Sabtu, 20 Jun 2009

Adakah Bilamana Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam Meninggalkan Sesuatu Perkara Bermakna Ianya Haram Dilakukan Oleh Kita??

Kali ini kita akan sama-sama membincangkan berkenaan masalah yang sering ditimbulkan oleh golongan salafi jadian @ wahabi. Masalah yang sering mereka laungkan dan sering kita dengari perkara ini ialah berkenaan sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam maka ianya merupakan bid’ah dan haram dilakukan. Perkataan-perkataan sebegini sering kali kita dengari daripada mereka:

“ Jika perkara ini baik, mengapa ianya tidak dilakukan oleh para salafussoleh terdahulu?”

Kesalahfahaman mereka di dalam memahami ilmu usul fiqh menyebabkan mereka tidak dapat membezakan mana satu hukum yang diguna pakai oleh para ulama umat Islam. Perlu diingat dan difahami, saya dan sahabat-sahabat yang menulis sebegini bukanlah berniat menghentam golongan wahabi atau salafi jadian . Sebaliknya tujuan kami tidak lain hanyalah semata-mata ingin memberikan kefahaman yang sebenar. Biarlah kita memahami sepertimana para ulama terdahulu faham. Janganlah dengan kesilapan kita menyebabkan kita telah mengheret golongan yang baru ingin mengenal hukum jauh daripada kebenaran. Kami tidak sesekali membenci wahabi, malah saya sendiri menyayangi mereka. Golongan wahabi juga merupakan golongan muslimin. Mereka bukanlah Kafir sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian golongan masyarakat Muslimin yang begitu tegar menghentam wahabi. Islam tidak mengajar kita berkhilaf sehingga mengeluarkan seseorang Muslim tersebut daripada Islam. Wahabi tetap Muslim. Cuma mereka tersalah di dalam memahami manhaj sebenar yang diletakkan oleh para ulama. Maka golongan yang tersalah, perlu ditunjukkan jalan yang sebenar. Kami tidak memaksa untuk kamu semua menerimanya. Akal dan iman yang ada pada kamu telah diberikan oleh Allah taala untuk menilai perkara ini semasak-masaknya. Kami bukan berhujah dengan akal dan emosi. Maka kamu juga perlu bersikap demikian. Walau berbeza pendapat, namun saling berlapang dada itu penting. Kebenaran itu lebih berhak diikuti. Jika kami salah, maka tunjukkan dimanakah kesalahan kami dan jika kamu benar, tunjukkan hujah bahawa kamu adalah benar.

Kembali kepada perbincangan asal.

Adakah sesuatu perkara yang ditinggalkan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam menunjukkan bahawa perkara itu menjadi haram untuk dilakukan oleh umatnya??

Menurut Guru Kami yang mulia Fadhilatul al-Allamah Syeikh Dr Ali Jum’ah hafizahullah : Telah sepakat para ulama salaf dan khalaf samada yang berada di timur atau barat mengatakan bahawa perkara yang ditinggalkan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam bukanlah boleh untuk dijadikan satu sumber pengambilan hukum untuk mengatakan bahawa ianya menjadi haram jika dilaksanakan.

Jika kita mempelajari ilmu usul Fiqh, hukum taklifi yang terdapat di dalam Islam yang disepakati oleh para ulama hanyalah 5 perkara:

1. al-Wujub ( sesuatu perkara yang jika ditinggalkan akan mendapat dosa, dan jika dilaksanakan akan mendapat pahala- juga dikenal dengan nama wajib)

2. al-Nadbu (sesuatu perkara yang jika ditinggalkan tidak akan mendapat dosa, dan jika dilaksanakan akan mendapat pahala- juga dikenal dengan nama Sunat)

3. al-Ibahah ( sesuatu perkara yang jika ditinggalkan tidak mendapat dosa dan jika dilaksanakan tidak mendapat pahala- juga dikenali sebagai Harus)

4. al-Karahah (sesuatu perkara yang jika ditinggalkan akan mendapat pahala, dan jika dilaksanakan tidak akan mendapat dosa- juga dikenali sebagai Makruh)

5. al-Hurmah ( sesuatu perkara yang jika ditinggalkan akan mendapat pahala dan jika dilaksanakan akan mendapat dosa- juga dikenali sebagai Haram).

Jika kita pelajari dengan teliti dan sebaiknya, maka kita tidak akan mendapati para ulama salafussoleh dan khalafussoleh tiada seorang yang mengatakan bahawa perkara yang ditinggalkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam adalah merupakan hujah mengatakan perkara tersebut haram dan bid’ah.

Dakwaan golongan wahabi sebegini merupakan dakwaan yang tiada bukti kukuh. Malah tiada dalil yang menguatkan hujah mereka. Perkataan seperti yang saya sebutkan diatas menjadi bukti bahawa mereka tidak memahami usul fiqh dan hukum hakam dengan baik. Persoalan sebegitu hanya dilafazkan oleh orang awam yang tidak benar-benar mendalami ilmu agama dengan para ulama muktabar.

Perbuatan Baginda sallallahu alaihi wasallam meninggalkan sesuatu perkara dengan keadaan baginda tidak menerangkan sebab mengapa perkara tersebut ditinggalkan maka ianya seolah-olah seperti sesuatu yang sengaja didiamkan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam .

Diamnya Baginda sallallahu alaihi wasallam bukanlah bermaksud mengabaikan hukum. Malah diamnya Baginda sallallahu alaihi wasallam terhadap sesuatu perkara adalah kerana untuk memberikan kesenangan kepada umatnya serta tidak ingin memberatkan umatnya. Ini sesuai dengan sifat Nabi sallallahu alaihi wasallam sebagai rahmat kepada seluruh alam. Firman Allah taala di dalam surah al-Anbiya ayat 107:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Maksudnya: Tidaklah kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:

ما أحل الله فهو حلال و ما حرم فهو حرام و ما سكت عنه فهو عفو , فاقبلوا من الله عافيته , فإن الله لم يكن لينسي شيئاً

Maksudnya: Apa sahaja perkara yang dihalalkan Allah taala maka ianya menjadi halal, dan apa sahaja perkara yang diharamkan oleh Allah taala maka ianya menjadi haram,dan apa sahaja yang didiamkan (tidak diterangkan hukumnya samada halal atau haram) maka ianya dimaafkan. Maka terimalah rahmat ini daripada Allah taala. Sesungguhnya Allah taala tidak pernah melupakan sesuatu perkara sekalipun.

Jadi, perbuatan mengharamkan dan menuduh golongan yang melakukan perkara yang didiamkan oleh syarak sebagai haram dan bid’ah adalah satu tuduhan yang melulu dan membuta tuli.

MENGAPAKAH BAGINDA SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM MENINGGALKAN SESUATU PERKARA? APAKAH SEBABNYA?

Al-Alim al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya “ حسن التفهم و الدرك لمسألة الترك”:

Jika Baginda sallallahu alaihi wasallam meninggalkan sesuatu perkara maka ianya terdapat beberapa kemungkinan :

1. Baginda sallallahu alaihi wasallam meninggalkan perkara itu kerana tidak sesuai dengan adatnya. Ini seperti hadis yang menceritakan tentang Dhob (Biawak pasir) yang dihidangkan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam.Hadis ini disebutkan di dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim.

2. Terkadang Baginda sallallahu alaihi wasallam meninggalkan sesuatu perkara kerana terlupa . Baginda sallallahu alaihi wasallam pernah terlupa di dalam solatnya.Maka ditanya oleh para sahabat: Adakah terdapat syariat yang baru tentang solat? Maka jawab Baginda sallallahu alaihi wasallam:

إنما أنا بشر أنسى كما تنسون فإذا نسيتُ فذكرونى

Maksudnya: Sesungguhnya aku juga manusia seperti kamu, maka aku juga terkadang lupa sepertimana kamu lupa. Jika aku lupa, ingatkanlah aku.

3. Baginda sallallahu alaihi wasallam juga meninggalkan sesuatu perkara kerana bimbang perkara tersebut menjadi kewajipan kepada umatnya. Ini jelas seperti Baginda sallallahu alaihi wasallam meninggalkan solat tarawih secara berjemaah . Baginda hanya melaksanakannya selama tiga hari sahaja dan kemudian Baginda tidak lagi melaksanakannya dengan para sahabat.

4. Terkadang Baginda sallallahu alaihi wasallam meninggalkan sesuatu perkara kerana tidak terlintas di dalam fikiran Baginda sallallahu alaihi wasallam untuk melakukan perkara tersebut. Ini seperti dijadikan mimbar sebagai tempat untuk berkhutbah. Disebutkan di dalam Majma’ Zawaid jilid 2/180:

فقال رجال في أصحابه: يا رسول الله نجعل لك شيئا تقوم عليه يوم الجمعة حتى ترى الناس أو قال: يراك الناس حتى يسمع الناس خطبتك قال: نعم فصنعوا له ثلاث درجات فقام النبي صلى الله عليه و سلم كما كان يقوم فخار الجذع حتى تصدع و أنشق فمسحه بيده حتى سكن, ثم رجع إلى المنبر

Maksudnya: Salah seorang sahabat berkata kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam: Ya Rasulallah, Apakah pandanganmu jika kami membina sebuah tempat untuk kamu berdiri memberikan khutbah pada hari Jumaat sehingga kamu boleh melihat hadirin (di dalam riwayat yang lain) : Hadirin yang hadir dapat melihat kepadamu sehingga mereka boleh mendengar dengan jelas khutbahmu. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Baik juga cadangan tersebut. Maka para sahabat pun membina sebuah mimbar yang terdapat 3 anak tangga padanya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdiri di atas mimbar tersebut sepertimana biasa. Seketika itu juga terdengar bunyi batang tamar tempat Baginda berkhutbah dahulu berbunyi (seumpama bunyi lembu mengerang) sehingga ianya terbelah dan pecah, maka Baginda sallallahu alaihi wasallam pun mengusap-usap batang tamar tersebut sehinggalah ianya diam kemudian Baginda pun kembali ke mimbar tersebut.

5. Terkadang baginda sallallahu alaihi wasallam meninggalkan sesuatu perkara kerana ianya telah pun disebutkan di dalam ayat yang menyuruh kita melakukan apa sahaja perkara yang baik yang tidak bercanggah dengan syarak. Firman Allah taala di dalam surah al-Haj ayat 77:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah dan beribadahlah kepada tuhanmu dan lakukanlah perkara yang baik moga-moga kamu beroleh kejayaan.

6. Terkadang Baginda sallallahu alaihi wasallam meninggalkan sesuatu perkara kerana bimbang akan terasa hati sebahagian sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam . Ini jelas disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim berkenaan keinginan Baginda sallallahu alaihi wasallam untuk membina kaabah pada tempat asas yang diletakkan oleh Nabi Allah Ibrahim alaihi al-salam.

Menurut Syeikhuna al-Allamah Dr Umar Abdullah Kamil hafizahullah, terdapat banyak lagi sebab yang menyebabkan Baginda sallallahu alaihi wasallam meninggalkan sesuatu perkara.
Jika Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ingin melarang sesuatu perkara dan ingin menunjukkan bahawa perkara itu haram, maka tidak cukup dengan hanya meninggalkan perkara tersebut tanpa menerangkan bahawa ianya dilarang. Baginda sallallahu alaihi wasallam pasti akan menerangkan bahawa perkara tersebut adalah haram. Mustahil Baginda sallallahu alaihi wasallam mendiamkan diri tanpa menerangkan bahawa perkara tersebut adalah haram.

Allah taala berfirman di dalam surah al-Hasyr ayat 7:

وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا

Maksudnya: Apa sahaja yang diarahkan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam maka wajiblah kamu melaksanakannya, dan apa sahaja perkara yang dilarang oleh Baginda maka tinggalkanlah.

Jelas di dalam ayat ini menyebutkan kita perlu meninggalkan perkara yang dilarang oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam. Allah taala tidak pula menyebut:

و ما لم يفعله فانتهوا

Maksudnya: Apa sahaja perkara yang tidak dilakukan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam maka tinggalkanlah perkara tersebut.

Inilah kefahaman para ulama terdahulu terhadap permasalahan ini. Jika bukan kerana kefahaman ini maka tidaklah kita dapati ada sahabat yang melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam.

CONTOH PERBUATAN SAHABAT YANG MELAKUKAN PERKARA YANG TIDAK PERNAH DILAKUKAN OLEH RASULULLAH

1. Perbuatan sahabat yang menambah doa selepas mengangkat kepala daripada rukuk di dalam solat.Hadis ini disebutkan oleh al-Imam Ahmad jilid 4 mukasurat 340, al-Imam Bukhari di dalam Sahihnya jilid 1 ms 275, al-Imam Abu Daud di dalam Sunannya jilid 1 ms 204, al-Imam Nasa’ie jilid 1 ms 222, al-Imam Malik di dalam Muwatta’ jilid 1 ms 211, al-Imam Baihaqi di dalam Sunan Kubra jilid 2 ms 95.

Golongan wahabi yang tidak memahami perkara ini mengatakan bahawa perkara ini diikrarkan oleh Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam selepas solat tersebut. Maka ianya dikira sebagai pengiktirafan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam. Kita pada masa sekarang tiada siapa lagi yang akan mengiktiraf perbuatan kita samaada boleh atau tidak. Maka secara jelas perkara tersebut ditolak.

Hujah sebegini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak memahami maksud sebenar perbuatan sahabat ini. Saya ingin bertanya, jika sahabat tersebut memahami bahawa melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah haram, maka tentulah mereka lebih dahulu meninggalkan perkara tersebut. Mengapa sahabat tersebut tidak bertanya terlebih dahulu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam sebelum melakukannya. Adakah sahabat tersebut tidak takut termasuk di dalam golongan yang melakukan bid’ah?

Maka jelas menunjukkan bahawa para sahabat tidak memahami bahawa apa yang baginda diamkan dan tidak lakukan bermakna ianya haram dan termasuk perkara bid’ah. Malah mereka memahami bahawa ianya termasuk di dalam kaedah syarak yang tidak melarang melakukan perkara tersebut. Ini kerana solat adalah tempat untuk kita berdoa. Maka kerana itulah para fuqaha membahaskan adakah kita dibenarkan membaca doa apa sahaja di dalam solat. Ini kerana mereka memahami maksud sebenar hadis tersebut dengan jelas.

2. Perbuatan Saidina Bilal radhiyallahu anhu melakukan solat sunat wudhuk. Baginda sallallahu alaihi wasallam tidak pernah melakukannya. Maka ini jelas bahawa Saidina Bilal memahami bahawa bilamana Baginda sallallahu alaihi wasallam meninggalkan sesuatu perkara dan mendiamkannya bukanlah bermakna ianya haram.Hadis tersebut diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari di dalam Sahihnya jilid 1 dan 3 pada mukasurat 366 dan 1371.

3. Perbuatan Saidina Umar radhiyallahu anhu mengumpulkan untuk melaksanakan solat tarawih secara berjemaah ketika bulan Ramadhan. Perkara ini jelas tidak dilakukan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam. Ini bermakna Saidina Umar radhiyallahu anhu memahami bahawa apa yang tidak dilakukan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam bukanlah bermaksud perkara itu haram.

4. Perbuatan Saidina Uthman radhiyallahu anhu menambah azan Jumaat sebanyak 2 kali.

5. Perbuatan Saidina Bilal bin al-Harith al-Muzani radhiyallahu anhu pergi ke Maqam Saidina Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengadu tentang kemarau yang menimpa Madinah ketika tersebut. Jika perbuatan Saidina Bilal tersebut bid’ah maka tentulah Saidina Umar radhiyallahu anhu akan mengambil tindakan ke atasnya. Namun perkara tersebut tidak berlaku, malah diiktiraf oleh Saidina Umar al-Khattab radhiyallahu anhu.

Banyak lagi perkara yang dilakukan oleh para sahabat yang ianya tidak dilakukan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam sebelumnya.Cukuplah hujah yang saya berikan ini buat orang yang inginkan kebenaran.Benarlah kata-kata hukama’:

مريد حق كفاه نص

و ألف لا تُقنِع المعاند

Maksudnya: Orang yang inginkan kebenaran cukuplah baginya satu hujjah, manakala orang yang keras kepala jika diberikan seribu hujjah sekalipun tetap tidak akan menerimanya.

Sekali lagi saya berpesan, jika ingin berhujah datangkanlah dengan hujah yang bernas dan kukuh. Jangan dahulukan emosi. Sudah kerap kali golongan sebegini melakukannya di dalam laman saya ini. Tidak mendatangkan hujah, cuma celaan dan cemuhan yang dihamburkan. Mereka menuduh orang tidak beradab, sedang diri sendiri dilupakan. Kita berbincang dengan cara yang baik. Saya bersikap berlapang dada dengan orang yang mahu meraikannya. Tiada guna melayan orang yang sombong tidak sedarkan diri.

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Husnu al-Tafahhum wa al-Darki li mas’alati al-Tarki oleh Al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari rahimahullah. Cetakan Maktabah Kaherah.Tahqiq Syeikh Safwat Judah Ahmad.

2. Al-Tarku la Yuntiju Hukman oleh Al-Allamah Dr Umar Abdullah Kamil hafizahullah. Cetakan Darul Mustafa

3. Al-Bayan li Ma Yusghilu al-Azhan oleh al-Allamah Dr Ali Jum’ah hafizahullah cetakan al-Muqattam lil Nasyri wa al-Tauzi’

MOHD NAZRUL ABD NASIR,
RUMAH KEDAH HAYYU 10,
KAHERAH MESIR.

76 ulasan:

  1. penjelasan yang sangat jelas.. senang hati dibuatnya. kadang2 sudah tidak tertahan mendengar teguran2 dan cemuhan pihak2 yang selalu menghukum bidaah ni..

    BalasPadam
  2. Peng ni.

    "Org yg inginkan kebenaran, cukuplah baginya satu hujah, manakala org yg keras kepala jika diberikan seribu hujah sekalipun tetap tidak akan menerimanya."

    Kita hisab diri same2 ye.

    Apa yg saya faham dr artikel ustaz ni, ustaz nak kate selagi takde dalil yg mharamkan sstu amalan tu, maka ia boleh dilakukan. Macam tu ke?
    Kalo sy salah, tlg betulkan.
    Bagitaula kt YM, sy sibuk nak exam skarang, tak sempat nak bukak2 balek.

    So sy ade 1 soalan kt ustaz,
    mengikut kaedah ustaz,
    macam mana ustaz nak hukum perbuatan Aminah Wadud(sorg pompuan) jd imam solat jumaat kpd laki2 dan perempuan bape tahun lepas?
    Ustaz hukum sbg haram atau tidak?
    Kalo haram, mcm mane?

    Sbb sy berpegang dgn kalam Dr Yusuf Qaradawi dlm kes Aminah Wadud ni, asal hukum dalam ibadat(khusus) haram melainkan ade dalil syariat or hadis selepasnya dan inilah pegangan saya dlm bab ibadat khusus, saya menolak bid'ah, sy menolak wujudnya bid'ah hasanah.

    Sy rase ustaz lebih tau dalil kpd kaedah asal
    hukum haram ni.

    Kalo boleh, sy nak hadis dan ayat quran, yg melarang perempuan jd imam kpd laki2 mcm dlm kes Aminah Wadud ni.

    Kalo tak, ikut kaedah ustaz, susah sy nak hukum haram perbuatan Aminah Wadud tu.Ntah2 dibolehkan.

    Maklumla, zaman Nabi tak pernah rasenye perempuan jd Imam solat kpd laki2 yg capai tahap. Ni jgak termasuk dlm perkara yg nabi tinggalkan.

    Allahu'alam.

    BalasPadam
  3. Di sini ana ingn ingin berkongsi ilmu ana yang serba sikit,serta beberapa kaedah usol fiqh

    Perlakuan2 sahabat sbgmana yg dihujahkan oleh saudara……perlu lebih diteliti dgn mendalam.
    Hadis ttg yg halal yg haram dah jelas, ni bab mkn minum dan sebagainya….bab ibadah dah ada hadis len yg menerangkan. Stiap bid’ah dlm agama tu haram, amalan tu tertolak
    Mengenai hadith berikut :
    Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:
    ما أحل الله فهو حلال و ما حرم فهو حرام و ما سكت عنه فهو عفو , فاقبلوا من الله عافيته , فإن الله لم يكن لينسي شيئاً
    Maksudnya: Apa sahaja perkara yang dihalalkan Allah taala maka ianya menjadi halal, dan apa sahaja perkara yang diharamkan oleh Allah taala maka ianya menjadi haram,dan apa sahaja yang didiamkan (tidak diterangkan hukumnya samada halal atau haram) maka ianya dimaafkan. Maka terimalah rahmat ini daripada Allah taala. Sesungguhnya Allah taala tidak pernah melupakan sesuatu perkara sekalipun.

    Hadith yang sama dengan diatas
    فأخرجه الترمذي فى سننه ( 1726 ) ، وأبو اقاسم البغوي فى " معحم الصحابة " ( ج 9 / ق 158 / 1 – 2 ) ، وابن شريح فى " جزء بيبي " ( 85 )، وابن عدي فى الكامل (1267/3) ، والعقيلي في الضعفاء (174/2) والطبراني في الكبير (ج6/رقم 6124) والحاكم (115/4) والبيهقي ( 12/10) من طريق عن سيف بن هارون عن سليمان التيمي عن عن ابي سليمان النهدي عن سلمان الفارسي قال : سئل رسول الله صلي الله عليه وسلم عن السمنوالجبن والفراء فقال : الحلال ما أحل الله في كتابه و الحرام ما حرم الله في كتابه وما سكت عنه فهو عفو " .
    Kalo kita melihat dari hadith yang kedua ini adalah sama ngan hadith pertama di atas ,rasullah di tanyakan mengenai lemak keju dan bulu binatang, bukanlah perbuatan ibadah yang nabi diamkan .

    Ulamak kebanyakan meletak hadith ini dalam kitab- kitab mereka di bawah tajuk halal dan haram mengenai makanan dan minuman, kamu boleh ruju' dikitab fiqih sunnah, walau pun jika hendak berpegang degan hadith ini sekali pun ada hadith yang lain mengkhususkan hadith ini didalam perkara ibadah

    مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
    Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tiada perintah kami padanya maka ianya tertolak

    فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاثِ الاُمُورِ فَاِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
    oleh kerana itu kalian wajib berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana sesungguhnya setiap yang baru/bid’ah itu sesat
    Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah

    BalasPadam
  4. Penjelasan ttg solat sunat wudhuk yg dilakukan Bilal –

    1. Peristiwa ini dikala wahyu masih lagi diturunkan. Syariat Islam masih blum lengkap, sentiasa berlaku penambahan pengurangan dlm syariat.
    2. Dalam urusan beribadah kepada Allah, bagaimana tatacara kaifiyat melakukan sesuatu ibadah, ianya adalah urusan tauqifi. Kaedah usulfiqh menetapkan:

    اَلأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ التَّوْقِيْفُ وَالاِتِّبَاعُ
    Asal hukum mengenai ibadat ialah menunggu perintah dan mengikut.

    Dalam kata lainnya:
    اَلأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ الْبُطْلاَنِ حَتَّى يَقُوْمَ دَلِيْلٌ عَلَى الأَمْرِ
    Asal hukum mengenai ibadat ialah batil (tidak boleh dikerjakan) sebelum datang dalil yang memerintahkan.

    Kedua-dua kaedah di atas sejajar dengan sabda Rasulullah saw: Riwayat Muslim

    مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
    Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tiada perintah kami padanya maka ianya tertolak

    Hadis ini merupakan salah satu pedoman penting dalam agama Islam yang merupakan kalimat pendek yang penuh dengan arti yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w. Hadis ini dengan tegas menolak setiap perkara bid’ah dan setiap perkara (dalam urusan agama) yang direka dan diada-adakan. Sebahagian ahli ushul fiqh menjadikan Hadis ini sebagai dasar kaedah bahawa setiap yang terlarang dinyatakan sebagai hal yang merosak.
    Hadis ini patut dihafal, disebarluaskan, dan digunakan sebagai bantahan terhadap kaum yang ingkar, kerana isinya mencakup semua hal
    3. Dalil2 diatas tidak menunjukkan Bilal memandai-mandai dlm urusan agama, ianya umum menceritakan Bilal sentiasa berusaha istiqamah utk berada dalam keadaan berwudhuk dan ia bersolat 2 rakaat sunat dengannya, hadis ini tidak menunjukkan secara sarih sunat wudhuk, hanyalah dlm bab ini ulama mengistinbat ianya dipanggil solat sunat wudhuk.
    4. Iqrar Rasulullah saw pada pengamalan Bilal menunjukkan amalan ini dibenarkan syara’.dan jika kita ni buat mender baru sapa nak jamin perbuatan kita tersebut bertepatan dengan kehendak Allah atau tidak, jika manusia boleh tahu kehendak Allah maka wahyu tidak perlu, jadi adanya nabi di sisi bilal mengiqrar perbuatan bilal tersebut menyebabkan amalan tersebut di terima..
    5 Sebagaimana tlh dijelaskan, perlakuan Bilal ini dikala syariat msih lg diturunkan. Dan kita xleh amik skadar riwayat Bilal ini tuk menegaskan boleh buat perkara yg Nabi xbuat tp kna tgk hadis2 yg lain gak.

    BalasPadam
  5. 6.
    عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ قَالَ وَعَظَنَا رَسُولُ الله ص مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرِفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقُلْنَا يَا رسولَ الله كَاَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَاَوْصِنَا قَالَ اُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَاِنْ تَاَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاثِ الاُمُورِ فَاِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
    Daripada Irbadh bin Sarriyah ia berkata: Rasulullah saw memberi nasihat kepada kami yang membuat hati kami bergetar dan berlinangan air mata (kerana terharu). Kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat perpisahan maka berilah kami wasiat. Maka beliau bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu sekalian untuk tetap bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mendengar dan taat walau yang memimpin kamu adalah seorang hamba. Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup di kalangan kamu (berumur panjang) nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, oleh kerana itu kalian wajib berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana sesungguhnya setiap yang baru/bid’ah itu sesat
    Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah

    2 & 6 menunjukkan xleh pandai2 dlm urusan ibadah. Bila syariat Islam ni dah lengkap, tidak boleh lagi nak tambah2 atau kurang2. klu kita pandai2 tambah dan kurang, sama la cam yahudi nasrani, nasrani buat rahbaniyah.
    Dalil tentang solat sunnat Wudhuk ini adalah dari hadits ‘Uqbah bin ‘Amir meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda :

    مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَرَفَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوْءَهُ ثُمَّ يَقُوْمُ فَيُصَلِّيْ رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلاً عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ اِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
    “Tiada seorang muslim yang berwudhuk lalu ia memperbaguskan wudhuknya, kemudian ia bangun bersolat dua rakaat dengan keadaan mengadap kepada dua rakaat solatnya itu dengan hati dan wajahnya melainkan wajiblah baginya syurga.” H.R. Bukhari dan Muslim.

    Hadits yang menjelaskan adanya solat sunnat setelah selesai berwudhuk dan jumlah rakaatnya dua rakaat. Abu Hurairah meriwayatkan katanya :

    اَنَّ رَسُوْلَ الله ص قَالَ لِبِلاَلٍ حَدِّثْنِيْ بِاَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الاِسْلاَمِ اِنِّيْ سَمِعْتُ دَقَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الْجَنَّةِ. قَالَ مَا عَمِلْتُ عَمَلاً اَرْجَى عِنْدِيْ مِنْ اَنِّيْ لَمْ اَتَطَهَّرْ فِيْ سَاعَةٍ مِنْ لَيْلٍ اَوْ نَهَارٍ اِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُوْرِ مَا كُتِبَ لِيْ اَنْ اُصَلِّيْ
    Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda kepada Bilal : “Hai Bilal ! Ceritakanlah kepadaku amalan yang paling memberi pengharapan yang telah engkau kerjakan dalam Islam, kerana sesungguhnya aku telah mendengar suara hentakan kasutmu di depanku di syurga.” Bilal menjawab : “Tidak ada satu amalan yang lebih banyak memberi pengharapan kepada saya selain dari saya berwudhuk di sepanjang masa, malam atau siang melainkan saya mengerjakan solat dengan wudhuk itu solat yang telah di tetapkan untukku bersolat (dua rakaat).” H.R. Al-Bukhari dan Muslim.

    BalasPadam
  6. Iaitu di ceritakan bahawa Bilal menjelaskan tentang cara solat yang di lakukan setelah berwudhuk dan di dalam hadits dari Buraidah, katanya :
    اَصْبَحَ رَسُوْلُ الله ص فَدَعَا بِلاَلاً فَقَالَ: بِمَا سَبَقْتَنِيْ اِلَى الْجَنَّةِ؟ مَا دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَطُّ اِلاَّ سَمِعْتُ خَشْخَشَتَكَ اَمَامِيْ! قَالَ يَا رَسُوْلَ الله، مَا اَذَّنْتُ قَطُّ اِلاَّ صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ وَمَا اَصَابَنِيْ حَدَثٌ قَطُّ اِلاَّ تَوَضَّأْتُ عِنْدَهُ وَرَاَيْتُ اَنَّ للهِ عَلَيَّ رَكْعَتَيْنِ. فَقَالَ رَسُوْلُ الله ص بِهِمَا
    “Rasulullah saw. bangun pagi lalu beliau memanggil Bilal, sabdanya : “Hai Bilal ! Dengan amalan apakah engkau telah mendahuluiku ke syurga ? Aku tidak masuk syurga sama sekali melainkan aku dengar satu gerakan suara di depanku.” Bilal menjawab : “Ya Rasulullah ! Saya tidak berazan sama sekali melainkan saya bersolat dua rakaat. Dan saya tidak di timpa hadas sama sekali melainkan saya berwudhuk di sisinya dan saya nampak bahawa Allah mempunyai dua rakaat ke atas saya.” Maka Rasulullah saw. bersabda : “Dengan kedua duanya !” H.R. At-Tirmidzi dan Ahmad.
    Begitu juga mengenai Perbuatan sahabat yang menambah doa selepas mengangkat kepala daripada rukuk di dalam solat ianya berlaku zaman nabi…

    BalasPadam
  7. Apakah benar Umar bin Al-Khattab membuat bid’ah dalam urusan agama?
    Maka untuk menjawab masalah ini marilah kita melihat kejadian atau kisah ini dari mulanya. Sebenarnya solat terawih bukan bermula pada zaman umar tapi ianya bermula pada zaman nabi, Kita renungkan sepotong hadits yang diriwayatkan oleh Aisyah yang berbunyi:
    اَنَّ رسولَ الله ص صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ اَوِ الرَّابِعَةِ فَلَمْ يَخْرُجْ اِلَيْهِمْ رَسُولُ الله ص، فَلَمَّا اَصْبَحَ قَالَ "قَدْ رَأَيْتُ الَّذِى صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِيْ مِنَ الْخُرُوجِ اِلَيْكُمْ اِلاَّ اَنِّيْ خَشِيْتُ اَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ"، وَذَلِكَ فِيْ رَمَضَانَ
    Bermaksud:
    Bahawasanya Rasulullah saw solat pada suatu malam di masjid, maka solatlah manusia (para sahabat ) dengan Rasulullah saw, kemudian solatlah dari satu kabilah, maka semakin banyaklah manusia, kemudian mereka berkumpul pada malam yang ketiga atau keempat, maka Rasulullah saw tidak keluar pada mereka. Ketika subuh Rasulullah saw bersabda: “Sungguh aku telah melihat apa yang kalian kerjakan, dan tidaklah ada yang menghalangiku untuk keluar pada kalian melainkan kerana aku takut hal tersebut diwajibkan atas kalian”. Hal itu terjadi pada bulan Ramadhan.
    Dikeluarkan oleh Bukhari

    Perlakuan solat jamaah tarawih oleh umar bkn memandai2 sbb ianya tlh dilakukan rasulullah. Umar cuma sambung kembali sunnah tsb.
    Okey kita masuk pulak macamana ulamak usul fiq membuat kesimpulan dengan mengunakan kaedah (إذا عدم العلة فعدم الحكم)"tiadanya sebab maka tidak terjadinya hukum" jadi di sini bila mana dalam hadith aisyah tadi kebimbangan rasullulah adalah jika di fardukan solat tarawih tadi, solat tarawih tiga malam pertama nabi buat, tapi mlam ke4 nabi tak buat, sbb nabi kesian kepada umatnya jika Allah fardukan menjadi wajib dan jika ummatnya meninggalkan akan berdosa, nabi kesian kat kita, okey bila nabi wafat perkara yang di yang dibimbangkan nabi iaitu "wahyu mewajibkan solat tarawih " dah tak ada, bila tiba zaman umar saidina umar buat balik apa yang nabi buat tadi, kat sini ulamak usol fiq meletakan kaedah (إذا عدم العلة فعدم الحكم)"tiadanya sebab maka tidak terjadinya hukum"

    BalasPadam
  8. Bab azan dua kali jumaat – ijtihad usman
    Berkata komentator Ihkamul Ahkam: Penetapan Usman adalah hasil ijtihad beliau. Beliau melakukan ijtihad kerana pada masa itu penduduk Madinah banyak bertambah dan di Madinah hanya ada sebuah masjid. Sekiranya azan cuma sekali saja di pintu masjid atau di menaranya, tentulah tak dapat didengar oleh semua penduduk Madinah. Kerana itu Usman menyuruh seorang melaungkan azan sebelum masuk waktu di Az-Zaurak di tengah-tengah gelanggang kesibukan

    Rujuk Koleksi Hadis-Hadis Hukum 2 oleh Teungku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy, Bab Ketiga; Azan dan Iqamah; Azan Subuh , waktu-waktu menyuarakannya dan berapa kalikah azan Subuh dan Jum'at itu? Hal. 146

    Dalam hadits lainnya dijelaskan:

    عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيْدٍ قَالَ: اِنَّ الَّذِيْ زَادَ التَّأْذِيْنَ الثَّالِثَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ حِيْنَ كَثُرَ اَهْلُ الْمَدِيْنَةِ وَلَمْ يَكُنْ لِلنَّبِيِّ ص مُؤَذِّنٌ غَيْرُ وَاحِدٍ وَكَانَ التَّأْذِيْنُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حِيْنَ يَجْلِسُ الاِمَامُ يَعْنِيْ عَلَى الْمِنْبَرِ
    Daripada Saib bin Yazid ia berkata: Bahawa yang menambahkan azan ketiga pada hari Jumaat ialah Usman bin Affan di kala penduduk Madinah bertambah banyak. Nabi saw hanya mempunyai seorang muazzin dan azan di hari Jumaat ialah ketika imam duduk yakni duduk atas mimbar. Riwayat Bukhari

    Berkata Imam Asy-Syafie dalam Al-Umm: Saya menyukai bahawa azan pada hari Jumaat itu, ketika imam masuk masjid dan ia duduk pada tempatnya yang ia berkhutbah, yang mana di atas tempat itu kayu atau pelepah kurma atau mimbar atau sesuatu yang tinggi atau lantai. Apabila imam telah berbuat demikian, lalu juru azan melaksanakan azan. ………… Atha' menentang bahawa Usman yang mengadakan azan kedua (yakni tambahan azan) itu dan mengatakan bahawa azan kedua itu diadakan oleh Muawiyah. Manapun orang yang dua itu (Usman dan Muawiyah) yang mengadakan (tambahan azan), maka keadaan yang pada masa Rasulullah saw adalah lebih saya sukai .

    Rujuk Al-Umm (Kitab Induk) oleh Al-Imam Asy-Syafi'i

    Imam syafie lebih suka azan sbgmana di zaman nabi, satu kali azan je.

    BalasPadam
  9. jaza'kalLAH khairal jaza' sama-samalah kita koreksi diri kita...
    ana sedia menerima teguran yang membina dari kawan-kawan sekalian, jika apa yang ana sampaikan tidak bertepatan dengan al-quran dan assunnah..
    mohd firdaus bin ABDUL HAMID
    kuliah syariah Uni. AZHAR ASSYARIF..TAFAHNA ASYRAF
    SEGAMAT-JOHORE

    BalasPadam
  10. terima kasih "budak baru belajar"..

    sgt sronok bila melihat perbincangan dua hala.

    moga kita dapat menilainya.

    BalasPadam
  11. Assalamu'alaikum,

    Lihat ijtihad saidina Uthman - menambahkan azan ke tiga sebelum solat jumaat. Ia tiada dilakukan oleh rasuluLlah. Adakah ia tiada kaitan dengan ibadah?

    Imam Syafie menyatakan lebih suka azan sekali kan.. Tapi tiada pula sebut bid'ah atau haram :). Nampak tak bagaimana seorang ulamak muktabar berkata-kata dengan warak. Berbeza dengan wahhabi salafi yang tiada lagi adabnya terus kata bid'ah sesat.

    Itu belum masuk lagi bab qunut, penggunaan tasbih, kaedah-kaedah usul fiqh yang disusun oleh Imam Syafie (adakah ia tiada berkaitan dengan ibadah - sedangkan ia berkaitan dengan istinbath dalam hukum syarak)? Ilmu berkaitan jarh wa at ta'dil, pengkelasan darjat hadith, nahu, sorof, dan sebagainya. (ada RasuluLlah buat?)

    Banyak lagi perkara bid'ah (perkara baru yang diada-adakan) selepas kewafatan RasuluLLah. Solat jumaat tidak dilakukan di masjid nabawi tetapi kemudian berkembang di seluruh dunia.

    Solat terawih secara berjemaah tersebut sampai sebulan tidak pernah dibuat oleh RasuluLlah. Jadi ia tetap perkara yang baharu, sehinggalah Saidina Umar mengatakan sebaik-baik bid'ah.

    Dalam mensyarahkan hadith tidaklah lengkap tanpa syarah oleh Ulamak Hadith yang muktabar sendiri. Maklumlah, di dalam perkara hukum hakam agama kita tidak mahu memandai-mandai.

    BalasPadam
  12. Beliau menyatakan dalam kitabnya : "Tahzib al Asma wal Lughat" (Jld 3/22) bahawa : Bid'ah pada syarak ialah mengadakan sesuatu yang tiada wujud di zaman rasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan ia terbahagi kepada bid'ah hasanah (bid'ah baik) dan bid'ah qabihah (yang keji).

    Menurut as Syeikh al Imam Abu Muhammad Abdul Aziz bin AbdusSalam (yang disepakati akan kepimpinannya dalam agama), kemuliaannya, kemampuannya dalam menguasai pelbagai ilmu dan kecerdikannya) di penghujung kitabnya :"Al Qawaid" :

    'Bid'ah dikategorikan kepada wajib sunat, haram, makruh dan harus. Kemudian beliau menyambung : "Dan cara untuk menentukannya ialah dengan merujuk kepada kaedah-kaedah syarak (qawaid syar'iyyah). Jika ia termasuk dalam kaedah yang mewajibkan maka ia adalah wajib. Atau sekiranya ia termasuk dalam kaedah yang menjadikannya haram, maka ia haram.

    Begitulah kalau dalam kaedah sunat, maka sunat. Kalau dalam kaedah makruh, maka ia makruh dan kalau termasuk dalam kaedah harus, maka ia harus.

    Contoh-contoh :

    1. Bagi bid'ah yang wajib

    Antaranya :

    a. Berusaha mempelajari dan mengajar Ilmu Nahu (tatabahasa Arab) yang dapat memahami al Quran atau hadith RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi wasallam melaluinya. Ia menjadi wajib kerana memelihara syariat adalah wajib dan tiada jalan untuk memeliharanya melainkan melaluinya. Jadi sesuatu yang tidak menyempurnakan yang wajib melainkan dengannya, maka ia adalah wajib.

    b. Menghafaz bahasa yang pelik (gharib) yang terdapat dalam al Quran dan Hadith.

    c. Menyusun ilmu Usuluddin (Ilmu Tauhid) dan Usul Fiqh dalam bentuk kitab dan buku.

    d. Memperkatakan ilmu-ilmu yang berkait dengan Mustalah Hadith seperti Ilmu Jarah wa at ta'dil, ilmu untuk membezakan di antara hadith yang sahih dan hadith yang dhaif dan sebagainya.

    Dalam hal ini, kaedah-kaedah syariah telah menentukan bahawa memelihara syariat adalah fardhu kifayah sekiranya ia boleh menyebabkan perkembangan ke atas perkara-perkara fardhu ain. Dan ia tidak dapat dibangunkan melainkan dengan apa yang telah kami nyatakannya di atas.

    2. Bid'ah Haram

    Seperti munculnya golongan Qadariah, Jabariah, Murjiah, Mujassimah dan sebagainya. Namun begitu, usaha menangkis fahaman golongan-golongan tadi termasuk dalam bid'ah yang wajib.

    3. Bid'ah yang Sunat

    Seperti : Mengadakan Ribat (tempat untuk berzikir kepada ALLah), sekolah-sekolah dan setiapkebajikan yang tidak pernah wujud pada zaman pertama RasuluLLah s.a.w) seperti solat Terawih 20 (20 rakaat berjemaah) dan mengajar tasawuf secara terperinci dan cara-cara untuk berhujah. Termasuk juga dalam kategori ini, mengadakan pertemuan mengumpul dalil-dalil dan hujah-hujah sekiranya ia diniatkan ikhlas semata-mata kerana ALlah s.w.t

    4. Bid'ah Makruh

    Seperti : Menghiasi masjid dan mashaf (kitab al Quran)

    5. Bid'ah Harus

    Seperti : Bersalam-salaman selepas solat Subuh dan Asar, mempelbagai makanan dan minuman yang enak,begitu uga pada pakaian, tempat tinggal, memakai selendang (diatas bahu),membesarkan lengan baju dan sebagainya.

    Kemudian Imam al Nawawi meriwayatkan kata-kata Imam Asy Syafie yang bermaksud: "Perkara-perkara baru dalam agama ada dua bentuk" :

    1. Perkara baru yang menyalahi Al Quran atau Hadith atau kata-kata para sahabat atau Ijmak, maka itu adalah bid'ah sesat.

    2. Perkara baru yang berbentuk kebaikan yang tidak dipertikaikan oleh seorangpun di kalangan para ulama. Dan ini perkara baru yang tidak dikeji.

    Saidina Umar r.a pernah berkata mengenai solat Terawih : "Sebaik-baik bid'ah ialah ini." Ianya membawa erti bahawa ianya benda baru dan belumpernah dilakukan sebelumnya. Walaupun ia tidak ada, ia tidaklah menolak apa yang datang sebelumnya..."

    Seterusnya al Imam an Nawawi menyambung lagi: "Perkara baru yang diadakan dan tidak ada asas (dalil) dalam syarak dinamakan bid'ah. Tetapi sekiranya ada asas dalam syarak, maka ia bukannya bid'ah. "

    BalasPadam
  13. firman Allah juga yang bererti :

    "Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." (an-Nahl: 116)

    Janganlah memandai-mandai kata itu haram dan ini halal untuk berbuat dusta, apatah lagi dalam perkara hukum hakam nih. Ingat peringatan dari ALlah tu.

    saya ambil hadith yang diberikan oleh budak baru belajar :

    Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:
    ما أحل الله فهو حلال و ما حرم فهو حرام و ما سكت عنه فهو عفو , فاقبلوا من الله عافيته , فإن الله لم يكن لينسي شيئاً
    Maksudnya: Apa sahaja perkara yang dihalalkan Allah taala maka ianya menjadi halal, dan apa sahaja perkara yang diharamkan oleh Allah taala maka ianya menjadi haram,dan apa sahaja yang didiamkan (tidak diterangkan hukumnya samada halal atau haram) maka ianya dimaafkan. Maka terimalah rahmat ini daripada Allah taala. Sesungguhnya Allah taala tidak pernah melupakan sesuatu perkara sekalipun.

    Berdasarkan terjemahan ayat di atas dan hadith yang diberikan sendiri oleh Budak Baru Belajar, timbul persoalan saya mengapa dalam perkara furuk boleh pula wahhabi salafi menghukum haram dan sesat? Di mana diletakkan al Quran dan Hadith tersebut?

    p/s : kaedah usul feqh ada tak RasuluLlah buat? Tiada kaitan dengan ibadah? Jom Fikir

    BalasPadam
  14. pembetulan pernyataan :

    Solat jumaat tidak dilakukan di masjid nabawi tetapi kemudian berkembang di seluruh dunia.

    ----

    Solat Jumaat tidak dilakukan di Masjid Nabawi sahaja (masa zaman RasuluLlah - solat Jumaat dilakukan di masjid nabawi). Solat Jumaat kemudiannya dilakukan di masjid-masjid lain bahkan di seluruh dunia.

    Tambah sikit lagi - perkara-perkara baru yang berkaitan dengan ibadah - penggunaan mp3, mp4, belajar ibadah melalui tv, vcd, (mana ada rasuluLlah buat, adakah ia tiada kaitan dengan ibadah?)

    BalasPadam
  15. mtk maaf ckpla musafir lalu.
    Penjelasan enta ni panjang dan pening.

    Malas bace, bleh download kuliah Dr Asri ni.
    Sume psoalan kt atas dah dijawab.

    http://www.mediafire.com/?simbfzi8kwy

    Imam Syatibi punye ulasan ttg takrif bid'ah dr segi istilah mudah dan jelas. Takde putar belit.

    Bid‘ah ialah jalan syarak yang baru di reka dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidak boleh dinamakan bid‘ah.

    Bid‘ah ialah sesuatu yang tidak ada asal dalam syariat. Adapun apa yang ada asalnya dalam syariat tidak dinamakan bid‘ah.

    Ahli bid‘ah menganggap jalan, bentuk, cara bid‘ah mereka adalah satu cara ibadah yang dengannya mereka mendekatkan diri kepada Allah.

    Bid‘ah kesemuanya buruk. Apa yang dinamakan Bid‘ah Hasanah yang membabitkan perkara-perkara duniawi bukanlah bid‘ah pada istilahnya

    rujukan:-

    al-Syatibi, al-I’tishom, m.s 27 - 30

    BalasPadam
  16. Bid'ah dr segi bahasa plak.

    Bid‘ah dari segi bahasa diambil dari kata بَدَعَ . Berkata Ibn Manzur (ابن منظور) rahimahullah:[1]

    بدع الشيءَ يَبدَعُه بَدعا، وابتدعهُ: أنشأه وبدأه.

    Telah membuat sesuatu bid‘ah (past tense), sedang membuatnya (present tense) dan bad‘an (masdar/ kata terbitan) bererti mengadakan dan memulakan.

    Berkata Muhammad bin Abi Bakr al-Razi rahimahullah:[2]

    بدع الشيء: اخترعه لا على مثال.

    Membuat bid‘ah sesuatu bermaksud mengadakannya tanpa ada suatu contoh.

    Dalam al-Mu’jam al-Wajiz disebutkan hampir sama seperti di atas iaitu mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya.[3] Demikian kesemua mu’jam bahasa arab menyebut makna yang hampir sama.

    Inilah bid‘ah dari segi bahasa iaitu membuat sesuatu yang belum ada contoh sebelumnya.


    Rujukan:

    [1] Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, jld. 8, m.s. 6.

    [2] al-Razi, Mukhtar al-Sihah, m.s. 38.

    [3] al-Mu’jam al-Wajiz, m.s. 40.

    BalasPadam
  17. Sabda baginda:

    ...فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.

    Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat.[1]

    Berdasarkan hadith ini, baginda menggunakan perkataan
    (كلّ) yang bermaksud semua. Berpandukan hadith ini dan kefahaman kita terhadap maksud bid‘ah seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Syatibi, maka bid‘ah dari segi istilah syarak tidak sepatutnya dibahagikan kepada hasanah (baik) dan saiyyiah (buruk). Yang benar kesemuanya adalah saiyyah dan dhalalah (kesesatan).

    al-Imam Malik bin Anas rahimahullah (179H) berkata:[2]

    من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكْمَلْتُ لَكُم دِينَكُمْ) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا.

    Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini.

    Rujukan:

    [1] Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, berkata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan sahih”. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunan mereka. Demikian juga oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi (Tahqiq al-Mustadrak, jld. 1, m.s. 288).

    [2] al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 35.

    BalasPadam
  18. aduuu pandai jek musafir lalu ckp solat jumaat kat masjid nawabi dulu...
    g baca sirah ibnu katsir sana tgk solat jumaat pertama buat kat mana..
    betol arrr biomic..musafir lalu ni pening laa

    BalasPadam
  19. Dulu tak silap sy, ustaz hairul nizam ade guna pakai hujah Imam Izzuddin Abd Salam

    Perbahasan Ucapan al-Imam ‘Izz al-Din ‘Abd al-Salam rahimahullah (660H)[12]

    Dalam kitabnya Qawa‘id al-Ahkam fi Masalih al-Anam
    (قواعد الأحكام في مصالح الأنام) al-Imam ‘Izz Abd al-Salam rahimahullah membahagikan bid‘ah kepada lima kategori:[13]

    1. Bid‘ah Wajibah (bid‘ah wajib),

    2. Bid‘ah Muharramah (bid‘ah yang diharamkan),

    3. Bid‘ah Mandubah (bid‘ah yang disunatkan),

    4. Bid‘ah Makruhah (bid‘ah makruh) dan

    5. Bid‘ah Mubahah (bid‘ah yang diharuskan).

    Beliau mungkin orang yang paling awal membuat pembahagian ini. Sebenarnya faktor utama yang menyebabkan beliau menyebut bid‘ah dalam pembahagian yang sedemikian merujuk kepada ta’rif bid‘ah yang disebutnya pada awal buku tersebut yang merangkumi bid‘ah dari segi syarak dan bahasa. Buktinya beliau menyebut ta’rif bid‘ah dengan berkata:[14]

    البدعة فعل ما لم يعهَدْ في عصر رسول الله
    Bid‘ah adalah perbuatan yang tidak ada pada zaman Rasulullah.

    Ta’rif beliau begitu luas merangkumi perkara ibadah, cara baru dalam syarak dan urusan keduniaan yang tidak membabitkan penambahan syarak. Sedangkan bid‘ah dari segi syarak hanya tertumpu dalam persoalan cara taqarrub (menghampirkan diri kepada Allah melalui ibadah) dan perubahan atau penambahan pada jalan syarak.

    Faktor yang menyebabkan al-Imam ‘Izz ‘Abd al-Salam membahagikan
    bid‘ah kepada 5 kategori ialah kerana beliau pada asalnya menta’rifkan bid‘ah dari kedua-dua segi syarak dan bahasa.

    Ta’rif yang begitu luas tersebut menyebabkan beliau membuat pembahagian ke atas maksud bid‘ah sepertimana di atas. Oleh itu kita dapati ketika menyentuh tentang Bid‘ah Wajibah (bid‘ah wajib) beliau berkata:

    Bagi bid‘ah wajib itu beberapa contoh, salah satu daripadanya ialah menyibukkan diri dengan ilmu nahu yang dengannya difahami kalam Allah (firman Allah, iaitu al-Qur’an) dan kalam Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (sabda Rasulullah, iaitu hadis).[15]

    BalasPadam
  20. Berdasarkan penjelasan al-Imam al-Syatibi rahimahullah yang telah kita kaji sebelum ini, jelas bahawa ini tidak termasuk dalam bid‘ah dari segi syarak. Marilah kita ulangi apa yang disebut oleh al-Imam al-Syatibi:

    Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid‘ah) segala yang jelas –walaupun bagi orang biasa – rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal tetapi asas-asasnya ada dalam syarak… Justeru itu tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan, ilmu usul atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai bid‘ah. Sesiapa yang menamakannya bid‘ah, sama ada atas dasar majaz (bahasa) seperti ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh yang menamakan “bid‘ah” solat orang ramai pada malam-malam Ramadhan atau atas dasar kejahilan dalam membezakan sunnah dan bid‘ah, maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang.[16]



    Dengan itu perbuatan sesetengah pihak mempergunakan pembahagian ini kepada bid‘ah-bid‘ah yang tidak dimaksudkan oleh al-Imam ‘Izz ‘Abd al-Salam rahimahullah adalah penyelewengan dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

    Di samping itu perlu ditambah bahawa al-Imam al-Syatibi telah menolak pembahagian yang dibuat oleh al-Imam al-‘Izz ‘Abd al-Salam dengan katanya:

    Sesungguhnya pembahagian ini adalah sesuatu yang hanya direka, tidak ada dalil syar‘i yang menunjukkannya. Bahkan ia sendiri saling bercanggahan. Ini kerana hakikat bid‘ah ialah sesuatu yang tidak ditunjukkan oleh dalil syar‘i, sama ada daripada nas-nas syarak atau kaedah-kaedahnya. Kalau di sana ada dalil daripada syarak yang menunjukkan wajib, sunat, atau harus, maka itu bukanlah bid‘ah. Ia termasuk dalam keumuman amalan yang disuruh atau diberi pilihan. Mencampur aduk dalam menyenaraikan perkara-perkara tersebut adalah bid‘ah, iaitu mencampurkan antara perkara yang memiliki dalil yang menunjukkan kepada wajib, sunat atau harus dengan dua lagi (makruh dan haram) yang menyanggahinya.[17]



    Maksud al-Imam al-Syatibi, jika ada dalil yang menunjukkan sesuatu perkara itu adalah wajib atau sunat, maka tidak wajar ia dinamakan bid‘ah. Lebih tegas lagi, al-Imam al-Syatibi menganggap pembahagian itu sendiri adalah bid‘ah.

    BalasPadam
  21. Rujukan utk 2 komen sy di atas:



    [12]Beliau lahir pada 577H atau 578H, bermazhab al-Syafi'i. Seorang tokoh ulama yang masyhur, pernah menjadi khatib masjid Damsyik dan pernah memegang jawatan ketua hakim Mesir. (Abu Taiyyib, Zail al-Taqyid, jld. 2, m.s. 128).

    [13]‘Izz al-Din ‘Abd al-Salam, Qawa‘id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, jld. 2, m.s. 133.

    [14]Qawa‘id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, jld. 2, m.s. 133.

    [15]Qawa‘id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, jld. 2, m.s. 133.

    [16] al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 27-28. (nukilan berpisah)

    [17] al-I’tishom, m.s. 145-146.

    BalasPadam
  22. Ade banyak lagi.
    Kalam imam shafie dan laen2.

    Kalo nak soft copy or e-book ni,
    PM la sy.

    Sy doa ustaz Nazrul dan Musafirlalu dilapangkan dada oleh Allah, dipermudahkan hidayah.

    Marilah kte kembali kpd sunnah yg sebenar, sunnah yg asli.

    Cukupla dgn kemungkaran yg ada,
    kemungkaran dr puak liberal,sekular dan mereka yg jahil,
    jgn tambah lagi kemungkaran dr puak yg alim.

    Cukupla, sudahla.

    Bagi sejuta hujah dan dalil pun tak gune, kalo niat kte dari awal dah tak betol.

    Jd sy mohon ustaz2 yg bace ni, betulkan niat dulu sablom nak bincang masalah2 bid'ah or pape lg yg berkaitan dgn salafi.

    Betolkan niat, insyaAllah, Allah mudahkan pemahaman, insyaAllah Allah buang "ego ustaz azhar" tu, insyaAllah. Amen.

    Semoga yg terbaik utk sume.

    Selamat.

    BalasPadam
  23. bro canggeh..alfu syukran...ana baru nak jawab enta da tolong jawabkan,seriesly baru nak antar tp ana refrest da terbanyak da comment..ana segan ngan enta pelajar medic tp benar- paham bab orang ramai dok berbalah tentang ni..letih nak jelas..mereka ni kadang cari yang mana salah jek..bukan nak kaji atas dasar neraca ilmu...mudahan kite sama-sama berlapang dada..senyum selalu semua..da tutup kes...

    BalasPadam
  24. tak abes2 wahabi ni nk sokong dalil bidaah...boleh kata wahabi ni semacam agama ttg perihal straight forward kepada bidaah...akhirnya jdi kepuakkan yg baru dlm islam,sama je mcm fahaman2 baru dlm islam syiah yg fanatek pada keturunan nabi...org mcm nazrul dia perbetulkn kumpulan wahabi ni...tiba2 kumpulan ni plak yg nk perbetulkn nazrul....ajeeb btul..patutlah ana jarang tgk korang pakai fatwa dri Mufti Mesir Imam Ali Jumaah...diorang direct amek dri camp base Wahabi kat Saudi mcm Shaikh Abdul Aziz bin Baz, mufti besar Arab Saudi...Moga2 Allah beri hidayah pada smue...hilangkn rasa resah dlm agama..berlapang la...terima islam seadaanya..Otak kte boleh berfikir...genius mcm albert einstien ke atau iq 200 ke tpi kte kne ingat Allah tk sruh kte fikir dalam2 ttg wahyu sbb ia terbatas (kalau kite hebat dlm agama adakah kte sehebat imam syafie dan ulama2 kaber)Otak kte ni terbatas utk mende2 zahir mcm sains ilmu dunia dn sebagainya...klu fikir gak haa tu jdi alasan2 versi bidaah2 cmni..korang terikutkkn sgt konsep wahabi tu sbb korang guna otak korang utk menyetujuinya..nur hidayah dn islam msuk dlm hati.klu korang trima islam trima la sepenuhnya..jgn plak amek sket ni pastu buang sket tu atas dasar bidaah..tkut sgt masuk neraka padahal amalan2 yg korang takutkn tu pada kami sumber utk ke syurga...Imam Ibnu Wahab contohnya dia kata dia tk ksi org puji2 lebih2 pada Nabi Muhammad saw sbb dia takut org jdi fasiq dn syirik spt Kristian buat pada Nabi Isa...habes cite sumenya bidaah dalam berzanji bacaan maulud dn pujian2 kpd nabi....Niat Ibn Wahab tu baik tapi sbb dia gunakn otak dia ,dia fikir gitu.tok guru dia dri kecik mmg dh nmpk yg dia akan bawa kesesatan (bidaah yg sebenar)..tpi syg korang tk nmpk pun malah korang sokong..yg trima islam ni bkn akal...tetapi hati..hnya hati yg dpt faham islam..akal Allah jdi utk fikir ttg kebesaran dia bkn utk menmbidaahkn amalan2 yg nabi tk buat..mm sambung balik pasal Imam Ibnu Wahab.Tak ckup dgn tu dia buat pengaruh dia dn beri idea ni kt org..ketika fahamn wahabi nk invade saudi,masa kunci kaabah dipegang oleh seorang yg berfahaman sunni..maka Panglima Ibrahim Pasha dri mesir dtg utk membunuh tentera2 wahabi sbb mmg diorang sesat ..dan seketika tu matilah fahaman wahabi...korang tk bce sejarah wahabi ek..jdi pastu mcm mana wahabi ni bleh jdi kuat smula...semuanya datang hasil dari pengaruh kesultanan saudi..raja2 saudi tu asalnya diorang tu kaum badwi kt padang pasir. diorang mmg kaum badwi yg mcm korang tau mcm arab jahiliyah..jdi bila pengaruh wahabi ni mula disebarkan diorang pegi aim kat sultan dlu..dah sultan asalnya org badwi dia pun ikut dan wahabi semakin kuat dalam kerajaan saudi..kemudian mula la penghapusan selaga sekolah2 berasaskan sunni dan digantikan dgn salafi yg korang pegang skrg.Secara total sapa yg blaja ummu qura,universiti kat mekkah madiah riyadh..tu sume pro wahabi..sbb tu la korang menang bila kuarkan fatwa mufti saudi..dh mmg pure wahabi..nk wat cammana kan...klu korang cek bila diorang wujudkn kesultanan ni...semua makam isteri nabi, sahabat2 yg asalnya ada tempt utk org ziarah dirobohkn atas alasan bidaah.....jadi merebak la smpi dh tkde kesan maqam pun pada kubur2 diorang...pada korang bagus sbb nk elak org syirik tawasul kan...abes kte pegi atas dsar kasih teringatkn nabi dn nk bacakan alfatihah...apa la korang tau...keje syirik tkabes2 je yg tau...tu la yg berlaku skrg pada korang...klu ana nk selawat lepas solat ke nk ziarah kubur ke abes kne hentam biadaah...apa kes? tu sume sbb guna otak...jdi fikirkan la kumpulan ni....asalnya tk wujud
    tpi tibe2 wujud...bkn kumpulan baru atau sesuatu baru selepas nabi adalah biadaah...cmtu alang2 pemikiran baru ni pun boleh dikata biadaah trus????

    BalasPadam
  25. kepada anonymous :

    adalah lebih baik meninggalkan daripada melakukannya..Rasulullah SAW sudah tiada untuk menjamin sesuatu amalan itu bida'ah atau tidak..

    mengapa harus dipertahankan juga amalan-amalan ini sedangkan begitu banyak sunnah-sunnah Rasulullah yang masih lagi belum ditegakkan.

    Lihatlah, kesunnahan membaca al-kahfi telah digantikan dengan surah yaasin yang tiada dalil tentangnya..

    begitu banyak sudah sunnah yang terhapus akibat munculnya pelbagai bidaah..anda tanggunglah diakhirat kelak..

    BalasPadam
  26. anymoss,kite cerita tajuk ilmiyyah..takder lansung nama mumammad bin abdul wahab dalam hujjah yang di kemukan oleh Bohemian Virtuoso td tu, kalo kamu tak setuju, kamu tolak ngan ilmiyyah jugak,ni tibe2 nak cite sejarah..entah mana rujukan,Bohemian Virtuoso cite pendapat imam2 jaguh dalam mazhab syafie, yang kamu cite wahabi pasal apa,adoiiiii pening2..saje jek kamu nak timbulkan pasal ni, buat org berbalah..tak baiklahh mcm ni...
    kite ckp tajuk ilmiyahh tu, jgn keluar tajuk

    g tgk tuan guru hadi awang dalam membicarakan tentang wahabi..kite sama2 ikut mcm yang tuan guru hadi awang ni..sama2 lapang dada eaa

    kalo kamu benar,tak usah baling batu sembunyi tangan,

    link http://www.youtube.com/watch?v=hxibDPkSTOo

    link 2 http://www.youtube.com/watch?v=nGmrp8b9y80&feature=related

    BalasPadam
  27. jgn mudah menuduh orang orang wahabi

    http://drmaza.com/home/wp-content/wahhabi.pdf

    BalasPadam
  28. Assalamu'alaikum,

    Budak Baru Belajar - jika dinamakan budak baru belajar, maka belajarlah lagi. Kita sama-sama belajar. Jangan berlagak macam dah tahu semua kan? Tak begitu saudara budak baru belajar?

    Jangan la terasa jika anda bukan termasuk wahhabi salafi ya..

    Ya bohemian, orang pemalas nak baca hujjah orang lain kemudian hendak pula suruh orang lain baca hujjah anda.

    bab bid'ah bolehlah letak tentang pentakrifannya ya. Itu belum masuk bab yang menyentuh mengenai mazhab.

    Jika bid'ah yang dinyatakan oleh bohemian itu adalah dari segi bahasa. Jadi mengapa bid'ah dari segi bahasa itu wahhabi salafi masukkan kedalam bid'ah dalam istilah syarak dengan dihukum sesat?

    Alahai.. siapa yang pening sekarang nih? Kemudian anda menggunakan kalam imam syatibi untuk menolak pembahagian bid'ah tersebut. Itu terpulanglah pada anda.

    Kita bawak lagi sikit pentakrifan bid'ah oleh ulamak muhaddith :

    BalasPadam
  29. Al Hafidh AL Muhaddits Al Imam Jalaluddin Abdurrahman Assuyuthiy rahimahullah

    Mengenai hadits “Bid’ah Dhalalah” ini bermakna “Aammun makhsush”, (sesuatu yg umum yg ada pengecualiannya), seperti firman Allah : “… yg Menghancurkan segala sesuatu” (QS Al Ahqaf 25) dan kenyataannya tidak segalanya hancur, (*atau pula ayat : “Sungguh telah kupastikan ketentuanku untuk memenuhi jahannam dengan jin dan manusia keseluruhannya” QS Assajdah-13), dan pada kenyataannya bukan semua manusia masuk neraka, tapi ayat itu bukan bermakna keseluruhan tapi bermakna seluruh musyrikin dan orang dhalim.pen) atau hadits : “aku dan hari kiamat bagaikan kedua jari ini” (dan kenyataannya kiamat masih ribuan tahun setelah wafatnya Rasul saw) (Syarh Assuyuthiy Juz 3 hal 189).

    p/s: persoalan yang banyak ditinggalkan begitu sahaja :) Kita lihat siapa terbelit.

    Kepada anonymus tentang persoalan ini :

    Lihatlah, kesunnahan membaca al-kahfi telah digantikan dengan surah yaasin yang tiada dalil tentangnya..

    ---------------

    Ajak je la orang baca al Quran, mereka nak baca yasin pun silakan, nak baca surah kahfi pun silakan. Umumnya ALlah dan RasulNya menyuruh membaca al Quran adakah salah jika nak baca surah Yasin dan menetapkan nak baca Yasin sahaja pada malam jumaat tanpa menyatakan ia wajib? Bagaimana kalau nak baca surah al Ikhlas je selalu? Ada tak dalil qoti'e menyatakan - HARAM MEMBACA SURAH YASIN PADA MALAM JUMAAT? Sila la bentangkan. Kalau tiada, duduk dendiam dan ajaklah orang ke arah membuat kebaikan bukan permusuhan.

    Dari buat maksiat, dari tak pernah baca al Quran.. Mana lagi baguih?

    Tajid yang dibuat adalah tajdid yang dah lapuk. Diulang-ulang benda yang sama.

    Tuh belum masuk lagi bab Ulamak wahhabi salafi mengkafirkan majoriti Umat Islam.

    BalasPadam
  30. Budak Baru Belajar sebut :

    bro canggeh..alfu syukran...ana baru nak jawab enta da tolong jawabkan,seriesly baru nak antar tp ana refrest da terbanyak da comment..ana segan ngan enta pelajar medic tp benar- paham bab orang ramai dok berbalah tentang ni..letih nak jelas..mereka ni kadang cari yang mana salah jek..bukan nak kaji atas dasar neraca ilmu...mudahan kite sama-sama berlapang dada..senyum selalu semua..da tutup kes...

    ------------------------------------------------

    Untuk renunganku dan juga orang yang menyebutkannya. Semoga tidak timbul bidalan 'Cakap Tak Serupa Bikin'. Maaf dan Terima Kasih.

    BalasPadam
  31. Assalamu ‘alaykum.. ini hanya utk org yg mencari kebenaran.

    saya mengikuti komen2 ni dari awal.. penat lah macam ni. Semuanya dah jelas, jgn main putar alam. Kalam al-syatibi yg bohemian bawak tu dah menjelaskan semuanya. Memanglah al-suyuti ada kata mcm tu, begitu juga an-nawawi dan ibn abd salam, dan selain mereka. Tapi hendaklah kita memahami apa yg mereka maksudkan betul2. Jangan kita salah faham kemudian menyandarkan kefahaman yg salah itu kpd ulamak2 ummah, dan seterusnya memesongkan manusia dari jalan Allah.
    Berkenaan al-suyuti, mari kita lihat.

    PERTAMA:

    al-Imam al-Suyuti telah menulis kitab khas berhubung dengan bid‘ah yang berjudul “perintah utk mengikut, dan larangan membuat bid’ah” (الأمر بالاتباع والنهي عن الابتداع). katanya:

    Bid‘ah Hasanah disepakati keharusan membuatnya. Juga disunatkan demi mengharapkan pahala bagi sesiapa yang baik niatnya. Iaitu setiap pembuatan bid‘ah yang bertepatan dengan kaidah-kaidah syarak tanpa menyanggahinya sedikit pun. Perbuatannya tidak menyebabkan larangan syarak. Ini seperti membina mimbar, benteng pertahanan, sekolah, rumah (singgahan) musafir dan sebagainya yang terdiri dari jenis-jenis kebaikan yang tidak ada pada zaman awal Islam. Ini kerana ia bertepatan dengan apa yang dibawa oleh syariat yang memerintahkan membuat yang ma’ruf, tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa. [muka surat 25].

    Lihat sendiri apa yg dikelaskan sbg bid’ah hasanah oleh al-suyuti. membina mimbar, benteng pertahanan, sekolah, rumah, itu semua urusan dunia, bukan dlm bab ibadah. Sedangkan dlm bab ibadat, Imam kita dan imam al-suyuti sendiri iaitu Imam Pendokong Sunnah Imam Al-Syafie rahimahullah ada kata: bab al-qurbaat (bab ibadah) DIKONGKONGI/DIBATASI oleh nas, TIDAK BOLEH DIPALINGKAN DGN APA2 JENIS QIYAS DAN PANDANGAN2 [tafsir ibn kathir, an-najm:39].
    So, tak payah nak main qiyas2 la dlm mensabitkan ibadah. Qiyas tu guna utk cari hukum utk sesuatu yg baru, bukan utk buat ibadah baru.

    BalasPadam
  32. KEDUA

    Bagi memahami lagi dgn jelas tentang bid’ah yg dimaksudkan oleh al-suyuti, marikita lihat apa kata beliau ttg melafazkan niat sblum solat. Ada dlm buku yg sama halaman 100. Kata beliau:

    … Daripada bid‘ah (yang saiyyah) itu adalah, was-was dalam niat solat. Itu bukan daripada perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat baginda. Mereka tidak pernah melafaz sedikit pun niat solat melainkan hanya (terus) takbir. Allah telah berfirman: “Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik.” [al-Ahzab 33:21].
    Lihat, mengapa tidak dikatakan shj itu bid’ah hasanah? Kerana ia termasuk dlm ibadat, dan semua yg dlm bab ibadat tidak ada bid’ah hasanah, sbb tu al-suyuti tak kata bid’ah hasasnah.

    KETIGA:

    Amalan solat raghaib di bulan rejab. Saya tahu isu ni sensitive, nak marah sy marahlah. Kita berdiri di atas dalil, bercakap dgn ilmu. Bahkan al-qaradhawi pon dah ulas ttg ni. Sila cari sendiri.

    Kata al-suyuti:

    Ketahuilah olehmu, semoga Allah merahmatimu, sesungguhnya membesarkan hari tersebut dan malamnya (hari dan malam Jumaat pertama bulan Rejab) hanya perkara baru yang dibuat dalam Islam selepas 400 tahun. Diriwayatkan mengenainya hadith yang palsu dengan sepakat ulama yang mengandungi kelebihan berpuasa pada siangnya dan bersolat pada malamnya. Mereka menamakan solat Raghaib … Ketahuilah sesungguhnya solat yang bid‘ah ini menyanggahi kaedah-kaedah Islam dalam beberapa bentuk.[end quote]

    Perhatikan bahawa al-Imam al-Sayuti rahimahullah tidak menamakan solat ini sebagai Bid‘ah Hasanah sekalipun ia disebut dalam beberapa kitab seperti Ihya ‘Ulum al-Din. Jika setiap yang dianggap baik dilabelkan sebagai Bid‘ah Hasanah maka solat ini juga patut dianggap Bid‘ah Hasanah. Namun mengada-adakan perkara baru dalam cara ibadah bukanlah Bid‘ah Hasanah.

    BalasPadam
  33. KEEMPAT:
    Tentang bid’ah hari asyura. Kata al-suyuti:
    فصل بدع يوم عاشورا

    وأحدث بعض الناس في هذا اليوم أشياء مبتدعة: من الاغتسال، والاختضاب، والكحل، والمصافحة. وهذه أمور منكرة مبتدعة، مستندها حديث مكذوب على رسول الله (. وإنما السنة صوم هذا اليوم لا غير. وقد روى في فضل التوسعة فيه على العيال حديث ضعيف

    Maaf, saya dah malas terjemah. Nampak kat sini, mandi sunat asyura, pakai celak, bersalam-salaman, semua tu al-suyuti kata PERKARA2 MUNGKAR LAGI BID’AH. Mengapa beliau tak kata hasanah?

    BalasPadam
  34. KELIMA:

    Bid’ah membaca surah2 tertentu pada solat tarawih. Haa, ni boleh jawab hujah musafirlalu pasal baca yasin mlm jumaat. Kata al-suyuti:

    ومن البدع قراء سورة الأنعام في ركعة صلاة التراويح، ويرون في ذلك حديثاً لا أصل له عن ابن عباس عن أبي بن كعب رضي الله عنهما عن النبي (، قال: " أنزلت سورة الأنعام جملة واحدة يشيعها سبعون ألف ملك بالتسبيح والتحميد " . وهذا الحديث إسناده ضعيف مظلم، فاغتر بذلك من سمعه من عوام المصلين. ثم لو صح هذا الحديث لم يكن فيه دلالة على استحباب قراءتها في ركعة.
    فقراءتها في ركعة واحدة بدعة من وجوه.
    أحدها: تخصيص ذلك بسورة الأنعام دون غيرها، فيوهم أن ذلك سنة فيها دون غيرها، والأمر بخلاف ذلك.
    والثاني: تخصيص ذلك بصلاة التراويح دون غيرها.
    والثالث: ما فيه من التطويل على المؤمنين، لا سيما على من يجهل ذلك من عادتهم، فيقلق ويضجر ويسخط ويكره العبادة.
    والرابع: ما فيه من مخالفة السنة من تقليل القراءة في الركعة الثانية عن الأولى. وقد عكس صاحب هذه البدعة قضية ذلك، وخالف الشريعة، ولا حول ولا قوة إلا بالله.
    وابتدع بعضهم بدعة أخرى وهي: جمع آيات سجدات القرآن عقيب ختم القرآن في صلاة التراوح في الركعة الأخيرة فيسجد بالمأمومين جميعاً.

    Lihat sendiri, mcm mana al-suyuti hukumkan ia bid’ah. Pertama, kerana mengkhususkan surah tu. Kedua sbb khususkan surah tu utk tarawih. Dan lain2. Maka, mcm mana MusafirLalu boleh kata mengkhususkan yasin dan menkhususkan mlm jumaat tu takpa??

    Kat perenggan akhir tu, al-suyuti kata mengumpulkan ayat2 yg ada sujud tilawah bila dah (sempena) khatam qur’an masa tarawih pun bid’ah, sebaris dgn bid’ah2 mungkar yg lain dlm bab tersebut dlm buku tu. maka apa yg nak nak di’hasanah’kan?

    BalasPadam
  35. KEENAM:

    BAB BID’AH KHUTBAH. Al-suyuti siap kata perbuatan menyibukkan diri nak baca doa2 sblum khutbah, dan mengankat tangan masa doa khutbah, semua ini bid’ah! nampak manhaj al-suyuti sekarang?


    PENUTUP:

    Ini adalah beberapa point yg sy ketengahkan dari buku tersebut. Banyak lagi bab termasuk mendirikan masjid atas kubur, bid’ah2 di kubur, puasa rejab, bid’ah nisfu sya’ban, bid’ah jenazah, bid’ah haji. Baca sendiri buku tu, baru tau pegangan al-suyuti rahimahullah mcm mana. Jangan ambil satu ayat beliau, lepas tu salah faham.

    Ini baru dari al-suyuti. Belum bawak yg an-nawawi dan lain2 lagi. Bak kata tuan punya blog ust nazrul, orang yang inginkan kebenaran cukuplah baginya satu hujjah, manakala orang yang keras kepala jika diberikan seribu hujjah sekalipun tetap tidak akan menerimanya.


    Semoga menjadi pembuka mata, utk org2 yg Allah bukakan mata hati mereka. Ameen.

    Sedikit perkongsian dari saudara kamu.

    Wassalamu ‘alaikum.

    BalasPadam
  36. salam.. saya disini ingin menanyakan soalan..
    jika puak2 wahabi ini adalah puak2 yang buleh dikatakan mutajassimah kerana iktikad dia(maknanya mereka ini bukan islamkan?dari apa yang saya dengar dari kawan2 yg mengaji), macam mana dengan imam di masjidil mekah? ditambah dengan waktu haji dan umrah dan simasa ramadhan? apakah hukum kita pergi berimamkan imam disana? dan kita sedia maklum bahawa antara syarat menjadi imam adalah islam..
    adakah sah solat kita?
    mohon jawapan

    BalasPadam
  37. saudara anonymous, maaf, kita bincang tajuk lain kat sini.

    kalau anda nak tuduh sape2 mujassimah, sila tanya dia dulu. jangan mudah menuduh, apatah lagi bila boleh menjatuhkan hukum kafir. ini bukan bab main2.

    setakat pengetahuan saya, takde pun wahabi yg mengisbatkan sifat jisim bagi Allah. itu semua dakwaan orang sahaja, mereka boleh syok sendiri kata macam2, tapi tak pernah nak tanya org yg berkenaan betul2. sila pegi jumpa mana2 wahabi dan tanya dia. baru adil kan?

    BalasPadam
  38. Assalamu'alaikum,

    pertama :

    Daripada bid‘ah (yang saiyyah) itu adalah, was-was dalam niat solat. Itu bukan daripada perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat baginda. Mereka tidak pernah melafaz sedikit pun niat solat melainkan hanya (terus) takbir. Allah telah berfirman: “Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik.” [al-Ahzab 33:21].

    --------------------------------------------

    Yang disebut bid'ah di situ apa ya ? iaitu :


    Daripada bid‘ah (yang saiyyah) itu adalah, was-was dalam niat solat.

    Mengapa sedikit petikan yang diambil tersebut? Bagilah semua sekali petikannya.

    Kedua :

    Mengenai mengkhususkan bacaan YASIN malam jumaat adakah hukumnya haram tanpa orang tersebut mengatakan ia wajib? Saya nak tahu apa hukumnya?

    Bagi sahaja dalil qot'ie yang mengharamkan mengenainya. Tidak perlu berdolak dalih.

    isi kitab yang dibawa oleh Yasir itu saya minta ust nazrul sendiri untuk menyemaknya. Sebab saya tiada kitab tersebut.

    Mengenai Maulidul Rasul pula :

    Imam Jalaluddin Al-Sayuti (Lihat kitab: Husnul Maqsad Fi Amal Maulid).

    Beliau ditanya tentang hukum perayaan Maulid pada bulan Rabiulawal: Apakah orang yang merayakannya mendapat pahala? Beliau menjawab: Perayaan Maulid pada hakikatnya ialah mengumpulkan kebanyakkan orang untuk membaca beberapa ayat al-Quran. Kemudian menjelaskan jalan-jalan dakwah sejak mula diutuskannya Rasulullah. Acara itu diisi dengan menghidangkan makanan sebelum para hadirin kembali ke tempat masing-masing. Dengan tidak berlebihan saya katakan bahawa perayaan semacam itu tergolong dalam bidaah hasanah yang bila dilakukan akan mendapat pahala. Mereka telah mengagungkan kedudukan Nabi S.A.W. dan menyatakan kesyukuran mereka di atas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. sebagai penghulu umat.

    Eh ada di sini bid'ah hasanah rupanya yang imam suyuthi terima.. camane tuh Yasir? Mandi asyura siapa pula yang buat tuh Yasir?

    Untuk lebih jelas lagi pentakrifan bid'ah :

    Berkata Imam Asy Syafi’i Radhiallahu ‘Anhu: “Bid’ah itu ada dua; bid’ah terpuji dan bid’ah tercela. Maka, apa-apa saja yang sesuai dengan sunah maka itu terpuji, dan apa-apa saja yang menyelisihi sunah maka itu tercela.” Beliau beralasan dengan ucapan Umar Radhiallahu ‘Anhu: “Sebaik-baiknya bid’ah adalah ini.” Imam Asy Syafi’i Radhiallahu ‘Anhu juga berkata: “Hal-hal yang baru itu ada dua segi; pertama, apa-apa saja yang menyelisihi Al Quran, As Sunnah, Atsar, Ijma’, maka inilah bid’ah dhalalah (sesat). Kedua, apa-apa saja perbuatan baru yang baik, yang tidak menyelisihi satu saja dari sumber itu, maka perkara baru tersebut tidaklah tercela.” (Imam As Suyuthi, Al Amru ‘bil Ittiba’ wan Nayu ‘anil Ibtida’, Hal. 6.

    Nampaknya bila berbicara tentang isi kandungan kitab imam suyuthi tidak boleh satu kitab je sebagaimana di Yasir ini gunakan. Takut2 disalahguna pulak. Saya minta yang lebih arif jelaskan.

    Itu belum masuk bab wahhabi salafi mengkafirkan umat Islam yang mengikut mazhab sebagaimana yang dilakukan oleh Sheikh Khajandi. Erm.. gunakan kalam ulamak yang ikut mazhab, kemudian mengkafirkan pulak.. camane eh..

    BalasPadam
  39. MusafirLalu

    About Me

    Musafir yang mengikut fahaman salafussoleh dan tidak mahu memandai-mandai.

    menarik..hehe

    BalasPadam
  40. wa alaikumussalam..

    saudara MusafirLalu,
    yg diterima tu bid'ah hasanah dari sudut lughah, letih nak cakap oi.. baca ke tak orang2 atas dah tulis. yg kita dok tentang ni bid'ah dari sudut syarak. kalau dari sudut lughoh, lantak pi la nak buat kategori apa2 pun, still tak boleh dijadikan hujjah dari sudut syarak.

    kalau awak takde kitab tu, janganlah pandai2 guna kalam al-suyuti nak tegakkan bid'ah. itu kitab agung beliau ttg bid'ah. sila baca dulu. kata tak mahu menandai2.

    saudara, tak payahlah nak tukar2 tajuk wahabi pulak. kalau ada sape2 nak kafirkan seorang muslim dgn sewenang2nya, kami pun tak bersama mereka.

    BalasPadam
  41. Maulid Nabi yang dibenarkan oleh Imam As Suyuthi tersebut adakah tidak dihukumkan bid'ah dholalah oleh Wahhabi Salafi? :)

    Itu yang saya katakan, dalam wahhabi salafi yang membahagikan bid'ah dari sudut bahasa dan sudut syarak. Tapi Wahhabi Salafi ini ada memasukkan bid'ah dari sudut bahasa ke dalam sudut syarak :)

    Akhirnya sebenarnya yang ada asalnya dari hujjah dari al Quran dan Sunnah pun dimasukkan dalam bid'ah dholalah :)

    BalasPadam
  42. en baha, saya bukan seorang yang penakut, hingga memerlukan nick sendiri dilink kepada blog ini sendiri sebagaimana yang anda buat :)

    Jika anda ada hujjah yang lain dipersilakan. :)

    BalasPadam
  43. saudara, memanglah ada bid'ah dari sudut bahasa yg akan masuk dlm bid'ah dari sudut syarak. sebab bid'ah dari sudut bahasa tu luas takrifannya, dan bid'ah pada syarak itu adalah subset kecil daripadanya.
    kan saudara sendiri kata ada bid'ah haram. itulah bid'ah dari sudut syarak. fahami baik2 bab bid'ah ni.

    BalasPadam
  44. :) maka jelaslah di sini. Jika kembali semula pada pentakrifan bid'ah Izzuddin Abdissalam bagaimana ? Yang dibahagikan kepada 5 kategori - menurut bohemian adalah dari segi bahasa ?

    Jadi letaknya dimana bid'ah yang dibawakan oleh Wahhabi salafi sebenarnya ?

    Menurut Bohemian Sedangkan bid‘ah dari segi syarak hanya tertumpu dalam persoalan cara taqarrub (menghampirkan diri kepada Allah melalui ibadah) dan perubahan atau penambahan pada jalan syarak.

    Sedangkan menurut Imam an Nawawi dalam "Tahzib al Asma wal Lughat" (Jld 3/22) bahawa : Bid'ah pada syarak ialah mengadakan sesuatu yang tiada wujud di zaman rasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan ia terbahagi kepada bid'ah hasanah (bid'ah baik) dan bid'ah qabihah (yang keji). - kemudian beliau mensyarahkan pendapat Imam Izzuddin Abdissalam sebagai berikut :

    1. Bagi bid'ah yang wajib

    Antaranya :

    a. Berusaha mempelajari dan mengajar Ilmu Nahu (tatabahasa Arab) yang dapat memahami al Quran atau hadith RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi wasallam melaluinya. Ia menjadi wajib kerana memelihara syariat adalah wajib dan tiada jalan untuk memeliharanya melainkan melaluinya. Jadi sesuatu yang tidak menyempurnakan yang wajib melainkan dengannya, maka ia adalah wajib.

    b. Menghafaz bahasa yang pelik (gharib) yang terdapat dalam al Quran dan Hadith.

    c. Menyusun ilmu Usuluddin (Ilmu Tauhid) dan Usul Fiqh dalam bentuk kitab dan buku.

    d. Memperkatakan ilmu-ilmu yang berkait dengan Mustalah Hadith seperti Ilmu Jarah wa at ta'dil, ilmu untuk membezakan di antara hadith yang sahih dan hadith yang dhaif dan sebagainya.

    Dalam hal ini, kaedah-kaedah syariah telah menentukan bahawa memelihara syariat adalah fardhu kifayah sekiranya ia boleh menyebabkan perkembangan ke atas perkara-perkara fardhu ain. Dan ia tidak dapat dibangunkan melainkan dengan apa yang telah kami nyatakannya di atas.

    2. Bid'ah Haram

    Seperti munculnya golongan Qadariah, Jabariah, Murjiah, Mujassimah dan sebagainya. Namun begitu, usaha menangkis fahaman golongan-golongan tadi termasuk dalam bid'ah yang wajib.

    3. Bid'ah yang Sunat

    Seperti : Mengadakan Ribat (tempat untuk berzikir kepada ALLah), sekolah-sekolah dan setiapkebajikan yang tidak pernah wujud pada zaman pertama RasuluLLah s.a.w) seperti solat Terawih 20 (20 rakaat berjemaah) dan mengajar tasawuf secara terperinci dan cara-cara untuk berhujah. Termasuk juga dalam kategori ini, mengadakan pertemuan mengumpul dalil-dalil dan hujah-hujah sekiranya ia diniatkan ikhlas semata-mata kerana ALlah s.w.t

    4. Bid'ah Makruh

    Seperti : Menghiasi masjid dan mashaf (kitab al Quran)

    5. Bid'ah Harus

    Seperti : Bersalam-salaman selepas solat Subuh dan Asar, mempelbagai makanan dan minuman yang enak,begitu uga pada pakaian, tempat tinggal, memakai selendang (diatas bahu),membesarkan lengan baju dan sebagainya.

    p/s : baca lah balik yang saya dah taip, penat jugak nak menyalin nih. :) Pembahagian bid'ah di atas dan contoh-contohnya sekali, ada kaitannya dengan mendekatkan diri kepada ALlah. :)

    BalasPadam
  45. Lagi best jika kita baca terjemahan al i'tishom dari Imam As Syatibi sendiri.

    http://www.scribd.com/doc/13441519/Al-iTisham-Imam-Syatibi

    Antaranya menyebutkan :

    * Tassawuf Bukan Bid’ah (Kitab Tarjamah Al-I’tisham, Delik delik tasawwuf, halaman 237 )

    * Mimpi Bertemu Allah atau nabi yang dapat dijadikan acuan untuk beramal (Kitab Tarjamah Al-I’tisham, halaman 308-310).

    * Kewajiban Bertaqlid kepada imam Mujtahid dan haramnya Ber-ijtihad bagi orang yang bukan Mujtahid (Kitab Tarjamah Al-I’tisham, Halaman 879- 880)

    P/s : sama tak dengan wahhabi salafi sendiri? Dalam perkara takrifan bid'ah digunakan kalam Imam As Syatibi, tapi cuba lihat bagaimana pula pendapat imam Syatibi dalam perkara yang dihukum bid'ah dholalah oleh Wahhabi Salafi sendiri. :) Jom Cari Kebenaran.

    BalasPadam
  46. ok. kalau saudara nak pakai pembahagian mcm tu, sy nak tny, sebab apa al-suyuti menghukum perkara2 yg sy senarai kan kat atas tu bid'ah yg mungkar?

    sbb apa an-nawawi menolak tambahan "wa barakaatuh" pada rukun salam dlm solat? dan mengharamkan membaca qur'an ketika mengiringi jenazah? dan menghukum solat raghaib sbg bid'ah sesat munkar sesat dan jahil? dan menghukum kenduri arwah sbg bid'ah yg dibenci?

    BalasPadam
  47. baca bagi habis apa yg al-syatibi tulis tu. jangan buat tajuk general mcm tu, seolah2 mimpi bleh jadi sumber hukum, takut org yg jahil tertipu.. baca baik2 sampai habis apa yg al-syatibi kata.

    BalasPadam
  48. Musafir lalu,
    enta ni, nak quote ayat ana quote la betol2.
    Tayah putar belitla.

    Bile bdebat ni, tunjukkanlah contoh yg baek kt kami bdak2 tib. Kalo enta pun maen kasar, jgn harapla kami nak blembut.

    Tp kami da bagi scara ilmiah tu.
    Mtk tlg elok2, enta nak bdebat, bdebat dgn ilmiah, jgn cari pasal lbey2 ye.
    Kalo nak bdebat, buat gaye nak bdebat.
    Kalo nak btumbuk, bagitau ana, tempat mane, pukul bape, ana on je.


    Ana baru bagi skit je tu.

    Ana nak tanye musafirlalu, simple je.

    Tlg jawab soalan ana ni.
    Jgn putar alam kok laen ye.

    Camane musafir lalu nak hukum perbuatan Aminah Wadud jadi imam kpd laki2 sbg haram?

    Tu termasuk dlm perbuatan yg Nabi saw tinggalkan. Kalo enta kate tu bid'ah dolalah, bagi dalil dan hujah, nape enta kate tu bid'ah dolalah. Kalo maen ikut hati enta je kate tu bid'ah dolalah, ana bleh buat kesimpulan awal, fahaman dan amalan islam enta ni bukannye ikut quran dan sunnah betol2, ikut akal pun ade. Bukan tak bleh qias atau ikut akal, tp kes ibadat yg kte bincang ni bkn masuk bawah perkara ijtihad, ade dalil sarih, qot'ie.

    Kalo nak nilai qaul yg kami pegang dgn qaul yg enta pegang, terang2 bagi ana, qaul kami lagi kuat,lagi rojih. Tak tau plak ana ustaz2 cam enta ni suke pd qaul yg ringan, kalo betolla ringan.

    Ana pegang asal hukum dlm ibadat khusus sbg haram. Bile ade dalil Allah suruh, nabi penah buat, baru jatuhla hukum taklifi die.

    Dlm kes Aminah wadud, ana ikut Dr Yusuf Qaradawi kate, perbuatan tu termasuk dlm bnda2 yg Nabi tak buat, takde dalil, make kembali asal hukum, haram, bid'ah.

    Tp setau ana, musafir lalu dan ustaz Nazrul ni tak pegang asal hukum ibadat khusus sbg haram kan?

    Jd ana tanye skali lagi, camane musafirlalu nak hukum sbg haram perbuatan Aminah Wadud tu?

    Atau perbuatan Aminah Wadud tu entum hukum tak haram? Entum ni dr kumpulan mane? murj'ah? islam liberal? Aminah Wadud tu mentor kpd sisters in islam yg liberal kt Malaysia tu.

    Ustaz Nazrul, kalo bleh tlg jawab gak, sbb sy tanye ustaz asalnye tu.

    BalasPadam
  49. Bohemian, sama-samalah kita tunjukkan akhlak yang baik dalam berbicara. Saya tiada pula memaki hamun atau berkata kesat selama komen dalam blog ini. Dah tentu haram tu bohemian. Ana ikut ijmak ulamak perkara tersebut.

    :) Dan Imam An Nawawi menerima untuk membaca al Quran bagi penziarah kubur (tambahan pada yasir)

    Pendapat dari Imam An Nawawi :

    Imam Nawawi berkata

    "Adalah sunnah hukumnya bagi para penziarah kubur untuk mengucapkan salam kepada mereka (penghuni kubur), mendoakan kepada orang yang diziarahi dan juga kepada ahli kubur semuanya. Lebih utama lagi, jika penziarah itu membaca doa-doa yang telah diterangkan dalam al hadith. Dan hukumnya sunnah pula membaca ayat-ayat al Quran dan setelah itu mendoakan para penghuni kubur. Ini semua adalah nas (pendapat) dari Imam al Syafie dan disepakati oleh murid-muridnya (para pengikutnya)



    Imam al Nawawi, al majmu' syarh al muhazzab jilid V h 286.

    BalasPadam
  50. da larr bro2 elex..musafir lalu da tak der modal da tu..dier ulang2 mender yang dah dijawab..buat orang pening paling last pun dier ckp pasal wahabi..sedangkan kite membicarakan dari sudut pandang imam-imam mazhab syafie... da tak der point musafir lalu ckp wahabi..biase arr ,, org yang bg pandangan lain ckt mereka di labelkan wahabi..mereka ni sedaya upaya cube memboleh-bolehkan..kita da sampaikan , kalo depa tak time nak buat cemana...
    da larrr tutup kes..sama-sama berlapang dada,
    jap2..tp naper eik musafir lalu kite tak kenal beliau..naper takot ker nak ckp mende betol??heheh guwau jek..k daaaaaa tutup ker..da meriah da blog ni ngan komen..senyum semua

    BalasPadam
  51. haaa musafir lalu..ko kene paham khilaf tu ada 2
    1 khilaf mu'tabarah
    2 khilaf muhalafah

    1.khilaf mu'tabarah"ulama' masing2 membuat tafsiran dari nas2 yang zonniyah"
    2.khilaf muhalafah: memang perkara ni sesat dan bercanggah dengan alquran dan sunnah

    contoh khilaf muktabarah mcm sampaikah doa, atau membaca quran pada si mati yang ko hujjahkan

    yang mengatakan boleh sbb berpandukan pada hadith yang nabi bg salam kat ahli qubur baqi'

    dan yang mengatakan tidak sampai berpandukan hadith terputus amalan kecuali 3 perkara..

    masing2 ada cara untuk memahami nas.. dan kite terpulang nak pilih mana,,kalo ko buat mcm kat atas ni ulamk ni ckp boleh ulamak ni ckp tak..ko seolah mempertikaikan ulamak berijtihad..tak bek arr mcm ni..
    dalam bab khilaf muktabarah kite terpulang selagiperkara yang zonniyah tadi benar2 tidak bercanggah dgn nas quran dan sunnah

    adapun khilaf muhalafah tu mcm kenduri tu bercanggah ngan nas sahabat "kunna nara' ijtima inda ahli maiyyit wa sonatun toam minan niyahah" kami melihat berkumpul di rumah si mati dan membuat makanan adalah meratapi kematian

    contoh lain pasal solat suant malam jumaat pertama dalam bulan rejab yang ada dalam ihya'..dengan penuh hormat kepada imam ghazali kerana meletak solat itu dalam ihya' tetapi brgkali beliau tersilap...kite hormat beliau..dan ulamak2 hadith menolak solat, seperti ibnu qayyin dalam kitab manarul munir dan imam zahabi,,

    kite pun tak setuju ngan puak yang di kata wahabi itu kerana mereka kadang kala berkeras dalam khilaf mu'tabarah

    maka kita sama2lah berpegang teguh pada nas quran dan sunnah dalam melakukan amal ibadah..

    BalasPadam
  52. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  53. Assalamu'alaikum,

    Insya ALlah, yang membaca boleh faham kat mana kepeningan wahhabi salafi bila berbicara mengenai takrifan bid'ah dan contohnya. Dan kemudian pentakfiran bid'ah tersebut bercanggah bila ulamak yang digunakan kalamnya oleh mereka itu bila ulamak tersebut berbicara dan mensyarahkan mengenainya.

    Kalau sebagaimana yang enta cakap tu budak baru belajar, iaitu menghormati perkara khilafiyyah. Erkk ada pembahagian lagi yek :) (Tak bid'ah la agaknya tu - ada RasuluLlah ajar tak tu?) dan berlapang dada itu memang patut diikuti.

    Yang tak baguihnya sampai menghukum bid'ah sesat tanpa hak walaupun dah ditunjuk dalil. Dan lagik menghukum kafir dan musyrik. Itulah yang dilakukan oleh Wahhabi Salafi.

    Senyum sedekah..:)

    p/s: Saya minta ustaz nazrul dapat menjawab persoalan ini lebih baik. Kerana beliau lebih arif berbanding saya dan juga mereka yang tidak mendalaminya. Sekiranya ada jawapan saya yang salah dan mengelirukan harap didelete oleh tuan blog.

    WaLLahua'lam

    BalasPadam
  54. hehehe..kalo orang membaca ngan ilmiyyah pasti dapat membedakan...sbb hujjah yang di keluarkan oelh kami rase2 dari mazhab syafie..ulama' syafie...tp kenapa tah musafir lalu kata orang2 yang menguna pendapat2 imam2 mazhab syafie ni wahabi..ishhh3x..pening kan.. lainlah kalo kite ni gune pendapat bin bazz ker..ibnu taimiyyah ker..muhammad bin abdul wahab ker...hehhehehe..
    takperlah musafir lalu..ehhh tp naper musafir lalu ni mcm tak nak kenalkan diri?? kalo benar tak perlu takot..hehhe guwau jek

    di harap pembaca menilaiakn dengan nilai neraca ilmu..bukan ngan anti dgn golongan tertentu..

    BalasPadam
  55. Salam.. izin ana menyelit.. ana nk quote sket komen dr Bohemian:

    "Musafir lalu,
    enta ni, nak quote ayat ana quote la betol2.
    Tayah putar belitla.

    Bile bdebat ni, tunjukkanlah contoh yg baek kt kami bdak2 tib. Kalo enta pun maen kasar, jgn harapla kami nak blembut.

    Tp kami da bagi scara ilmiah tu.
    Mtk tlg elok2, enta nak bdebat, bdebat dgn ilmiah, jgn cari pasal lbey2 ye.
    Kalo nak bdebat, buat gaye nak bdebat.
    Kalo nak btumbuk, bagitau ana, tempat mane, pukul bape, ana on je."

    maaf, tp ana dh ikut komen2 post nih dr mula smpaila sblm komen ana nih.. dn ana x rase MusafirLalu ade menggunakan perkataan2 yg kesat, lg menyakitkan hati.. Ana harap sblm kita nilai orang len, nilai dulu diri kite..

    lg satu komen psl

    "mtk maaf ckpla musafir lalu.
    Penjelasan enta ni panjang dan pening.

    Malas bace, bleh download kuliah Dr Asri ni.
    Sume psoalan kt atas dah dijawab."

    Klu nk tuntut ilmu kenelaa bc.. rasenye yg budak baru blaja punye komen pun pjg2, lg pjg dr yg musafirlalu.. dan ana rasa penjelasan dr musafir lalu sbnrnye sngt simple dan mudah.. tp mngkin sbb mls nk bc, sbb tula yg kate pening ngan x phm tuh...

    Mgkin Bohemian nih ter'excited' sket kot.. mgkin adrenalin trlebih sket bile bab2 komen nih... =)
    maaf klu trkasar bhs...

    akhir kalam.. sama2 kite pk balik ayat yg ana amek dr atas nih

    "Org yg inginkan kebenaran, cukuplah baginya satu hujah, manakala org yg keras kepala jika diberikan seribu hujah sekalipun tetap tidak akan menerimanya."

    "Cukupla, sudahla.

    Bagi sejuta hujah dan dalil pun tak gune, kalo niat kte dari awal dah tak betol.

    Jd sy mohon ustaz2 yg bace ni, betulkan niat dulu sablom nak bincang masalah2 bid'ah or pape lg yg berkaitan dgn salafi."

    persoalan ana, mcm mane pulak bg diri kite yg berckp (yg menulis 2 komen akhir yg ana quotekan ni)? adkh kite x buat perkara yg same?? Btul ke kite pun x cmtu?bile orng lain bg dalil seboleh2nya nk jugak ditolak dgn dalil kita?? Knape kite x cube kaji dulu dalil2 tersebut? kdg2 kite menyelahkan orang tp kita x sedar kita sendiri buat perkara yg sama.. =)

    Wallahua'alam..

    BalasPadam
  56. biasalah mmg bila org yg kekal bidaah dh kuat dlm otak...kte habaq tang mana pun diorang tkleh terima dah..sebiji mcm pakcik2 wahabi kt msjid tu....makin dekat dunia nk kiamat...jadi biasala bila kt akhir zaman ni jdi golongan2 cmni..kte bincng dh bgi mcm2 dalil da...apa nk lagi?Mcm nabi pun dia berusaha sekerasnya utk beri kefahaman pada semua manusia...tpi bkn nabi yg bgi hidayah..Allah yg berikan..jdi kte doa je la moga diorang phm apa yg kite nk smpaikn...tkyah la debat2 lagi...kang gaduh dh berpecah belah plak...mcm berpuak gitu tk elok..kte sama2 org Islam...hormatilah pendapat selagi org tu tk fasiq dn kafir...cuba tgk org tabligh kt msjid lgi msia...gerenti dibidaahkn trus sbb nk amalkn hadis2 lemah...diorang tgh cari kelazatan beriman dan amal...dn diorang tkpnah kafir...diorang pun islam gak...tu yg golongan sufi..pakai bju buruk...beramal dgn cara dia...tu pun korang nk bidaah kn jgak?jdi kte lihat perkara ni secara total laa...jgn duk fikir2 msing2 hebat...yg penting korang tuhan Allah je..dgn nabi korang yg last Nabi Muhammad...hayati la rukun iman dgn rukun islam smula....Ya Allah tolong la sahabat-sahabatku dlm blog ni yg tgh berdebat..Berilah petunjuk pada semua,moga2 Kau jadikn Kami dari hamba-hamba-Mu yg Kau sayangi...Ameeen

    ws

    BalasPadam
  57. anonymous ni dr azarita alex kan?

    Sian anon, takut nak pakai name sebenar.
    Aku doakan anon berani skit pasni.
    Kalo dah rase benar sgt pegangan tu, mesti berani kan?
    berani kerana benar.

    Kalo tak, takkan jd pejuang 28.5 kot.

    Bile sebut ahlisunnahwaljamaah,
    aku bpegang aswj ni org yg pegang sunnah betol2,
    yg ikut quran, ikut cara nabi betol2.

    Org yg ikut betol2 ni la yg ade autoriti utk pakai name ahlisunnahwaljamaah.

    Ustaz2 Azhar melayu, banyak buat keliru budak2 tib je, mengarut!

    Skit2 ckp wahabi keluar dr aswj. Ni yg ghulu'

    Yg kurang ghulu' skit, ckp aswj tak kate wahabi sesat, tp mujassimah sesat. Padahal belakang2 pi kate wahabi mujassimah.

    Org seru kamu kpd pegangan islam yg sebenar.
    Org da bagi hujah, dalil, perbahasan ulama lagi.

    Kalo kamu nak ikut, alhamdulillah.

    Kalo kamu tanak ikut, aku doakan, semoga Allah bagi kamu hidayah.

    Tp yang kamu2 ni, duk tuduh wahabi sesat, wahabi mujassimah, plak tu, kamu plak yg pakai name ahlisunnahwaljamaah ni, ape kes?

    Anon, manhaj ustaz Nazrul, manhaj musafirlalu yang pening. Sikit mase lagi, kalo buat pening lagi, simple je aku ckp, "sia2 belajar Azhar!"

    Aku bagi soalan mudah je kt atas tu, tak jawab2 lagi.

    1st - Ape hukum Aminah wadud jd imam solat laki2?

    2nd - Kalo kamu hukum haram, camane kamu hukum perbuatan minah tu haram?

    3rd - Kalo kamu hukum haram dgn kate perbuatan Aminah Wadud tu bid'ah yg sesat, ape hujah dan dalil kamu utk kate perbuatan Aminah Wadud tu bid'ah dolalah? Sbb perbuatan die tu pun termasuk dlm perkara yg Nabi tinggal.

    Mtk tlg Ustaz Nazrul dan musafir lalu jawab soklan ni.

    Aku berpegang pd manhaj salaf, mcm Dr Yusuf Qaradawi kate, perbuatan Aminah Wadud tu Haram, sbb bid'ah, sbb asal hukum dlm ibadat khusus ni haram, Nabi tak pernah buat (nabi tinggalkan), make berbalik pd asal hukum, haram!

    Manhaj salafi yg aku ikut jelas.

    Manhaj kamu camane?

    Sape yang pening skarang?

    Dala, aku nak exam, nak study.
    Kpd pejuang 28.5, cukup2la taksub bodoh kt ustaz Nazrul ni.

    Aku tak pnah taksub kt ulama wahabi.
    Aku dulu, blajar ngan Ustaz Azim kedah, kuliah syariah, aku pun anti-wahabi.
    Tp alhamdulillah, Allah bukak ati aku utk nilai due2 belah pihak, hasilnya, aku skang nak pejuangkan sunnah.

    Ustaz Nazrul, kalo tanak ikut wahabi, paling kurang pun, contohila ustaz Hairul Nizam, nak kenal wahabi, pegi bukak kitab wahabi, pegi talaqi dgn syeikh2 wahabi, bukannye pi tanye Syeikh Yusri. Ustaz Hairul kate die tu ahlulbait, dah tau ahlulbait ni ade yg tak suke wahabi, pegi tanye gak, sampai kiamatla kamu tak kenal wahabi. Sbb tu aku label org2 cam kamu ni tempurung.

    Mtk maapla kasar.
    Harap ade peningkatan.
    Amen.

    BalasPadam
  58. Assalamu'alaikum,

    Manhaj salafi mana ye yang benar? Saya lihat salafi nih kafir mengkafirkan antara satu dengan yang lain, menghukum sesat antara satu dengan yang lain.

    Contoh :

    BalasPadam
  59. Fatwa tentang kesesatan Aidl Al-Qarny
    Selasa, 10 Februari 2004 - 00:10:54 :: kategori Fatwa-Fatwa


    Penulis: Syaikh Fauzi bin Abdullah Al-Atsary
    .: :.
    Fadhilatus-Syaikh dari Bahrain, Syaikh Fauzi Al-Atsary (hafizhahullah)
    ditanya pertanyaan berikut:

    “Siapakah Aidl Al-Qarny dan apakah diperbolehkan mendengarkan kasetnya?”

    Syaikh menjawab:

    “Seseorang tidaklah seharusnya mendengarkan orang ini dan orang yang semacamnya. Dia ini dari Ahlul Bid’ah, Quthubiyyun dan dia adalah seorang Sufy. Pernyataan-pernyataannya bersesuaian dengan Sufiyyah.

    Dia menyeru kepada Quthubiyyah dan politik. Dia berbicara buruk tentang Ulama. Dia memiliki kaset rekaman di mana dia berkata bahwa
    Ulama tidak keluar dalam jihad, dan bahwasanya mereka tidak memberikan fatwa tentang jihad dan banyak kebohongan lainnya tentang Ulama. Maka
    tidak diperbolehkan mendengarkan kaset-kasetnya.”

    (Sumber: “Kaset Ushul Da’wah Salafiyyah” -30 July 2003, Copenhagen,
    Denmark
    [www.darulhadith.com, 29 08 2003]. Diterjemahkan tim salafy.or.id.
    Muroja’ah al ustadz Abu Hamzah)

    BUKTI DIAMBIL DARI LAMAN WEB SALAFI : http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=508

    Ulamak Wahhabi Salafi menghukum sesat kepada Jemaah Islam : BUKTI :



    Minal Itsnain Wasab'iina Firqotan tulisan sheikh bin baz, Nahsiruddin al Bani, Sheikh fauzan, sheikh abu zaid cetakan Maktabah al Furqon Ajman tahun 2001 hlmn 9-10 :

    Apakah jemaah tabligh yg memiliki sekian bnyk kesyirikan dan bid'ah serta jamaah hasan al bana yang memiliki aktiviti pergerakan dan pembangkang pemerintah yg akan masuk neraka?

    Para penulis risalah itu menjawab : [mereka] termasuk di antara 72 golongan itu dan kelompok khawarij juga termasuk diantaranya.

    Pada Halaman 14 :

    Antara firqah sesat menurut penulis-penulis itu lagi :

    1. Firqah Hasan al Banna (al ikhwaniyyah)
    2. Hasan at Turabi (at Turabiyyah)
    3. Sayid Qutb (al Qutubiyyah)
    4. Muhammad Ilyas (At tablighiyyah)
    5. Ahmad Yasin (al Hamasiyyah)

    Kitab sheikh khajandi yang mendapat dokongan dari wahhabi salafi dalam halaman 55 Kitab Halil Muslim Mulzamun Bittiba'i Mazhabin Mua'yyan Minal Mazahibil Arba'ah -


    pada halaman 55 beliau mengatakan pengikut mazhab adalah musyrik.

    Dalam halaman 89 menyamakan pengikut mazhab seperti himar.

    Dan banyak lagi.

    Dalam Mukhtasar Muslim lil Hafiz al Munziri ketika memberi komen mengenai hadith nombor 2060 tentang turunnya al Masih alaihissalam di akhir zaman, Sheikh Albani berkata :

    Ini jelas menunjukkan bahawa Isa 'alaihissalam akan berhukum dengan syari'at kita dan memberi keputusan dengan al Quran dan Sunnah. Bukan dengan selain keduanya iaitu Injil atau Fiqh Hanafi atau yang seumpamanya.


    Pernyataan Sheikh Albani ini telah disanggah oleh Dekan Fakulti Usuluddin dari Universiti al Imam Muhammad bin Su'ud al Islamiyyah Riyadh iaitu Dr Ibrahim al Mansuri di akhbar harian 'Ukkaz. Beliau berkata :

    Bagaimanakah anda menyamakan mazhab-mazhab dengan Injil yang sudah tidak asli dalam hal kebatilan? Dan bagaimana pula anda menggolongkan para pengikut mazhab yang 4 berada dalam kesesatan seperti Yahudi Nasrani dan bahawa semua itu adalah pengikut kebatilan sesuai dengan sangkaan anda?"

    Fikir-fikirkan

    BalasPadam
  60. abn nafis..kite tahu fatwa2 tu memang ada..
    tp isunya kat sini kite memperkatakan makna bid'ah dari sudut pandang imam2 jaguh mazhab syafie..yang ko g cite wahabi sesat ni naper??? ni lah orang2..bila kite pegang mazhab syafie pun ckp wahabi lagi...

    ko tgk tajuk asal atas tu ADALAH PERBUATAN sahabat..kat situ kite cume kongsi ilmu ckt

    pastu korang musafir lalu cite bab bid'ah lak da
    --- da kite orang kene terangkan jugak DARI SUDUT PANDANG MAZHAB SYAFIE-- kerana musafir lalu amik taarfi lain letak kat tempat lain..man a bolhe mcm tu, dier amik taarf' imam nawawi..pastu pembahagian gune izz abdul salam..tak tepat sbb masing ada sbb mengune kan taarif...

    pastu musafir lalu masuk lak bahagian khilafiyyah...

    pastu ibnu nafis ni masuk lak wahabi fatwakan sesat..adoiii

    korang ni da tak der modal lagi last2 cite wahabi...

    kite tahu tentang fatwa2 tu..tp kembali maudu' asal k..jgn keluar tajuk..musafir lalu ,,ibnu nafis bawa org keluar tajuk

    kalo kite orang ak terangkan satu2 bila nak abes???
    mcm fatwa bin baz tentang menyuruh orang palastine kuo dari paslastine "wajib berhijrah" kite pun tak setuju..
    bukan apa yang di ckp oleh olama yang korang katakan wahabi tu kite orang setuju..

    kite orang tak der gune fatwa2 bin bazz ker,,syeh usaimin ker, ibnu taimiyyah ker, muhammad bin abdu wahab ker..
    kite berbincang dari sudut padnang ulamak syafie..

    sudah larrr musafir lalu dan ibnu nafis,,da tak dar hujjah lain wahabi gak yang kene, wahabi jugak korang cite,,hehhehe"mcm lucu pun ada"hahahhaha..alahai

    k larr senyum selalu

    BalasPadam
  61. maaf ibnu nafis,,,enta mengtakan albani menyamakan mazhab abi hanifah dengan taurat dan injil tanpda merujuk penulisan albani sebenarnya

    kata albani dalam penulisanya "nabi isa akan turun dan akan berhukum dengan mengunakan al quran, tidak mengunakan tuurat, tidak mengunakan injil dan tidak mengunakan feqah abi hanifah "

    kalo kita tak merujuk penulisan beliau kita akan katakan beliau samakan mazhab abi hanifah dengan taurat dan injil..

    tp sebenarnya dalam bab itu albani sedang menjawab kepada orang2 yang ta'sub dengan mazhab hanafi, mereka (orang2 yang taksub) mengatakan "jika nabi isa turun sekali pun , nabi isa akan mengunakan feqah abi hanifah"

    kalo kite tak baca betol, atau mendengar dari sebelah pihak yang contra sahaja kita takkan dapat kepastian yang sebenar..

    jadi kene kine hati dengan orang2 yang suke menuduh2 ni,,baca bg abes, pegang nagn fakta

    sekadar menjawab...

    BalasPadam
  62. pasal mutajassimah tu, saya dapat dari blog ni, mohon tolong tengok2kan.. pasal hukum berimamkan denagn imam mekah macam sudaisi pun saya baru dapat dari web ni.. apepon terimakasih kerana membalas soalan saya..
    jika ada kesempatan buleh tolong layari blog ini?manalah tahu jika ianya mungkin ada pendapat yang salah ke..
    abu-syafiq.blogspot.com

    BalasPadam
  63. Assalamu'alaikum budak baru belajar,

    Bohemian menyingkap mengenai manhaj salafi. Jadi saya hanya bertanya manhaj salafi mana yang ingin diikuti? Adakah yang menghukum sesat sesama salafi sendiri? Manhaj salafi yang menghukum sesat kepada majoriti Umat Islam?

    Mana satu manhaj salafi yang betul? Yang tidak kafir? Adakah anda sendiri bermanhaj salafi? Jika tidak maka mengapa perlu terasa dengan fakta yang diberikan?

    BUKTI LAMAN WEBNYA PUN DAH DIBERIKAN.. haihhh..

    Dan patutnya bidas la balik adakah benar pernyataan ulamak manhaj salafi tuuu.. jawapan saudara kita (bohemian) dah la kasar.

    Jika Budak Baru Belajar tidak mampu menjawab diam sudahlah. Kan mudah begitu.

    Soalan dan contoh yang diberikan oleh saudara Musafir Lalu pun tak dijawab dan dibiarkan tergantung begitu sahaja. Kemudian boleh mengatakan hujjah yang diberikan lebih ilmiyyah. Ilmiyyah apanya kalau masih boleh dibidas dan libang-libu ?

    Jawablah persoalan yang timbul dengan hujjah ilmiyyah juga.


    p/s : tapi taktahulah, kalau mindsetting dah memang suka menghukum bid'ah. Salafi dan menghukum bid'ah - memang tidak boleh dipisahkan.

    BalasPadam
  64. dah jawab dgn ilmiah, ibnunafis tak bace kot.
    Igt aku keje maki org je ke?

    Soalan aku kt atas, psl Aminah Wadud jd imam kpd laki2 tu, musafir lalu, ustaz nazrul tak jawab lagi.

    IbnNafis nak tlg jawabkan tape gak.

    BalasPadam
  65. Soalan anda tentang aminah wadud dah dijawab oleh Musafir lalu. Cuba la baca bebetul.

    Dan bagi saya, anda masih tidak menjawab persoalan Musafir Lalu (baca dan check betul-betul dan lihat keraguan yang telah ditimbulkan oleh Musafir Lalu dari jawapan bohemian sendiri mengenai erti bid'ah dan aplikasinya).

    WaLlahua'lam

    BalasPadam
  66. Puas da ana bace.
    Tak jumpe jawapan utk soalan ttg aminah wadud dr musafir lalu.

    Ttg keraguan dr musafir lalu, ana berpegang bid'ah adalah bid'ah, tiada bid'ah hasanah. Ana mengambil takrifan syara'. Ana menolak takrifan bahasa, ana dah bagi hujah kt atas, sile rujuk balek.

    Tp ade point dr musafir lalu yg ana terlepas pandang ari tu, ttg kalam imam shafie yg membahagikan bid'ah kpd bid'ah mahmudah dan mazmumah.

    Berkata Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah (795H):

    al-Syafi‘i berkata, “Bid‘ah itu ada dua jenis: Bid‘ah Mahmudah (dipuji) dan Bid‘ah Mazmumah (مذمومة) (dikeji). Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji. Apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji.”

    (Ibn Rajab meneruskan) Maksud al-Syafi‘i rahimahullah ialah seperti yang kita sebutkan sebelum ini, bahawa Bid‘ah Mazmumah ialah apa yang tiada asal dari syariat untuk dirujuk kepadanya. Inilah bid‘ah pada istilah syarak. Adapun Bid‘ah Mahmudah ialah apa yang bertepatan dengan sunnah. Iaitu apa yang ada baginya asal untuk dirujuk kepadanya. Ia adalah bid‘ah dari segi bahasa, bukannya dari segi syarak kerana ia menepati sunnah. [1]

    Justeru itu ketika menghuraikan maksud pembahagian bid‘ah oleh al-Imam al-Syafi‘i, al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (852H) berkata:

    Maka bid‘ah pada ta’rifan syarak adalah dikeji. Ini berbeza dengan (maksud bid‘ah dari segi) bahasa di mana setiap yang diada-adakan tanpa sebarang contoh dinamakan bid‘ah sama ada dipuji ataupun dikeji.[5]

    Antara bukti al-Imam al-Syafi‘i tidak memaksudkan bid‘ah dalam ibadah sebagai Bid‘ah Mahmudah ialah bantahan beliau terhadap golongan yang berterusan dalam berzikir secara kuat selepas solat. Amalan ini dianggap Bid‘ah Hasanah oleh sesetengah pihak.

    Rujukan - [1] Ibn Rajab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam (جامع العلوم والحكم), jld. 2, m.s. 52.

    BalasPadam
  67. rujukan - [5]- Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld. 15, m.s. 179.
    -------------------

    Ketika mengulas hadith Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anh:

    إنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

    Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam… al-Imam al-Syafi’i dalam kitab utamanya al-Umm berkata:[6]

    وأختار للامام والمأموم أن يذكرا الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكرَ إلا أن يكون إماما يُحِبُّ أن يتعلّم منه فيجهر حتى يُرى أنه قد تُعُلِّمَ منه ثم يُسِرّ.

    Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (mengajar bacaan-bacaan zikir tersebut), maka ketika itu dikuatkan zikir. Sehinggalah apabila didapati telah dipelajari daripadanya, maka selepas itu hendaklah dia perlahankan.

    Rujukan - [6] al-Syafi'i, Mausu‘at al-Imam al-Syafi'i: al-Umm (موسوعة الإمام الشافعي), jld. 1, m.s. 353

    BalasPadam
  68. Adapun hadith Ibn ‘Abbas di atas, al-Imam al-Syafi’i menjelaskan seperti berikut:

    وأحسبه إنما جهر قليلا ليتعلّم الناس منه وذلك لأن عامة الروايات التي كتبناها مع هذا وغيرها ليس يذكر فيها بعد التسليم تَهليلٌ ولا تكبير، وقد يذكر أنه ذكر بعد الصلاة بما وصَفْتُ، ويذكر انصرافَه بلا ذكر، وذكرت أمُّ سلمةَ مُكْثَه ولم يذكر جهرا، وأحسبه لم يَمكُثْ إلاّ ليذكرَ ذكرا غير جهْرٍ. فإن قال قائل: ومثل ماذا؟ قلت: مثل أنه صلّى على المنبر يكون قيامُه وركوعُه عليه وتَقهْقَرَ حتى يسجدَ على الأرض، وأكثر عمره لم يصلّ عليه، ولكنه فيما أرى أحب أن يعلم من لم يكن يراه ممن بَعُد عنه كيف القيامُ والركوعُ والرفع. يُعلّمهم أن في ذلك كله سعة. وأستحبُّ أن يذكر الإمام الله شيئا في مجلسه قدر ما يَتقدم من انصرف من النساء قليلا كما قالت أم سلمة ثم يقوم وإن قام قبل ذلك أو جلس أطولَ من ذلك فلا شيء عليه، وللمأموم أن ينصرفَ إذا قضى الإمام السلامَ قبل قيام الإمام وأن يؤخر ذلك حتى ينصرف بعد انصرافِ الإمام أو معه أَحَبُّ إلي له.

    Aku berpendapat baginda menguatkan suara (zikir) hanya untuk seketika untuk orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini[7] atau selainnya, tidak menyebut selepas salam terdapat tahlil [8] dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Umm Salamah pula menyebut duduknya baginda[9] (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda berzikir secara kuat. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak kuat.

    Jika seseorang berkata: “Seperti apa?”[10]. Aku katakan, sepertimana baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya (mimbar). Akan tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda dapat mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua.

    Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya.



    Nyata sekali al-Imam al-Syafi’i rahimahullah tidak menamakan ini sebagai Bid‘ah Hasanah, sebaliknya beliau berusaha agar kita semua kekal dengan bentuk asal yang dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Seandainya maksud Bid‘ah Mahmudah yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i merangkumi perkara baru dalam cara beribadah yang dianggap baik, sudah tentu beliau akan memasukkan zikir secara kuat selepas solat dalam kategori Bid‘ah Mahmudah. Dengan itu tentu beliau juga tidak akan berusaha menafikannya. Ternyata bukan itu yang dimaksudkan oleh beliau rahimahullah

    BalasPadam
  69. rujukan:-



    [7] Maksud al-Imam al-Syafi'i ialah apa yang beliau tulis dalam
    al-Umm tersebut dalam bab Kalam al-Imam wa Julusihi Ba’d al-Salam
    (كلام الإمام وجلوسه بعد السلام) yang mana beliau telah mengemukakan beberapa hadith yang menunjukkan baginda tidak menguatkan suara ketika zikir selepas solat.

    [8] Tahlil maksudnya ialah ucapan: لا إله إلا الله.

    [9] Maksud al-Imam al-Syafi'i ialah hadith riwayat Umm Salamah yang beliau sebutkan pada awal bab berkenaan:

    كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا سلم من صلاته قام النساء حين يقضي تسليمه ومكث النبي صلى الله عليه وسلم في مكانه يسيرا قال ابن شهاب فنرى مكثه ذلك والله أعلم لكي ينفذ النساء قبل أن يدركهن من انصرف من القوم

    Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila memberi salam dari solat maka kaum wanita akan bangun apabila baginda selesai memberi salam. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pula duduk sekejap ditempatnya selepas solat. Kata Ibn Syihab: Kami berpendapat – Allah lebih mengetahui – tujuannya agar kaum wanita dapat pergi sebelum kaum lelaki keluar. Hadith ini turut diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al-Nasai, Abu Daud, Ibn Majah dan lain-lain.

    [10] Maksudnya, apakah contoh perkara yang pernah baginda lakukan hanya seketika kemudian setelah orang ramai mempelajarinya baginda tinggalkan. al-Imam al-Syafi'i menyebut contoh ini untuk menyokong pendapat beliau bahawa zikir selepas solat secara kuat hanya dilakukan oleh baginda pada seketika sahaja, kemudian zikir baginda

    BalasPadam
  70. dah, ana nak exam ni. Mtk tlg sahabat2 laen tolong jawab dan perbetulkan mana2 hujah saudara kita yg tak betol ni, even kalo ana tak betol, mtk tlg betolkan jgk.

    Mtk maaf sume.

    BalasPadam
  71. pembetulan skit.

    Rujukan no [10] -



    [10] Maksudnya, apakah contoh perkara yang pernah baginda lakukan hanya seketika kemudian setelah orang ramai mempelajarinya baginda tinggalkan. al-Imam al-Syafi'i menyebut contoh ini untuk menyokong pendapat beliau bahawa zikir selepas solat secara kuat hanya dilakukan oleh baginda pada seketika sahaja, kemudian zikir baginda berzikir secara perlahan.

    BalasPadam
  72. Jika taknak terima adanya bid'ah hasanah sudahlah. Kami (bagi yang terima adanya bid'ah hasanah) memahami adanya bid'ah hasanah.

    Ijtihad itu juga namanya perkara baharu yang tiada dilakukan RasuluLLah.

    Hujjah anda :

    Seandainya maksud Bid‘ah Mahmudah yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i merangkumi perkara baru dalam cara beribadah yang dianggap baik, sudah tentu beliau akan memasukkan zikir secara kuat selepas solat dalam kategori Bid‘ah Mahmudah.

    Anda sendiri sudah menjawab :

    al-Imam al-Syafi’i dalam kitab utamanya al-Umm berkata:[6]

    وأختار للامام والمأموم أن يذكرا الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكرَ إلا أن يكون إماما يُحِبُّ أن يتعلّم منه فيجهر حتى يُرى أنه قد تُعُلِّمَ منه ثم يُسِرّ.

    Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (mengajar bacaan-bacaan zikir tersebut), maka ketika itu dikuatkan zikir. Sehinggalah apabila didapati telah dipelajari daripadanya, maka selepas itu hendaklah dia perlahankan.

    ------


    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    "Sesungguhnya, bagi malaikat itu, sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir. Maka, apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah s.w.t., mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain): "marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)" Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia..." Al-Hadis. (riwayat Al-Bukhari).

    Dari Mu'awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar menuju ke halaqah para sahabat Baginda s.a.w.. Lalu, Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut): "Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?" Mereka menjawab: "Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memujiNya terhadap nikmatNya takkala Dia memberi hidayah kepada kami dalam memeluk Islam..." sehinggalah sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan mara malaikat" (hadis riwayat Muslim)

    Dari Abi Hurairah r.a. telah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tidaklah duduk sesuatu kaum, akan suatu majils untuk berzikir kepada Allah, melaikan para malaikat akan menaungi mereka, akan terlimpah rahmat ke atas mereka, dan Allah s.w.t. juga akan memperingati mereka..." (hadis riwayat Muslim)

    hadis riwayat Ibnu Abbas:



    “Bahawasanya mengangkat suara dengan zikir sewaktu orang ramai selesai solat fardu adalah dilakukan pada zaman Rasulullah. Berkata Ibnu Abbas lagi: “Aku mengetahuinya setelah mereka selesai solat fardu itu apabila aku mendengarnya.” Hadis riwayat Bokhari.

    Jika duduk kat Malaysia (contohnya) berapa ramai yang tahu berzikir, bertahmid, bertasbih, dan sebagainya. Oleh itu, zikir secara jahar amat relevan di sini. Tambahan pula jemaah yang silih berganti setiap waktu termasuk juga terdiri dari kanak-kanak dan remaja yang baharu hendak mengenal tikar sejadah.

    BalasPadam
  73. Contoh ijtihd oleh sahabat dan salafussoleh :

    Saidina Umar berpendapat bahawa tidak batal puasa seseorang yang berkucup dengan isterinya, kerana mengqiyaskan dengan berkumur-kumur ketika berpuasa. (Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan al Baihaqi).

    Dalam menetapkan satu miqad baru iaitu Zatu Irq bagi jemaah Haji atau Umrah yang datang dari sebelah Iraq, Saidina Umar mengqiyaskannya dengan tempat yang setentang dengannya iaitu Qarn al Manazil. Sedangkan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam hanya menetapkan empat tempat sahaja sebagai miqat tetapi Saidina Umar menambah satu lagi iaitu Zatu Irq (menjadi lima). (LIhat al Mughni, jld 3, m.s 3 258 dan Fath al Bari m.s 389)

    Saidina Uthman mewujudkan azan dua kali (pertama dan kedua) pada hari Jumaat diqiyaskan dengan azan 2 kali pada solat subuh dengan alasan bahawa azan yang pertama pada Solat Subuh disyariatkan pada zaman RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam untuk mengejutkan mereka yang sedang tidur, maka begitu juga azan yang pertama pada solat Jumaat untuk mengingatkan mereka yang sedang sibuk berniaga di pasar dan yang bekerja (Nailul al Authar : 3/322)

    Jumhur ulama mengharuskan dua solat sunat yang bersebab pada waktu yang makruh diqiyaskan dengan solat sunat selepas Zohor yang diqadha' oleh RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam selepas Solat Asar ( Lihat al Nawawi, Syarah sahih Muslim: 6/111)

    Sebilangan besar pada ulama berpendapat, menyapu tangan sampai ke siku ketika tayammum adalah wajib diqiyaskan dengan membasuh kedua tangan ketika berwudhuk. (Lihat Mughni al Muhtaj:1/99 dan al Mughni: 1/204)

    BalasPadam
  74. Bagi ulama yang berpendapat bahawa solat sunat sebelum Solat Jumaat adalah sunat muakkad mengqiyaskan dengan solat sunat sebelum Zohor. Manakala sebilangan ulama lain di antaranya Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim berpendapat bahaya ia adalah sunat (sunat mutlak bukannya sunat muakkad) mengqiyaskannya dengan solat sunat hari raya yang tidak ada solat sunat (muakkad) sebelum solat tersebut. ((Al Fatawa: 24/194)

    Sesetengah ulama bermazhab Hanafi mengqiyaskan air yang banyak yang tidak terjejas apabila jatuh najis ke dalamnya dengan air laut dari segi banyaknya. (al Mushili, al Ikhtiyar: 1/14)

    Para ulama bermazhab Hambali mengharuskan ganti dengan memberi makanan sebagai kaffarat bunuh (yang tidak sengaja), kerana mengqiyaskannya dengan kaffarat zihar dan kaffarat jimak pada siang hari Ramadhan (Al Mughni: 8/97)

    Menurut Imam Ahmad dalam satu riwayat daripadanya, dibasuh setiap benda yang terkena najis sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan air tanah, kerana beliau mengqiyaskannya dengan sesuatu yang terkena najis anjing atau babi (Al Mughni: 1/54-55)

    Menurut Imam Ahmad dalam salah satu pendapatnya, diwajibkan berdiri sekadar yang termampu bagi sesiapa yang tidak mampu berdiri dengan sempurna ketika solat samada kerana ketakutan atau kerana atap hendak roboh diqiyaskan dengan hukum berdiri seorang yang bongkok. (Al Mughni: 2/144)

    Imam Malik berpendapat, diharuskan melewatkan solat bagi mereka yang ketiadaan air diqiyaskan dengan seorang perempuan yang kedatangan haid yang diharuskan melewatkan solatnya (al Mughni: 1/250)

    Imam Abu Hanifah dan Imam asy Syafie berpendapat, sah tayammum bagi seorang yang berhadas besar dengan niat mengangkat hadas kecil diqiyaskan dengan sahnya wudhuk selepas membuang air kecil atau besar (walaupun tanpa niat untuk mengerjakan solat). (Al Mughni: 1/267)

    Imam Malik membolehkan qadha' solat malam yang terluput, iaitu dikerjakannya selepas terbit fajar sebelum solat Subuh diqiyaskan dengan solat witir. Tetapi ini adalah salah satu pendapat Imam Malik berhubung dengan masalah ini. (al Mughni:2/120)

    Imam Abu Hanifah, Ath Thauri dan Al Auza'ie membolehkan lewat solat bagi mereka yang tidak menemui air dan tanah sehinggalah menemuinya, kemudian mengqadha'nya diqiyaskan dengan melewatkan puasa bagi wanita yang kedatangan haid (Al Mughni: 1/267)

    BalasPadam
  75. Ibnu Umar radiyaLlahu anhu berpendapat, solat Sunah Dhuha tidak digalakkan di dalam syariat Islam melainkan bagi mereka yang tiba dalam permusafiran. Beliau hanya mengerjakannya ketika tiba di Masjid Quba. Ini diriwayatkan oleh Al Bukhari daripada Mauriq katanya :

    "Aku pernah bertanya kepada Ibnu Umar RadiyaLlahu 'anhu." Adakah kamu bersolat Dhuha? Beliau menjawab "Tidak", Aku bertanya lagi "Adakah Umar mengerjakannya?" Beliau menjawab "Tidak". Aku bertanya lagi " Abu Bakar?" Jawabnya: "Tidak" Aku bertanya lagi: "RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam?" Jawabnya "Aku tidak pasti".



    Menurut al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani:

    "Sebab tawaqqufnya Ibnu Umar pada masalah itu kerana beliau pernah mendengar daripada orang lain bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pernah mengerjakannya tetapi beliau tidak begitu mempercayai perkara itu daripada seorang yang menyebut kepadanya.".



    Maka, beliau menganggap solat Dhuha adalah di antara bid'ah yang baik sepertimana yang diriwayatkan oleh Mujahid daripada beliau (Ibnu Umar).

    Menurut Al A'raj:

    “Aku pernah bertanya Ibnu Umar berkenaan Solat Sunah Dhuha? Beliau menjawab: “Ia adalah bid’ah dan sebaik-baik bid’ah”

    . (Fath al Bari: 3/52)

    Sepertimana yang telah dinyatakan daripada Ibnu Umar tadi, membuktikan bahawa perkara-perkara yang baharu diwujudkan dalam ibadah memang berlaku dan diakui oleh pada sahabat RadiyaLlahu ‘anhum sendiri.

    Sumber : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur

    BalasPadam
  76. Jika semua perkara baharu dalam ibadah itu sesat (kecuali ibadah khusus). Belajar membaca al Quran dengan mp3 pun tak pernah ditunjuk oleh RasuluLLah, memberi khutbah dalam bahasa melayu tak pernah ditunjuk oleh RasuluLlah, zikir dengan menggunakan alat pengira (tidak pernah dibuat oleh RasuluLLah), dan banyak lagi. Termasuk la perbuatan menggunakan internet mengajar agama (termasuk ibadah juga) tak pernah diajar RasuluLlah bahkan para sahabat sekalipun.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...