Semasa saya mula sampai ke pangkuan al-Azhar al-Syarif pada 16 Oktober 2004, antara tempat yang mula saya jejaki adalah Masjid al-Azhar al-Syarif.Perasaan di dalam hati sejak mula menjejakkan kaki ke Bumi Barakah ini memang sudah dipasakkan untuk sebanyak-banyaknya bertalaqqi dengan para ulama di Bumi Kinanah ini.
Alhamdulillah niat dan azam saya ketika sebelum berangkat ke Mesir dimakbulkan Allah taala.Antara kelas pengajian yang saya ikut ketika tersebut adalah pengajian bersama Syeikh Dr Amru Wildani hafizahullah .Beliau mengajar kitab al-Tamhid Fi Takhrij al-Furu’ a’la al-Usul.Kitab yang saya akui sangat susah, tambahan saya baru saja sampai ke Mesir ketika tersebut.Antara guru-guru yang lain yang mengajar ketika tersebut adalah al-Alim Al-Allamah Syeikh Dr Ali Jum’ah hafizahullah , Mufti Mesir.Saya sempat mendengar daripadanya sebahagian kecil kitab Sunan Nasa’ie .Pengajian tersebut dilaksanakan setiap hari pada seawal 7 pagi.Maksudnya selepas solat Subuh maka saya perlu bergegas untuk ke Masjid al-Azhar bagi mengikuti pengajian di sana.
Saya juga sempat membaca sedikit kitab Majmu’ Syarah Muhazzab dengan Syaikhuna al-Allamah Dr Ahmad Hajain hafizahullah.Masih kuat diingatan saya, yang hanya hadir bersama membaca kitab Majmu’ tersebut hanyalah tiga orang, saya dan dua orang lagi kawan berbangsa Arab.Tapi sekarang, Syeikh Ahmad antara yang memiliki murid dan peminatnya sendiri yang cukup ramai dikalangan pelajar Melayu .
Ketika tersebut kelas tidak terlalu banyak seperti sekarang.Maksud saya kelas di masjid al-Azhar sendiri.Kalau ingin belajar lebih maka perlu untuk bertemu dengan Syeikh dan pergi belajar di rumah syeikh sendiri.Malamnya kami belajar kitab Fiqh Syafie bersama Syeikh al-Allamah Sayyid Syaltut hafizahullah.Namun sekarang, kelas pengajian di Masjid al-Azhar terlalu banyak.Sehingga terpaksa untuk saya membahagikan masa dan memilih kelas yang saya benar-benar melaziminya.Malah setelah kenal dan rapat dengan Syaikhuna Murabbi Dr Yusri hafizahullah, maka saya lebih banyak bertumpu kepada pengajian yang disampaikan oleh beliau.
Satu perkara yang saya dapati ketika mula-mula sampai kesini ialah senario pelajar-pelajar Melayu yang berasal daripada Malaysia khususnya di dalam pengajian berbentuk talaqqi ini sangat mendukacitakan.Lebih banyak bermain dan berjalan-jalan berbanding memenuhkan masa untuk bersama para ulama.Tak hairanlah kalau orang ramai mengkritik keluaran al-Azhar sekarang tidak berkualiti seperti keluaran sebelum ini.
Pelajar wanita Malaysia antara yang paling terkebelakang di dalam masalah Talaqqi di Masjid al-Azhar pada ketika saya mula-mula sampai.Malah tidak keterlaluan saya katakan bahawa tiada langsung pelajar al-Azhar wanita Melayu yang berasal daripada Malaysia di Masjid al-Azhar untuk belajar dan mendengar majlis pengajian.Hanya saya dapati pelajar-pelajar wanita daripada Indonesia sahaja yang sering bertandang ke kelas para ulama di al-Azhar.
Pernah saya terfikir , kenapa mereka tidak langsung datang ke tempat mulia sebegini untuk menadah ilmu???.Malah sedikit wang pun tidak perlu dikeluarkan untuk belajar dengan para ulama di al-Azhar ini.Semuanya percuma.Free off Charge.Teringin untuk mewara-warakan kepada ustazah-ustazah al-Azhar ketika tersebut namun saya tidak punya cara.
Setelah dilantik menjadi kepimpinan di dalam Badan Pengurus PMRAM, maka bermulalah langkah saya mengajak para pelajar ke Masjid al-Azhar al-Syarif untuk menuntut ilmu di sana.Tambahan pula ketika tersebut, al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Hussain sendiri merupakan Presiden PMRAM.Malah beliau sendiri antara tenaga yang banyak membantu di dalam menjayakan misi Talaqqi di Masjid al-Azhar pada ketika tersebut.
Memang sudah diketahui bahawa tugas sebagai kepimpinan yang memegang amanah seluruh anak Malaysia di Bumi Mesir yang hampir 7000 pelajar bukanlah satu tugas yang mudah.Perlu komitmen yang tinggi.Alhamdulillah Ustaz Hairul Nizam selaku Presiden sangat-sangat memahami bahawa saya adalah orang yang akan mendahului kelas pengajian di Masjid al-Azhar berbanding yang lain.Malah beliau juga sebegitu.
Saya teringat pada ketika mula-mula dilantik menjadi Badan Pengurus, ketika sedang berjalan dengan Ustaz Hairul menuju ke Pejabat PMRAM setelah selesai solat Isya’ di Masjid Nur.Beliau bertanya kepada saya:
“ Macamana Ust Nazrul setakat sekarang menjadi Badan Pengurus?, Waktu pengajian terganggu atau tidak??”
“Alhamdulillah setakat ini tiada lagi yang terganggu.Cuma kadang-kadang terasa agak berat” saya menjawab.
Ustaz Hairul menyambung percakapannya “ Emm, memang tugas sebagai Badan Pengurus berat, namun sebenarnya tugas sebeginilah yang akan membantu kita untuk lebih mengurus masa.Pengajian sangat penting.Ana sendiri ketika selalu bertalaqqi di Masjid al-Azhar pernah ada orang yang menyindir mengatakan bahawa kita lebih mementingkan diri berbanding persatuan.Ana tanya kembali kepada orang yang mengatakan sedemikian, adakah terdapat istilah belajar untuk diri sendiri? Talaqqi untuk diri sendiri?? Kita akan pulang sebagai jentera penggerak perjuangan Islam.Kalau tidak punya ilmu yang benar-benar mantap, bagaimana untuk kita membantu perjuangan??Sekadar berceramah? Kalau sekadar untuk pandai berceramah tak perlu datang ke sini”
Panjang lebar Ustaz Hairul menerangkan kepada saya.Sangkaan saya semakin kuat bahawa persatuan bukanlah menghalang untuk seseorang tersebut belajar dan bertalaqqi.Kepimpinan yang tidak bertalaqqi hanyalah mencipta alasan untuk tidak mahu bertandang ke sana.
Kalau kepimpinan sering bertalaqqi, maka yang tidak menjadi kepimpinan lebih-lebih lagi perlu dan wajib bertalaqqi.Kita di sini banyak buang masa. Tapi semasa balik ke Malaysia berserban besar , berjubah dan bertasbih menipu orang-orang yang benar-benar berbaik sangka dengan kita di sini.Kononnya belajar, hakikatnya yang sering dilakukan hanyalah tidur, makan, dan main.Itu sahaja.Ilmu diambil daripada dada para ulama bukannya daripada helaian kertas semata-mata.
Berbalik kepada pelajar wanita Malaysia di al-Azhar al-Syarif.Dahulunya cukup payah malah tiada langsung ustazah yang belajar di Masjid al-Azhar.Namun sekarang Alhamdulillah, semakin ramai wanita bertudung labuh,bertubuh wanita Asia yang datang memenuhi majlis pengajian di Masjid al-Azhar.Saya tidak mengatakan bahawa saya dan Ustaz Hairul yang merintis perkara ini.Namun kami memohon kepada Allah taala moga pahalanya akan turut mengalir kepada kami.
Gembira sangat bila melihat ustazah-ustazah memenuhi Masjid al-Azhar.Sebelum ini, kelibat ustazah hanya boleh dilihat di kedai-kedai buah, kedai runcit, Khan Khalili( tempat beli barang untuk pulang ke Malaysia) , lapangan terbang antarabangsa dan kawasan-kawasan yang sekitarnya.Bagaimana ustazah-ustazah nak berjuang menegakkan Islam bila pulang kelak??Namun itu dulu, sekarang suasana sudah berubah.
Sebab itu saya sangat pelik jika masih terdapat golongan yang tidak membenarkan untuk ustazah-ustazah pergi belajar.Kalau kelas pengajian pada waktu malam sekalipun apa salahnya jika kita benarkan untuk mereka pergi.Dengan syarat punya pengiring di kalangan ustaz-ustaz.Kalau ke lapangan terbang, kita benarkan pula mereka beramai-ramai pergi dan balik lewat malam.Namun kenapa ke Kelas para Masyaikh kita tidak benarkan??Bukannya pergi bersendiri dan jalan seorang diri.Mentaliti sebegini perlu diubah.Mereka juga akan pulang sebagai jentera pengerak dakwah.Oleh sebab itulah , Syaikhu Syaikhina, Al-Allamah Muhaddis, Musnid al-Dunya Syeikh Yassin al-Fadani rahimahullah sendiri menubuhkan pusat pengajian untuk wanita semata-mata .Tujuannya adalah untuk melahirkan generasi pelapis ulama di kalangan wanita.
Kita bercita-cita nak lahirkan Sayyidah Nafisah kedua, Sayyidatina Aisyah al-Humaira’ radhiyallahu anha yang kedua.Namun jalannya kita sekat.
Kena ingat, pengajian talaqqi sangat berbeza dengan pengajian di bilik kuliyyah Universiti.
Berilah peluang untuk para ustazah belajar dengan para ulama di sini.Sekurang-kurangnya pahala mereka akan mengalir kepada kita dan mereka akan turut doakan kesejahteraan pada kita.Sementara ada generasi wanita Melayu di al-Azhar yang benar-benar bersemangat untuk belajar, maka raikanlah.Jangan sampai kalau pupus langsung generasi sebegini, maka kita akan dipersoalkan kelak di sisi Allah taala.Maka pada waktu itu, alasan tidak berguna lagi.
Kita perlukan generasi berilmu, bukan semangat semata-mata tanpa ilmu di dada.
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid Al-Azhar al-Syarif dan Masjid al-Asyraff,
Kaherah Mesir
menyedarkan saya yang sedang menuntut ilmu... jika ustaz tidak keberatan, saya ingin bertanyakan sedikit soalan..diharap ustaz dapat memberi email atau sebagainya...
BalasPadamAllah yahdiik ust nazrul .. Satu pembelaan untuk akhawat yang sering terpaksa pulang malam untuk tuntutan pengajian ... ana sendiri kadang rasa sangat iri dengan ust2 yg ada peluang pulang selewat2 mungkin semata2 untuk ilmu tapi masih ada yang tk rebut peluang tu , sementara akhawat yg benar2 ingin ikuti pengajian kadangkala tersekat kerana waktu yg tk mengizinkan... dan xde musyrif yang boleh membantu untuk temankan ... Barakallahu fiik ust :)semoga post ni membuka minda sesetengah ust yg masih rasa akhawat tk perlu bersusah2 talaqqi ke sana kemari ..
BalasPadamSyukran jazilan pada saudara dan saudari Dhuha Ainunnur..Moga Allah menetapkan kita di atas jalanNya..
BalasPadamemail saya seperti yg tertera di atas nazrul_nasir706@yahoo.com
Salam Ustaz,sekarang macam-macam ajaran sesat sudah melanda negara kita.Sekarang timbul pula blog Rasul Melayu.tolong pantau.http://messengerofgodtoday.blogspot.com/
BalasPadamassalamu'alaikum,
BalasPadamblog messengerofgod dipunyai oleh Guru Kahar - mengaku dirinya adalah Rasul Melayu. Sila flag blog tersebut. Hingga kini beliau diburu dan wang tawaran untuk menangkapnya meningkat kepada rm 20k
Setuju dgn apa yg dikatakan ustz.Hal ni sbnrnya juga hmpir sma blaku pada pljr medik krana rata2 stadi hnya nk dpt sijil.byk mase dihbiskan dgn pkara2 yg x bfaedah.Sdangkan kita smua sama ada Dr atau ustaz akan blik nnti bjuang dan bkhidmat utk agama,msyrkt dn ngara.Saya skong dri belakang usaha ustz utk trus myedarkan golongan pljr2 yg ada di Mesir ni ttg kpntingan mnuntut ilmu ini dengan bsungguh2 bkn skdar mnuntut sijil.
BalasPadamsalam..baru jumpe post ustaz..sy sokong ustaz nazrul..kami sanggop bersusah2 utk ke Azhar wlu kdg2 xde musyrif,men jln je..doakan kami istiqamah.._azhariah kaherah_
BalasPadam