Isnin, 31 Ogos 2009

Akhbar Malaysia Perlu Lebih Teliti Untuk Keluarkan Berita Tentang Hukum-Hakam..Jangan Buat Fitnah Pada Darul Ifta'..

Bila saya sebutkan mutu penulisan ilmiyah dan berita di dalam akhbar Malaysia tidak memuaskan, ada yang terasa hati. Mengapa perlu terasa? Saya cuma menyampaikan pandangan bukannya memaksa untuk orang ramai mengikut pandangan saya.Justify Full
Lebih menguatkan andaian saya ialah bilamana isu Darul Ifta’ Misriyyah(Institusi Fatwa Mesir) mengeluarkan kenyataan bahawa dibenarkan untuk pemain bola sepak kebangsaan Mesir berbuka puasa untuk perlawanan Kejohanan Remaja Dunia bawah 20 tahun.

Kalau penduduk di Malaysia hanya semata-mata membaca apa yang ada di dalam akhbar Malaysia maka sudah tentu akan berlaku syak wasangka terhadap para ulama kita yang terdapat di dalam Institusi Fatwa terkemuka tersebut.

Bila saya mengatakan mutu penulisannya teruk, jangan berasa hati lagi ye? Satu tohmahan yang sangat tidak berasas.Lain yang disebutkan oleh Darul Ifta’ ,lain pula yang dimaklumkan kepada dunia.

Setelah pulang daripada solat Tarawih dan kelas bersama Syeikhuna Murabbi Dr Yusri Rusydi hafizahullah, saya singgah sebentar membeli akhbar al-Khamis yang bertarikh 27 Ogos 2009.Tertarik dengan berita hadapan berkenaan “ Mengapa Habib Ali al-Jifri hafizahullah tidak pernah masuk ke Mesir sepanjang 7 tahun kebelakangan ini?”.Saya tergerak hati untuk membeli akhbar ini buat mengetahui berita selanjutnya tentang Sang Habib yang sangat dicintai ini.Alhamdulillah baru-baru ini sempat saya bertemu dengan Habib Ali al-Jifri hafizahullah secara bersemuka.Dua kali pertemuan dengannya benar-benar melahirkan kecintaan kepada ahli keluarga Baginda sallallahu alaihi wasallam.Terus terang saya katakan, melihat raut wajahnya sahaja boleh menyebabkan seseorang akan rasa cinta kepadanya.

Saya terfikir “ Ini baru cucunya, kalau Baginda sallallahu alaihi wasallam sendiri bagaimanalah agaknya? Mungkin saya akan terus pengsan jika melihat wajah Baginda sallallahu alaihi wasallam dek kerana cantik dan bercahayanya wajah Baginda sallallahu alaihi wasallam

Saya balik ke rumah dan meneliti satu persatu apa yang diceritakan di dalam akhbar al-Khamis tersebut.Tiba-tiba pandangan saya terpaku pada tulisan al-Alim al-Allamah Syaikhuna Dr Ali Jum’ah hafizahullah, Mufti Besar Kerajaan Mesir berkenaan fatwa pemain bola dibenarkan berbuka puasa.Ramai juga yang bertanyakan kepada saya persoalan ini, tetapi saya tangguhkan dahulu jawapannya sehinggalah saya bertanya sendiri dengan para ulama di sini.Alhamdulillah, saya telah temukan jawapannya pada hari ini.

Kata Syeikh al-Allamah Dr Ali Jum’ah hafizahullah menjawab kekeliruan orang ramai tentang perkara ini :

Seorang pemain bola sepak, terikat dengan kontrak yang dimetrai antaranya dengan kelab atau pasukan tersebut maka ianya dikira seorang yang dibayar gaji diatas pekerjaannya tersebut. Jika pemain yang telah mengikat kontrak ini hanya memperoleh sumber rezekinya daripada pekerjaannya sebagai pemain bola sepak, maka jika terdapat perlawanan yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan maka dibenarkan untuknya berbuka puasa untuk perlawanan tersebut jika mutu permainannya akan terjejas disebabkan berpuasa.Ini merupakan rukhsah kepada pemain tersebut kerana dia dianggap sebagai seorang pekerja yang dibayar gaji dan perkerjaannya akan terjejas jika pemain tersebut tidak bertenaga. Ini seperti yang disebutkan oleh ulama Hanafiyah di dalam kitab-kitab mereka, seseorang yang dibayar gaji di dalam tempoh tertentu (kontrak) maka dibenarkan untuknya berbuka puasa pada bulan Ramadhan jika dia tidak mampu untuk berpuasa ketika melaksanakan kerjanya.(Maka pekerjaan kontrak sebegini termasuklah kepada pekerjaan sebagai pemain bola sepak).

Menurut al-Imam Ibn Abidin rahimahullah di dalam kitabnya “ Raddul Mukhtar a’la Durri al-Mukhtar” : ((Di dalam permasalahan kerja kontrak, jika pekerja tersebut masih terdapat pendapatan yang mencukupi untuk dirinya dan keluarganya( selain pekerjaan yang memerlukan untuknya berbuka puasa pada bulan Ramadhan) maka diharamkan kepada pekerja tersebut untuk berbuka puasa pada Bulan Ramadhan.Tetapi jika dia tidak mempunyai pekerjaan yang lain selain pekerjaan tersebut untuk menampung perbelanjaan keluarganya, jika dengan disebabkan berpuasa tersebut menjejaskan mutu kerjanya maka dibenarkan untuknya berbuka.))dipetik secara ringkas.

Ini hanyalah untuk perlawanan yang terpaksa dibuat pada waktu siang yang menyebabkan seseorang pemain tersebut mungkin tidak akan bertenaga.Manakala untuk latihan, perlulah kepada jurulatih untuk membuat latihan pada waktu malam kerana ianya tidak akan menjejaskan ibadah puasa itu sendiri.Jika pihak pengurusan sebenarnya mampu untuk melaksanakan latihan pada waktu malam tetapi tidak dilaksanakan maka berdosa hukumnya.”

Sudah jelas lagi bersuluh, apa yang diterangkan oleh akhbar Malaysia amat bertentangan dengan apa yang disebutkan oleh Syeikh al-Allamah Dr Ali Jum’ah hafizahullah. Seolah-olah Darul Ifta membenarkan seorang pemain tersebut berbuka puasa pada waktu latihan sekalipun.Ini jelas satu pengkhianatan terhadap institusi agama berprestij ini.

Perlu diingat, para ulama kita yang berada di Darul Ifta adalah para ulama yang benar-benar jitu di dalam ilmunya.Kami yang berada di Mesir lebih mengenali mereka dari segi akhlak dan peribadi mereka berbanding orang yang menyampaikan berita secara tidak benar sebegini.

Kebanyakkan ulama di dalam Darul Ifta’ adalah guru-guru kami di Masjid al-Azhar al-Syarif.Kami sering bertemu mereka dan mengikuti kelas pengajian bersama mereka.Apa yang kami tahu, mereka adalah golongan yang benar-benar menjaga lidah daripada memperkatakan sesuatu hukum mengikut hawa nafsu. Setiap hukum yang dikeluarkan pasti ada sandarannya. Maka janganlah disebabkan terlalu mempercayai akhbar di Malaysia menyebabkan kita tertipu dan menjadi kurang beradab dengan para ulama yang bertaqwa ini.

Berhati-hati sebelum keluarkan pernyataan.Ingat tu!!

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Al-Azhar University,
Kaherah Mesir

10 ulasan:

  1. salam,
    alhadulillah terjumpa blog ustaz.. dah lama dah ikuti blog ni

    BalasPadam
  2. salam ustaz..
    ana setuju dengan pandangan ust..
    akhbar di malaysia umumnya selalu mencetak tulisan2 yang bercanggah..hinggakan ada segelintir rakyatnya tidak berpuas hati menamakan sebagai "surat khabar penipu"
    dan beritanya pula "berita penipu" kini rakyat malaysia semakin sedar akan tipu helah beberapa pihak yang cuba memutar belitkan berita dan hukum hakam. tetapi golongan yg hanya tahu "MEMBACA BERITA" tetapi tidak cuba untuk mencari dan mengkaji ini membawa masalah kepada org lain. bukan hanya membaca tetapi memberitahu pada org lain pula fahaman yang tak betul itu.

    sedikit nasihat ana untuk golongan yang sebegini,renunglah kalam ALLAH dari surah Al-hujuraat ayat 6(minta rujuk) yang bermaksud "hai org2 beriman,jika dtg kepadamu org fasik membawa suatu berita,maka periksalah dgn teliti,agar kamu tidak menimpa suatu musibah kpd suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yg menyebabkan kamu menyesal ats perbuatan itu"

    oleh itu para pembaca berita yang budiman..Allah sebenarnya telah memberikan kita amaran sejak awal lagi..mungkin kita lupa dan alpa.
    bukan semua berita itu benar...."dengar boleh...percaya nanti dulu lah..!!"

    BalasPadam
  3. terima kasih atas komentar..betul tue..cepat sangat percaya dengan akhbar Meloya di Malaysia nie..

    Semoga Allah taala pelihara kita semua daripada bersikap sebegini.. aminn..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Ustaz..
    Saya telah disyorkan oleh penulis jomfahamblogspot utk melanjutkan soalan saya kepada mereka yg mahir dalam feqah dan ustaz adalah salah seorang yg dicadangkan. saya amat berharap ustaz dapat memberi jawapan terhadap kemusykilan yg sedang saya hadapi kini. soalannya...

    Saya bekerja di sebuah syarikat pembinaan. Kebanyakan projek yang saya terlibat secara adalah seperti membina shopping comp,jambatan dan kondominium.Namun baru-baru ini saya dikejutkan yang syarikat saya telah terlibat dengan pembinaan sebuah gereja.walaubagaimanapun saya tidak terlibat dengan projek tersebut. Persoalannya bagaimana dengan status rezeki saya kerana secara tidak langsung keuntungan dari projek pembinaan gereja tersebut mengalir ke akaun syarikat seterusnye ke gaji bulanan.

    BalasPadam
  5. salam saudara..nanti saya akan berikan jawapan dengan lengkap ye..syukran

    BalasPadam
  6. salam ustaz..
    boleh bg summary sikit pasal berita "Mengapa Habib Ali al-Jifri hafizahullah tidak pernah masuk ke Mesir sepanjang 7 tahun kebelakangan ini?". saya pun tertarik nak tahu pasal tu..
    bile dengar kuliah habib ali di youtube, mmg sungguh menyentuh hati jiwa dan perasaan..
    rase ingin sekali bersemuka dgnnya.. tp apakan daya.. =(

    BalasPadam
  7. salam..Habib Ali al-Jifri tidak ceritakan secara lengkap lagi mengapa beliau tidak pernah masuk ke Mesir selama 7 hahun kebelakangan ini..akhbar keluaran akan datang insyaAllah akan menceritakan secara lengkap perkara tersebut..saya akan masukkan nanti ye :)

    BalasPadam
  8. salam,

    tumpang tanya, berkenaan post di atas,

    tidak tahulah perlawanan apa yang dimaksudkan, tapi,jika link di bawah, ia berkenaan perlawanan untuk negara. http://goal.com/en/news/89/africa/2009/08/30/1470837/official-egypt-could-skip-fasting-for-rwanda-world-cup-clash. jadi adakah bermain untuk negara turut dikira dalam hal ini? kerana kalau dalam ayat di atas, bermain untuk kelab yang membayar gajinya.saudara mungkin juga boleh komen berkenaan isu dalam link ini.

    dan juga, boleh tak terangkan, berkenaan sejarah, yang mengatakan ketika perang badar, umat islam berpuasa. adakah benar? dan jikalau benar,para sahabat yang mempertahankan islam tidak berbuka puasa,inikan pula mereka yang ingin menjulang negara(berdasarkan link di atas), ataupun hanya sekadar pekerjaan. harap saudara boleh huraikan dengan lebih mendalam.

    terima kasih atas jawapannya kelak. =)

    BalasPadam
  9. terima kasih kepada saudara Yahya A Shukor di atas persoalan yang diutarakan..berkenaan kelab atau pasukan negara bukanlah itu menjadi permasalahan sekarang.Untuk pengetahuan saudara pemain negara juga dibayar gaji sama seperti pemain kelab, maka mereka masih dikira terikat kontrak dan dikira sebagai pekerja..Syeikh al-Allamah Ali Jum'ah hafizahullah terangkan dalam bentuk kelab sebagai satu penerangan kalau kelab kecil pun dikira sebagai pekerja, apatah lagi jika bekerja dengan skuad negara..Di dalam ilmu usul fiqh ini disebut sebagai qiyas aulawi(qiyas dengan perkara yang lebih aula)...

    masalah peperangan badar para sahabat berpuasa bukanlah bermakna mereka tidak diberikan rukhsah untuk berbuka ,cuma mereka memilih azimah(perkara yang lebih berat untuk diamalkan)..maka itu terpuji..

    perbincangan ulama bukannya hanya meletakkan hukum secara azimah..mereka melihat kepada siapa yang mereka keluarkan hukum..ini dibincang di dalam permasalahan rukhsah dan azimah..permasalahan "kalau sahabat boleh berpuasa takkan pemain bola takleh berpuasa" itu bukanlah perkara yang dilihat oleh ulama Islam yang bertaqwa yang sentiasa memikirkan tentang umat..sebaliknya mereka melihat adakah terdapat rukhsah yang membenarkan pemain berbuat demikian..

    dan seperti kita tahu, pemain bola tersebut ada ke yang imannya macam para sahabat ridwanullah alaihim ajma'in???

    semoga saudara Yahya A shukor memahami perbincangan ini :) terima kasih atas permintaan saudara..salam ukhuwwah

    BalasPadam
  10. ok, terima kasih atas jawapan yang diberikan. salam ukhuwah. =)

    masih ada persoalan sebenarnya, nnt ana add anta lah di ym. tq. =)

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...