Selasa, 7 April 2009

SOALAN:ADAKAH BUKAN MUSLIM BOLEH MEMBACA AYAT AL-QURAN?ADAKAH DIA DIKIRA MENGHINA ISLAM JIKA MEMBACANYA?

JAWAPAN: Terima kasih kepada saudari yang bertanya.Menurut Guru Kami yang Mulia ,Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah di dalam kitab Fatawanya:
Menurut sebahagian Ulama di dalam bidang usul fiqh, Golongan non muslim tidak ditaklifkan dengan perkara hukum di dalam Islam.Maka jika kita berpendapat sedemikian,tiadalah masalah dan halangan untuk mereka membaca al-Quran dan memegangnya dengan walaupun tanpa wudhuk.Ini kerana wudhuk hanya diwajibkan kepada orang Islam sahaja.

Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat mengatakan bahawa golongan non muslim turut ditaklifkan di dalam permasalahan hukum.Berdasarkan pendapat yang kedua, ini maka golongan non muslim juga akan dihisab di akhirat kelak oleh Allah subhanahu wa taala.Jadi,ulama di dalam kelompok yang kedua ini berpendapat mengatakan bahawa golongan non muslim tidak dibenarkan untuk membaca al-Quran dan memegangnya jika tidak berada di dalam keadaan bersuci.

Syiekh Atiyyah Saqr rahimahullah menyebutkan lagi: Selagi terdapat khilaf di dalam permasalahan ini maka bolehlah bagi kita memilih mana-mana pandangan ulama.Khususnya jika terdapat kondisi yang memerlukan untuk kita menilai dan memilih mana-mana pendapat yang disebutkan.

Dalil lain yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk non muslim membaca al-Quran ialah perbuatan Saidina Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menghantar surat kepada pemerintah untuk menyeru mereka memeluk Islam.Di dalam surat-surat tersebut terdapat ayat-ayat al-Quran yang ditulis oleh baginda sallallahu alaihi wasallam.Maka jika ayat tersebut tidak boleh dibaca oleh golongan non Muslim,tentulah Baginda sallallahu alaihi wasallam melarang penulisan ayat al-Quran di dalam surat-surat tersebut.Ini banyak terdapat di dalam kitab-kitab sirah.Tidak perlu kita sebutkan disini kerana perbahasan akan menjadi lebih panjang.

Wallahu a’lam.

Rujukan :

1.Fatawa Syeikh Atiyyah Saqr rahimahullah keluaran baru.Muka surat 34-35.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...