Ahad, 28 Jun 2009

Saya dan Syamail Muhammadiyah

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh..

Syukur pada Allah taala diberikan kesempatan hidup dimuka bumi yang penuh dugaan milikNya..Sudah seminggu saya tidak mengemaskinikan isi blog ini...Kesibukan demi kesibukan melanda ,benar-benar menguji kekuatan saya untuk meneruskan perjuangan melalui penulisan..

Saya biarkan golongan salafi jadian terus-menerus memberikan hujah ulangan mereka di dalam penulisan terdahulu..Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang terus menjadi pembela kepada sunnah sebenar..Biarlah mereka mengatakan kita adalah golongan yang menyebarkan bid'ah..sedang mereka yang berfikiran sedemikian tidak menyedari bahawa bid'ah paling besar yang berlaku sekarang adalah bid'ah pecah belah dan bid'ah mengeluarkan diri daripada ijma' ummah..Moga niat mereka benar-benar ikhlas agar Allah taala boleh meletakkan sedikit peluang buat mereka kembali bersama para ulama Islam khususnya al-Azhar memperjuangkan gagasan aqidah ahlussunnah wal jamaah al-Asyai'rah wal Maturidiyah...
Mereka mungkin ikhlas, cuma cara dan pengajian yang kurang tepat menyebabkan mereka tidak dapat membezakan mana satu perkara yang benar dan mana satu yang jauh daripada kebenaran tetapi bersulam emas di mata kepala mereka..

Kebenaran yang kita dapati bilamana membaca penulisan mereka, jelas menunjukkan mereka benar-benar ingin menyalahkan orang lain yang mengikut kepada selain daripada manhaj yang mereka pegangi..Menghukum permasalahan khilaf fiqhiyyah dan memasukan kesemuannya seolah-olah ianya permasalahan aqidah sehingga seolah-olah boleh menyebabkan semua orang boleh terkeluar daripada agama dengan melaksanakan perkara yang berlaku khilaf fiqhiyyah di dalamnya...Ya Allah , Engkau berikanlah kekuatan untuk kami menyampaikan dakwah para anbiya'Mu dan ulamaMu...

Persoalan berkenaan Aminah Wadud menjadi imam ditanyakan berhujahkan ianya juga tidak dilaksanakan pada zaman Nabi sallallahu alaihi wasallam, maka adakah ianya juga boleh dilaksanakan pada zaman sekarang..Saya tidak pasti samaada persoalan tersebut bertujuan sinis atau benar-benar ingin bertanya...Saya berbaik sangka bahawa yang bertanya benar-benar inginkan penjelasan...Jawapan ringkas saya terhadap persoalan tersebut ialah..Perbuatan Aminah Wadud tertolak kerana menyalahi ijma' para ulama..Perempuan hanya dibenarkan untuk menjadi imam kepada sesama mereka . Tetapi ijma ulama meletakkan bahawa wanita tidak dibenarkan menjadi Imam kepada golongan lelaki..Boleh merujuk kepada [laman ini] bagi mendapatkan jawapan lengkap tentang permasalahan ini..Para salafi wahabi tentu pandai membaca di dalam bahasa Arab bukan?? Maka sebab itu saya tidak akan menterjemahkan apa yang terdapat di dalam laman tersebut...Baca dan fahami seperti para ulama memahaminya..

Jika masih ingin memerlukan dalil al-Quran dan Hadis, maka jelas yang bertanya tidak faham apakah dalil yang diterima oleh para ulama...Dalil bukan hanya tertumpu kepada Al-Quran dan Hadis... Ijma Ulama dan Qias juga merupakan dalil yang disepakati penerimaannya dikalangan para ulama Islam...Golongan wahabi yang datang selepas menyalahi ijma, sering menyebarkan fahaman cukuplah dua dalil ini iaitu al-Quran dan Hadis..Mengapa perlu lagi kepada Ijma dan Qias?? Ini jelas merupakan satu pemikiran pelik yang sering melanda masyarakat..khususnya mahasiswa yang semangatnya begitu kuat menyayangi Islam, namun cara pengajiannya tidak tepat...

Saya akan menjawab segala tohmahan yang diberikan..Cuma masa diperlukan..bukan tidak mahu menulis, tetapi kesibukan seperti yang saya katakan.. Saya sekarang berada di Mansurah dan sekarang di rumah Ust Alif salah seorang exco Mansurah..Dijemput oleh Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah untuk menyampaikan Daurah Kitab Syama'il Muhammadiyah (Kitab Hadis yang membincangkan tentang hal peribadi Baginda sallallahu alaihi wasallam)..Daurah bermula seawal 7.30 pagi dan akan berakhir jam 2.30 petang...

Kata Guru Kami yang mulia Syeikhuna Yusri hafizahullah... Seseorang yang ingin membaca kitab ini perlulah ada tiga perkara:

1. Perlu meletakkan rasa Ta'dzim kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam
2. Perlu meletakkan rasa kasih yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda
3. Perlu beradab dengan kitab yang dibaca dan para ulama

Tiga perkara ini perlu ada kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajari dan membaca kitab ini.. Moga Allah taala memberikan petunjuk kepada kita semua...

Ibu agak bimbang dengan keselamatan saya.. Beliau bimbang saya diapa-apakan golongan salafi jadian .. Saya tertawa bila berbicara dengan ibu saya.. Saya katakan pada Ibu...

" Mak jangan bimbang, Allah taala ada bersama dengan anak mak.. Lagipun golongan salafi nie baik je..mereka cuma bincang dalam penulisan je.. Di luar mereka baik jika berjumpa dengan anak mak nie.."

Moga Allah taala menjaga kita semua daripada bala bencana dan perpecahan sebegini..Kembali kepada kefahaman ulama yang sebenar sahajalah membolehkan untuk kita bersama semula..

Wallahu a'lam..

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Ust Alif Mansurah,
Mansurah , Mesir...

9 ulasan:

  1. syukran ustaz..
    tp mungkin ustaz boleh jelaskan apakah hujjah ijma' tidak membolehkan perkara yang di buat oleh aminah wadud dengan lebih jelas lagi ye

    sbb quran sunnah tidak memerlukan pendapat ulama' untuk menguatkan
    TP pendapat ulamak msty bersandarkan al quran dan sunnah..
    jd pendapat ijma' ulama ini msty bersandarkan al quran dan sunnah.,,
    jika tidak keberatan ustaz boleh tolong jelaskan bagaimana ijma' memgharamkan perbuatan tersebut ..kerana ijma msty bersandarkan al quran dan sunnah

    syukran ustaz..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    sungguh kasihan saya melihatkan gelagat "budak baru belajar" dan rakan seperjuagannya

    ya benar tentang perkara ini ulama kita memang bersandarkan pada dalil.

    Hadis yang di riwayatkan oleh Saidina Jabir r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda di atas mimbarnya : La ta'ummannamro'atun rojulan maksudnya janganlah wanita mengimami/mengetuai lelaki.. [ hingga ke akhir hadis] - hadis Riwayat Ibn Majah

    perbahasan tentang tajuk ini begitu panjang.cukupkah saya mendatangkannya sesuai dengan permintaan.

    Saya dah lama perhatikan perbahasan dan perdebatan yang tidak diundang sebelum ini, jadi peringatan saya :

    Jika kita tidak menemuinya kerana kelemahan keilmuan kita sendiri,jangan sesekali kita menyalahkan atau merendahkan kemampuan dan keupayaan ulama.

    Jangan pula kita sering berdebat dengan "hati dalil" datangkan dalil datangkan dalil.
    Tiada faedah jika kalian hanya meminta dalil tapi tidak melihatnya bagai si buta memaki cermin mata hitam disuluh lagi di tengah matahari yang terik terang benderang.

    seperkara lagi yang saya ingin peringatkan.

    Bagai rasa tidak malu apabila kita lantang berbicara tanpa ilmu sanggup mengatakan mungkin imam ini silap mungkin imam ini silap tanpa segan silu melupakan bahawa diri kita mungkin silap, malah mungkin lebih teruk dari itu dan secara pasti banyak silapnya.

    apa salah ulama ini sampai kita bermusuh mencari pasal dengan mereka??.Mungkin bagi mereka pahala tetapi bagi kita?

    Janganlah merasa diri kita terlalu hebat dan terlalu berilmu.

    Rakan-rakan ku sekalian - Beristighfarlah mohon keampunan dari Allah.

    Malu rasanya jika kita sebagai tetamu yang tidak diundang membuat kecoh di tempat orang. Tunaikanlah hak2 sebagai tetamu serta adab-adabnya.Siapa tahu ada di antara mereka yang kita herdik dan maki itu tergolong dari ahli syurga.Sedangkan kita hanya merasakan diri kita sahaja yang masuk syurga.moga kita semua tergolong dari ahli Syurga dengan RahmatNya.Amin

    Sebagai tetamu yang tidak diundang ini juga.
    saya memohon kemaafan kepada Akhina Ust Nazrul serta semua di atas segala kelemahan.
    salam hormat.
    Wassalam.

    BalasPadam
  3. oooookey2..alfu syukran akhi faiz..nama ana pun budak baru belajar,,jd sesuailah kalo nak tahu..tak der masalahkan???
    kalo org yang tahu n terer base arab mcm akhi faiz boleh jek bukak link kat atas..macam ana dan sahabat2 yang tak tahu base arab nak mintak tunjuk ajar ckt..
    ana banyak tak tahu..mungkin akhi faiz boleh beri tunjuk ajar serba sedikit...syukran...
    senyum selalu..peace...

    BalasPadam
  4. hina Ibnu Taimiyyah tape plak.
    Hina Muhammad Abdul Wahab tape plak.
    Buat fitnah mereka akidah tajsim, tape plak eh?

    Ana hormat sume ulama2 islam.
    Maupun bkn islam.
    Tp kalo mereka ade buat salah,
    bercanggah dgn quran & sunnah,
    takkan kte tak bleh timer,
    mereka pun tak maksum?

    Rasenye Faiz & nazrul ni tau ape yg imam shafie pnah ckp...

    Allahu'alam.
    Semoga nagah sume.

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum,

    Pelik juga

    Sapo yang hino siapa tuh?

    Sheikh Ibnu Taimiyyah mujassimah? atau jahmiyyah?

    Mengapa Ibnu Taimiyyah mentakwilkan ayat mutasyabihat juga?

    Ketika menjelaskan firman Allah ta’ala –

    كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ
    Ertinya : Segala sesuatu pasti binasa kecuali wajahNy

    a(Surah al Qasas : 88).

    Ibnu Taimiyyah berkata :

    “Maksudnya adalah segala sesuatu itu binasa kecuali amal-amal dan selainnya ayng dimaksudkan kerana Allah. Diriwayatkan dari Abil ‘Aliyah bahawa dia berkata: “kecuali sesuatu yang dimaksudkan kerana Allah. Dari Ja’far As Sadiq : “Kecuali agamaNya”. Makna dari 2 penafsiran ini sama.”

    - Majmu’ al Fatawa II/427

    Ibnu Taimiyyah juga berkata :

    Maksud dari (وَجۡهَهُ) pada (– كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ ) adalah al Haq. Dari Mujtahid: “Kecuali Dia”. Dari adh Dhahhaq “Segala sesuatu itu binasa kecuali Allah, syurga, neraka dan al Arsy”. Dari Ibnu Kisan : “Kecuali kerajaanNya”.

    – Majmu’ Al Fatawa II/428.

    Dalam jilid II/428 dan 429 Ibnu Taimiyyah berkata :

    Firman Allah – كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ maksudnya adalah : (kecuali) agamaNya, iradahNya dan peribadatan kepadaNya.



    Di dalam jilid II/434 ketika menjelaskan firman Allah :

    كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬ (٢٦) وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ (٢٧)

    Ertinya : Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

    (Surah ar Rahman : 26-27)

    Ibnu Taimiyyah berkata :

    "Sesungguhnya kekekalan wajah ALlah yang disifatkan dengan keagungan dan kemuliaan itu adalah "kekekalan zatNya".

    Di dalam jilid VI/394 ketika menjelaskan firman ALlah :


    يَوۡمَ يُكۡشَفُ عَن سَاقٍ۬ (٤٢)

    ertinya : Pada hari ketika betis disingkapkan

    (surah al Qalam:42). Ibnu Taimiyyah berkata :

    "Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan sekelompok lainnya bahawa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut adalah as syiddah (ketakutan). Kemudian dia berkata : "Dan tidak diragukan lagi bahawa zahir al Quran itu tidak menunjukkan bahawa dia itu sebagai bahagian ayat-ayat sifat kerana Allah berfirman : يَوۡمَ يُكۡشَفُ عَن سَاقٍ۬ (٤٢) iaitu berbentuk nakirah dalam ithbat (bukan nafi) dan tidak diidhafahkan kepada ALlah sehingga tidak dikatakan عَن سَاقٍ۬ (betisnya). Kerana tidak dima'rifahkan dengan idhafah itulah maka ia tidak boleh dikategorikan sebahagian dari ayat-ayat sifat.

    Haih... sapa yang terbelit ni?

    p/s: Wahhabi salafi yang menghina ulamak lain bagaimana pula? Menghukum sesat dan kafir pada imam an nawawi dan ibnu hajar al asqolani?

    BalasPadam
  6. Bohemian kate :

    Ana hormat sume ulama2 islam.
    Maupun bkn islam.
    Tp kalo mereka ade buat salah,
    bercanggah dgn quran & sunnah,
    takkan kte tak bleh timer,
    mereka pun tak maksum?

    --------------------------

    Enta memang baik adabnya, inilah antara hujjah yang selalu digunakan oleh wahhabi salafi dan budak yang betul baru belajo tapi takdo disiplin ilmu.

    Dia kato ulamak tak maksum (memanglah ulamak tak maksum) tapi yang dinamakan ulamak - apatah lagi yang bertaraf mujtahid lebih berilmu dari yang berlagak macam ulamak padahal jahil.

    Firman Allah Taala bermaksud:

    Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.


    (Surah al-Nahl: ayat 43).

    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

    Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.

    (Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

    Toksah la guno kalam Imam Syafie kalu takdo pemahaman. Akhlak Imam Syafie pun jauh jaraknya dari kita-kita nih. Ulamak amat berhati-hati bila berkata. Tak bermudah nak menghukum sesat tanpa hak.

    BalasPadam
  7. Bohemian kate :

    Ana hormat sume ulama2 islam.
    Maupun bkn islam.
    Tp kalo mereka ade buat salah,
    bercanggah dgn quran & sunnah,
    takkan kte tak bleh timer,
    mereka pun tak maksum?

    perhatikan ayat "Bohemian" yang bukan maksum ni.
    Tp kalo mereka ade buat salah,
    bercanggah dgn quran & sunnah,
    takkan kte tak bleh timer, <--- bercanggah dengan al quran dan sunnah takkan kita TIDAK BOLEH terima? maknanya BOLEH terima la ya...

    mungkin Allah nak tunjukkan pada kita rupanya pegangan Bohemian adalah mengambil yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.wal iazubillah.

    itulaah..sibuk sangat mencari kesalahan ulama sampaikan kesalahan sendiri pun tidak perasan.

    ulama kami juga menggunakan al-quran dan sunnah sebagai panduan.jangan kata ulama kami tidak berpandukan kedua-duanya.

    Kalam Imam Syafie tu menunjukkan ketawadhukan beliau..tu pun kalau enta faham la..

    memang ulama itu semuanya tidak maksum tetapi dengan ilmu dan amal yang mereka miliki itu memelihara dari melakukan dosa.

    perkara syubhat sahaja mereka jaga apatah lagi perkara haram.jangan melulu bila berbicara ya Bohemian.

    sudah-sudah la tu Bohemian
    baik enta duduk diam.
    takut banyak pula salah cakapnya.
    salah cakapnya banyak pula dosanya.
    banyak dosanya wallahu a'lam di mana tempatnya.

    anak-anak di mesir,
    belajarlah mengikut acuan Al-Azhar.kalau tidak,inilah jadinya " jadian "

    wallahu a'lam

    BalasPadam
  8. Ooo..

    Pena ni ustaz Azhar ke?
    Nape Pena nak putar belit ayat ana?

    Ana ikut Dr Asri, Maulana Asri Kelantan, Syeikh Muhammad Ismael(kt Alex), Syeikh Yasir Burhami, Dr Ahmad Hutoibah. Setau ana, dorg ni sume ade susur galur, mewaris ilmu dr Nabi saw jgk.

    Ustaz2 yg blajar kt Madinah, Jordan, Pakistan dan Syria pun belajar dr ulama yg mewariskan ilmu dr Nabi jgk. Bukan uni Azhar saje kot.

    Musafir lalu dan pena nak camane sbnanye?
    Nak suh kami ikut fahaman Azhar versi kamu baru kamu kate kami hormat ulama? Baru kamu iktiraf kami dr kalangan kamu?

    Ana tau je ape yg entum blajar kt Azhar...
    Tak payah duk buat keliru la.

    BalasPadam
  9. Assalamu'alaikum

    Baca tulisan bohemian pun dah tahu, memang tiada adab dengan ulama. Siapa kata alazhar sahaja yang ada ulama? Anda sorang sahaja yang mempunyai stigma senteng begitu.

    Orang lain pun belajar juga. Makin matang cara berfikir, menaakul, dan pemahaman.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...