Rabu, 16 Jun 2010

Doakan Perjalanan Pulang Saya..

Berbaki satu jam setengah lagi sebelum saya berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir. Semalam bersamaan 15 Jun 2010 , ramai sahabat yang datang menjenguk diri al-faqir sebelum perpisahan sementara esok hari. Mesej Pesanan Ringkas (SMS) juga banyak saya terima daripada sahabat-sahabat yang mendoakan semoga perjalanan saya selamat sampai ke tanah air tercinta. Pegawai Kebajikan Anak-Anak Kedah Timur Tengah , Tuan Syeikh Yusoff Hj Ahmad aka Abah , juga sanggup datang menjenguk saya sebelum pulang sebentar tadi.

Ucapan terima kasih tidak terhingga sahaja yang mampu saya ucapkan kepada semua sahabat-sahabat terutama kepada sahabat-sahabat seperjuangan barisan kepimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) serta Hewi MKKK yang banyak memberikan semangat dan bantuan kepada saya sepanjang taklifan sebagai Pemangku Yang Dipertua MKKK bagi sesi ini. Maafkan saya jika tidak mampu menjadi qudwah terbaik kepada kalian semua. Saya akan tetap mendoakan agar kalian mampu membawa bahtera MKKK dengan sebaik mungkin walaupun dengan ketiadaan jiwa saya di sini. Namun roh perjuangan saya tetap bersama kalian.

Tidak dilupakan juga kepada seluruh ahli MKKK. Maafkan saya jika ada kesalahan dan keterlanjuran bicara saya sepanjang menjadi ketua kepada kalian semua. Saya gembira dengan sikap kalian yang tidak segan untuk menegur jika saya ada melakukan perkara yang bersalahan dengan perkara yang sepatutnya. Saya mengharapkan agar kalian dapat memberikan bantuan dan sokongan serta dokongan yang sepenuhnya kepada kepimpinan MKKK. Kami tidak akan mampu berdiri tanpa bantuan dan sokongan kalian semua.

Terima kasih juga kepada ahli rumah saya, Along, Ajmal, Hafifi, Faiz, Hasrul, Bro Hafiz, Mad & Faizal ( Tukang Masak Profesional ), Mat Taqi, dan Basyir yang sudi berkongsi susah senang bersama saya sebelum menamatkan zaman bujang ini. Hehe.. Hanya Allah taala sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

Tiga hari sebelum pulang saya sudah menerima banyak jemputan makan di rumah sahabat-sahabat. Jazakallah Khairan Jaza’ saya ucapkan kepada kalian di atas kesudian menjamu makan al-faqir ini. Sahabat-sahabat daripada Terengganu , Ust Manan, Ust Salikin, Ust Syukri, Ust Hares, Ust Muzani, Ust Jihad dan sahabat-sahabat pengajian agama dan perubatan yang sudi makan bersama-sama sebelum pulang saya ucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah taala jualah yang mampu membalasnya.

Sempat juga saya menelefon Syaikhuna Murabbi al-Allamah Dr Yusri Rushdi hafizahullah pagi ini bagi memaklumkan bahawa saya akan pulang kurang lebih 2 jam daripada jam tersebut. Alhamdulillah , Syaikhuna mendoakan dan gembira dengan berita saya. Malah saya tidak menyangka bahawa Syaikhuna telah membuat pengumuman di Masjid al-Asyraff baru-baru ini bahawa saya akan pulang ke tanah air. Malah beliau mendoakan sambil diaminkan oleh seluruh hadirin sebelum bermulanya pengajian Khasais al-Kubra karangan al-Imam al-Suyuti rahimahullah. Saya sudah tentu akan merindui pengajian dan bimbangan rohani daripada Syaikhuna Murabbi kelak. Walaupun 3 bulan sahaja saya akan pulang, namun tetap akan dirasakan lama tempoh tersebut kerana banyak kelas pengajian di sini terpaksa saya tangguhkan. Namun para masyaikh saya seperti Syaikhuna al-Allamah Dr Jamal Faruq al-Daqqaq, Syaikhuna al-Allamah al-Muhaddis Usamah Sayyid al-Azhari, Syaikhuna al-Allamah Dr Ahmad Hajain, Syaikhuna al-Allamah Muhammad Mamduh hafizahullah, mendoakan kepulangan saya. Moga keredhaan mereka mengiringi perjalanan pulang saya kelak.

Semalam saya menyempatkan diri untuk bertandang menjenguk cucu kesayangan Baginda sallallahu alaihi wasallam , Saidina Hussain bin Ali alaihima al-salam wa radhiyallahu anhuma. Rasa tidak akan lengkap perjalanan pulang saya jika tidak menjenguk kekasih-kekasih Allah taala ini. Moga-moga Saidina Hussain mengenali diri al-faqir ini dan mendoakan keselamatan al-faqir kelak di bumi Malaysia.

Saya mengharapkan kepada sahabat-sahabat semua agar mendoakan saya dipermudahkan urusan dan dapat menyampaikan ilmu dengan baik di bumi Malaysia kelak.


Saya akan bertolak jam 12.15 tengah hari ( 16/6/10) daripada Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang pada jam 9.30 pagi ( 17/ 6 / 10 ). Tak sabar nak mencium tangan ibu dan ayah tercinta.

InsyaAllah jika diizinkan Allah taala , kita akan bertemu semula. Siiru A’la Barakatillah.

Mohd Nazrul Abdul Nasir,
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah, Mesir

8 ulasan:

  1. Amin..
    Moga selamat sampai ustaz.

    BalasPadam
  2. Ada keizinan, semoga dapat bertemu, selamat perjalanan pergi dan balik di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

    BalasPadam
  3. Salaam 'alaikum Akhi Ustaz Nazrul,

    Insya ALLAH, harap ana dapat ziarah anta di Kuala Nerang nanti.

    =)

    Ameen. Moga selamat perjalanan.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. Selama ini hanya berkenal melalui maya.. Pagi tadi Allah telah menemukan ana dengan Ustaz Nazrul bersama Syeikhuna Nuruddin di Perlis..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Akhi al-Ustadz Nazrul,
    Assalamu'alaikum wr wb.

    Izinkan ana mengucapkan ahlan wasahlan kepada enta, selamat kembali ke tanahair.

    Mudah-mudahan kembalinya enta ke pangkuan keluarga dan teman di M'sia menyemarakkan lagi semangat enta untuk berusaha mengajak manusia kembali kepada Allah & RasulNya.

    Dan, izinkan ana juga mengucapkan selamat pengantin baru kepada enta, jika apa yang ana baca betul. Mudah-mudahan Allah memberkati rumahtangga yang bakal dibina, biberikan anak-anak yang soleh dan solehah yang bakal berbakti kepada Allah & RasulNya, agama, bangsa & negara.

    Wasallallahu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wassohbihi wasallam walhamdulillahi Rabbil 'aalamin.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.