Jumaat, 8 Mei 2009

ADAKAH WAJIB BERPEGANG DENGAN MAZHAB DAN BOLEHKAH KITA BERPINDAH-PINDAH MAZHAB?



Terima kasih kepada saudara yang bertanya tentang perkara ini. Ini juga di antara perkara yang sering dibincangkan oleh masyarakat sekarang. Pada zaman wujudnya ulama terdahulu, perkara sebegini tidaklah menjadi masalah. Malah para sahabat baginda sallallahu alaihi wasallam yang tidak sampai ilmunya ke tahap ijtihad maka mereka juga mengikut para sahabat yang lain yang sampai ke tahap tersebut tanpa berlaku perbalahan. Tetapi yang menjadi keajaiban bagi kita pada zaman yang penuh dengan kekurangan ilmu pengetahuan walaupun hebat dan canggih dalam teknologi, boleh timbul permasalahan sebegini. Mengapa boleh berlaku sebegini? Jawapannya mudah, kerana sudah tidak yakin dengan para ulama terdahulu dan merasakan diri sudah layak sebaris dengan para ulama mujtahid.Malah dipandang rendah kepada golongan yang bertaqlid kepada sesuatu mazhab.

Sebelum melangkah lebih jauh, sebaiknya kita terangkan apakah yang dimaksudkan dengan taqlid. Taqlid menurut ahli bahasa ialah ikatan yang diikat pada tengkuk. Manakala menurut istilah para ulama Usul Fiqh , terdapat dua maksud padanya:

Pertama: Taqlid ialah beramal dengan pendapat seseorang dengan keadaan pendapat tersebut tidak dibinakan di atas hujah-hujah yang diletakkan oleh syarak. Ini tidaklah dibenarkan oleh syarak untuk mengikutinya.

Kedua: Taqlid ialah beramal dengan pendapat ulama mujtahid tanpa kita mengetahui sumber pengambilan dalilnya secara lengkap dan terperinci. Ini sangat-sangat dituntut oleh syarak malah diwajibkan kepada sesiapa yang tidak mampu untuk mencari semua dalil.

Menurut Syeikh al-Allamah Ali Jumaah hafizahullah di dalam kitabnya البيان : Apa yang kita maksudkan dengan ((tanpa mengetahui sumber pengambilan secara lengkap dan terperinci)) ialah mengetahui cara-cara untuk mengeluarkan (mengistinbatkan) secara jelas hukum-hakam tersebut seperti yang dilakukan oleh mujtahid.

Siapakah mujtahid?Apakah syarat-syarat untuk meletakkan seseorang tersebut sebagai mujtahid. Di antara syarat-syarat mujtahid ialah:
1. Mengetahui secara terperinci hukum-hakam fiqhiyyah sama ada hukum-hakam yang telah diterangkan di dalam kitab-kitab fiqh, mengetahui dalil-dalilnya seperti yang diterangkan di dalam kitab usul fiqh, mengetahui juga tentang khilaf(perbezaan pendapat) yang berlaku di dalam masalah furu’(cabang ilmu) di antara para sahabat atau tabi’en dan mengetahui juga berkenaan dengan pendapat yang dipegang di dalam mazhab.

2. Seorang mujtahid perlu menguasai dan memiliki perkara-perkara yang diperlukan untuk mengeluarkan hukum. Al-Imam Ibn Qawan al-Syafie rahimahullah (889H) menyebutkan di dalam kitabnya التحقيقات في شرح الورقات : Antara perkara yang perlu dikuasai oleh seorang mujtahid ialah ilmu nahu(tatabahasa arab),ilmu bahasa arab(makna bagi sesuatu bahasa) , termasuk ilmu balaghah (bayan, badi’e dan ma’ani). Al-Imam al-Syatibi rahimahullah lebih berat di dalam meletakkan syarat-syarat sebegini.Menurutnya, seseorang mujtahid tersebut perlulah menguasai ilmu nahu seumpama Sibawaih (ulama yang pakar dalam ilmu nahu suatu ketika dahulu) dan mengetahui tentang khilaf ulama seumpama al-Imam Syafie radhiyallahu anhu. Jika kita ingin mengikut pendapat yang disebutkan oleh al-Imam Syatibi rahimahullah maka sudah tentu amat sukar untuk kita temui mujtahid pada masa sekarang.

3. Seorang mujtahid juga perlu menguasai ilmu Rijal(ilmu tentang perawi hadis). Maksudnya mengetahui martabat seorang perawi tersebut sama ada boleh digunakan untuk berhujah atau tidak. Menurut Imam Ibn Qawan rahimahullah, jika seseorang tersebut hanya berpandukan tentang sahih atau tidak sesebuah hadis tersebut berdasarkan apa yang ditetapkan oleh al-Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain ulama hadis maka ia juga dikira bertaqlid kepada para imam tersebut. Sedangkan para mujtahid dilarang mengikut pendapat orang lain di dalam masalah ini. Jadi perlulah mereka juga untuk menguasai ilmu ini dengan mengkaji sendiri masalah tersebut.

4. Mestilah seorang mujtahid tersebut menguasai ilmu berkenaan tafsir al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya. Seperti mengetahui tentang Nasikh dan Mansukh, Mantuq dan Mafhum, Khas dan Am , Mubayyan dan Mujmal, Muqayyad dan Mutlaq. Mereka juga perlu menguasai ilmu asbab nuzul (sebab penurunan ayat) dan asbab wurud (sebab dilafazkan hadis).
Jika kita perhatikan syarat-syarat mujtahid yang diletakkan oleh para ulama, maka tentu kita boleh berfikir dengan waras dan menilai kemampuan diri kita sendiri. Menurut Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah, jika seseorang tersebut mampu untuk mencari dan mengeluarkan dalil dengan sendiri (berdasarkan syarat yang telah diletakkan) maka tidak perlulah baginya untuk mengikut mana-mana mazhab. Malah haram baginya mengikut mazhab yang lain.

Persoalannya, adakah kita telah sampai tahap tersebut? Jika telah sampai seperti yang diperolehi oleh al-Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad Bin Hambal , Abu Thaur, Sufyan al-Thauri, Sufyan bin Uyaynah, Daud al-Zhohiri, al-Auza’ie dan lain-lain maka silakan untuk berijtihad. Saya bukan mencabar, cuma mohon untuk menilai kemampuan diri kita. Ini kerana terlalu banyak orang yang mengaku tidak perlu untuk mengikut mazhab hanya kerana mendengar perkataan sebahagian guru-guru mereka yang belajar tanpa manhaj supaya tidak perlu mengikut mazhab dan boleh untuk berijtihad dengan hanya mempelajari kitab Subulussalam.Pelik kan? Tapi inilah hakikatnya sekarang bilamana seorang tersebut merasakan dirinya sudah sampai ke peringkat yang tertinggi.

Syeikh al-Allamah Ali Jumaah hafizahullah ada menyebutkan beberapa tohmahan yang diberikan oleh golongan yang tidak mahu bermazhab.Antaranya ialah:

TOHMAHAN PERTAMA

Dalil yang wajib kita ikuti ialah al-Quran dan Sunnah bukannya pendapat para ulama mazhab.

JAWAPAN

Apa yang disebutkan oleh golongan sebegini juga sebenarnya sudah menyalahi maksud sebenar dalil. Dalil bukanlah hanya semata-mata al-Quran dan Sunnah.

Ijma’, Qiyas, Istihsan, Uruf, dan lain-lain juga merupakan dalil yang digunakan oleh para ulama.Golongan yang memahami bahawa dalil hanyalah al-Quran dan Sunnah sebenarnya telah menyempitkan kefahaman tentang dalil itu sendiri. Al-Quran dan Sunnah adalah sumber pengambilan hukum yang dilakukan oleh seseorang mujtahid tersebut.

Pendapat para ulama mazhab pula bukanlah menyalahi dan membelakangi al-Quran dan Sunnah itu sendiri, malah pendapat yang dikeluarkan oleh mereka merupakan hasil daripada kefahaman mereka tentang sesuatu ayat dan hadis tersebut. Berpegang dengan pendapat para ulama mazhab bukanlah bermaksud meninggalkan kalam Allah dan RasulNya, bahkan jika kita berpegang dengan pendapat para ulama mazhab maka secara langsung kita telah berpegang dengan al-Quran dan Sunnah. Ini kerana para ulama mazhab lebih mengetahui tentang syarat pengambilan hukum dan sebagainya berbanding kita.(saya cuma mengambil secara ringkas pendapat yang disebutkan oleh Syeikhuna Ali Jumaah hafizahullah. Pendapat yang saya letakkan disini rasanya sudah mencukupi bagi sesiapa yang mencari kebenaran.Jika ingin mengetahui kedudukan mujtahid maka perlulah melihat semula syarat-syarat mujtahid yang telah saya letakkan sebelum ini).

TOHMAHAN KEDUA

Kami melihat seseorang yang bertaqlid kepada seorang imam tersebut tidak akan meninggalkan mazhabnya walaupun dia menjumpai sebuah hadis yang bersalahan dengan pendapat imam tersebut. Ini seolah-olah mendahului pendapat imam lebih daripada Allah dan RasulNya.

JAWAPAN

Al-Imam Kairanawi rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya فو ائد في علوم الفقه :

“Pendapat sebegini keluar berdasarkan sangkaan kamu yang salah dan pegangan yang batil(iaitu mengatakan bahawa pendapat imam didahulukan berbanding kalam Allah dan RasulNya).Sedangkan perkara sebenar bukanlah seperti yang kamu fikirkan.

Bilamana kita melihat berlakunya perbezaan di antara zahir kalam Allah dan RasulNya dengan pendapat Ulama Mazhab , dua perkara pokok yang penting perlu diperhatikan:

Pertama: Kita mengetahui tentang maksud sebenar kalam Allah dan RasulNya.

Kedua: Kita mengetahui bahawa Kalam Allah dan RasulNya bertentang dengan pendapat Imam Mazhab.

Jika kita memerhatikan kedua-dua perkara di atas dengan teliti maka kita menyedari bahawa kedua-dua perkara tersebut tidak terdapat pada seorang Muqallid(orang yang mengikut mazhab dan tidak sampai kepada tahap mujtahid).Ini kerana ilmu sebegini memerlukan kepada pencarian dalil. Muqallid hakikatnya tidak mampu untuk melakukan sedemikian. Jika hakikatnya sedemikian, bagaimana mungkin seorang muqallid tersebut boleh menghukumkan bahawa Imamnya telah menyalahi hukumyang diletakkan Allah dan RasulNya?.

Hasil perbincangan ini ialah: Seorang muqallid tersebut tidak meninggalkan pendapat imamnya yang bersalahan dengan zahir Hadis dan sebagainya bukanlah kerana dia (muqallid) mengatakan bahawa pendapat Imam tersebut lebih benar daripada Kalam Allah dan RasulNya(tiada seorang ulama pun mengatakan sedemikian) bahkan hanyalah kerana dia sendiri tidak pasti adakah benar-benar Imam tersebut menyalahi Allah dan RasulNya( mustahil seorang Imam tersebut mengeluarkan sesuatu hukum dengan hawa nafsunya, melainkan setelah kajian terperinci dan syarat seorang mujtahid tersebut telah dipenuhi olehnya, barulah seorang Imam tersebut mengeluarkan pendapatnya).

TOHMAHAN KETIGA

Mengikut pendapat para ulama mazhab sendiri sebenarnya telah menyalahi apa yang ditunjukkan oleh mereka(Imam-imam mazhab).Mereka sendiri melarang mengikut pendapat mereka.Lebih-lebih lagi jika pendapat mereka bersalahan dengan hadis sahih.Jelas di sebut oleh para ulama Mazhab: إذا صح الحديث فهو مذهبي maksudnya: (Jika sah sesebuah hadis tersebut maka itulah mazhabku)

JAWAPAN

Kata Syeikhuna Ali Jumaah hafizahullah: Dakwaan yang mengatakan bahawa para ulama mazhab melarang untuk mengikut mazhab adalah satu dakwaan yang ternyata salah dan sesat. Tiada seorang ulama mazhab pun mengatakan sedemikian. Kalau mereka benar-benar mengatakan demikian, maka mengikut kepada pendapat Para Imam (supaya tidak bertaqlid dengan mereka) juga hakikatnya adalah taqlid itu sendiri( dalam keadaan tidak sedar).

Kamu mengatakan tidak boleh mengikut pendapat Imam Mazhab,tiba-tiba kamu mengikut juga salah satu pendapat mereka (iaitu supaya tidak bertaqlid-seperti yang kamu katakan) maka hakikatnya kamu juga bertaqlid.Bagaimana boleh dilarang taqlid sedangkan kamu sendiri bertaqlid dalam keadaan kamu tidak sedar?

Ini jelas berlaku pertentangan di dalam pendapat kamu sendiri.(Sekejap mengatakan tidak boleh taqlid kemudian dalam masa yang sama kamu juga bertaqlid dengan pendapat Imam tersebut).
Kalaulah benar sekalipun dakwaan tersebut, maka sebenarnya larangan tersebut ditujukan kepada orang-orang yang telah sampai kepada peringkat ahli di dalam ijtihad(memenuhi syarat yang saya sebutkan sebelum ini).

Berkenaan adakah boleh berpindah-pindah mazhab akan saya jawab pada keluaran akan datang. Diharap bersabar menantikan jawapannya.

Rujukan:

1. البيان لما يشغل الأذهان oleh Syeikhuna Ali Jumaah Hafizahullah

2. التحقيقات في شرح الورقات oleh Al-Imam Hussain bin Ahmad al-Kailani al-Syafie al-Makki (Ibn Qawan ) Rahimahullah. Cetakan Darul Nafa’is.

MOHD NAZRUL ABD NASIR,
RUMAH KEDAH HAYYU 10,
KAHERAH MESIR

21 ulasan:

  1. Salam elaik...
    nak tanya, sapa yang wat tohmahan camtu?
    -serius-

    BalasPadam
  2. salam Pemudi Pas..yg selalu buat tohmahan sebegini ialah golongan tidak bermazhab atau lebih dikenali sebagai wahabiyah atau dengan nama lain salafiyah..

    wallahu a'lam..

    BalasPadam
  3. salam..apakah wahabiyah n salafiyah?~curious~

    BalasPadam
  4. salam ingin tahu..nak tahu lebih lanjut tentang wahabi..buka laman nie ye..

    http://bahrusshofa.blogspot.com/

    insyaAllah akan dapat apa yg dikehendaki..syukran :)

    BalasPadam
  5. Salam ust..

    mintak izin copy paste article nih yer.. syukran..

    BalasPadam
  6. Wa'alaikumussalam
    kepada anwaraljohory silakan utk copy paste artikel..
    wassalam

    BalasPadam
  7. Selamat pagi ustaz.
    Saya peng, sila tanye ustaz hairul kalo nak kenal sy.

    Sudah tentu ustaz tanak ke neraka.
    Jd sy mohon ustaz kaji betol2,

    1) Adakah benar wahabi ni tak ikut mazhab?
    2) Fatwa Dr Ali Jumuah ttg bid'ah camane?
    3) Menempel dlm perkara feqah ni haram ke?

    Mungkin ustaz jd punca pertembungan kesekian kali puak yg pro wahabi dan yg anti wahabi.

    Sy mohon ustaz spya lebih bertanggungjawab.

    Jemput ustaz bace blog ni.

    http://another-brick-in-the-wall.blog.friendster.com/?CMP=EMC-24

    Dan jemput ustaz copy paste artikel ni ke forum www.al-fikrah.net

    Ingatlah, kami gol. profesional muslim yg bukan dalam bidang agama pun nak bantu islam. Salah ke kami tak ikut mazhab yg ustaz ikut?

    Artikel ustaz seolah2 tidak bersetuju dgn pbincangan, percambahan perbincangan hal2 agama utk mereka yg waras. Eksklusif dlm hal agama.

    Ini sifat yg negatif.
    Sifat ini boleh mhalang kebangkitan mahasiswa kt Mesir ni.

    Kalo soal nak buat hukum, tapenah plak sy tgk budak2 wahabi maen buat hukum snirik.
    Yg sy nampak, mereka lagi banyak amek dr ulama2 berbanding dgn ustaz2 yg mengutuk wahabi.

    Sy mohon ustaz tunaikan permohonan2 sy kt atas.
    Islam utk semua.

    BalasPadam
  8. terima kasih peng..saya kenal peng..ada juga ust hairul cakap..

    takper la, kita bincang elok2 k..takperlu kot rasanya nak tanya " ke neraka" ke tak..tak elok kan..ana pun tak cakap wahabi ke neraka..

    betul cakap ust hairul, saudara peng kena cuba utk faham apa yang kami tulis..jangan terus menghukum kami tidak mahu membuka perbincangan dan percambahan idea..

    tuduhan sebegini tak elok, kalau saya dan ust hairul dan ust2 yang lawan wahabi menghalang percambahan idea, kami takkan buka ruangan komen nie..

    harap jelas ye..apa2 pun saya kagum sebab peng ada semangat untuk bantu Islam..Islam for All...
    Harap kita dalam saff yang sama kelak..doakan saya ye peng..

    syukran..

    BalasPadam
  9. Wahabi atau salafi dalam isu hukum fiqh ada dua kesalahan:

    1) Kalau mereka berpegang dengan satu pandangan mujtahid, mereka ingin memaksa semua manusia berpegang dengan pandangan yang dipegang oleh mereka. Mereka seakan-akan ingin mengijmakkan masalah khilaf

    2) Kalau mereka tidak berpegang dengan pandangan mujtahid, mereka terus mengatakan bahawa hukum sesuatu perbuatan adalah begian begian dengan dalil sekian sekian. Sedangkan hak untuk menggali hukum daripada al-Quran al-Hadith dan dalil2 yang lain adalah hanya hak mujtahid. Sekalipun seorang ulama itu hebat ilmunya, sekiranya dia tidak sampai ke tahap ijtihad, dia tetap diharamkan untuk mencari gali hukum terus daripada dalil. Muqallid tetap muqallid walau apa keadaan sekalipun.

    Semoga para teman akan belajar bersungguh2 disiplin ilmu Islam. Mana tahu Allah akan menganugerahkan kepada kita untuk sampai ke tahap Ijtihad

    BalasPadam
  10. salam ziarah dari malaysia

    x-badar kisas

    BalasPadam
  11. salam,

    Macamana pulak ulama-ulama ahli sunnah wal jamaah yang menyokong gerakan nasionalis atau sekular? Macam parti Hizbul Wathon Husni mubarak..

    Seperti contoh Syeikh tantawi.. ada org IM kata dia Ulama Sultan..

    BalasPadam
  12. kadang2 aku meluat gak baca blog2/ artikel yang menghentam antara satu sama lain
    nak hentam tapi tak kena... hahah

    awak dah 'generalise'kan bahawa semua salafi sama.
    Menurut pengamatan aku, aliran salaf boleh dibahagikan secara umumnya kepada tiga jenis, Pertama : Yang ekstrem lagi keras dan tegas. Kedua : Yang Sederhana (moderate), Ketiga : Yang lebih lembut dan toleran (Mild).

    sebagai contoh: golongan Salafi pro-Albani di Jordan tidak sama dengan Jamaah Salafiyyah di Kuwait, begitu juga salafi yang lemah lembut macam aku, maka ustaz tak boleh samakan dengan salafi versi osama

    salafi macam aku kalau baca blog ni, mau rasa tertikam

    apa hukumnya menyakitkan hati muslim yang lain?

    BalasPadam
  13. assalamualaikum..jiwa melayu..adab dalam Islam kalau jumpa sesama Islam bagi salam dulu..maklumla kamu semua kan ikut hadis kan?

    baik, Ust Nazrul cuma menerangkan....kalau nak berhujah jgn dgn emosi..biar ada hujah dan dalil mcm yg kamu selalu inginkan..

    jgn mengaku salafi sdg kamu sendiri tak faham penggunaan tersebut betul atau salah..

    ini baru kali pertama saya dengar ada pembahagian baru dalam salafi jadian.. emm..bid'ah baru agaknya..

    Ust Nazrul cuma menerangkan ja..yg kamu mengelabah sgt apasal..relax k..nak hujah, datangkan yg bernas ..bukan ikut suka je..

    pelik betul dgn wahabi2 nie..dari dulu sampai sekarang perangai tak ubah2..fikir2kan la ye..

    BalasPadam
  14. kenyataan jiwa islam:
    "pelik betul dgn wahabi2 nie..dari dulu sampai sekarang perangai tak ubah2..fikir2kan la ye.."
    anda suka menghukum orang lain wahabi,tidak elok kita menuduh orang lain wahabi...tiada siapa yg mahu dituduh wahabi
    kalau saya tuduh awak wahabi,mesti awk juge marah....

    BalasPadam
  15. Salam,

    Just nak tau apa tu wahabi?
    Kat kitab mana awak belajar pasal wahabi, atau main baca dari internet/dengar dari orang lain tanpa asas dan bukti?

    Jika wahabi dari Muhammad Abdul Wahab, kalian dan baca ke buku Muhammad Abdul Wahab ni?

    Kalau tak bukankah saudara dah menghukum tanpa menyiasat/ sebarkan maklumat salah?

    BalasPadam
  16. cam best je perbincangan kat blog ni..leh join ni....

    BalasPadam
  17. SAYA SOKONG JIWA ISLAM DAN SEBAHAGIAN DARIPADA JIWA MELAYU

    BalasPadam
  18. Meneladani Krisis Salaf vs. Khalaf di Era Othmaniyyah
    KETERBUKAAN OTHMANIYYAH

    Sebagaimana yang kita semua sedia tahu, Othmaniyyah bermazhab Hanafi. Mazhab Hanafi telah menjadi pegangan negara-negara bangsa Turki di era Islam semenjak dari zaman Karakhanid. Dengan tabiat yang wujud di dalam kaedah pengambilan hukum dan pengembangannya di dalam Mazhab Hanafi, masyarakat Othmaniyyah menganggap mereka sebagai terbuka dan fleksibel. Ia memberikan ruang kebebasan yang banyak di bidang siasah dan penguatkuasaan polisi dari semasa ke semasa. Di atas sifat ini, Halil Inalcik berpendapat bahawa Othmaniyyah adalah sebuah masyarakat Islam yang paling bersikap terbuka terhadap pengaruh budaya luar[i].

    Keterbukaan Othmaniyyah itu telah mengundang kepada kemasukan unsur yang positif dan negatif. Kemunculan gerakan Kizilbas (”kepala merah”) yang membawa propaganda dan pengaruh Syiah telah menjadi senjata Kerajaan Safavid untuk mengkucar-kacirkan Othmaniyyah. Apabila ancaman ‘rakan sekiblat’ dari golongan Syiah ini muncul, ia telah menimbulkan suatu kesedaran betapa para Sultan perlu benar-benar menguasai ilmu pengetahuan demi untuk berhadapan dengan serangan pemikiran seperti yang dilakukan oleh golongan Kizilbas itu tadi. Sultan Suleyman I telah menuntut ilmu dengan Imam Ebussud (1490 – 1574) untuk tujuan tersebut.

    KEMUNCULAN AJARAN SESAT

    Perbicaraan yang membabitkan Molla Kabiz (m. 1527) menarik perhatian kita berkaitan dengan isu ini. Ketika mana berlakunya pemberontakan Kizilbas Kalender Celebi di Anatolia pada tahun 1527, Molla Kabiz telah mempertahankan pendapat bahawa Jesus adalah lebih hebat berbanding dengan Rasulullah Muhammad s.a.w. Semasa beliau dibicarakan buat kali pertama di Imperial Council, para kadiasker tidak dapat mendatangkan hujah Syara’ yang cukup untuk membolehkan Molla Kabiz dihukum. Sultan yang tidak berpuas hati dengan hal ini telah menitahkan agar dilangsungkan perbicaraan kedua terhadap Molla Kabiz dan kali ini ia membabitkan perdebatan bersama Sheikh al-Islam Kemal Pasazade yang juga merupakan kadi Istanbul. Sheikh al-Islam telah berjaya mendatangkan hujah yang menyebabkan Molla Kabiz terdiam, namun beliau tetap dengan pandangannya. Akhirnya Molla Kabiz dihukum bunuh selepas perbicaaraan itu.

    Ekoran daripada peristiwa itu, pada tahun 1537, semua gabenor telah menerima pekeliling daripada kerajaan Othmaniyyah bahawa sesiapa yang meragui ajaran Nabi Muhammad s.a.w. adalah dianggap sebagai kafir dan boleh dihukum bunuh. Para gabenor juga menerima arahan agar setiap kampung didirikan sebuah masjid dan setiap mukallaf diwajibkan hadir ke Solat Jumaat. Ini merupakan langkah yang diharapkan dapat menjadi mekanisma yang boleh mengesan golongan yang menolak Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.

    Kemunculan cabaran yang berbentuk serangan pemikiran di dalam sebuah masyarakat sebesar Othmaniyyah, mendorong kepada munculnya kebiasaan melaksanakan agama secara penguatkuasaan undang-undang (law enforcement) dan hal ini mengundang kepada benih-benih fanatisma di dalam soal beragama[ii].

    ANTARA KERAS DAN BERSEDERHANA



    artikel penuh sila rujuk :


    http://saifulislam.com/?p=247

    BalasPadam
  19. http://www.bouti.net/fatawas.php?lvl=2&PHPSESSID=56e6ce3889aaea9fa90a49d08a8a9f64&id=459

    فتاوى >> العقيدة >> الأحباش

    سمعت أن الأحباش قد كفرَّوك فهل رددت عليهم؟ (فهم يعلنون أنهم أشاعرة العقيدة وشافعيو الفقه ورفاعيو الطريقة) وكيف يردُّ عليهم أهل السنة فإنهم يثيرون الفتنة هنا وهم يرفعون شعار التكفير على المسلمين؟

    إنهم لم يكفروني أنا وحدي، بل كفروا - فيما أعلم - من هم خير مني، مثل المتولي الشعراوي، وابن تيمية، والشيخ القرضاوي وكثيرين. وأنا أسأل الله تعالى أن يقيني الفتن كلها ما ظهر منها وما بطن، ولاسيما فتنة الكفر، وأن يختم حياتي بأحب الأعمال إليه حتى ألقاه وهو عني راضٍ.

    العقيدة >> الأحباش >> تكفير الأحباش للعلماء

    الأحباش: الذين لهم إمام في بيروت عبد الله الهرري، يقولون في مسجدهم إن الصلاة وراء الوهابي حرام، وأن الإمام إبن تيمية كافر.

    الإقتداء بالوهابي ليس محرماً وصلاة المقتدي صحيحة.

    ولا يجوز تكفير مسلم لا نعلم يقيناً أنه عندما مات، مات على الكفر، وليس في الناس من يعلم أن ابن تيمية عندما مات ارتد عن الإسلام ومات كافراً.

    والجماعة التي تسألني عنها يكفرون كثيراً من المسلمين، إنهم يكفرون متولي الشعراوي، والقرضاوي، ويكفرونني أنا أيضاً، ولعلهم المسلمون الوحيدون المدللون على الله، فيما يعتقدون.

    العقيدة >> الأحباش >> الصلاة وراء الأحباش وتكفيرهم للمسلمين

    BalasPadam
  20. ALLAHUMMAHDI QAUMINA FAINNAHUM LA YA'LAMUN...AMENNN..

    BalasPadam
  21. Assalamu'alaikum,

    kenapa tiba-tiba ada fatwa tentang ahbash ni ? Tak ada relate dengan topik yang dibincangkan..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...