Ada seorang sahabat telah menghantar kepada saya link penulisan tokoh ISMA Malaysia iaitu Ust Abdullah Zaik berkaitan Tauhid Tiga Serangkai. Saya memuji sikapnya yang tidak ingin membahaskan perkara-perkara furu’ bimbang akan semakin berpecah umat Islam hanya dengan petelingkahan yang boleh diselesaikan dengan cara baik. Namun apa yang sangat saya kesali adalah bilamana beliau mengatakan bahawa :
“Cabaran yang dihadapi oleh Ibnu Taimiyyah pada waktu itu ialah suasana umat Islam yang tenggelam dengan tasawuf / tarikat sehingga tidak peduli walaupun negara sedang diserang musuh. Tasawuf yang berpegang kepada hakikat dan mengabaikan syariat. Apa yang Ibnu Taimayyah ingin jelaskan ialah bahawa apa yang diasyikkan oleh golongan tasawuf dengan khawatnya (dan apa yang dia istilahkan sebagai hakikat) ialah semata-mata menyemarakkan tauhid dari segi rububiyyah sahaja, sedangkan di sana ada lagi bahagian tauhid yang perlu dipenuhi iaitu tauhid uluhiyyah. Kita tidak boleh asyik dengan zauq semata-mata sedang pada masa yang sama kita meninggalkan syariat Allah, seperti solat jamaah dan jihad fisabilillah untuk mempertahankan agama dan tanah air”.
Perkataan daripada Ust Abdullah Zaik , seolah-olah ingin mengatakan bahawa suasana ketika tersebut terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama adalah penyokong Tauhid Tiga Serangkai yang dipelopori oleh al-Imam Ibn Taimiyah rahimahullah , manakala kelompok kedua pula adalah terdiri daripada kalangan umat Islam yang tenggelam dengan Tasawuf dan Tarikat.
Lebih menyedihkan adalah tohmahan beliau dengan mengatakan bahawa golongan Sufi ini langsung tidak mempedulikan hal ehwal umat Islam yang diserang ketika tersebut. Benarkah dakwaan sebegini? Layakkah dakwaan sebegini keluar daripada tulisan seorang yang kononnya punya sijil dalam pendidikan ?
SUASANA ZAMAN TERSEBUT
Al-Imam Ibn Taimiyah lahir pada tahun 661 H dan wafat pada 26 Zul Qa’dah 728 H. Dalam tempoh tersebut berlakunya peperangan di antara umat Islam dan tentera TarTar. Saya ingin menyebutkan kepada sidang pembaca sekalian secara ringkas di antara para ulama sufi yang terlibat di dalam peperangan tersebut serta mana-mana peperangan sekaligus menolak tohmahan dan dakwaan Ust Abdullah Zaik yang mengatakan bahawa golongan Sufi hanya sibuk dengan zauq mereka tanpa mempedulikan hal ehwal masyarakat.
Siapa tidak kenal dengan al-Imam Muhyiddin bin Zakariyya al-Nawawi rahimahullah wafat 676 H, salah seorang mujtahid di dalam Mazhab al-Imam al-Syafie , ulama Sufi yang cukup hebat. Siapa lagi yang memberikan tekanan dan desakan kepada Sultan al-Zahir Bibris rahimahullah untuk memerangi tentera Tartar ketika itu jika bukan al-Imam al-Nawawi rahimahullah? Malah Sultan Bibris mengatakan :
“ Aku cukup takut kepada lelaki ini ( al-Imam al-Nawawi rahimahullah)” .
Ini disebutkan di dalam kitab Tazkirah al-Ayyubiyah ( manuskrip bernombor 7814 mukasurat 53).
PERANAN ULAMA SUFI DI DALAM MENGISLAMKAN MONGGOL
Sejarah Islam adalah merupakan sejarah yang paling memeningkan para Oreantalis. Selalunya golongan penjajah akan bisa menguasai Negara yang dijajahnya. Namun sebaliknya berlaku bilamana tentera Monggol menguasai Negara Umat Islam ketika tersebut, penjajah yang mengikut agama Negara yang dijajah, bukan yang dijajah mengikut penjajah. Bagaimana ianya berlaku? Tidak lain dengan wujudnya golongan yang dekat dirinya dengan Allah taala dan RasulNya. Kecintaan mereka kepada Allah taala dan RasulNya menjauhkan mereka daripada takut kepada celaan orang yang mencela serta kezaliman penjajah ketika tersebut.
Jika kita melihat kepada kitab-kitab sejarah Islam, disebutkan oleh para ulama bahawa di antara penyebab berjayanya Sultan Zahir Bibris memenangi peperangan adalah kerana wujudnya hubungan baik dengan Barakah Khan ( wafat 665 H) beliau merupakan cucu lelaki Gengis Khan. Hubungan ini berlaku ketika Barakah Khan pulang daripada pertemuan dengan al-Imam al-Syeikh Sofiyuddin al-Bakharzi , Khalifah Tariqat Kabrawiyah. Para ulama menyebutkan bahawa Barakah Khan berkenan untuk memeluk Islam setelah bertemu dengan ulama Sufi ini iaitu al-Syeikh Sofiyuddin al-Bakharzi rahimahullah.
Begitu juga dengan peranan yang dilakukan seorang lagi ulama besar Sufi di dalam mengislamkan para pembesar serta tentera Monggol iaitu al-Syeikh Saaduddin bin Hammuyah (wafat 652 H).
Raja Ghazan , salah seorang cucu Holako juga memeluk agama Islam hasil dakwah daripada al-Imam Ibrahim al-Juwaini al-Syafie al-Sufi rahimahullah ( wafat 722 H). Hasilnya menyebabkan seluruh tentera pimpinan Raja Ghazan yang kebanyakkannya berada di Iran dan kawasan sekitarnya telah menerima cahaya agama Allah taala.
Kawasan Asia Tengah menyaksikan bahawa hidayah Allah taala telah menusuk ke dalam kalbu Raja Kashghar Timor Khan al-Monggoli ( wafat 765 H) bilamana berlaku pertemuan di antara beliau dengan al-Imam al-Syeikh Jamaluddin al-Bukhari al-Naqsyabandi ( antara Ulama Besar bertariqat Naqsyabandi) . Keberanian serta keikhlasan al-Imam Jamaluddin al-Bukhari menyebabkan Raja Timor Khan tertarik memeluk Islam. Ianya berlaku bilamana Timor Khan mengatakan kepada al-Imam Jamaluddin dan sahabat-sahabatnya :
“ Harga anjing lebih tinggi berbanding dengan harga diri kamu semua ( sambil mengisyaratkan kepada al-Imam Jamaluddin dan sahabat-sahabatnya )”
Al-Imam Jamaluddin al-Bukhari lalu menjawab : “ Ya, Mungkin benar katamu itupun jika kami tidak memeluk agama Allah ini. Namun kami menjadi mulia hanya kerana kami memeluk agama Allah taala ini”
Di kawasan Banggal pula, kelihatan ramai para tentera Monggol berpusu-pusu memeluk agama Allah taala . Semuanya adalah berkat jasa al-Imam al-Sufi Jalaluddin al-Tibrizi rahimahullah.Ini seperti disebutkan di dalam catatan Rehlah al-Imam Ibn Battuta rahimahullah.
Joban ( wafat 736 H) salah seorang pembesar Monggol telah menjadi salah seorang pengikut setia kepada al-Syeikh al-Murabbi Sofiyuddin al-Ardabili rahimahullah. Pernah sekali Joban rahimahullah bertanyakan kepada al-Imam al-Ardabili :
“ Mana lebih banyak, tentera Sultan atau murid kepada Syeikh?”
Maka al-Imam al-Ardabili menjawab :
“ Murid-muridku di Iran sahaja sudah melebihi bilangan mereka daripada tentera Sultan itu sendiri”
Nah, ini adalah sebahagian daripada peranan ulama Sufi di dalam peperangan menentang tentera Monggol. Peperangan di dalam Islam bukan semata-mata bertujuan menumpahkan darah umat manusia. Jika begitu hadaf dan tujuannya, maka samalah kita dengan golongan yang tidak beragama. Namun tujuan peperangan di dalam Islam adalah menyebarkan risalah dakwah mempamerkan kecantikan Islam kepada pihak musuh. Inilah yang dijalankan oleh para ulama sufi ketika tersebut.
Jangan cepat menghukum, kaji dahulu. Tak malukah kamu jika ingin berhadapan dengan para pejuang di kalangan ulama Sufi pada zaman tersebut satu masa nanti di Syurga Allah kelak? Kamu menuduh bahawa mereka hanya sibuk dengan diri masing-masing tanpa melibatkan diri dengan perjuangan, tetapi hakikatnya ianya adalah tohmahan malah tidak salah saya katakan bahawa ianya akan menjadi fitnah. Kamu banyak pengikut, kamu akan dipersoalkan kelak jika kamu tidak menarik semula tohmahan kamu terhadap para ulama Sufi yang berjuang bermati-matian berhadapan dengan tentera TarTar ketika tersebut.
Fikir dahulu sebelum keluarkan kenyataan. Maaf jika saya terkasar bahasa. Semoga Allah taala jua memberikan petunjuk kepada kebenaran.
Rujukan :
al-Butulah Wa al-Fida' Inda al-Sufiyyah : Dirasatun Tarikikhiyyah Karangan al-Syeikh As'ad al-Khatib
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah Mesir
Salam syaikhuna.sihat ka? moga dlm rahmat Allah selalu.sy xleh dgr klu org dok kta ulamak sufi tak msuk perjuangan.sy igt lg kta tok guru sy,"org sufi ni x smestinya jln menunduk ja,x smestinya tk bnyk berckap ja..cba tgk sejarah ktika islam melawan tntera tatar dlu.brp rmai ulamak sufi ikut berjihad...?".
BalasPadamdepa igt ulamak sufi ni beruzlah ja ka?kan dia ada peringkat2 dia..ada smpai 1 peringkt dia fana,smpai 1 peringkat plak dia duduk ngn org awam,bergaul ngn masyarakat.walhal hati mreka sedetik pon x pnh lupakn Allah taala.kita yg bru ja jdi ktua pertubuhan, dh berlagak nk i'tirod ulamak sufi.
ada soalan bliau dlm blog dia tu di ruangan komen, bila dia persoalkn blik, "nabi pnh ajar sahabat sifat 20 ka?" soklan yg sy rsa cm org x pnh ngaji aqidah lngsung.tp xmau la kta cmtu sbb bliau org besar dlm 1 pertuhuhan.
sy kesal krn dia pertikaikn cmtu.soklan yg x perlu d tnya.nampak sgt dia buta sejarah sbb apa ulamak bleh pernamakn ngn sifat 20 ni...
apa2 pon ustaz,sy stuju ngn penulisan ustaz ni.teruskan ustaz.sy menyokong ustaz selalu.. Allahumman zawijna zaujatan solihatan wa jamilatan wa toiyibatan wal akhyar fi kulli ahyan wa auqot.tu doa tmbahan tu utk kita bersama.hehehe.assalamualaikum ustaz.
tima kasih Ust Hakimi :) tulisan dia terus terang ana cakap langsung takder hujah ilmiyah.. atas angin ja
BalasPadamaminn..doa moga kita dua cepat2 hehe.. syukran sekali lagi atas komentar ust hakimi .. barakallahu lak Ya Akhi al-Habib
ust tu nampaknya kurang faham dgn perjalanan sufi,sbb dia sendiri pun x menyelam...
BalasPadamBarakallahu fik. Menyesal x beli kitab yg ustaz rujuk tu. Tangguh, tangguh akhirnya x terbeli. Saya cukup panas apabila peranan ulama sufi dinafikan dalam arus kebangkitan dunia Islam. Siapa yg memberikan motivasi kepada Sultan Salehuddin Al-Ayyubi rahimahullah jika bukan Imam Al-Ghazali rahimahullah melalui kitabnya, Ihya'? Baca sini, tulisan Dr. Adian Husaini, musuh ketat Islam Liberal d Indonesia, sekaligus menjawab isu Imam Al-Ghazali yg dikatakan abaikan jihad : http://adianhusaini.com/index.php?option=com_content&view=article&id=122:al-ghazali-perang-salib-dan-kebangkitan-islam-&catid=37:republika-online
BalasPadamNi tulisan yg bagus daripada Ust Mukhlis mengupas peranan tasauf dan ulama sufi dalam ikhwan muslimin. http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/311
Maaf ustaz, terpanjang pulak. Jadi blog pulak :)
Syukran ustaz atas perjelasan ni, ana teringat masa belajar di Universiti Malaysia. Dalam satu lecture, kuliah tamadun Islam, doktor kuliah berkata kepada kami semua.
BalasPadam"Penyebar agama Islam ditanah melayu datang dari golongan sufi, kesannya, Islam yang disampaikan di tanah melayu dalam bentuk yang jumud".
Saya lihat, masalah terbesar sekarang ialah kecelaruan sejarah Islam yang jelas dan tulen. Mungkin bercampur dengan pandangan orientalis atau penelitian yang tidak cermat.
Kesimpulannya, padan sisi masyarakat terutama ahli akademik negara masih ada yang tidak jelas. Apatah lagi masyarakat awam.
Ana pernah bukak kitab yang anta rujuk ni nazrul.
BalasPadamRasanya anta pun dah tahu kitab tu dah dirod.
Kita pernah bincang kan pasal kitab tu, banyak kisah israiliyat & anta pun setuju je dulu. Harap anta boleh betulkan balik fakta-fakta anta. Jangan cepat melatah naa.
Saya bekas pelajar perakaunan di UIA dan belajar mengenai tauhid tiga ini di UIA. Saya tidak mendapati apa2 kejanggalan mengenainya kerana matlamat akhir pengajaran tauhid tiga ini adalah tidak lain hanyalah mengesakan Allah tuhan yang satu. Ia juga cukup mudah difahami, tidak berbelit-belit serta straight forward. Saya yakin golongan muda dan moden lebih mudah faham tauhid tiga dalam persoalan akidah berbanding sifat 20, yg belum tentu boleh faham dengan jelas biarpun puluhan tahun belajar kerana lebih menekankan falsafah yang bukan-bukan. Contohnya apa perlunya belajar sifat berlawanan tuhan jika kita boleh terus membuka Al Quran dan mendapati terkandung banyak ayat-ayat yg menceritakan sifat Allah.
BalasPadam"Fikir dahulu sebelum keluarkan kenyataan".
BalasPadamsaya rasa apa yg cuba disampaikan oleh ust abdullah ialah berkaitan golongan sufi yg tidak keluar berdakwah dan berjihad, yg tenggelam dgn keasyikan zauq SEMATA2. jadi kenapa perlu dikaitkan dengan dgn al-Imam Muhyiddin bin Zakariyya al-Nawawi dan al-Syeikh Sofiyuddin al-Bakharzi??
jadi saya rasa, apa yg lebih baik dlm situasi seperti ini ialah utk ust nazrul tabayyun dulu dgn ust abdullah, golongan sufi mana yg dimaksudkan?? kan lebih baik begitu. tidak perlu memalukan muslim lain di khalayak umum, kelak takut2 kita dimalukan oleh Allah di padang mahsyar!! (perlukah soalan2 spt ini Layakkah dakwaan sebegini keluar daripada tulisan seorang yang kononnya punya sijil dalam pendidikan ?")
assalamualaikum warahmatullah
BalasPadamust nazrul, bukankah kejatuhan Islam di Baghdad adalah salah satu faktornya kerana ketika itu ummat Islam tenggelam dengan tarikat dan kesufian yang melampau..rasanya boleh rujuk dalam tulisan2 dr.raghib as-sarjaani..
Assalamu'alaikum,
BalasPadambekas pelajar uia nih faham atau tidak ?
Artikel di atas bukan menyentuh pun mengenai Tauhid 3 serangkai, tetapi menjawab tuduhan Ustaz AbduLlah Zaik. Anda hendak belajar tauhid 3 silakan ( saya pun belajar mengenainya dahulu). Dan saya juga belajar terlebih dahulu sifat 20 yang ada dalil dan hujjahnya dari Al Quran dan hadith.
Belajar tauhid 3 serangkai semata-mata hanya akan didedahkan secara 'surface' semata-mata tentang tauhid dan tidak mendalam. Saya tidak tahu pula jika tauhid 3 serangkai yang ada diajar di sekolah menengah adalah tulen dari Ibnu Taimiyyah atau sudah digubal mengikut peredaran agar dapat disesuaikan dan dimasukkan sekali dengan sifat 20 dan nama Allah yang 99. Dan adakah belajar hanya tauhid 3 serangkai dapat menguatkan aqidah (tahu-tahu sahajalah di zaman ini di Malaysia khususnya - ada sahaja remaja/pelajar yang membuat maksiat seolah-olah Allah tidak melihat perbuatan mereka). Bahkan ada segelintir yang sampai menvisualisasikan Allah.
Siapa kata berpuluh tahun belajar belum tentu boleh faham dengan jelas mengenai persoalan akidah dari pembelajaran sifat 20 ? amat dangkal penyelidikan yang anda buat nih pelajar uia.
Kepada sahabat anta - apa masalahnya dengan riwayat israelliyyat. Adakah ditolak semua periwayatan israeliyyat secara total ? Adakah dalam kitab itu semua sekali riwayat israeliiyat. Mudah sangat kesimpulan yang anda buat untuk tolak isi kitab berkenaan ?
salam
BalasPadamrasanya adik2 kita di tadika pun faham ayat ust abdullah zaik ni..simple jer..
"..tasawuf yang berpegang kepada hakikat dan mengabaikan syariat..."
orang2 sufi yang pegang pada hakikat dan abai syariat..bukan org sufi yng turut berjihad..ust abdullah zaik tulis simple jer..disalahfahami oleh nazrul sehingga terpaksa mengheret2 imam2 yang mulia seperti imam nawawi rh..imam nawawi ni bertasawuf juga, tapi, bukan mcm yang org2 sufi yg kebanyakannya buat..dia tasawuf yg salaf ajar..ibnu taimiyyah pun bertasaquf juga..beliau juga ada tulis tentang tasawuf..
bukan susah pun sebenarnya nak faham ayat ust abdullah zaik..
saya bawa cth ayat spt ini..ayat kawan saya..
"..orang islam tu teruk..yang tak nak kepada hudud..yang tak nak islam naik.."
cmtu la ayat ust abdullah zaik..bukan dia sama ratakan semua orang sufii...
Pelik lar ust nazrul ni
BalasPadamselalu kata cerita kat kami
ulamak yang amat amat berhemah ketika menegur orang lain......
dan tidak straight forward begini
tapi ustad.....
erm
sedih saya
Bila baca balik tulisan Ustaz Abdullah Zaik :
BalasPadam“Cabaran yang dihadapi oleh Ibnu Taimiyyah pada waktu itu ialah suasana umat Islam yang tenggelam dengan tasawuf / tarikat sehingga tidak peduli walaupun negara sedang diserang musuh. Tasawuf yang berpegang kepada hakikat dan mengabaikan syariat. Apa yang Ibnu Taimayyah ingin jelaskan ialah bahawa apa yang diasyikkan oleh golongan tasawuf dengan khawatnya (dan apa yang dia istilahkan sebagai hakikat) ialah semata-mata menyemarakkan tauhid dari segi rububiyyah sahaja, sedangkan di sana ada lagi bahagian tauhid yang perlu dipenuhi iaitu tauhid uluhiyyah. Kita tidak boleh asyik dengan zauq semata-mata sedang pada masa yang sama kita meninggalkan syariat Allah, seperti solat jamaah dan jihad fisabilillah untuk mempertahankan agama dan tanah air”.
------
Yang diboldkan itu adalah satu tuduhan secara umum. Ini amat jelas. Dan saya yakin tuduhan itu telah dijawab oleh Ustaz Nazrul. Bahaya dalam penulisan Ustaz AbduLLah itu adalah menulis tanpa memberi penilaian yang adil pada ahli sufi yang turut sama berjihad di jalan Allah. Ia menimbulkan salah faham.
salam..
BalasPadamust abdullah zaik kata :
“Cabaran yang dihadapi oleh Ibnu Taimiyyah pada waktu itu ialah suasana umat Islam yang tenggelam dengan tasawuf / tarikat sehingga tidak peduli walaupun negara sedang diserang musuh..."
dia khususkan :
“...Tasawuf yang berpegang kepada hakikat dan mengabaikan syariat..."
ini la yang ust abdullah zaik maksudkan..sufi yang membataskan kepada ubudiyyah di tmpt2 ibadah sahaja tanpa melihat kepada skop jihad..
...............
lagi,
"..Apa yang Ibnu Taimayyah ingin jelaskan ialah bahawa apa yang diasyikkan oleh golongan tasawuf dengan khawatnya (dan apa yang dia istilahkan sebagai hakikat) ialah semata-mata menyemarakkan tauhid dari segi rububiyyah sahaja, sedangkan di sana ada lagi bahagian tauhid yang perlu dipenuhi iaitu tauhid uluhiyyah..."
ust abdullah sebut golongan tasawuf yang dengan khawatnya tu hanyalah memenuhi tauhid rububiyyahnya sahaja..tidak pada ulihiyyahnya..
ini ciri2 segolongan org sufi yang bertasawuf tapi mengabaikan syariat..bukan golongan sufi yang faham tuntutan jihad..
.................
ust abdullah lagi;
".. Kita tidak boleh asyik dengan zauq semata-mata sedang pada masa yang sama kita meninggalkan syariat Allah, seperti solat jamaah dan jihad fisabilillah untuk mempertahankan agama dan tanah air.."
nah, mana yang ust abdullah zaik kata semua ahli sufi mcm tu?
ust abdullah zaik menerangkan sifat sekumpulan sufi yang mementingkan khawatnya, sehingga terlupa pada syariat yang menuntut kepada jihad juga..yg sufi ikut jihad tu lain topik..
ust abdullah zaik tidak membuat tuduhan bahkan ianya disebut dalam buku syeikh ali hasan an-nadwi, dr raghib as-sarjani, syeikh hasan halabi dll..yg kita duk pakai buku yang dah kene radd tu buat apa..
cuba faham baik2 kata2 ust abdullah zaik tu..lagi senang call dia atau ym dia atau email dia..tabayun sama dia dulu..then baru la nk komen2..benda yang tak kata semua dikata semua..yang tak umum dia kata umum..
yang lebih pelik, cuba mengheret sama Al-Imam yang mulia Imam Nawawi rh dengan kesufian yang sesat tu..sufi imam nawawi rh bukan mcm sufi skrg ni..sufi imam nawawi yang ikut salaf..takde la yg jenis joget2 sambil zikir, hakikat, makrifat yang ntah apa benda lagi yg mengarut tu..
cuba baca buku abul hasan an-nadwi..bagaimana sikap para ulama' sufi ketika bersama pemerintah tartar..
quote kata-kata anonymous d atas "takde la yg jenis joget2 sambil zikir, hakikat, makrifat yang ntah apa benda lagi yg mengarut tu.."
BalasPadamjika anda ke Syria, anda akan dapati syeikh2 di sana........ x semestinya apa yg anda fikir mengarut ialah satu yg mengarut. Cek di Fathul Bari, tentang Az-Zafn. cuma jangan samakan Malaysia dgn Syria. Di sana, syeikhnya memang benar2 alim. Kebanyakan mudir maahad di sana ialah syeikh2 tarikat.
masalahnya sekarang ialah ramai org ikhwan yg anti-sufi. itu sebab para ulama al-azhar skarang agak kontra dgn ikhwan. dulu ramai ulama azhar yg membela ikhwan tp sekarang.... saya x menuduh kepada tokoh2nya tapi pengikut2nya yg terlebih lagak.
-anonymousian
Anonymous yang menyokong pernyataan Ustaz AbduLlah. - itu kalau anda faham dari sudut berkenaan. Tapi bagi saya orang awam ini akan membaca seolah-olah semua ahli tasawwuf sezaman Ibnu Taimiyyah tiada langsung yang ikut jihad fi sabiLlah. AlhamduliLlah le dijelaskan semula oleh Ustaz Nazrul. Jika tak... datanglah tuduhan berbondong-bondong.
BalasPadamSekali lagi terima kasih Ustaz di atas penjelasan berkenaan.
Tanpa Nama
kdgran mulut2 y mntohmah bhw Tariqat/Sufi seperti ini mmg sdh kerap kali..
BalasPadamini smmgnya prkra y mnyedihkan..
pmhaman trhadp ulama2 sufi spt ini prlu d tntang..n xsyak lg ini smua krn kjahilan akal y xbrfkir sblm brtndak...
brkata Zun Nun al Misri :
Tidak semua penulis itu melainkan semuanya akan mati **
Dan tidak ada yang tinggal melainkan apa yang ditulis tangannya**
Dan janganlah menulis dengan tapak tangan kau itu melainkan**
Sesuatu yang menggembirakan kau pada hari qiamat kelak ketika kau melihatnya**
nah..!! renungkanlah kata2 ulama2 sufi ini..
teruskan prjuanganmu Ustaz Nazrul dlm mmprthnkan ulama2 sufi y mulia ini...
Ya Allah! Hidupkanlah kami sptmana hidupnya para ulama' , matikanlah kami sepertimana matinya para syuhada' , bangkitknlah kami dlm glongn wali2 Mu , masukkanlah kami dlm syurga brsama para Nabi2Mu..Ameen..
Saya tertarik dgn kata-kata 'sahabat anta',"Ana pernah bukak kitab yang anta rujuk ni nazrul.
BalasPadamRasanya anta pun dah tahu kitab tu dah dirod.
Kita pernah bincang kan pasal kitab tu, banyak kisah israiliyat & anta pun setuju je dulu. Harap anta boleh betulkan balik fakta-fakta anta. Jangan cepat melatah naa."
Boleh beri maklumat skit wahai 'sahabat anta'... siapa yg rod. Dan adakah kitab ni ditolak keseluruhannya.
nampaknya kita telah mencalar kewajipan dengan sebuah blog.. sudahlah 2... mungkin Al-Fadhil penulis faham cara lain dan Ustaz Abdullah inginkan perkara yang lain, kita tutup buku dan kita bawak kepada perkara yang wajib.. "ukhuwah" ...
BalasPadamakhuna.. sekarang Islam ditohmah dengan sebegitu kejam, lihat link ini http://aljazary.blogspot.com/2010/05/kafir-bangga-hina-islam-di-facebook.html ,
tapi kita masih bergaduh sesama sendiri, ana tidak nampak kelainan sifat 20 dan tauhid 3 serangkai, semuanya kembali dengan hujjah yang kuat mengikut pandangan masing2..
kadang2 kita menyeru manusia untuk menghormati pendapat orang lain tapi kita belum mampu menyeru diri kita sendiri untuk menghormati pendapat orang lain...
"ana pohon maaf jika antum tidak setuju dengan pendapat ana" WA Allahu Alam.
salam kepada "Sahabat Anta".. Inilah padahnya fahaman yang suka menyesatkan umat Islam yang lain.. sehingga sanggup menyebarkan fitnah sesama muslim..
BalasPadamsedih bilamana fitnah dilemparkan mengatakan bahawa pernah "sahabat anta" nie pernah berbincang dengan saya berkenaan dgn kitab yang saya naqalkan kisah2 ulama sufi ini.. bila kamu berbincang dgn saya?!!!! takutlah pada Allah.. dah kekeringan hujah mulalah menabur fitnah..
saya nukilkan kalam Ust Abdullah Zaik yang sgt dikagumi oleh golongan ISMA ini sendiri dan puak wahabi , katanya : " Miskin harta itu lebih baik daripada miskin hujah"
satu lagi , " sahabat anta" nie mengatakan bahawa saya sendiri mengatakan bahawa kitab ini banyak Israeiliyat..untuk pengetahuan pembaca, ini bukan kitab sejarah Bani Israel..ini kitab sejarah auliya' ahlussunnah mutaakhirin ..bagaimana mungkin boleh bercampur2 istilah mengatakan bahawa saya mengatakan bahawa ianya Israeliyat..
Sudah2lah "sahabat anta" , gunakan hujah..jgn emosi ye.. :) jgn melatah naa.. n jgn jadi pemutar belit dan pemecah belah masyarakat.. berani biar bertempat..
Golongan2 tertentu meminta untuk saya bertabayun dengan Ust Abdullah Zaik.. Sepatutnya saya kira Abdullah Zaik sendiri perlu meneliti dan memperhalusi ayat2nya jika ingin menulis..jgn anggap semua pembaca boleh memahami maksud sebenar ( itupun memang jika dia maksudkan ada sufi yang berjihad ), tetapi dari segi ayatnya memang amat jelas seolah-olah pembahagian dilakukan sewenang2nya.. Manusia tidak maksum, mungkin melakukan kesalahn, begitu juga saya sendiri.. sekurang2nya ada yang menegur supaya diperhalusi tulisan, bimbang berulang2 kesalahan yang sama dilakukan..
Maaf sekali lagi..wassalam
saya dh agak dr awal dah...mesti reka cerita. setakat yg saya kenal ust nazrul, beliau amanah dgn ilmu. 'sahabat anta' ni huduh sungguh perangai. selambe rock je dia kata dia pernah berbincang dgn ust nazrul psl buku ni. lps tu kata buku ni dh kena rod. dia tu sape entah. busuk betul dia ni.
BalasPadamtu psl la saya suruh dia jawab sape yg rod buku ni dlm komen di atas. nk tanya diri dia tu siapa confirm x jawab dh. huduh btul perangai 'sahabat anta' ni.. eh, cuba beritahu sape nama? boleh kita ramai2 ni jumpa borak-borak.
dah la tu, tutup kes! :)
salam..ust,blh tau kat mana nak dapatkan kitab yg ust buat rujukan tu..kat maktabah mana..
BalasPadamsaya bukan dari lulusan agama tetapi saya mengerti akan perkara yang ustaz nazrul ingin sampaikan.jelas dan nyata .cuma yang tidak jelas bila ada tangan2 memberi komentar yang bagi saya tidak jujur dgn ilmu mereka sendiri. apa yang ingin disampaikan oleh penulis adalah mudah iaitu beliau menangkis persoalan yang ditimbulkan oleh ust Abdullah yang mengatakan bahawa ulama sufi mmg ada peranannya dalam menyebarkan islam dan tidak rigid dgn melakukan ibadah kepada Allah semata2..persoalan yang saya ingin timbulkan disini , kenapa ada golongan yang berilmu berhujah dgn tidak menggunakan akal dan tanpa memahami sejarah islam itu sendiri .? .apa yang saya faham , perbezaan dalam berhujah adalah suatu rahmat ...katakan benar walaupun pahit ..kalau benar katalah benar ..kalau salah katakan salah ...=)
BalasPadamshafarin shaari
Assalamualaikum.. Ustaz Nazrul, sy nak mintak penjelasan ustaz mengenai zikir berdiri yang diamalkan oleh ahli tariqat dengan begitu jelas dan detail mengenainya.. harap2 sgt ustaz..
BalasPadamsupaya tidak berlaku tohmahan terhadap ahli tariqat dan memberi kefahaman kepada kita semua mengenainya.. Insyaallah.. barakallhu fikum..
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Q.S. Ali Imran 3: 190-191)
BalasPadamAllamah Ustaz nazrul,
BalasPadamItu bukanlah tohmahan tetapi realiti. Golongan batiniah sufi tidak mahu turun ke medan perang masa serangan monggol. Gazan raja monggol itu pun sudah islam tetapi islamnya diragui. Mereka golongan monggol menyatakan keislaman tetapi msih merompak dan membunuh bandar2 dan umat islam.
Ya benar monggol masuk islam, tetapi dalam semua org monggol yang islam tu sorang sahaja boleh harap (Batu Khan kalau tak silap). Timurlane orang monggol yang sufi... lihatlah sejarah apa yang dia buat kepada islam dan ummatnya.
Salahuddin
Ust Nazrul,
BalasPadamTerima kasih sekali lagi diatas irsyad enta. Ahsanallah ilaik!
Wasalallahu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wassohbihi wasallam walhamdulillahi rabbil 'aalamin!
Ust Nazrul,
BalasPadamAna tengok gaya anta menulis. Ana tak kenal anta.
Tapi kalau betullah 'sahabat anta' tu fitnah anta, dia seorang saja dalam post ni. Tapi anta besar-besarkan perbuatan dia fitnah anta (kalau betul), anta tutup pertanyaan-pertanyaan orang lain, seolah-olah orang lain tak bertanya. Ana rasa anta kene semak balik, check kitab tarikh yang lain.
Yang kedua kalaulah betul anta ni beradab, bertasawuf, maqam tinggi, kenapa anta buat apa yang bertentangan dengan kaedah ulama sufi? Anta dedahkan terang-terang nama syeikhuna Ustaz Abdullah, anta label-label. Anta ni nak popularkan diri ke? Apa salahnya hantar email secara personal kt dia?
Yang ketiga, lepas ana belek-belek blog anta ni, penuh dengan fitnah, tambah-tambah bab Syeikhul Islam Ibnu taimiyyah. Anta kalau tak suka ibnu taimiyyah tak payah buat fitnah, ambil rujukan-rujukan yang syadz & zhon, anta label-label orang lain wahabi. Inikah akhlak seorang pengikut tarikat?
Ana rasa anta patut nasihat diri anta dulu, sebelum menulis tu fikir dulu, jangan senang-senang label, nilai dengan ilmiah. Yang banyak buat fitnah sekarang ni anta, bukan orang lain.
Macam yang anta cakap, kalau ana tak tegur ni, anta tak sedar. Sedarlah diri nazrul.
Orang macam anta nilah yang buang masa berdebat untuk tegakkan jalan-jalan yang simpang siur, silap-silap mabuk dengan ilmu makrifat.
Ana malu nak mengaku anta ni junior ana di Azhar, ana malu. Ana doakan anta dapat luangkan masa, duduk sekejap, renungkan perbuatan-perbuatan anta tu, semak balik, jangan sombong sangat nazrul. Allahu'alam.
Ana hamba Allah to hamba Allah : ni sapa plak dok ngaku Ana malu nak mengaku anta ni junior ana di Azhar, ana malu.dok luah perasaan kat org.semak balik, jangan sombong..
BalasPadam-
Anta dedahkan terang-terang nama syeikhuna Mohd Nazrul Abd Nasir, anta label-label. Anta ni nak popularkan diri ke? Apa salahnya hantar email secara personal kt dia? email? email? email?
Xperasan ka.. yg Hang pon buat benda sama..
ada hati nak tegoq jgk..
Astagfirullahalazim..
Sesiapa yang mengisbatkan (menentukan atau menetapkan)dirinya adalah seorang yang bertawaduk (yakni seorang yangmerendahkan diri), maka dia sebenarnya adalah seorang yang
membesarkan diri, kerana tiadalah perendahan diri itu melainkan
dari [sisi] peninggian diri (yakni tiadalah orang yang menganggap
dirinya sudah merendahkan diri melainkan orang yang melihat
dirinya adalah tinggi).
Maka apabila engkau mengisbatkan dirimu sudah bertawaduk,
engkau [pada hakikatnya] adalah seorang yang membesarkan diri.ibn Athoillah.
Ana Rasa Syeikhuka Xtau lagi hat ni kot, klau dah tau xpa la percayalah Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.to hamba Allah 1x:klau anta jwb mmg anta Marah la..
1)Imam Abu Hasan Syadzuli ;memimpin 3000 Ahlullah berperang di Kota Mansurah ( Mesir )melawan pasukan Salib, pada tahun 642 hijriyah,walaupun matanya buta dan umur lebih 60 tahun.meninggal pd 656 hijriyah. Sumber ; Bayanul Jazim Anna Tasawuf litazkiyatil Insan Nahjul Lazim karya Sa`id Abul `As`ad : 132, Tabaqat Syadzuliyah al-Kubra karya Abu Ali Hasan bin Muhammad al-Faasi : 20. Husnul Muhadharah Fi Tarikhi Mesr Wal Qahirah Karya Imam Sayuti : 1 /401.
2)Syeikhul Islam Izzuddin Abdussalam sufi yang hebat dan berani,slalu mgikuti pengajian Syeikh Abu Hasan Syadzili.a)Memerangi tentera salib dgn Syeikh Abu Hasan.b)Melawan Tartar ketika itu Tatar telah menguasai Baghdad dan ingin menuju Syam.meninggal pd 660 hijriyah. Sumber ; Bayanul Jazim : 133 , Husnul Muhadharah Fi Tarikh Mesr wal Qahirah : 1 / 142, Maktabah al-`Ashriyah Lubnan.
3)Abdul Qadir al-Jaza`iri Pakar ilmu hadits dan tasawuf terkenal tawadhu` dan rendah hati,melawan Francis lebih dari tujuh belas tahun lamanya.Sumber ; Bayanul Jazim : 134
4)Syeikh Ahmad Syarif Sanusi,pemimpin Zawiyah Tariqah Sanusiyah.melawan Francis & Italia meninggal di kota Madinah.Sumber ; Bayanul Jazim : 136
5)Umar Mukhtar Seorang pendidik & Tarikat Sanusiyah,melawan Italia sebanyak 263 kali dalam masa 20 bulan saja,dihukum gantung pd 1350 hijriyah.Sumber ; Natsrul Jawahir Wa Dururu Fi Ulama Qarni Rabi` `Asyar :1/939, Bayanul Jazim : 144.
6)Muhammad Izzuddin Qassam Syadzuli,menyerang penjajahan Francis,pada tahun 1934 Sumber ; Natsrul Jawahir Wa Dururu Fi Ulama Qarni Rabi` `Asyar : 2 / 1352.
Klau salah Tolong Perbetulkan...
Assalamu'alaikum,
BalasPadamsemakin jelas mana yang benar-benar anti tasawwuf/ulama tasawwuf melalui komen-komen di atas dan si 'pemutar belit sejarah'.
Pemikir
kesian sy tgk hamba Allah...
BalasPadam1- backup org yg fitnh us Nazrul. Org tu fitnah us Nazrul secara terang jd tak salah us Nazrul nak blas. Takut org lain yg tak tahu akn rasa org yg fitnah us nazrul itu adalah benar. Boleh bc hadis ifki.
2- utk yg kedua pon sama. Us Abdullah bertanggungjawab dgn tulisan dia dan begitu juga us Nazrul. sapa ada hujah yg lbh kuat sila bentangkn.
3- sy minta saudara/ri nyatakan di mana ayat us nazrul fitnah Syeikhul Islam ibn Taimiyah? dan fitnah2 yg lain.
pandangan sy :
Us Nazrul masih lg beradab dlm memberi hujah ilmiah berkenaan tulisan us abdullah boleh tgk blk ayat ni
Saya memuji sikapnya yang tidak ingin membahaskan perkara-perkara furu’ bimbang akan semakin berpecah umat Islam hanya dengan petelingkahan yang boleh diselesaikan dengan cara baik.
Menunjukkan us Nazrul tdk menyalahkn tulisan tersebut 100%.
Secara keseluruhannya us Nazrul menasihatkn supaya ada kajian yg jelas disebabkn us Abdullah ada pengikut yg ramai. Seperti yg kita th "Agama manusia terletak pd agama pemimpin mereka". Sheikh Nurudin menegru TGNA disebabkan hal yg sama berkenaan isu maulidur rasul. Jd tdk salah sekirnya us Nazrul juga membuat hal yg sama.
Jadi sama-sama kita berlapang dada. Sekirnya ada yg salah kita betulkn. Sekiranya betul kita ambik. kan harmoni hidup kita. :)
TGNA tak pandang pun syeikh nurudin.
BalasPadamSyeikh nurudin ni siapa?
Besar sangatkah dia ni?
Kenapa asyik sebut nama dia sahaja?
Hormatlah TGNA, hormatlah ulama.
Kepada anon.
BalasPadamSila belajar adab. Adakah anda ini orang yang sama menulis komen-komen di atas yang menimbulkan lagi api kebencian ?. Tunjukkan siapa diri anda. Jangan jadi penakut.
Anda tidak perlu membanding-bandingkan ilmuwan di atas. Jika anda tak kenal syeikh Nuruddin sebagaimana anda kenal TGNA, maka carilah perkenalan itu.
Anon ni buta fakta. Dia tak tahu ke bahawa TGNA yg jemput Syeikh Nurudin utk 1st time mengajar di Kelantan dulu. Masa tu Syeikh Nurudin sedang mengajar d Rumah Kelantan d Kaherah. Kebetulan ada rombongan kerajaan negeri datang. TGNA dan Ust Daud Iraqi pun ada. Maka, TGNA jemput Syeikh Nur mengajar d sana dan mengiktiraf keilmuan Syeikh Nur..
BalasPadamIsu TGNA dan maulid dulu tu jangan diperbesarkan. Mereka berdua saling menghormati. Syeikh Nur selalu quote kata-kata TGNA dlm pengajiannya. Tntang isu maulid tu, Syeikh Nur anggap TGNA tersilap maka dia tegur secara beradab. Bukan mcm anon biadap yg kalau TGNA tahu mesti beliau marah.
Kalam Syeikh Nur juga kdg2 x disenangi sebab menyentuh isu politik d Malaysia. Tapi, ramai di kalangan anak murid Syeikh Nur ialah penyokong PAS. Mereka reti menilai walaupun Syeikhnya kdg2 menghentam PAS sebab x setuju dgn beberapa perkara. Janganlah hingga mengutuk Syeikh dan x lagi belajar dengannya.
TGNA dan Syeikh Nur bukan maksum tapi mereka wajar dihormati!
Tarik balik kata-kata anda wahai anon!
-saya lihat komen semakin lari dari topik asal. mungkin ustaz Nazrul boleh buat sesuatu. kunci post comment utk entri ni?
Salam Syeikh Fahmi..:) ana simpati tengok gol.wahabi nie..dah habis hujjah mulalah nak lari tajuk n nak buat kacau.. :)
BalasPadamUst Fahmi, ana tak tau nak kunci post comment utk entri ni.. mcmana ek? hehe..maklumlah bukan bidang kite..hehe
syukran ust..
Ana pun x tau. hehe (jawapan ringkas tapi padat)
BalasPadamOkay2.. sebelum kita tertipu dengan helah anon, yang telah mengunakan teknik UMNO.. iaitu permainan isu ilusi.. mari kita back to track...
BalasPadamiaitu:
SETUJUKAH KITA DENGAN KENYATAAN PRESS ISMA bahawa ULAMA SUFI JENIS MABUK DENGAN ILMU DAN MENGABAIKAN JIHAD DAN PEMBINAAN UMMAH?
balik pada topik la kan.. si anon tu aku tahu je, tu style UMNO,, orang citer royalti, hak coverpage dengan kes LIWAT, cerita enjin hilang, hangcoverpage dengan ahliparlimen lompat.. esh sudah la.. mampus melayu xmaju camni.. Bila berbahas satu2 topik, p laga topik lain..
buku prinsip2 asas tasawwuf keluaran jabatan mufti negeri sembilan punya penyelesaian dalam merungkai masalah ini.buku ini dikarang ketika as syeikh dato haji murtadza ibn syeikh haji ahmad,ulama terkemuka negeri sembilan menjadi mufti..disaat byk yang anti-tasawwuf,negeri sembilan antara yang kuat membela tasawwuf..
BalasPadamAssalamu'alaikum, untuk kunci post comment. Sign in dahulu. Kemudian enta pergi klik edit (pada bahagian artikel).
BalasPadamKemudian kita akan nampak kotak mengedit. Terus lihat bahagian bawah yang ada opsyen catatan.
Kemudian tekan opsyen catatan.
Kemudian bahagian ulasan pembaca ada tertulis :
1. Benarkan
2. Jangan benarkan, tunjukkan yang sedia ada
3. Jangan benarkan, sorok yang sedia ada
assalamualaikum.
BalasPadamust abdullah zaik dah cakap, "Cabaran yang dihadapi oleh Ibnu Taimiyyah pada waktu itu ialah suasana umat Islam yang tenggelam dengan tasawuf / tarikat sehingga tidak peduli walaupun negara sedang diserang musuh. Tasawuf yang berpegang kepada hakikat dan mengabaikan syariat."
yang ramai-ramai pening kepala ni kenapa? beliau hanya merujuk kepada kepada ahli sufi yang tenggelam dengan tasawuf hingga lupa jihad. memang ada pun. ust abdullah zaik tak adalah sampai buta sejarah islam.
kalau nak adil, baca buku-buku abul hasan an-nadwi yang cerita tentang orang-orang sufi yang tak nak pegi jihad masa perang tartar, yang jadi pengampu pemerintah hingga boleh cakap pada ibnu taimiyyah yang lebih kurang mcm ni "aku takut darah kau terkena jubah ku" kerana bimbang ketegasan ibnu taimiyyah akan menyebabkan ibnu taimiyyah dipancung.
nak lagi baca buku dr. raghid ar-sarjaani, salah seorang ikhwan mesir yang mendalami dan pakar dalam sejarah islam.benda yang sama juga beliau sebut.
wassalam
itula, golongan wahabi ni selalu buat kacau.
BalasPadamDah sesat nak buat kacau lagi.
Memang sahla kalau orang kata wahabi ni bersekongkol dengan israel.
Dah macam kafir pulak wahabi ni.
Biar Allah hukum mereka nanti.