Sabtu, 22 Januari 2011

Ke Mana Kita Selepas Peperiksaan?

Musim peperiksaan di al-Azhar al-Syarif masih belum tamat sepenuhnya. Gembira melihat suasana para penuntut ilmu di al-Azhar al-Syarif, masing-masing kitab ditangan. Tidak jemu-jemu membelek, menelaah serta cuba memahami sebaiknya setiap butir kalimah di dalam kitab kuliyyah mereka. Adakah keadaan ini akan berterusan? Atau hanya cuba mahu memahami setiap kalimah di dalam kitab kuliyyah dan kemudian sudah merasa cukup dengan apa yang ada? Atau setiap kali membaca, maka akan terasa betapa kurangnya ilmu berbanding mereka-mereka yang mampu memahami serta mengeluarkan setiap mutiara di dalamnya di dalam bentuk pengamalan? Tepuk akal, tanya ke mana seterusnya kita..

Peperiksaan ada baik dan buruknya. Baiknya ialah sekurang-kurangnya masih punya waktu untuk membaca sesebuah kitab. Buruknya ialah akan lahirnya ramai golongan yang boleh kita klasifikasikan sebagai “ pelajar peperiksaan semata-mata”. Ini realiti yang patut diakui oleh semua walaupun saya yakin pasti ada yang kurang bersetuju. 
 
PEPERIKSAAN ADALAH BID'AH

Oleh sebab itulah, Syaikhu Syaikhina al-Allamah al-Muhaddis Abdullah Siddiq al-Ghumari rahimahullah pernah menyebutkan bahawa peperiksaan yang ada pada sekarang ada kalanya boleh diklasifikasikan sebagai bid’ah yang tidak baik. Mana tidaknya, hanya berpada dengan kitab kuliyyah yang dibacanya, malah lebih memilukan hanya tajuk yang akan keluar di dalam soalan peperiksaan sahaja yang dibacanya, maka seterusnya bilamana mendapat keputusan yang baik, terus menganggap bahawa dirinya adalah golongan bijak pandai, alim ulama pewaris anbiya’, ajen perubah masyarakat, pentajdid dan lain-lain istilah moden yang digunakan. Selepas peperiksaan , maka kehidupan asalnya akan kembali seperti biasa. Jika kebiasaannya adalah berjalan-jalan serta melancong sekitar Mesir, maka begitulah keadaannya setelah peperiksaan. Jika kebiasaannya tidur sepanjang hari, maka begitulah kebiasaannya setelah peperiksaan.

Maaf jika saya katakan bahawa peperiksaan kadang-kadang menyebabkan seseorang tersebut menjadi hipokrit. Tetapi ini tidak bermakna saya menentang peperiksaan. Saya MENYOKONG 100% peperiksaan wujud kerana jika tiada langsung peperiksaan, maka bimbang ada di kalangan pelajar yang langsung tidak pernah membaca kitab.

Ulama-ulama dahulu dan sekarang juga boleh dikatakan semuanya keluar daripada peperiksaan yang sama. Cuma perlu dilihat kehidupan mereka setelah peperiksaan bagaimana? Seperti kitakah? Para ulama mengajar kita setiap hari adalah merupakan peperiksaan. Maka mahu tidak mahu perlu untuk membaca dan menghadiri kelas-kelas pengajian bersama para ulama. Perlu buang sikap malas dan bodoh sombong yang ada di dalam diri kita ini.

Teringat seorang ulama pernah berkata : “ Aku sangat menyesal dan merasa sedih jika matahari terbenam pada hari ini sedang ilmuku tiada langsung yang bertambah”.

Sekarang adalah waktu untuk kita mencari sepenuhnya bekalan. Perjalanan kita masih jauh. Masih banyak perhentian dan ujian yang akan kita terima di hadapan. Jika tiada bekalan dan persediaan yang rapi, bagaimana mahu melangkah ke hadapan? Akan tiba masa kamu dan saya akan disibukkan dengan tugas. Maka ketika itu, pasti ada yang akan menyesal dengan waktu lalu yang dibuang begitu sahaja.

BIAR TERHINA UNTUK MENDAPAT MULIA

Biar kita hina ketika menuntut, nanti akan mulia ketika dituntut. Ini sepatutnya menjadi pegangan kita semua.

Maaf saya katakan bahawa saya sangat jelek dan jijik mendengar seorang pelajar al-Azhar menyebut bahawa dia akan menjadi seorang pendakwah dan alim ulama serta menyebarkan dakwah di bumi Malaysia khususnya, namun kehidupannya untuk ke arah itu langsung tiada sinarnya.

Saya juga jelek melihat seorang pelajar yang sesal dengan pengajiannya di al-Azhar, menganggap seolah-olah permukimannya di sini tiada faedahnya. Maka kepada golongan sebegini saya akan katakan : “ Kamu yang buta, mutiara terbentang di hadapan mata, sampah juga yang kamu canangkan”

Silalah terasa kepada sesiapa yang mahu terasa. Saya berpesan kepada diri saya khususnya. Biar kita terpukul sekarang. Jangan dipukul kemudian hari.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Hayyu Sabiek, Syari' Ahmad Fahim,
Kaherah Mesir

5 ulasan:

  1. Bismillah wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah wa 'ala aalihi wassohbihi waman waalah.

    Akhii Ust Nazrul,
    Assalamu'alaikum wr wb.

    Terasa juga di hati ini kemarahan dan kesedihan bila terpandang atau terdgr kata-kata sebahagian pelajar mengeluarkan sptmana yang enta katakan di dalam blog enta ini.

    Ada seorg pelajar Azhar (S'pura), dia mahu tukar belajar ke Uni Islam lain kerana katanya di Azhar pengajiannya tdk mengikuti lg manhaj salafussoleh (al-Quran & Sunnah). Banyak sgt mantiq & falsafah.

    Bagi ana, ini adalah alasan lemah. Ttp perlu difikirkan juga, kenapa ramai (ana mungkin silap ttp ini yg ana lihat & perhatikan) pelajar atau lepasan al-Azhar bersikap hanya belajar atau dtg utk ambil periksa sahaja dan lepasannya tdk menzahirkan sifat2 ulama' yang membimbing, mentarbiah dan mempunyai ilmu serta amal yang dpt dicontohi??

    Ana hanya luahkan apa yg ana perhatikan, ana mendoakan agar kita semua senantiasa diberi taufiq & petunjuk dari Allah Ta'ala.

    Wasallallahu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala Aalihi wassohbihi wasallam walhamdulillahi Rabbil 'Aalamin

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Ust Muhammad..

    Semoga Allah taala melimpahkan rahmat kepada Ust dan keluarga..

    Tidak dapat dinafikan sudah mula wujud kelompok sbegini di al-Azhar al-Syariff, malah ada yg bilamana pulang, menebarkan fitnah kepada al-Azhar..

    Semoga Allah taala jua yg akan menyelamatkan maruah al-Azhar kembali..Doakan kami di sini benar2 pulang sbgai ulama pewaris anbiya' Amin Ya Rabb.. Wassalam

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Di mana kita selepas peperiksaan...? di luar dewan peperiksaan...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum ya syaikhana..

    Syukran di atas kata2 ini. Teguran yg ckup bermakna. Mengetuk pintu hati2 kami agar menilik kembali diri yg bnyk kekurangan ini. X perlu jadi bodoh sombong jika xleh terima kelemahan dn kesalahan nyata diri sndiri.

    Adakah kita nk brbangga hanya krn keluaran Al Azhar? Nama Al Azhar mmg gah.tp adakah kita layak utk trima biasan gelaran itu?

    syukran skali lg ustaz.hee.sabaq naa dok sorg2 ni.hee.doakn sy sama ustaz. Allah yubarik fik.. :-)

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.