhw wahabi adalah mu'tazilah kalau begitu... Datangkanlah bukti enta 2... Enta mungkin bercakap hanya sebagai orang biasa tapi ramai orang mengangggap enta sebgai wali...Wali band @ wali?... Xpelah ent pun blh fikir sdr... Ahli sunnah wal jamaah ni adalah gol yang betul yang mengikut sunnah Rasulullah, tapi tahukah enta siapa sebenarnya diorang 2??? Mereka bukanlah orang yang hanya memfitnah sesama muslim,tetapi mereka menolong sesama islam kearah kebenaran.. Golongan Salaf bukannya mahu menunjukkan mrk hanya betul tetapi mereka ingin membetulkan fahaman2 yang salah dikalangan orang islam itu sendiri... Salaf dan Khalaf hanya akhlak yang membezakan iaitu ada yang menganggap puak ni kafir dan puak ni kafir tapiyang betulnya adalah menyokong antara ahli sunnah wal jamaah...

    BalasPadam
  6. Salam..my friend... how r u? InsyaAllah i doa 2 Allah so dat u always be in a good health... Why u always like 2 see other people's mistakes without seeing ur own mistakes? Every firqah has their own mistakes... We can't see only focus on their mistakes only but we have 2 see their successful deed in Islam that makes Islam higher every single time...Such as IM they has a little bit mistakes 2 but we can't just focus on their mistakes only but we try 2 show 2 people their succesfull big deed in Islam...So as Tabligh, and much more... U have think about dis my bro... So dat u don't just bigger da fire on da mistakes but just hide and show da bigger deeds dat they do... Think about it BROTHER...

    BalasPadam
  7. Darul Hadis Jugak25 Februari 2010 7:23 PTG

    Salam,kepada darul hadis.. dah tak setuju, janganlah dok masuk blog nie, satu lagi, mula2 nak tunjuk kata menerima kebaikan dan jangan pandang kesalahan orang.. kamu buat mcm tue ke? kamu dan kelompok wahabi kamu lebih buruk perangai.. cakap lain laksana lain.. ckap khilaf tue baik, tapi kemudian, paksa orang ikut fahaman kamu..yang bercanggah semuanya sesat masuk neraka..ayat kamu tulis nie pun dah menggambarkan bagaimana sikap kamu.. sudahlah, kami tak nak layan orang mcm kamu, buang masa dan memang suka menyebabkan perpecahan.. lagi lucu, sendiri bakar rumah orang, kemudian, tetiba je tunding jari orang lain yang buat.. faham2 la balaghah ye.. mana la tau kot2 kamu tak faham.. kan Ibn Taimiyah kamu tue tolak majaz..sama la mcm org yang ta'sub seperti kamu.. wassalam

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...