Jumaat, 11 September 2009

Layakkah Kita Bergelar Al-Azhari??

Teringat saya sebuah ungkapan yang sangat menggugah jiwa bilamana salah seorang ulama al-Azhar iaitu Fadhilatul al-Allamah al-Muhaddis al-Sufi Dr Muhammad Zaki Ibrahim al-Husaini al-Syazuli rahimahullah meninggal dunia.Ungkapan ini disebutkan oleh salah seorang ulama al-Azhar al-Syarif bagi melahirkan kesedihan dengan hilangnya sebuah permata umat yang amat berharga. Maaf saya terlupa siapakah yang menyebutkan kalam hikmah ini.

Kalam yang disebutkan itu adalah :

إذا مات الأزهرى بكت السماوات و الأرض

Maksudnya: Jika mati seorang yang bergelar Azhari(yang pernah belajar di al-Azhar) maka akan menangislah seluruh langit dan bumi dengan pemergiannya.

Kalau kita semak kembali lembaran sejarah para ulama terdahulu yang belajar di pangkuan al-Azhar, maka perkataan ini sangat sinonim dan sangat bersesuaian sekali.

Namun sekarang , adakah kalam ini masih boleh untuk kita guna pakai kepada graduan yang tamat pengajiannya di al-Azhar?Fokus perbincangan saya pada kali ini bertumpu kepada seluruh pelajar Malaysia yang pernah dan sedang belajar di al-Azhar al-Syarif.Para ulama yang ada sekarang di al-Azhar al-Syarif memang tidak dapat dinafikan kewibawaannya.Namun pelajarnya? Adakah benar-benar menjiwai para ulama di sini atau sekadar pergi ke kuliah, duduk sebentar mendengar pengajian atau sekadar ke kuliah menyempurnakan urusan peperiksaan kemudian pulang dan rehat sepanjang tahun tanpa rasa malu dan sedar bahawa diri semakin lama semakin jahil.

Adakah title @ pangkat sebagai Azhari itu terlalu murah untuk diberikan kepada golongan manusia sebegini??

Saya tidaklah ingin mengatakan bahawa sistem kuliah sebenarnya sedikit demi sedikit menghakis kewibawaan seorang pelajar di al-Azhar al-Syarif.Tetapi jika diteliti , hakikatnya memang begitu.Bilamana bidang agama dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, Kuliyah Syariah, Usuluddin, Lughah dan lain-lain maka secara tak langsung pelajar juga akan menjadi semakin malas.Pelajar yang hanya belajar di Kuliyah Syariah maka ilmu lain seperti Aqidah dan lain-lain tidak akan menjadi tumpuan lagi.Manakala yang belajar di Kuliyah Usuluddin pula, ilmu Fiqh dan Perundangan Islam terus diabaikan.Pelajar Kuliyah Lughah Arabiyah pula bilamana terlalu sibuk dengan Syair Jahili dan Prosakata Arab maka ilmu Usuluddin dan Syariah terus ditinggalkan.

Saya tidak menafikan bahawa umat semakin lemah dan perlukan pembahagian.Namun pembahagian bagaimana yang kita fahami?Adakah bilamana al-Azhar membahagikan kuliyah seperti sekarang maka ilmu-ilmu lain yang tiada kaitan dengan Kuliyah kita maka akan terus dipinggirkan??Masalahnya ini yang berlaku sekarang.

Bilamana pulang ke Malaysia , bila disuruh mengajar kitab maka natijahnya sangat mendukacitakan.

Ustaz, boleh kami ingin belajar kitab Fiqh Syafie dengan ustaz?” seorang pelajar meminta izin daripada Ustaznya.

Emm, Ustaz dulu belajar Kuliyah Usuluddin @ Lughah, Tak pandai sangat bab Fiqh ni.Kitab lain boleh la” jawab ustaz tersebut sambil tersipu-sipu malu.

Situasi ini saya yakin masih ada dan akan ada jika keadaan seperti sekarang berterusan.Saya berani menyebutkan perkara ini kerana saya sendiri berada di al-Azhar al-Syarif.Berapa ramai pelajar Kuliyah Syariah yang berjaya menamatkan pengajian di Universiti namun bila disuruh membaca kitab , MasyaAllah…rasa kurang yakin, malah terlalu banyak kesalahan.Istilah di dalam ilmu fiqhnya terlalu lemah, usul fiqh juga terlalu lemah, Nahu dan Saraf apatah lagi.


Ini yang berlaku dan inilah hakikat yang perlu disedari oleh semua pelajar di Universiti al-Azhar al-Syarif.Oleh sebab itulah , bilamana pelajar lulusan al-Azhar pulang ke Malaysia, maka selalunya akan berlaku pertembungan dengan sahabat-sahabat daripada lulusan Pondok.Malah tidak keterlaluan saya katakan , yang belajar dipondok lebih memahami dan mengerti apa tujuan menuntut Ilmu Allah taala.

Disebabkan itulah maka lebih ramai orang memandang tinggi pada lulusan selain Mesir.Bukan saya ingin menyuruh kita dipandang tinggi tapi sekurang-kurangnya, jangan biarkan orang lain memandang rendah pada al-Azhar al-Syarif itu sendiri disebabkan kesalahan kita.

Situasi seperti yang saya sebutkan tadi saya kira masih baik kerana sang Ustaz mengaku kelemahannya. Namun kebanyakkan yang berlaku sekarang, bilamana menyandang gelar al-Azhari maka sewenang-wenangnya membahaskan segala isu.Malah terlalu malu ingin mengatakan “ Saya tidak tahu, izinkan saya rujuk kembali”.

Terus terang saya katakan, kamu tidak akan memperolehi ilmu “ Saya Tidak Tahu” melainkan jika kamu bertalaqqi dan berada bersama dengan para ulama.Malah ini diakui oleh para ulama Dunia seperti Syaikhuna Habib Ali al-Jifri hafizahullah.Ini ilmu jiwa.Ilmu yang hanya akan diperolehi oleh golongan yang ditarbiyah oleh para ulama yang juga bilamana tidak tahu akan menjawab “ Maaf Saya tidak Tahu”.

Perangai pelajar al-Azhar yang sering saya lihat adalah, sering kagum dengan orang lain.Tapi dia sendiri tidak ingin mencari bagaimana orang yang dia kagumi belajar dan menuntut ilmu sebelum menjadi seorang yang dikagumi.

Sudah letih saya menyebutkan perkara ini.Makin disebut, makin ramai akan terasa.Benarlah sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

Maksudnya: Sesiapa yang Allah taala inginkan kebaikan padanya maka Allah taala akan jadikan dia salah seorang ulama umat.

Kata Syaikhuna Fahmi Zamzam hafizahullah , hadis ini jelas menunjukkan bahawa orang Alim itu adalah pilihan Allah taala.Terpulanglah kepada kamu, jika kamu ingin termasuk di dalam orang yang menjadi pilihan Allah taala maka belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan biar kena caranya.Jangan berpada apa yang ada.Ya benar, pangkat dan kelulusan itu penting.Namun, apa guna pangkat dan kelulusan tapi hakikatnya kosong hampa tidak berguna.

Saya tidak akan marah kalau ramai menghina Azhari Malaysia yang ada sekarang kalau keadaan berterusan seperti sediakala.Namun saya marah kalau orang ramai menghina Azhari yang benar-benar meletakkan dirinya sebagai calon ulama pemimpin Umat yang menyedari peri pentingnya Azhari di mata Masyarakat.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Masjid al-Azhar al-Syarif & Masjid al-Asyraff,
Kaherah Mesir

15 ulasan:

  1. Salam ustaz, teruskan perjuangan ustaz untuk menyedarkan pelajar -pelajar lain tentang keberuntungannya mereka berpeluang melanjutkan pengajian di Universiti Azhar di cairo berbanding orang lain. Orang lain nak sampai ke Cairo menghadapi berbagai dugaan, peluang tidak ada dan masalah lain.
    Bagaimana keadaan pelajar yang namanya belajar di Universiti Azhar tetapi di tempatkan di Mansurah, Damanhur dan lain-lain cawangan? Adakah sistem pengajian talaqqi ini ada juga ditempat mereka?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ust..terima kasih ust,sb sekali lagi ust melakukan anjakan paradigma kpd azhari+azhariah,membuka hati nurani mereka bhwa adalah pewaris bakal ulama' yg akan berbakti di malaysia.memang apa yg ust nyatakan ana setuju 200%.tidak ramai dr kalangan kita yg mampu u membaca kitab@menjelaskn permasalahan terutama kpd soalan yg berlainan drpd jurusan yg di ambil.sedangkn,masjid azhar menyediakan platform yg sgt baik,free of charge bg menampung permasalahan ini.tp,kita tidak menyedari kelebihan ini,lantas menjadikan azhar terus di cemuh,di bandingkan dgn jamiah2 dr negara lain.walaupun ana bukan la seorg yg slalu bertalaqi di masjid azhar,tp sedikit kesempatan yg allah berikan untuk mencedok sedikit sebanyak mutiara dr para murabbi sgt2 menenangkan jiwa,menyedari bhw dri ini terlalu dhaif dalam medan ilmu.kekangan keselamatan yg ad d tempat ana,damanhur bg sesiapa yg ingin bertalaqi,mmg kdg2 merugikan,tambahan perjalanan ke kaherah yg agak jauh tp itu bukan alasan utama.pokokny kita nak@tak.tu je.moga2,kita semua mendapat kesedaran di bulan yg penuh berkat ini,megambil pengajaran dr teguran ust nazrul ni,ubah sistem kehidupan,kurangkan internet mahupun hiburan dlm kehidupan,beramai2 ke masjid azhar yg sentiasa merindukan kedatangan kita semua.. maafkan ana ust kalu komen ni terlalu pnjang,tp dh lama ana menantikan artikel sebegini dr ust..salam perjuangan..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, saya selaku pelajar perubatan di Mesir mempunyai pandangan yg sama, tp tidak berani menyuarakan sedemikian, krn sy prnh menyuarakannya ttp terus dibidas dan dimarahi azhari itu sndiri. Malahan, jujur sy katakan, buat waktu skrg, bkn stkt tdk yakin, malahan susah utk percaya perkara berkaitan agama yg disebutkan oleh sesetengah Azhari Malaysia.

    Keadaan ini sbnrnya berlaku sejak sy di bangku sekolah lg, bila mana persoalan yg kami utarakan kpd ust dan ustzh lulusan Azhar dijawab sewenang2 ataupun dgn tergagap2..

    BalasPadam
  4. Assalam. Memang benar apa yang ustaz kata. InsyaAllah, sgalanya akan berubah..

    shamsudin bin samsi
    pelajar,
    kuliyyah ulum islamiyyah

    BalasPadam
  5. Terima kasih semua di atas komentar yang membina ini..kadang2 rasa cemburu melihat shabt2 yang tidak pernah amik peduli tentang maruah al-Azhar..sedih kenapa mereka tidak faham2 tujuan sebenar ke sini..Masih banyak lengahkan masa..berpada dengan apa yang ada ..inikah sikap Azhari sebenar??

    Saya tidak menyentuh perkara ini kepada pelajar di Muhafazah..saya faham keadaan antum di sana..Kalau boleh sambung ke peringkat Master dan PHD dan tinggal di Kaherah..sahabat akan merasai bagaimana kami rasakan..

    Saya nantikan sahabat2 muhafazah berbondong2 datang ke Rihab al-Azhar Al-Syarif..Kita akan buat akur Janji untuk pulang sebagai pejuang Agama Allah kelak..Bantu PAS sesungguh mungkin ..Takbir !! :)

    BalasPadam
  6. " Perangai pelajar al-Azhar yang sering saya lihat adalah, sering kagum dengan orang lain.Tapi dia sendiri tidak ingin mencari bagaimana orang yang dia kagumi belajar dan menuntut ilmu sebelum menjadi seorang yang dikagumi"

    Ayat ni best ustaz..saya pun terasa.. :)> Doakan untuk saya istiqamah utk duduk dgn para ulama'.

    BalasPadam
  7. Salam..
    Mabruk Ustaz...
    Teruskan usaha dalam menyedarkan 'pelajar-pelajar Azhar' daripada terus lena diulit mimpi bayang-bayang mereka sendiri..
    Motivasi utk ana juga..

    BalasPadam
  8. cayalahh ust nazrul!
    kaw punye ayat ust tabuh.. heheh..

    nak sambung mesir lagi nak sambung mesir lagi nak sambung mesir lagi nak sambung mesir lagi nak sambung mesir lagi.. tak kireeeee! nak sambung jugakkkk

    BalasPadam
  9. ramai yang tak layak

    BalasPadam
  10. Salam Ustaz,

    Saya pernah berkenalan (dan berguru) dengan seorang Shaikh Azhari dan memang benarlah apa yang dikatakannya lebih kurang 10 tahun dulu tentang Al-Azhar satu masa dulu merupakan satu institusi yang amat dihormati namun kini tidak seperti dulu.

    Beliau memberi sebabnya adalah kerana dulu, Al-Azhar dipegang sepenuhnya oleh Ulama', kemudian apabila pemerintah pegang Al-Azhar (Ulama' terpaksa menghadapi pemerintah) maka sejak itulah bermulanya kemerosotan Al-Azhar.

    Walaupun sedemikian terdapat masih ramai lagi Shaikh Al-Azhari yang masih memainkan peranan mereka ke arah mengembalikan semula kegemilangan Al-Azhar.

    Sekadar berkongsi.

    WAllahu a'lam

    BalasPadam
  11. ada ramai lulusan azhar x mampu nk hidupkan surau..dijemput ceramah minta lebih..nk pegi tgok suport masyarakat..camno ni..malu ler dgn owg ngaji pondok..

    BalasPadam
  12. assalamualaikum...
    Terima kasih saya ucapkan kpd Ust kerana Tulisan2 didalam Blog Ilmiah ini Sangat2 berilmu.harapan saya agar Dapatlah kiranya Pihak Ust Teruskan Blog ini agar Org2 Seperti saya Yg TERLALU sebuk Dengan Urusan Dunia ini Menambahkan Ilmu Disamping MEnbuat Rujukan Tentang Tulisan2 Pihak Ust.Sekali Lagi Terima Kasih Saya Ucapkan!!!


    -Krambit Sumbing
    MTQ Addin
    Tualang Sekah
    Perak

    BalasPadam
  13. satu kata kata yang mampu membakar jiwa para azhariun yang indah diulit mimpi...saya teringat pesan ust raja ahmad mukhlis baru2 ni yang hadir ke tanta..nasihat yang sama diberikan kepada kami..sangat menyentuh hati..syukran..satu penangan kalam yang tepat mengenai hati para azhariun..

    BalasPadam
  14. salam...saya setuju...sy jugak nak bgi cadangan kepd rakan2 sekalian supaya ambiklah kelas2 markaz dn pengajian2 yang ada selagi ada masih hijau disini, sy risau bila blik nnt bila berhadpn dgn masyarakat, anda takut nk keluar sbb masa tu baru sedar bhw ilmu anda tersangatlah cetek sbb anda x manfaat masa2 dan pengajian di sini dahulu. sbb tu org kata lulusan azhar balik duk ditumah sengap, x berani keluaq. kalau anda dok relax di rumah mmg anda x berasa bodo, tp cuba anda masuk kelas2 pengajian, baru anda perasan...ohhh...aku x penah dengaq pun sebelum ni!...ha...camtulah...insaflah sebelum terlambat...maaf ustaz tumpang blog...salam

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...