Ahad, 17 April 2011

Layakkah Diriku Bergelar al-Azhari ? & Majlis Ilmu Di Maktab Tuanku Bainun


Rasa segan dan sangat tidak layak untuk digelar al-Azhari..Namun saya terima sangka baik daripada sahabat sahabiah sekalian sebagai satu doa yang tulus buat saya...Amin Ya Rabbal A'lamin..

Teringat kisah al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan :

" Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti "

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya :
"Wahai Tuan, siapakah nama tuan?"

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : 
"Namaku Nu'man "

"Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?"budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : 

"Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya"

Budak itu lalu menjawab :
"Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga"

Menangis al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.
Allahu Allah..Moga saya juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A'dzam ini...

Terima Kasih atas baik sangka kalian kepada saya..

1 ulasan:

  1. SALAM..UST,ANA NAK TANYA UST APA HUKUM BUAT KENDURI ARWAH,ADER ORANG KATA BIDAAH DOLALAH...KLAU BOLEH APA DALIL UTK AMALAN INI DIBOLEHKAN,DAN BOLEH BAGI TAU SUMBER RUJUKAN KITAB UTK MASALAH INI-YANG ANA TAU , INI MAAALAH KHILAFIAH..TAPI X TAU SAPER PENDOKONG HUJAH INI,,,,DAN MAKSUD KHILAFIAH PUN ANA X JELAS ALGI,,,MOHON PENJELASAN UST...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...