Selasa, 7 April 2009

SOALAN: ADAKAH SEORANG ABANG KANDUNG BOLEH MEMBERIKAN ZAKAT KEPADA ADIK KANDUNGNYA DALAM KEADAAN SI ABANG MENYARA PERBELANJAAN PENGAJIAN SI ADIK?

JAWAPAN: Terima kasih kepada saudara yang bertanya.Firman Allah taala di dalam surah al-Taubah ayat 60:

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (60)

Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat)itu hanyalah untuk orang-orang fakir ,dan orang –orang miskin dan amil-amil yang menguruskan dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya,dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk( dibelanjakan pada)jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan bekalan)dalam perjalanan.(Ketetapan hukum yang demikian itu ialah)sebagai satu ketetapan (yang datangnya)dari Allah taala.Dan Ingatlah Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.

Di dalam ayat ini disebutkan golongan-golongan yang layak menerima zakat atau dikenali sebagai asnaf zakat.Adakah adik kita yang masih belajar juga termasuk di dalam kelompok faqir atau miskin yang dimaksudkan?

Al-Imam al-Sayyid Abdullah al-Jurdani rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Fathul Allam jilid 3 mukasurat 345:

Antara syarat-syarat penerima zakat ialah:

1.Islam.Maka tidak boleh kita keluarkan zakat kepada golongan kafir.Manakala al-Imam al-Zuhri dan Ibn Syabramah membenarkan untuk ahli zimmah menerima zakat.

2. Mestilah penerima zakat tersebut bukanlah orang yang wajib kita keluarkan nafkah kepadanya.Maka zakat tidak harus dikeluarkan kepada ibu dan ayah serta yang seumpama dengannya (seperti datuk,nenek dan ke atas) dan tidak boleh juga dikeluarkan kepada anak-anak(termasuk cucu dan kebawah).Ini kerana golongan ini wajib kita berikan nafkah kepada mereka.

Berdasarkan soalan yang ditanyakan kepada saya ini,maka kita jelas melihat bahawa sebenarnya si abang tidaklah diwajibkan kepadanya untuk memberikan nafkah kepada adiknya.Ini kerana adiknya bukanlah termasuk di dalam golongan yang diwajibkan bagi si abang untuk memberikan nafkah kepadanya.

Maka jawapan yang jelas ialah si abang dibenarkan untuk mengeluarkan zakat buat adiknya walaupun adiknya berada di bawah tanggungannya.wallallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...