Isnin, 12 Oktober 2009

Hilang Duka Bila Bersama Para Ulama ...

Dari kanan : Al-Faqir, Syaikhuna Murabbi Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ith al-Kittani hafizahullah, Syaikhuna al-Allamah Dr Jamal Faruq hafizahullah ( Berjubah Biru),
Duduk Dari Kanan : Akhi Amal BP, Akhi Juzaili Juhan.


Hari Sabtu baru-baru ini merupakan satu kenangan indah dalam hidup al-faqir kerana berpeluang untuk berada bersama-sama dengan para ulama Murabbi. Perjalanan ke Iskandariah untuk bertemu Syaikhuna Murabbi al-Allamah Muhaddith Muhammad Ibrahim Abdul Ba’ith al-Kittani hafizahullah memberikan seribu satu kenangan indah buat kami penuntut ilmu di Bumi Kinanah ini.

Lebih bermakna , perjalanan kami ditemani oleh seorang ulama besar al-Azhar iaitu Syaikhuna al-Allamah Dr Jamal Faruq al-Daqqaq hafizahullah.Kami berempat, al-faqir, Akhi Juzaili, Akhi Amal (wakil Badan Pengurus), Akhi Wajdi ditemani oleh Syaikhuna al-Allamah menaiki kereta ke Iskandariah.

Tujuannya adalah untuk berbincang berkenaan Program Pembacaan Sahih Bukhari pada 17-20 Oktober ini. Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar dengan Syaikhuna. Beliau terkenal sangat ramah dan tidak lokek dengan senyuman manis menjadikan kami merasakan bahawa beliau seolah-olah bapa kami sendiri.

Sebelum ke rumah beliau, kami sempat mengikuti pengajian Sahih Bukhari yang disampaikan oleh Syaikhuna Murabbi di Masjid Jehan di Sidi Bisyr , Iskandariah. Masya Allah, penuh dengan input dan ilmu berguna sepanjang majlis tersebut. Syaikhuna mensyarahkan Hadis berkenaan “ Cinta Kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah sebahagian daripada Iman”.

al-Faqir tidak sempat untuk memanggung kepala hanya kerana terlalu lapar dan makanan yang terlalu enak disediakan oleh Mama ( Isteri Syaikhuna Muhammad Ibrahim).. Daging Kambing bakar dan pelbagai makanan enak disediakan. Al-Imam Syafie radhiyallahu anhu juga makan banyak ketika berada di rumah al-Imam Ahmad Ibn Hanbal radhiyallahu anhu hanya kerana makanan itu disediakan oleh orang-orang Soleh dan para Auliya' Allah.

Setelah selesai pengajian kami bertolak ke rumah Syaikhuna berhampiran Mahhatah Misr. Berbincang dan memberikan cadangan demi memastikan Majlis Hadis yang julung-julung kali diadakan ini berjalan dengan lancar.

Saya masih ingat kata-kata Syaikhuna al-Allamah Dr Jamal Faruq hafizahullah bilamana kami bertanyakan kepada beliau mengapakah al-Azhar sudah tidak menganjurkan lagi Majlis Sama’ Hadis sebegini?

Maka Syaikhuna menjawab : “al-Azhar terlalu sibuk dengan pelbagai urusan tambahan pula campur tangan kuasa luar yang tiada kaitan dengan al-Azhar menyebabkan al-Azhar tidak sempat untuk melaksanakan Majlis mulia sebegini.Apa-apa pun, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah memulakan kembali sunnah mulia ini.Moga akan membuka mata al-Azhar untuk kembali melaksanakan Majlis sebegini kelak.”

Rasa kembali bersemangat bilamana Syaikhuna Jamal Faruq menyebutkan sedemikian.Sekaligus menolak tohmahan bukan-bukan terhadap PMRAM. Mungkin sebab terkedepannya PMRAM di dalam melaksanakan majlis berprestij sebegini menyebabkan ada pihak tidak berpuas hati dan rasa iri.

Kenapa perlu rasa dengki ? Apa kata kalau bergabung tenaga datang menyertai. Kalau tidak suka untuk datang ke Majlis Ilmu sekalipun, jangan membenci kepada majlis Ilmu.Apatah lagi ini majlis Hadis. Tempat untuk bertemu para ulama membicarakan tentang hadis. Bukan majlis suka-suka dan tarian.

Moga Allah taala sentiasa menjaga Persatuan Pelajar yang begitu banyak memberikan sumbangan kepada para santri di al-Azhar al-Syarif.

Susunan Tarbiyah yang sebenar adalah tarbiyah untuk mematangkan ahli di dalam ilmu. Selain itu tarbiyah sebenar juga perlu berguru dengan Guru Murabbi.

Ini tidak, Tarbiyah yang ‘mereka-mereka’ itu faham hanya perkumpulan usrah dan perjumpaan mereka sesama mereka.Kemudian mendabik dada bahawa kumpulan kami punya Tarbiyah yang hebat. Saya tidak nampak dimana halatuju Tarbiyah yang ingin mereka bawa. Entahlah, mungkin saya silap agaknya ??

di dalam salah satu daripada Taman-taman Syurga.. Rasa terlalu gembira bila dapat bersama para ulama MURABBI ini..

Doakan moga Majlis Ilmu ini berjalan lancar. Moga Allah taala memberikan hidayah dan Inayah kepada golongan ‘pembenci’ majlis ilmu sebegini.Moga Allah taala menyelamatkan persatuan pelajar kami, PMRAM daripada anasir hitam yang sentiasa mencari peluang ingin merobek kesatuan yang ada.

Moga berkat doa para ulama kita, memberikan sinar semangat kepada pendokong perjuangan meneruskan misi dakwah menegakkan Kalimah Allah di muka Bumi ini.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu di Masjid al-Azhar dan Masjid al-Asyraff,
Kaherah Mesir.

4 ulasan:

  1. waduhh2...jelesnya..enta mmg kejam x ajak ana,x pa2,huhu..dahtu tayang plak gambar makan skali ngan Syeikh,arghh x puas hati btul,guna alasan Imam Syafi'e plak tu,tgk sama ja kat mana2 pun, (ksian kat org rumah nnti)mmg penantian satu penyeksaan..hahaha,jgn marah ha..

    moga2 kita dpt bersama dgn para ulama di sorga nanti,klu b'sama ulama tentulah bersama dengan penghulu segala Nabi alaihissolatu wassalam..ameen ya Rabb.

    BalasPadam
  2. hehe.. sori la sebab takdak tempat hari tue..kalau nta sanggup dok dalam bonet kreta boleh la heheh...takpa nanti ada kesempatan bersama syaikhuna :)

    mana ada ana makan banyak :) sikit ja pun.. tengok gambar elok2..kurus ja..memang penantian satu penyeksaan.. tue nak mintak mak ayah benarkan penantian tersebut berakhir segera..hehe..

    nanti kita pi sekali na syeikh lokman ..hehe..wassalam

    BalasPadam
  3. ALLAH MAHA MENGETAHUI....

    BalasPadam
  4. assalamualaikum...saya baru mengunjungi blog anda dan ada membaca beberapa artikel. persoalan saya, perlukah di setiap pengakhiran artikel anda untuk anda menyelitkan juga kalimah2 yang berunsur umpatan?
    contohnya seperti ayat2 di bawah:-

    "Ini tidak, Tarbiyah yang ‘mereka-mereka’ itu faham hanya perkumpulan usrah dan perjumpaan mereka sesama mereka.Kemudian mendabik dada bahawa kumpulan kami punya Tarbiyah yang hebat. Saya tidak nampak dimana halatuju Tarbiyah yang ingin mereka bawa. Entahlah, mungkin saya silap agaknya ??"

    "diteruskan hanya kerana ingin mengikut hawa nafsu mereka yang sememangnya tidak menyukai majlis ilmu sebegini.

    Katanya , orang-orang ini pernah ditarbiyah. Tarbiyah apanya?? Tarbiyah untuk menjahanamkan umat Islam lain??

    JPMK dibawah naungan Prof. Jamil sepatutnya mengambil contoh para pembesar terdahulu bilamana bermuamalah dengan para ulama.Jangan dengan hawa nafsu kita, hanya kerana dengki dan dendam yang tak sudah, terbawa-bawa sehingga tiada lagi kawalan terhadap diri sendiri.Apa faedahnya kamu dapat kalau Majlis Mulia Bacaan Hadis ini ingin dibatalkan tanpa sebab munasabah??

    Kamu tak takutkah dengan doa para auliya’ Allah taala yang dijemput khas untuk datang bersama kami para penuntut ilmu membacakan hadis???.Inilah bahananya jika dahulu kurang bercampur gaul dengan para ulama.Hanya berpada dengan tarbiyah jadian yang mereka canangkan."

    pada pendapat saya ,ada baiknya jika anda berjumpa sendiri dengan mereka-mereka yang anda maksudkan itu dan anda berbincang sendiri dengan mereka apakah sebenarnya masalah dan ketidakpuasan hati anda kerana saya merasakan tidak elok untuk anda memburuk2kan sesama sendiri di blog anda ini. Iyalah jika sebenarnya memang mereka-mereka itu dipihak yang salah,tetapi, dngn tindakan anda menulis kalimah2 seperti ini juga menunjukkan akan ketidakmatangan anda dalam menangani masalah kerana anda membalas kembali dengan kata2 yang berunsur tohmahan. Anda sebagai seorang penuntut ilmu agama sepatutnya lebih arif tentang hal2 seperti ini jika hendak di bandingkan dengan saya yang tidak berpeluang untuk berjumpa dengan ulama'2 seperti anda.

    setakat ini sahaja yang mampu untuk saya tulis.
    jika anda merupakan insan yang gemarkan muhasabah, mungkin anda akan memikirkan kembali kata2 saya ini, tetapi jika anda beranggapan bahawa kata2 saya ini tiada bermakna, anggaplah komen ini umpama pasir2 yang pernah anda pijak di bumi mesir....wassalam

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.