Jumaat, 10 Julai 2009

Program Tafaqquh di Rumah Terengganu bersama Ustaz Nazrul

PERKASAKAN PROGRAM TAFAQQUH - YDP KPT

Yang diPertua Keluarga Penuntut Terengganu sedang memberikan ucapan pembukaan manakala Ustaz Nazrul sedang meneliti kitabnya

HAYYU ASYIR, 25 Jun -
Program Tafaqquh Fiddin perlu diperkasakan setiap masa dan waktu oleh para mahasiswa/wi disini bagi meneruskan objektif dalam melahirkan mahasiswa/wi bermutu dalam pelbagai bidang ilmu serta meneruskan kesinambungan pendidikan berkualiti di Bumi Mesir ini. Ujar Yang DiPertua Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu, Ust Shafizi Ismail dalam ucapan perasmian Muzakarah Berkelompok serta pembukaan kelas tafaqquh fiddin beliau disini semalam. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau juga turut menekankan beberapa aspek, keperluan serta kepentingan muzakarah berkelompok atau usrah di kalangan para mahasiswa/wi disini.

Program Muzakarah Berkelompok atau Usrah ini adalah salah satu medium penjanaan program tafaqquh fiddin secara tidak langsung kepada para mahasiswa/wi.

Majlis Perasmian Muzakarah Berkelompok bagi sesi Kedua ini telah diadakan di Dewan Sultan Zainal Abidin 3, Asrama Terengganu Darul Iman disini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Fellow Kanan Manhal PMRAM, Ust Mohd Nazrul Bin Abdul Nasir.

Program dibawah kelolaan Biro Dakwah KPT ini akan bermula seawal minggu ini pada setiap Hari Ahad dan Khamis selepas Solat Isya'.

HARI : Ahad dan Khamis
MASA : Selepas Solat Isya'
TEMPAT : Surau Asrama Darul Iman [KPT]
KITAB : Qaulu Tam Fi Ahkam Makmum Wal Imam
TENAGA PENGAJAR: Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir

kredit untuk : http://infokpt.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...