Ahad, 18 April 2010

Jejak Auliya Siri Kedua .. Selamat Menonton..


Sumber : Blog Ust Azrul ( Pengasas Islam4Peace.Net )

Alhamdulillah, hasil muhasabah dan komen daripada para sahabat berkenaan rancangan Jejak Aulia episod pertama, akhirnya kami berjaya menyiapkan siri Jejak Aulia (Kaherah) episod 2 walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ust Mohd Nazrul yang sanggup meluangkan masa untuk sama-sama memperbaiki kualiti suara untuk mengelakkan kecacatan di dalam episod pertama berulang. Juga jutaan terima kasih kepada sahabat saya, Ust Mohd Fauzan yang turut sama menyumbangkan idea dalam memperbaiki mutu persembahan di dalam episod 2 ini.

Tidak lupa kepada Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiyah di bawah pimpinan Ust Hakimi yang sudi memberikan kerjasama di dalam penerbitan Jejak Aulia episod 2 ini khususnya AJK Biro Multimedia PMUI iaitu Ustzh Siti Sabiha yang membantu menterjemahkan sarikata kepada Bahasa Inggeris. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah menyumbangkan bakti walaupun secebis doa buat kami.

Sahabat semua boleh menontonnya di dalam www.islam4peace.net dan segala komen serta teguran amat-amatlah diharapkan. Bagi sesiapa yang masih tidak mendaftar sebagai ahli islam4peace.net, bolehlah mendaftar melalui link ini.


Semoga kita ikhlas di dalam membantu agamanya. Doakan agar usaha dakwah ini istiqamah di samping tidak mengabaikan tanggungjawab utama kita di Bumi Anbia ini. Jazakumullah.

p/s : kemungkinan kuliah agama dan siri Jejak Aulia akan terhenti sementara sempena fatrah peperiksaan yang semakin hampir. Kami cuba untuk istiqamah di dalam penerbitannya dan doa daripada semua amatlah diharapkan.


Mohd Azrul Azuan bin Idris
11.15 pm, 17 April 2010
Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah

p/s : Terima Kasih Ust Azrul dan Krew penggambaran Islam4Peace.Net.. MasyaAllah, ana begitu kagum dengan gerak kerja kalian.. Maaf kalian terlambat mengeluarkan siri kedua disebabkan ana .. Maaf sangat-sangat..

4 ulasan:

  1. subhanallah..
    Allah taala pasti memelihara orang yang memelihara agama-Nya.
    bermakna, siaplah wahai orang-orang yang tidak memelihara agama, siapakah nanti yang akan memelihara kamu?

    BalasPadam
  2. Allahu Allah~

    Sejejak Syuhada'

    Kusulusuri tapak kakimu
    Menjunjung dakwah tak rasa jemu
    Hingga terseru hati-hati kami
    Menyapa mesra dakwah tulusmu

    Dengan sabar engkau mengajar
    Dengan kasih sayang engkau berlapang
    Telaga budi ilmu kami tadah
    Penuh barakah dan juga hikmah

    Sudah pasti kami kan rindu
    Tawa mesra ikhlasnya qalbu
    Mendidik kami satu per satu
    Dengan Islam sebenar-benar wahyu

    Berbadai fitnah tidak mematah
    Semangat perjuangan tak mudah kalah
    Pada TuhanMu dirimu kau persembah
    Mohon redha melimpah-limpah

    Dicantas diparang segenap ruang,
    Hingga jasad mu hancur terkalang,
    Meski engkau mati berjuang,
    Maqammu syahid tinggi terjulang.

    Kini kami tetap di sini
    Meski rindu memalit diri
    Namun perjuangan tidakkan henti
    Terus menjulang dinnulillahi!
    Terus menjulang dinnuliillahi!
    Terus menjulang dinnulillahi!

    Tribute untuk ulama'-ulama' yang syahid berjuang
    di jalan dakwah~

    SUBHANALLAH! Merugilah mereka yang tidak menonton filem ini dan mengambil manfaat daripadanya! A great job from my ikhwah dari Mesir! Allahuakbar! Teruskan usaha murni kalian, kami rakan-rakan dhaif amat mendahagakannya~ Allahu Allah~ Berikan mereka semua sebesar-besar ganjaran!

    BalasPadam
  3. Salam.

    Tidak ada kekurangan atau kesilapan daripada pihak ustaz. Sebenarnya ketelitian untuk menambah baik kualiti episod 2 ini yang menyebabkan ianya lambat diterbitkan. Maklumlah, kami bukan profesional, baru nak belajar je =)

    Apa pun, jutaan terima kasih kepada ustaz kerana luangkan masa untuk merakam semula suara walaupun jadual ustaz sendiri teramat ketat. Paling mengharukan, ustaz sendiri mencadangkan dan luangkan masa untuk sesi pengambaran Jejak Aulia di Alex. Moga Allah membalasnya =) Jazakallah.

    BalasPadam
  4. salam alayk.. ulama pewaris nabi.. terima kasih yg tak terhingga, kalo kat msia ader siri jejak rasul, kat mesir ada jejak aulia.. btw.. PMUI tuh persatuan ape?

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...