Jumaat, 21 Mei 2010

Mari Bershalawat.. Lagu Untuk Peringatan Muda- Mudi


Baru-baru ini saya ada mendengar sebuah lagu daripada Wali Band ( Sebuah Band daripada Indonesia) . Ya walaupun saya bukanlah peminat lagu-lagu mereka namun saya tertarik dengan lagu Mari Berselawat yang dinyanyikan oleh mereka. Walaupun dengan rentak yang agak "ganas" namun apa yang menarik adalah lirik lagu tersebut.

Tentu ada yang akan bertanya : " Kenapa Ust Nazrul nak kena bagitau tentang lirik lagu ini pulak? Bukankah kumpulan-kumpulan nasyid juga ada menyanyikan lagu memuji serta berselawat kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam? "

Saya menjawab : " Kumpulan nasyid memang sudah terkenal menyanyikan lagu-lagu sedemikian maka kita tak akan rasa pelik. Kita akan rasa pelik jika kebanyakkan golongan sebegitu jarang buat , tiba-tiba ada satu kumpulan yang melakukan kejutan. Maka disebabkan itulah saya paparkan di sini"

Kita tak pasti, kemungkinan satu masa nanti ahli Band ini akan menjadi seorang yang dekat dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam berkat sebuah lagu selawat yang mereka nyanyikan dalam keadaan mereka sedar kekurangan yang ada pada diri mereka. Berbanding orang yang berselawat tetapi di dalam hati mereka penuh dengan sifat angkuh dan bongkak konon dirinya yang terbaik di sisi Allah taala malah menganggap selayaknya menerima anugerah Syafaat daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.


Moga-moga lagu ini akan menjadi syafaat kepada mereka di akhirat kelak bilamana bertemu Baginda sallallahu alaihi wasallam.



Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Daripada kita pacaran
Lebih baik kita sholawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan

Awas jangan dekat-dekatan
Kita ‘kan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Bukan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah ku jangan kau pikirkan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah Hayyu 7,
Kaherah Mesir

6 ulasan:

  1. salam ziarah.

    saya tak pandai bahasa arab. teringin nak tahu makna lirik yang arab tu.

    terima kasih.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Ustaz,
    keistimewaan lagu ini(walaupun iramanya ganas ^^), apabila ia dinyanyikan band bukannya kumpulan nasyid.

    Secara tak langsung,ia menarik minat pemuda-pemudi yang bukan peminat irama nasyid.

    BalasPadam
  3. ustaz..setuju!hehe..
    http://mohamadzahrawi.blogspot.com/2010/05/macam-lagu-wali-band.html

    BalasPadam
  4. Untuk Anon .. ini terjemahannya :)

    Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
    ( Selawat daripada Allah dan salam dariNya ke atas Saidina Thoha-nama lain bagi Baginda sallallahu alaihi wasallam- junjungan besar Saidina Muhammad sallallahu alaihi wasallam )

    Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
    (Selawat daripada Allah dan salam dariNya ke atas junjungan besar Saidina Yaasin -juga nama lain Bagi Saidina Muhammad - Sang Kekasih Allah taala)

    Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
    ( Kami bertawassul dengan Bismillah dan dengan Saidina Rasulillah sallallahu alaihi wasallam)

    Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah
    (Ya Allah.. juga kami bertawassul dengan para pejuang Allah taala dan kami juga bertawassul dengan para ahli peperangan Badr)

    p/s : nampaknya akan marah lagi golongan Wahabi sebabnya di dalam lirik ini ada Tawassul dengan para solihin dan zat Baginda sallallahu alaihi wasallam.. :)

    BalasPadam
  5. terima kasih atas terjemahannya itu..

    p/s : saya pun terfikir begitu bila membacanya :)

    BalasPadam
  6. Ada lg lagu wali band yang menyentuh hati dan menginsafkan; Ya Allah dan Tomat (tobat maksiat) moga dpt ambil manfaat.. :)

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.