Sudah lama jemari ini tidak menulis di laman dakwah maya. Hari ini sudah masuk hari ke-12 saya dan isteri tercinta tiba di bumi Kinanah. Sudah terubat rindu bilamana dapat bertemu para ulama di bumi Mesir ini. Terubat juga rindu dapat bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Rasa gembira bilamana melihat semakin ramai sahabat-sahabat yang membanjiri kelas pengajian dengan para ulama. Kelas pengajian dengan Syaikhuna Murabbi Dr Yusri Rushdi Sayyid Jabr al-Hasani hafizahullah semakin lama semakin penuh sesak dengan kehadiran pelajar-pelajar Malaysia dan Indonesia serta Pattani samada yang baru atau yang lama. Semoga keadaan sebegini akan berterusan tanpa henti.
Semua guru-guru yang saya temui memperlihatkan kegembiraan mereka bilamana saya bertemu dengan mereka. Syaikhuna Murabbi al-Allamah Dr Yusri al-Hasani , Syaikhuna al-Allamah Jamal Faruq al-Hasani, al-Allamah Syaikhuna Ahmad Mamduh al-Syafie, Syaikhuna al-Allamah Ahmad Hajain al-Syafie, Syaikhuna al-Allamah al-Muhaddis Dr Usamah Sayyid al-Azhari, Syaikhuna al-Allamah al-Muhaddis Muhammad Ibrahim Abdul Ba’ith al-Husaini al-Kittani hafizahumullahu taala dan lain-lain memeluk saya tanda ucapan selamat kembali ke Bumi al-Azhar Kiblat Ilmu dunia. Semoga baik sangka mereka dengan al-faqir akan menjadi doa buat diri al-faqir meneruskan perjuangan ilmu di bumi al-Azhar ini.
Ya , kehidupan sekarang agak berbeza dengan kehidupan sebelum saya pulang ke bumi Malaysia tercinta. Sebelum ini saya bujang, sekarang sudah punya seorang isteri yang begitu memahami diri ini. Sebelum ini saya tinggal bersama-sama sahabat-sahabat di dalam sebuah rumah , namun sekarang sudah tinggal berdua di dalam sebuah rumah yang sederhana luasnya. Sebelum ini saya tidak punya kenderaan sendiri , namun sekarang Alhamdulillah sudah punya sebuah motosikal berjenama Bajaj Platina keluaran India yang akan digunakan untuk memudahkan pergerakan saya dan isteri menghadiri kelas-kelas pengajian. Benarlah Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadisnya yang mulia :
Moga-moga nikmat sebegini tidak akan menjadikan diri ini lalai dan leka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya yang mengharapkan redhaNya sentiasa.
Inilah Motor baru saya, Bajaj Platina. Saya letak kat sini untuk paparan Mak & Ayah saya di Kampung
MUSAFIR ITU CEBISAN AZAB
Walaupun, rindu ini terubat bilamana menatap wajah para ulama di sini dan wajah ikhlas para sahabat yang tidak jemu-jemu menuntut ilmu di perlembahan Nil ini, namun kerinduan saya terhadap bumi Malaysia tidak dapat dikikis walau sekelumit jua.
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat tumpahnya darah ini. Rindu pada Mak dan Ayah serta adik-adik di Kampung Tong Pelu, Pedu. Rindu pada Mak dan Abah serta keluarga di Kampung Pahit, Perak. Rindu pada keluarga di Malaysia. Rindu pada Ust Yusaini dan sahabat-sahabat yang banyak membantu saya menyampaikan dakwah di bumi Malaysia . Rindu pada majlis-majlis pengajian di Malaysia, dan rindu pada tapak Fathul Mubin yang akan didirikan kelak. Moga-moga kerinduan ini akan terubat kelak.
Benarlah kata Baginda sallallahu alaihi wasallam :
Ini kerana bermusafir akan menyebabkan seseorang itu akan terputus hubungan secara langsung dengan ahli keluarga tercinta, akan merasa kesusahan bilamana berada di bumi asing dan kesemua itu adalah termasuk cebisan-cebisan azab yang bakal diterima dan sudah diterima oleh seseorang yang bermusafir.
Oleh sebab itulah bilamana Imam al-Haramain rahimahullah menggantikan tempat ayahnya al-Imam Juwaini rahimahullah setelah kewafatan ayahnya tersebut, beliau ditanya : “ Mengapakah permusafiran itu dikira sebagai cebisan daripada azab?” Maka beliau seraya menjawab : Ini kerana dengannya akan menyebabkan terputusnya hubungan dengan orang yang kita cintai.
Seolah-olah beliau ingin meluahkan perasaan sedih dan rindunya terhadap perpisahan atau permusafiran ayahnya dari alam dunia ke alam barzakh.
Saya mengharapkan doa daripada semua, agar permusafiran ini akan membuahkan hasil yang terbaik buat ummah seluruhnya. Semoga pengajian saya dan isteri ini akan menjadikan kami sebagai wakaf buat ummah bagi meninggikan kalimah Allah taala di muka bumi ini.
Kami benar-benar mengharapkan doa kalian semua..
Mohd Nazrul Abd Nasir & Ummi Kalsum Ramlee,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Teratak al-Saadah Hayyu 7,
Kaherah Mesir
Salam..saya doakan anda bersama keluarga selamat belajar..moga pulang nanti anda akan menjadi pembela ahli sunnah sejati kalangan salaf yang soleh para ulama hadith dan ulama fiqh yang bergandingan para mutasawwif yang benar dan segala imam mujaddid yang benar pada sisi Tuhan....semoga anda pulang dengan ilmu yang benar ,barangkali kite akan di pertemukan dengan izin Tuhan.amin.mohd shazerri kelantan.klu berpulang ke tanah air kite ketemu wasalam
BalasPadamSaya tidak punya ilmu yang besar tapi setiap detik memang bercita2 menjadi sebahagian daripada mereka...dan senantiasa berharap di samping berusaha mendampingi ulama al-amilin.jauh di sudut hati mencintai segala guru2 pondok yang mulia dan sekian banyak insan yang lahir dari didikan mereka..dan sekian banyak murid yang berguru di serata dunia ,moga di jauhkan dari fahaman 2 wahabi terhadap hati dan jiwa anak cucu kita.suatu fahaman yang bercelaru,dan mencelarukan,fahaman yang tiada adab menghormati ulama lain yang berselisish pendapat,kalu tanduk setan itu adalah khawarij yang di maksudkan oelh rasul maka merekalah folongan yang mempunyai ciri khawarij itu..semoga anda pulang membela masyarakat dari pengaruh wahabi,.amin
BalasPadamInsyaAllah akhi kita akan bertemu kelak.. amin Ya Rabb.. berkat doa akhi , sama2 menjadi pembela agama Allah taala..
BalasPadamwah...cunny moto..hehe
BalasPadamto Naddia : hehe.. mestila.. rasa mcm nak bawak balik ke Malaysia nanti moto nie..tapi tak tau la bleh ka tak.. :)
BalasPadamBoleh ke isteri tu naik moto macam gini ni?Macam nak race pun ada...hehe..
BalasPadaminsyaAllah, permusafiran yang tidak sia2.. ana amat mengharapkan agar ana sendiri dan ramai lagi sahabat2 Al-Azhar yang lain supaya faham erti sebenar kita berada di sini sebagaimana ustaz nazrul faham tujuan permusafiran ustaz.. bertuahnya ustaz kerana sentiasa dikasihi oleh para masyaikh hafizahumullah... :)
BalasPadamInsya'Allah ameen. Mudah-mudahan pengorbanan enta sekeluarga diredhai oleh Allah & RasulNya.
BalasPadamIngathlah senantiasa firman Allah Ta'ala, yg lebih kurang mafhumnya : Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dgn melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah serta melakukan ibadah sunnag berterusan) akan dibukakan kepadanya jalan keluar dari masalah2nya dan dikkurniakan rezeqi tanpa disanngka-sangka.
Selama ana ucapkan kepada enta.
Sudahkah enta jawab msg ana di artikel enta "beradab dgn ulama sufi"?
Alhamdulillah.. tak rindu sahabat2 lama ke? kalau ada balik ke malaysia dan singgah di kuala lumpur, bolehla ana jumpa enta:)
BalasPadameh muka ummi kalsum macam nak sama dengan pembantu rumah ana...=)
BalasPadam