Sabtu, 8 Ogos 2009

Pengajian Syamail Muhammadiyah di islam4peace.net....

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...

Syukur pada Allah yang memberikan kesempatan kepada hambaNya untuk terus menghirup udara segar di muka bumiNya ini...

Tiada apa yang ingin saya tulis di sini cuma sekadar ingin menyampaikan pengumuman kepada semua berkenaan sebuah laman web yang sangat baik untuk sama-sama kita teliti dan sumbangkan idea...laman web yang saya maksudkan ialah Islam 4 Peace.net...Sahabat-sahabat boleh melayari laman web ilmiyah ini di [Islam4Peace]..Saya juga diberikan penghormatan untuk menyampaikan kuliyah mingguan berbentuk rakaman dengan menggunakan kitab Syamail Muhammadiyah..

Sahabat-sahabat juga boleh untuk melayari laman [youtube] untuk melihat rakaman pengajian tersebut.. Terima Kasih kepada akhi al-karim Ust Azrul yang sudi membuat rakaman tersebut setiap minggu di rumah saya..

Buat pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, video pengajian ini juga akan di upload ke youtube setiap minggu..Semoga semua dapat mengambil manfaat daripadanya dan memberikan tunjuk ajar dan nasihat jika ada tersilap bicara ketika menyampaikan pengajian tersebut..

wassalam..

Al-Faqir ilallahi Taala,
Mohd Nazrul Abd Nasir..
Al-Azhar Kaherah Mesir..

2 ulasan:

  1. terima kasih ustaz nazrul dengan melaksankan video tersebut.. banyak ilmu yang saya perolehi dan saya sangat berharap pihak ustaz akan istiqomah dalam meng'upload' video sebegini.. Kami yang jahil memerlukan tunjuk ajar para ilmuan

    BalasPadam
  2. Salamm..JazakaAllah..mmg nak sangat di adakan on9 @ rakaman..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...