Selasa, 20 Julai 2010

Catatan Pertama Setelah Tiba Di Bumi Malaysia..

Sudah sebulan lebih saya tidak sempat untuk memasukkan berita baru di dalam laman peribadi saya ini. Banyak perkara yang berlaku sepanjang kepulangan saya ke bumi Malaysia. Beberapa hari setelah sampai di rumah saya di Pedu, saya terus dihubungi oleh al-Fadhil Ustaz Yusainee , pengasas Maahad Tahfiz al-Imam Nawawi (MATIN) Perlis Darul Sunnah. Ya, saya kira Perlis akan benar-benar menjadi Darul Sunnah jika ramai lagi tenaga muda dilahirkan seperti al-Fadhil Ustaz Yusainee, Ustaz Adnin, Ustaz Juzaili Juhan dan lain-lain.

Beliaulah yang menjemput saya untuk menjadi Pemidato Pembukaan bagi Majlis Isra’ dan Mi’raj Bersama Syaikhuna al-Murabbi Muhammad Nuruddin al-Banjari hafizahullah. Rasa terlalu kerdil bilamana digandingkan dengan Syaikhuna al-Murabbi. Saya merasakan bahawa ini adalah satu penghormatan daripada al-Fadhil Ustaz Yusainee kepada saya untuk berbicara tentang ilmu dihadapan ramai para ulama pada hari tersebut sedangkan masih ramai yang sangat layak untuk berbicara pada hari tersebut.

Ya, mereka tidak mengharapkan apa-apa daripada saya dalam bentuk material. Namun apa yang mereka harapkan hanyalah agar saya bilamana pulang kelak ke bumi Malaysia ini akan terlibat dengan perjuangan Islam di Bumi Malaysia. Moga-moga Allah taala menetapkan saya dan ahli keluarga saya di dalam perjuangan Islam… dulu, kini dan selamanya.

Ust Yusainee sedang memulakan majlis

Generasi pelapis perjuangan memang sangat-sangat diperlukan sekarang. Khususnya yang pulang daripada lepasan Timur Tengah samaada Mesir, Syria, Yaman, Jordan dan lain-lain. Tidak cukup hanya sekadar itu sahaja, namun sepatutnya bagi para penuntut ilmu di Timur Tengah perlu mendalami sedalam-dalamnya ilmu-ilmu Islam secara sebenar. Bukan hanya berpada dengan kuliah di bilik-bilik Universiti dan di bilik-bilik tidur masing-masing.

dari kiri : al-Fadhil Ust Zulkifli al-Syathiri al-Yamani ( Mudir Maahad al-Syathiri Sg Dedap), al-Fadhil Ust Aminuddin ( Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah), al-faqir, al-Allamah Syaikhuna Muhammad Nuruddin al-banjari al-Makki,al-Fadhil Ust Nasir, dan Tuan Guru Haji Johari

Sedikit ingin saya kongsikan tentang apa yang saya perkatakan pada Majlis bersama Syaikhuna Muhammad Nuruddin al-banjari hafizahullah. Saya diberikan masa lebih kurang 25 minit untuk berbicara disisi Syaikhuna Muhammad Nuruddin al-Banjari hafizahullah.

Dalam masa tersebut, saya cuma mengulas apa yang tersirat disebalik ayat Allah taala di dalam surah al-Isra’ yang berbunyi :


Perkataan pertama yang disebutkan oleh Allah taala di dalam ayat tersebut adalah Subhana . Seolah-olah Allah taala ingin menyucikan pemikiran sebahagian golongan yang tersalah di dalam memikirkan tentang kebesaran Allah taala dengan mengatakan bahawa Allah berada di langit ketika itu. Sedih bilamana mendengar sebahagian orang menyebutkan bahawa Allah taala di langit berdalilkan peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Aqidah Allah taala tidak bertempat perlu diterapkan di dalam pemikiran masyarakat.

Ya , Syaikhuna al-Allamah Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti hafizahullah pernah mengeluarkan fatwa jika kanak-kanak bertanya kepada ibu bapanya “ Di Mana Allah?” maka dibenarkan untuk menunjukkan ke atas. Ini kerana akal kanak-kanak tidak mampu untuk berfikir jika kita katakan bahawa aqidah sebenar adalah Allah taala tidak memerlukan tempat kerana tempat itu adalah makhluk.

Maksudnya , Syaikhuna Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti ingin menjelaskan secara tidak langsung bahawa golongan yang mengatakan bahawa Allah taala di langit ini maka iman dan akalnya tidak jauh berbeza seperti seorang kanak-kanak sahaja walau mereka telah mempunyai pangkat yang tinggi di dalam pendidikan dunia samada PHDnya atau Sarjananya. Allahu Allah.

Asas aqidah sebegini sangat penting bagi memastikan perjuangan Islam selari dengan neraca yang sebenar. Jika aqidah Allah taala berada di atas Arasy dan berada di langit masih dipegang oleh kelompok ini , maka bagaimana ingin mendapatkan kembali Tanah Palestin yang tercinta? Jika kita kaji dan lihat semula sejarah kejayaan umat Islam didalam pembukaan Tanah Suci Baitul Maqdis maka sudah tentu ianya didasari dengan asas aqidah yang benar.

Sultan Salahuddin al-Ayyubi rahimahullah, pembuka kota Baitul Maqdis adalah seorang ulama yang berpegang dengan aqidah Islam beraliran al-Asya’ri. Manakala Sultan Muhammad al-Fatih rahimahullah , pembuka kota Kostantinopel pula adalah seorang ulama yang berpegang dengan aqidah Islam beraliran al-Maturidi. Maksudnya , jika ingin menjadi seperti mereka, maka aqidah kita juga seperti mereka.

Inilah aqidah Salafussoleh terdahulu. Aqidah yang berpegang dengan mengatakan bahawa Allah taala tidak bertempat kerana tempat itu adalah makhluk, dan Allah taala juga tidak berada di mana sahaja dengan zatnya. Ini kerana jika kita mengatakan Allah taala di mana-mana sahaja juga tidaklah tepat kerana perkataan “mana-mana” itu sendiri merujuk kepada arah dan tempat. Maka ini juga mustahil bagi Allah taala. Jadi kita beriman bahawa Allah taala wujud tanpa memerlukan kepada tempat. KeagunganNya menyebabkan Dia tidak memerlukan kepada sesiapa.

Asas aqidah sebegini sangat-sangat penting. Alhamdulillah sepanjang sesi perjalanan dakwah saya di Kuala Lumpur, saya lihat masih ramai yang berpegang dengan aqidah beraliran al-Asya’irah dan al-Maturidiah ini. Alhamdulillah.

Doakan saya semoga dapat menyampaikan pengajian dengan baik dan mudah untuk difahami. Sama-sama kita ingatkan diri kita, kita belajar bukan untuk diri kita sahaja, namun kita belajar untuk membantu perjuangan Islam kelak. Jangan tanya apa yang perjuangan Islam boleh berikan kepada kita jika kita terlibat kelak, namun tanya kepada diri kita sendiri apa yang mampu kita sumbangkan kepada perjuangan itu sendiri.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu di al-Azhar al-Syarif dan Masjid al-Asyraff,
Seksyen 8 , Bangi ,
Selangor Darul Ehsan

12 ulasan:

  1. salam.. ustaz dah ada di malaysia yer... selamat kembali.. andai ingin menjemput ustaz untuk memberi talk di melaka macamana nak hubungi ustz eh?

    BalasPadam
  2. Salam Ustaz.. Semoga Allah merahmati Ustaz.. Ana yg bersembang dengan ustaz ketika ustaz hendak pulang ketika majlis bersama syeikhuna masa itu.. =)
    Ashaari bin Selamat al-berlisi

    BalasPadam
  3. salam saudara anwar.. nie no cntct ana 0134819076...apa2 cntct ana ye. buat masa nie ana masih lagi di KL.. 29hb Julai ana akan balik ke kedah n akan datang semula Ramadhan nanti.. n setakat nie tarikh ana yang kosong 22hb, 24hb n 25hb.. apa2pun cntct semula ye.. syukran

    BalasPadam
  4. Salam, ustaz tarikh kosong tue(22,24,25) saja2 bg kosong ka dah ada plan nk mai mesir sat rasmi bazar kedah...hehehe

    BalasPadam
  5. to shohib : kalau saya nie ada pintu suka hati doremon dah lama nak buat mcm tue :) hehe

    tapi skang nie 24 & 25 tue dah ada tempahan kuliah subuh :)

    kim salam shbt2 kat sana ye.. wassalam

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum..
    Maaf cuma nak tya,apa yg dimaksudkan dgan:
    "aqidah beraliran al-Asya’irah dan al-Maturidiah"??
    Boleh ust terangkan dgan lebih lanjut lg x?

    BalasPadam
  7. salam, ustaz.
    saya mengikuti tulisan2 al-buti. dan al-buti memang mengatakan bahawa zat Allah beristiwa di atas 'arasy seperti mana yg sarih dlm quran, tanpa berhajat kepada tempat. boleh rujuk fatwanya:

    1. http://www.bouti.com/fatawas.php?PHPSESSID=a&id=2952

    2. http://www.bouti.com/fatawas.php?PHPSESSID=a&id=2210

    saya rasa tidak wajar seorang berakidah asyaerah bermazhad syafie berhujah dengan beliau, apatah lagi beliau menolak bid'ah hasanah dan mempertahankan ibn taimiyyah. wallahu a'lam.

    BalasPadam
  8. blog ini mengarut!!

    BalasPadam
  9. Sultan Muhammad al-Fatih rahimahullah , pembuka kota Kostantinopel ini dah kuat membuktikan kebenarannya kerana disebut didalam hadis nabi ,seluruh ulama sepakat hadis y disampaikan nabi itu terjawab dgn sultan muda ini y terdidik dengan sufi tasawuf oleh 2org ulama y zuhud iaitu Syeikh Bayram rahimahullah y menjadi mursyid bapanya Sultan Murad rahimahullah sebelumnya, dan disambung Syiekh Syamsudin Alwali rahimahullah ,YA ! Syeikh Bayram rahimahullah cerita y masyhur bilamana diminta oleh seorg pendita untuk menghidupkan org yg mati bagi membuktikan hadis nabi "ulama ummatku seperti nabi2 bani israel " sungguh !! dapat dihidupkan org y mati oleh beliau setelah memohon Doa pda Allah , hadis pembukaan ini y menceritakan zaman selepas nabi wafat dan pemimpin inilah y dimaksudkan, aku amat yakin krn org ini ialah pilihan nabi(dalam hadis) , bagi mereka y xpercaya "jgn anggap ianya satu benda y remeh "!!, bagiku tunduk dan patuh pada Allah dan Rasulnya dan sebagai ummatnya dan inilah juga pilihanku menjejaki suluk tadbir mereka...

    BalasPadam
  10. Pak Su,
    sufi dulu dengan sufi sekarang mana nak sama. sufi yg ikut al-qur'an dan hadis takda masalah. sekarang sufi puja kubur banyak. amalan penuh khurafat dan rekaan. cerita2 wali2 dan syeikh2 yang mengarut termasuk lucah. ini hakikat bagi mereka yg mengkaji.
    wallahu a'lam.

    BalasPadam
  11. kamu berkata ;< ini hakikat bagi mereka yg mengkaji..> org y berkata seperti inilah yang dikaji oleh golongan sufi .., Alhamdulillah..
    terima kasih.

    http://islamyoon.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=Islamyoun/IYAsection&hSection=IYASF

    BalasPadam
  12. HATI_HATIDENGAN PANDANGAN WAHABI

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...