Ahad, 30 Mei 2010

Tolong Jangan Buat Komen-Komen Fitnah Lagi.. Tolonglah..

Sudah dua kali perkara ini berlaku, saya tetap mendiamkan diri. Namun kali ini saya tidak mampu untuk mendiamkan diri lagi.

Golongan ini sering mengatakan bahawa kami para pelajar al-Azhar al-Syariff yang menyokong dan mendokong para ulama Sufi beraliran Asya'irah dan al-Maturidiyah serta bermazhabkan kepada Mazhab Empat , sering memfitnah aliran mereka. Namun apa yang berlaku sangat-sangat bertentangan. Mereka menuduh orang lain memfitnah mereka sedang mereka sendirilah yang suka membawa manhaj ftnah tersebut. Sudahlah kehabisan hujjah, maka fitnahlah yang mereka gunakan.

Masuk tidak dijemput, pergi tidak dihantar. Maka disebabkan begitu mulalah melakukan fitnah itu dan ini.

Baru-baru ini laman saya telah digodam oleh seseorang. Saya tidak mahu menuduh sesiapa namun sangat-sangat menyedihkan kerana " pelajar" ini sering menggunakan nama saya di ruangan komen untuk menyebarkan fitnah kononnya saya yang mengatakan sedemikian.

Sudah tiada hujah maka fitnahlah yang mereka sebarkan. Saya yakin, saya kenal pelajar tersebut tetapi saya doakan moga Allah taala jua yang memberikan hidayah kepadaNya. Moga dia dapat menjadi insan berguna kepada masyarakat. Bimbang akan merosakkan masyarakat jika tidak diubati.

Ini di antara kalam-kalam yang menunjukkan peribadi yang menyamar sebagai " Mohd Nazrul Abd Nasir " bertarikh 30 May 2010 pada pukul 12.46 AM pada Artikel Berbilang-bilang Jamaah:

Oh, minta maaf yasir.
Anta wahabi, hujah anta penuh dengan fitnah.
Maka ana tolak hujah anta.
Harap anta tidak menyemak lagi kat blog ana nih.
Buat malu ana je.

Saya pun hairan dengan golongan bermanhaj Salafi ini. Jika benar ingin beramal dengan manhaj Salaf Ummah. Kenapa tidak diterapkan ilmu berlapang dada dan ilmu pembersihan jiwa? Oh Ya.. Tasawuf dibenci kerana tiada sandaran katanya. Disebabkan itulah jadi begini. Tiada guru, cuma berguru dengan orang-orang yang belajar tanpa guru serta belajar dengan buku-buku serta meletakkan kebencian kepada sesiapa yang bersalahan dengan mereka.

Ingat, saya tidak ingin masuk ke laman kamu dan saya juga tidak berkeinginan untuk berdebat dengan kamu kerana natijahnya sia-sia. Bukan untuk kebenaran tetapi untuk memenuhi nafsu-nafsu kamu. Begitulah yang kamu pelajari daripada guru-guru kamu mungkin. Semoga Allah taala memberikan hidayah kepada kalian semua..

Saya sangat-sangat mengenali cara penulisan komen tersebut. Semoga semua pembaca dapat memahami dan meneliti terlebih dahulu cara penulisan saya dengan cara penulisan "insan bermasalah " ini.. Saya memohon untuk saya memadam komen tersebut cuma saya menyalin semula dan meletakkan di penulisan ini. Bimbang fitnah akan berterusan..


Kita berbeza pendapat tidak bermakna kita bermusuh. Kita berbeza namun tetap bersaudara. Ini Manhaj kami sebagai Azhari dan Azhariyah. Bukanlah manhaj kami manhaj menyukai permusuhan dikalangan umat Islam. Kami cuma menerangkan bila diperlukan. Hakikatnya banyak lagi perkara penting yang perlu ditumpukan. Namun bila kekeliruan dibawa dan disebarkan, maka tidaklah sepatutnya kepada para ulama berdiam diri daripada menyampaikan dan menerangkan " Mana yang Haq dan mana yang Keliru".

Janganlah memfitnah lagi, gunakan cara yang baik untuk menegur bukan dengan cara memfitnah. Ingatlah, memfitnah itu lebih berat daripada membunuh. Jika kamu buat apa cara sekalipun, kami takkan berganjak daripada Manhaj Kebenaran serta Manhaj Para Ulama Ummah yang kami pegangi.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Rumah Kedah Hayyu 7,
Kaherah Mesir

11 ulasan:

  1. Salam ustaz.
    Semoga terus thabat dalam agama.
    Memang banyak saya dengar macam ini.
    Apabila ada pihak yang ingin mnceritakan kebenaran, ada yang di hack oleh pihak tertentu.
    Tu lah jadinya apabila takde ilmu.

    :)

    BalasPadam
  2. Ooo, mcm tu. Baghu kami tau :) Benarlah, golongan ni sejak dulu menabur fitnah. X amanah dgn ilmu. Kononnya ilmiah. Sanggup menipu demi dapat pengaruh. Di manakah sunnah yg dilaungkan?

    Syeikh Abd Qadir al-Arnaut pernah tulis surat kpd sebuah syarikat percetakan yg buang sebahagian tulisan Imam Nawawi dlm kitab Al-Azkar yg ditahkik oleh beliau sendiri!

    Kitab Hashiah Sowi ala' Jalalain yg dicetak di Saudi dibuang beberapa baris ayat yg mengkritik kelompok wahabi. Dan memang Imam Sowi tulis terang-terang "Wahhabiah".

    Kitab Al-Ibanah karangan Imam Asyaari diubah dengan keji. Banyak perbezaan antara satu cetakan dgn cetakan yg lain. Hal ini dinyatakan oleh Imam Muhammad Zahid Al-Kauthari, pakar tahkik terkenal, guru kpd Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah.

    Imam Subki berkata, gol. mujassimah pernah salin semula Syarah Muslim karangan Imam Nawawi lalu keluarkan bahagian2 tertentu iaitu ulasan Imam Nawawi berhubung nas-nas mutasyabihat yg x ikut selera mereka. Imam Subki sebut ni zaman bila ya?!

    Di manakah amanah anda wahai.....

    BalasPadam
  3. sape yg menggodam tu ustaz? kurang ajar betul. mmg panas hati sy baca komen tu, kena kat saya plak tu. agak2 r sket, org ckp elok2 kot.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..
    Ana harap ustaz masih boleh bersabar.. ana juga mungkin tahu siapa "mereka2" ini..apa yang ana nak tegaskan disini, ana ada beberapa pesanan untuk anda :

    (1) Jangan biarkan perkara2 remeh bercampur aduk dengan perkara yang lebih di utamakan sebagai contoh : jgn kerana sikap biadap kurang adab membuatkan Islam dipandang serong oleh orang bukan islam

    (2) Usahlah berdendam lagi..berbaiklah.. sucikan hati. perkara ini terjadi kerana hati kurang bersih dan jauh dengan Allah. bersatu dan seiring itu dituntut.

    (3) Ana merayu dan memohon, jangan jadikan ilmu yang kita ada ini sebagai sebaran fitnah dan memutarbelitkan keadaan. kesianlah org lain..

    berubahlah dari sekarang..jangan hitamkan keadaan. ana harap msg ini sampai kepada "orang" itu. insyaAllah..amin

    BalasPadam
  5. Salam ustaz, S

    Sekadar berkongsi pendapat...

    Dalam perkara kebaikan, akan sentiasa wujud golongan yang tidak puas hati, dengki serta sering menimbulkan api permusuhan sesama islam.

    Kita seharusnya sentiasa berwaspada dengan mereka ini yang dapat dikenali dengan cara mereka berhujjah.

    Diharap kita sebagai golongan yang cintakan ilmu islam ini tidak mudah terpedaya dengan 'jolokan' mereka yang mahu menimbulkan suasana panas dan ingin melihat kita 'menari' mengikut rentak mereka.

    Diharapkan ustaz selalu update setiap kekeliruan yang diciptakan mereka dan teruskan memberi penerangan untuk mengelakkan orang lain terpedaya dengan dakyah mereka.

    Ilmu ini mungkin tidak akan dapat mengubah mereka tapi amat berguna dan bermanafaat kepada orang lain.

    Semoga ustaz akan dapat teruskan usaha murni ini demi kerana agama tercinta lillahi taala...

    Wsalam...

    BalasPadam
  6. memang tak patut di kalanagn mereka , ada yg berbuat begitu...
    tapi saya juga mengajak semua untuk menegur insan2 dalam setiap manhaj yang ada perangai sebegitu...

    kadang2 atas nama memerang kebatilan manhaj , sanggup seseorng mengeluarkan video fitnah yg yang sangat keji perilakunya.... saya geram orng yg menfitnah salafi dan menfitnah asya'irah....
    dengan kata2 dusta egen yhudi dan fitnah mencela nabi , saya tak tau apakah niat mereka ini.... setiap tempat ada naungan pengaruh manhaj tersendiri tapi saya kagum dengan sahabat2 palestin saya yg bekerjasama di kalamgan salfiah atau asyairah....
    Tapi bagi pendapat peribadi saya, sdikit sahaja yg kelihatan benar2 menghormati antara satu sama lain....
    Mereka masih umat islam dan mereka masih ahli sunnah.... walaupun ada perbezaan jelas dalam beberapa perkara , tapi moga2 kita dapat berserdahana dalam berbincng... jika kita bernada keras pada orng yang tak bertanggungjawab dlam kalangan mereka yang bukan sama dengan kita , kita juga kena sama nadanya dengan sesama kita dan orang-orang yang menfitnah mereka...

    wslam...
    thulaib ilm min ardhi syam...

    BalasPadam
  7. salam

    alhamdulillah,blog yang sangat menarik dari mesir.ana tersesat kat blog anta..bagus..banyak ilmu dan menafaat.

    jemputlah ziarah blog ana,moga ada menafaatnya insyaAllah.

    -salam ukhwah dari lobaicool.blogspot-

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum wbt Ust

    Orang itu cemburu agaknya dengan ustaz. Dia nak jadi macam ustaz tapi tak mampu, jadi menyamar sajalah. Sabarlah ustaz. Nak buat macam mana. Memang macam tulah resam manusia.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum..

    Utz,utz pun tidak mengetahui siapa org nya,bagaimana pula utz boleh menuduh org yg bermanhaj salafi melakukannya?..Tidakkah kita berfikir mungkin org tersebuh telah merancang terlebih dahulu dan ingin melaga-lagakan kita semua?..wallahua'lam

    BalasPadam
  10. 'wehdatul ummah' same2 le kte tegur mane yg patut.Skrg ni zaman utk kte brtndak dgn pantas.byk lg keje yg mesti kte setle kn.mcm2 mslh masyarakat melayu skrg,ni la mase kte prbtlkn akidah mereka.lg afdol drpd kte melayan puak2 yg x phm bhse ni.slmt brjuang shbt2!Allahu Akbar!!!

    BalasPadam
  11. orang2 yang bermanhaj asyairah terlalu cepat kadang2 dalam menghukum..tanpa ada rasa untuk menyiasat terlebih dahulu..

    bagaimana mungkin ust nazrul boleh membuat tuduhan mesej samaran tersebut datang daripada "orang yang bermanhaj salafi"?

    maka, benarlah, kebanyakan orang seperti ust nazrul lebih cepat menuduh daripada mengkaji..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...