Benarlah kata-kata para ulama “ Seseorang tersebut akan menjadi musuh kepada perkara yang tidak diketahuinya”. Hanya kerana tidak mampu memahami kalam para ulama sufi dengan baik maka terus ditohmah dan dicerca malah ditaburkan fitnah bahawa para ulama sufi adalah golongan yang sesat. Tidak dinafikan bahawa sebahagian ucapan para ulama sufi menimbulkan tanda tanya kepada yang membaca dan mendengarnya. Namun , sikap professional yang sebenar jika tidak memahami bukanlah dengan melemparkan tuduhan tetapi bertanya kepada yang memahaminya. Siapakah yang mampu memahami kalam-kalam mereka? Maka jawapannya sudah tentulah golongan yang menceburkan diri di dalam bidangnya.
Layakkah bagi saya yang tidak mendalami ilmu perubatan akan mencerca dan menempelak bilamana saya tidak mampu memahami bahasa yang digunakan oleh para ilmuan di dalam bidang kedoktoran? Adakah disebabkan saya tidak memahaminya maka saya akan mengatakan bahawa ilmu kedoktoran ini adalah sesat lagi menyesatkan? Saya kira, orang gila juga akan mengatakan bahawa golongan yang berpendapat sedemikian adalah lebih gila daripada dirinya.
Pagi ini saya membelek helaian demi helaian kitab Fatawa al-Hadithiyah karangan ulama besar Islam yang bermazhab Syafie , al-Imam al-Allamah al-Muhaddis al-Sufi Syaikhul Islam Ahmad Syihabuddin bin Hajar al-Haitami al-Makki radhiyallahu anhu (909- 974 H). Kitab ini diperakui oleh para ulama mempunyai nilai ilmu yang cukup tinggi. Di dalamnya, al-Imam Ibn Hajar al-Haitami radhiyallahu anhu menjawab segala persoalan yang terkadang kita merasakan ianya agak pelik namun mampu dijawab oleh beliau dengan hujjah ilmiyyah yang cukup mantap.
Antara soalan yang menarik perhatian saya adalah berkenaan tohmahan sebahagian ulama terhadap golongan ulama sufi, serta bagaimanakah keadaan mereka ?
Al-Imam Ibn Hajar al-Haitami menjawab bahawa tidaklah sepatutnya bagi seseorang tersebut mengingkari serta meletakkan kebencian kepada para ulama sufi. Ini kerana ianya umpama racun yang mampu membunuh jiwa si pencaci itu sendiri. Ini terbukti dengan perkara-perkara yang disaksikan sendiri oleh umat pada ketika itu berlaku kepada pembenci golongan sufi ini.
Al-Imam Ibn Hajar menceritakan bahawa terdapat seorang ulama yang cukup membenci seorang wali Allah taala .Ulama tersebut bernama Ibn al-Saqqa’ . Sejarah membuktikan bahawa Ibn Saqqa’ kemudiannya mati di dalam keadaan kafir nau’zubillahi min zalik. Ketika Ibn al-Saqqa’ di dalam keadaan nazak, setiap kali orang memalingkan wajahnya ke arah kiblat maka dia akan berpaling membelakanginya. Begitulah seterusnya sehinggalah dia mati di dalam keadaan berpaling wajahnya daripada kiblat. Ibn al- Saqqa’ adalah merupakan seorang yang sangat alim pada zamannya malah seorang yang sangat cerdik serta masyhur. Namun akhirnya dia memeluk agama Kristian.
al-Imam Ibn Hajar juga menceritakan bahawa al-Imam al-Arifin Sultan al-Auliya’ al-Syeikh Abdul Qadir al-Jilani radhiyallahu anhu bersama dua lagi sahabatnya pernah bertandang ke rumah seorang wali Allah taala. Kedua-dua sahabat yang datang bersama al-Imam Abdul Qadir tidak menjaga adab ketika bersama dengan wali Allah tersebut maka mereka tidak mendapat keberkatan di dalam hidup mereka. Namun al-Imam Abdul Qadir al-Jilani cukup menjaga adab maka berkat adab yang ditunjukkan , wali Allah taala tersebut mendoakan agar Allah taala menjadikannya salah seorang wali Allah taala malah mencapai peringkat al-Qutb.
Salah seorang ulama sufi lagi arif billah mengatakan bahawa : “ Sekurang-kurang balasan kepada seseorang yang membenci orang-orang soleh di sisi Allah taala adalah dengan diharamkan bagi mendapatkan keberkatan”.
Kata mereka lagi : “ Dibimbangi golongan sebegini akan mati di dalam keadaan yang tidak baik, semoga Allah taala melindungi kita daripada ketentuan yang tidak baik di akhir kehidupan kelak”.
Para ulama mengatakan bahawa : “ Tidaklah Allah taala mengisyhtiharkan perang kepada sesuatu maksiat melainkan kepada golongan yang memerangi para wali Allah taala serta para pemakan riba. Setiap daripada dua golongan ini sentiasa dibimbangi akan mati di dalam keadaan yang tidak baik . Ini kerana Allah taala tidak akan mengisytiharkan perang melainkan kepada golongan kafir”.
Allahu Allah… Semoga kita semua tidak termasuk di dalam golongan yang membenci para ulama sufi .
INGATAN BERSAMA
Perlu diingatkan bersama, kami yang mempelajari manhaj al-Azhar al-Syariff tidaklah suka mengkafirkan golongan yang berbeza pendapat dengan kami sewenang-wenangnya. Malah para guru kami tidak pernah mengajarkan kepada kami untuk mengkafirkan golongan Salafi aka Wahabi . Golongan wahabi aka salafi ini adalah golongan yang terlalu bersemangat serta tidak mempunyai manhaj yang jelas. Disebabkan itulah mereka terlalu cepat meletakkan hukum itu dan ini kepada manusia umumnya terutama kepada sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka. Golongan ini perlu diberikan tunjuk ajar yang terbaik. Pendekatan bergaduh serta mencaci maki di antara satu sama lain tidaklah dituntut di dalam Islam.
Semoga semua dapat mengambil manfaat daripada tulisan ringkas saya kali ini. Saya tidaklah menterjemahkan satu persatu fatwa al-Imam Ibn Hajar tersebut. Sekadar berkongsi sedikit sebanyak apa yang terdapat di dalamnya.
Beradablah selagi diberikan peluang oleh Allah taala, bimbang menyesal di kemudian hari.
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah Mesir
Allahu Rabbi
BalasPadamsalam ziarah dan salam perjuangan,
BalasPadamtahniah, best gile artikel ni. dan saya turut menyokong bahawa kita tidak sepatutnya saling mengkafirkan antara satu sama lain. Perbezaan antara salafi dan aliran lain(sufi) pada pendapat saya adalah perbezaan dari segi kaedah (method dalam menafsirkan agama), agak lama untuk saya memahami isu ini dengan mengkaji kitab2 penulisan ulama dari kedua2 aliran dan juga dari penulisan2 musuh2 Islam spt golongan orientalis (goldziher dll) selain dari menadah kitab bersama golongan2 ini. Dan bagi saya tindakan mengkafirkan golongan wahabi merupakan satu tindakan amat keterlaluan dan begitu juga kecaman2 yang dilemparkan terhadap golongan2 sufi. Bagi saye mungkin bagi kita golongan2 pengajian Islam mampu memahami isu2 ini tetapi masalahnya apabila masyarkat di luar yang kurang memahami agama semakin keliru dari hari ke hari. Tindakan sesetengah penceramah mengkritik golongan2 yg tidak sehaluan dengan mereka atau menimbulkan isu2 atau pendapat yang mengelirukan masyarakat amatlah dikesali. Sepatutnya para agamawan ini mencari titik penyatuan dan persamaan bukan mengambil peluang dengan mempromosi kefanatikan mereka terhadap sesuatu mazhab yang akhirnya mengakibatkan impak yang negatif pada masyarakat.
Selain itu, para agamawan juga perlu mengkaji penulisan2 musuh Islam juga (spt orientalis) kerana kemampuan mereka dalam mengkaji agama Islam ini kadangkala melebihi apa yang boleh dilakukan oleh para agamawan pada zaman ini. Dan ini sudah tentu merupakan suatu keaiban kepada kita yang masih tak habis2 bergaduh sesama sendiri.
Sama2 lah kita berdoa dan berusaha demi kesatuan umat Islam. Kita skang ni dlam keadaan yang teruk dan janganlah kita menambah lagi lumpur dalam air yang telah sedia keruh.
Ustaz Nazrul,
BalasPadamAna nasihatkan dengan baik supaya anta tidak berlebihan dalam membenci aliran salaf, mengkritik ibnu taimiyyah dan membela puak sufi.
Kalau ana nak rod balik tulisan-tulisan & kuliah-kuliah yang anta bagi selama ini, ana boleh sangat, ana dah kumpul banyak bahan & ana akan kumpul lagi. Tapi ana tak buat macam anta buat kt Ustaz Abdullah Zaik, ana nak jaga maruah anta.
Nasihat ana anta jangan tunjuk lagak sangat. Dalam apa-apa hal, berkata benarlah. Ana belajar azhar jugak, ana tahu manhaj azhar macam mana, ana lagi lama belajar dari anta.
Kalau anta betul-betul sufi, beradablah macam orang sufi. Ana nasihat elok-elok ni.
Semoga anta berubah.
Hamba Allah.
Assalamu'alaikum Tuan Anon (lain kali berikan nama, blog - mudah untuk rujuk siapa anda. Jangan jadi ibarat 'baling batu, sembunyi tangan'),
BalasPadamItu nasihat atau ugutan ?
Saya membaca tulisan Ustaz Nazrul kali ini menunjukkan beliau tidak ekstrim sepertimana wahhabi (mengaku salafi) menghukum kafir, syirik, sesat kepada ulamak dan umat Islam.
Mungkin gamaknya selepas ini, kena tulis pujian untuk Ibnu Taimiyyah, pujian untuk salafi, dan kemudian mengkritik sufi ?
Perkataam ini bukan menunjukkan anda berlagakkah ?
Ana belajar azhar jugak, ana tahu manhaj azhar macam mana, ana lagi lama belajar dari anta.
p/s : jadi Hamba Allah yang betul. Jangan mengata dulang paku berkarat - mengata orang anda sendiri yang buat.
Hamba Allah..
BalasPadamKomen enta ni berbau ugutan sebenarnya,
Beginilah,sebelum mengugut. Kamu mesti Bill-Hujjah dulu..
Kamu tak puas hati ke apa, tua sangat ke apa, bawak hujah, ada blog buat blog, ada bukti bawak bukti, barulah ada pencerahan ilmiah, ni duk main ugut2..
Tak bijak macam ni, aku tak kenal pun ustaz nazrul ni sangat, tapi aku baca hujah dia je, dan kes dia sebut nama ustaz Abdullah Zaik tu bagus la, sebab dia tu memang figure orang ramai, klu salah kita tegur, dan orang ramai pun jelas.
Ajarlah masyarakat dengan sajian ilmiah, bukan politik wangian umno, yang berkisar soal peribadi dan ugutan yang tak bercambah ilmu. Hidup atas dakwa dakwi.. Tapi kosong..
MACAM TIN KOSONG LA.. DAH TUA DAN BERKARAT PUN BUNYI JUGAK..
(JANGAN JADI TONG SAMPAH)
salam. "hai orang2 yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" al-hujurat ayat 6.
BalasPadam"hai orang2 yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang2 yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi gengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan" al-maidah ayat 8.
Ustaz Nazrul,
BalasPadamAssalamu'alaikum wr wb.
Ana harap enta dpt menjawab mesej ana ini di emel ana masduq.mi@gmail.com secepat mungkin.
Ana berharap enta dpt berikan ana rujukan dari kitab fatawa Imam Ibnu Hajar ttg masalah diatas, dimanakah muka suratnya dan sebagainya.
Urgent!