Sekadar Iklan utk semua..semoga sama-sama dapat menghadiri Majlis Sambutan Maulidurrasul anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) .. Kata Syaikhuna al-Allamah al-Murabbi Dr Yusri Rushdi hafizahullah.. : " Beza antara Ahlussunnah dan Ahlu Bid'ah sekarang boleh dilihat sama ada mereka menyambut Maulid atau tidak ." .Maksud Syaikhuna al-Murabbi adalah dengan menyambut Maulid dengan cara yang sebenar.
Saya pernah menulis tentang perbahasan para ulama berkaitan Maulid. Sahabat-sahabat sidang pembaca boleh membacanya di sini... ( Sambutan Maulid, Hukum Dan Perbahasannya Siri Pertama ) dan ( Sambutan Maulid , Hukum dan Perbahasan Siri Kedua)
Sambut Maulid bukan dengan buat perarakan. Kamu tak setuju perarakan bukan bermaksud tak perlu buat sambutan Maulid.. Ini yang saya pelik dengan fahaman suka menyandarkan kepada kedua-dua Tuan Guru iaitu Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.. Kalau benar Tuan Guru menafikan secara total Maulid maka saya tentu tidak akan bersetuju sama sekali dengan pendapatnya. Tetapi ini tidak bermakna saya akan membenci dan terus mencemuh Tuan Guru seperti yang dilakukan oleh sebahagian pihak.. Tidak bersetuju bukan bermakna membenci.. Kita lebih mengikut kepada kebenaran, bukannya mengikut peribadi seseorang..
Tapi saya baru sahaja mendapat petikan ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang daripada FaceBook berkenaan Sambutan Maulid Nabi sallallahu alaihi wasallam. Ini jelas Tuan Guru juga menyambutnya, cuma bukan dengan buat perarakan tetapi dengan melakukan ucapan dan pengajaran kepada masyarakat agar mengikuti jalan Baginda sallallahu alaihi wasallam. Berikut adalah petikan ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang :

Perutusan sempena Hari kelahiran Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam
Oleh : Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
Mohd Nazrul Abd Nasir,Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul
tercinta Muhammad sallallahu alaihi wasallam, para sahabat dan keluarga baginda, serta
mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga
ke hari pembalasan.
Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang
akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari
Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.
Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah
kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan
kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa
oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya
disambung tali-menali hingga ke hari ini?
Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan
tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia
seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’:
28)
Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali
tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.
Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita.
Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda sallallahu alaihi wasallam, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda sallallahu alaihi wasallam.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.
Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam, hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah Subhanahu Wa Taala dan Rasul sallallahu alaihi wasallam. di dalam segala aspek pentadbirannya.
Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.
DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
PRESIDEN PAS

Penuntut Ilmu al-Azhar al-Syarif & Masjid al-Asyraff,
Rumah Kedah Transit,
Hayyu 7.
Kaherah Mesir
salam, ustaz.
BalasPadamSaya minta ustaz beri pandangan tentang kenyataan Tuan Guru Nik Abd Aziz tentang Rasullullah s.a.w. hanya budak kampung biasa sebelum diangkat jadi nabi dan rasul.
salam.. setuju ngan abdul hakim.. mintak pandangan ustaz mengenai kenyataan tuan guru nik abdul aziz ini..
BalasPadamadakah penggunaan istilah 'budak kampung' oleh tok guru tuh adalah kerana tok guru adalah org kelantan, dan ia adalah uslub biasa org2 kelantan.. maksudnya.. org dari negeri lain akan mendengar bahsa kelantan sesuatu yg kasar tetapi bg org kelantan ia adalah bahasa cakap2 biasa.. mintak pandangan ustaz mengenai hal ini..
assalamualaikum ustz....saya juga hendak tahu pandangan ustz tentang kenyataan biadab nik aziz(pada kami) tentang masalah yang mengatakan nabi itu mat2 kampung...
BalasPadamsaya mengatakan biadap kerana pengunaan bahasa itu dikira sebagai bahasa yang kasar di negeri kami..x tau la kalau kt kelantan x kasar..
saya harap ustaz x terikat dengan politik...
jawablah sejujur mungkin tentang masalah ini..
ni bukan masalah siapa UMNO siapa PAS siapa PKR siapa DAP...
tapi ni masalah bile nabi seolah2 diperlekehkan..
wahabi ni kat mana-mana pun ada.
BalasPadamSaya baru tahu nik aziz ni pun wahabi.
Wahabi ni mmg tak hormat nabi.
Kurang ajar punya nik aziz.
Salam,
BalasPadamkita dengar penjelasan dari ustaz dulu.
jangan kita lebih kuah dari sudu.
Guru kita belum bagi apa2 jawapan lagi kita dah maki hamun melulu. Ittaqillah ya akhi
Senang-senang ja dia nak tuduh wahabi, cermat la sikit...ulama gunakan ayat yang nak bagi orang yang dengar tu faham gambaran sebenar. Ulama tu lebih faham dengan sirah nabi. Nabi berumur 40 tahun baru dilantik jadi Nabi. Baik sangka dulu dengan ulama. Yang dia tu baru setahun jagung senang ja nak kata orang....piiirah
BalasPadamsalam..
BalasPadampada pendapat sy dari tontonan video tersebut, saya berpendapat tok guru nik abdul aziz tidaklah menghalang sambutan maulidur rasul..dia hanya berpendapat bahawa masyarakat malaysia juga perlu utk menghayati hari nuzul al quran kerana hari nuzul quran juga satu peristiwa penting bagi umat Islam.di mana pada peristiwa itu, nabi menerima wahyu pertama seklaigus diangkat menjadi rasul.. sepatutnya jugak di samping kita memperingati kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W iaitu rahmatan lil alamin pada 12 rabiulawal dengan kita gembira dengan maulid penghulu kita nabi S.A.W, hari nabi diangkat menjadi rasul jugak perlu dihayati oleh umat Islam.. Wallahualam..
P/s.. mintak maaf ader kekurangan.. apa2 pun kita tunggu penjelasan al fadhil ustaz..
BERSANGKA BAIK DENGAN ULAMA ADALAH LEBIH BAIK..
Assalamualaikum..
BalasPadamBagi pendapat ana.. Sambutan maulid rasul dan nuzul quran perlu disambut kedua-duanya..
kerana ada sesetengah orang yang berpendapat maulid rasul tidak perlu disambut, cukuplah dengan nuzul quran..
ini adalah pendapat orang yang tidak menghargai jasa budi nabi Muhammad s.a.w selaku orang yang menerima wahyu dan menyampaikannya kepada kita.. sekiranya tidak adanya nabi Muhammad s.a.w maka jangan haraplah Al Quran akan sampai kepada kita..
Akan tetapi janganlah kita lupa pada kalamullah.. raikanlah juga nuzul quran kerana iainya adalah asbab bagi panduan kepada seluruh alam..
Wallahu A'lam..
abu.....
BalasPadamsalam..apabila kita bersgka baik dgn ulamak pas,kita juga kne bersangka baik dgn ulamak umno krana ada diklgn ulamak masuk umno krn nak islah umno..seblom ni tuan guru kita pernah ditgor olh seikh nurddin,moga tuan guru nik aziz mnarik balik fatwanya yg mngatakan nabi muhammad sama dgn mat kampung..
Itulah, orang tua bangka tu, elok berhenti je la.
BalasPadamDia memang nak wahabikan Malaysia.
Hari tu pi sokong Dr Asri.
Pastu menulis buku pasal asma ul husna.
Pastu kata Allah samseng dgn sandaran kpd sifat Allah al-mutakabbir.
La ni kata nabi muhammad mat kampung.
Dahla wahabi berpakat dengan amerika.
Mereka tuduh iran bersekongkol dengan zionis, padahal mereka sendiri yg bersekongkol dgn zionis.
Dasar wahabi tak sedar diri!
Elok fatwakan terus kekafiran wahabi ni.
Semoga Allah lindungi syeikh nuruddin dan memanjangkan umur syeikhuna dan bersama-sama lah kita basmi wahabi.
Saya bertawassul dengan akhlak syeikh nuruddin, ulama2 yg soleh, memohon agar Allah menangkanlah kebenaran. Amin ya Allah.
teguran dri ulama mcm syeikh nuruddin dan banyak lagi ulama' perlu kite terime dgn hati terbuka...
BalasPadamsaye masih x faham...kenapa bile nik aziz cakap bende yg salah je..msih ade yang nk bela beliau?
atas alasan kite kne wala'.,,dlm masalah yg salah pon nk wala' ke?.,,,
mulia sangat ke beliau sehingga bile nabi diperlekehkan mcm 2 pon kite msih nk bela beliau dan menutup mata seolah2 x nmpk yang beliau menghina nabi?
adakah die ni lebih mulia dri nabi???
sehingga setiap kesalahan beliu masih dipertahankan seolah2 melambangkan beliau maksum?...
sahabat nabi yang lebih mulia dri nik aziz sendiri terime teguran n boleh ditegur..
takkan nik aziz yg x beradap ni x leh ditegur?
nabi ke beliau?beliau maksum ke smpi x leh ditegur?..beliau bercakap melalui wahyu ke mcm nabi?..
P/S:minta maaf la klu ayat saye nmpk x sopan...kerana hal memperlekehkan nabi bagi kami bukan hal yang kecil...mulia sangat nabi 2..klu puak2 UMNO kite leh hentam depan2 n terang2 kerana kesalahannye...kenapa tidak nik aziz juga...jdi ulama' biarlah adil...jgn kerana wala' x tentu pasal...ilmu diketepikan...kejahilan diutamakan...dan seboleh2 membetulkan ape yang salah....jdi ulama ni..jgn terlalu taksub...agama lebih tinggi..julang agama bru leh angkat pemimpin..bukan julang pemimpin pas 2 buang agama..kesilapan pemimpin yg kite suk,klu leh kite nk tutup habisan2 semampu mungkin...tpi bile pemimpin yg kite benci..seboleh2 nk buka biar 1 dunia tahu...ulama' biar adil...nk berpolitik terserah kpd hak masing2..tpi jgn taksub smpi pemimpin sendiri x boleh ditegur...
kenapa kalau saya baca blog ni,saya jadi runsing+takut+bimbang,seolah2 macam tiada yg elok dah dalam malaysia ni..hmm
BalasPadamAstaghfirullahhal 'azim..
BalasPadamSahabat2, kalau betul sahabat2 sekalian cintakan nabi, berakhlaklah dg akhlak nabi.. Cuba kaji balik sirah nabi...bagaimana percakapan beliau, pertuturan beliau.. hatta dg orng yahudi yg mencercanya pun dia tidak pernah membalasnya dg maki hamun.. inikan pulak seorang islam yg banyak membantu dalam menegakkan islam di Malaysia... Kenapa kalian kata Tuan Guru kita tidak boleh ditegur.. pernah lihat tok guru marah, berang, merendah2kan ulama' lain?? Siapa sebenarnya yang tak boleh terima teguran? Kalau kalian kata tak boleh taksub, jadi kalian jugak tak boleh taksub dengan pemimpin yg kalian sanjungi atau ulamak yg kalian agung2kan... perlukah seorang ulamak merendah2 dan mengeluarkan kata2 yg tak elok dan berburuk sangka dengan seorang hamba Allah yang peribadinya soleh. Kenapa perlu dicanang2 peribadi beliau.. Kalau rasa dia buat salah, tegur jelah, kenapa perlu baran2 seolah berdendam dan sbgainya..
hm.. seronokla iblis melihat keadaan kita skarang...yahudi pun akan bersorak2 kalau tahu keadaan kita camni..
salam...kalau berani pi la tegur sendiri tok guru nik Aziz..jangan setakat komen kat blog orang lain je.. nampak sangat penakut..kata nak pertahankan nabi sangat tapi penakut wat pe??/..
BalasPadamAssalam,
BalasPadamape yg saya faham dari kes tak sambut maulid dgn nabi same mcm mamat kg ni ialah:
nik aziz galakkan kita sambut maulid dgn cara mengamalkan ajaran2 nabi, bukan dgn cara membuat perarakan...
maksud kata nik aziz keadaan nabi sblm umur 40thn (mendapat wahyu) same macam org biasa, pada pandangan org sekeliling. takde sape pun yg tahu baginda adalah nabi. lahirnya pun seperti org biasa atau bahasa yg digunakan ialah 'mamat kampung', bukan dgn cara luar biasa dan penuh keajaiban. cuma mukjizat yg ade pada mase tu ialah nabi lahir dlm keadaan telah bersunat dan baginda dilindungi awan dlm perjalanan. sehinggalah baginda mendapat wahyu pada umur 40thn dan mengajak umat2 baginda utk memeluk islam. barulah org tahu yg baginda adalah nabi...
wallahu a'lam bi tsawab...