Saya cuma sempat menjengah sahabat-sahabat yang berada di furu'( cawangan ) al-Azhar yang lain pun sekadar memberikan pengajian dan diskusi kitab ilmiyah..Selain daripada dua perkara tersebut, memang agak sukar untuk saya turun ke rumah sahabat-sahabat di sana.. Perkara ini sejak saya mula datang ke bumi Anbiya ini lagi..Sehinggakan ketika menjadi Badan Pengurus PMRAM pun saya hanya sempat ke muhafazah ketika lawatan Badan Pengurus ke sana..
Bukan tidak ingin bertandang ke rumah sahabat-sahabat di sana..Tapi dek kesibukan dan kelas pengajian yang terlalu banyak di Kaherah menyebabkan saya terpaksa meninggalkan sebentar masa gembira saya bersama sahabat-sahabat..Sejak mula datang ke al-Azhar pada 16 Oktober 2004 sehinggalah sekarang, saya masih belum pernah menjejakkan kaki ke Piramid di Giza yang dikatakan salah satu daripada 7 tempat ajaib di dunia..
Bagi saya tiada apa yang ajaibnya di sana.. Perkara yang paling ajaib bagi saya di Bumi Anbiya ini ialah ilmunya, para auliya'nya dan tempat para anbiya' terdahulu berada..Itu lebih ajaib bagi saya berbanding Piramid tersebut.. Bagaimana tempat yang kering kontang sebegini dipilih oleh para anbiya seperti Nabi Allah Yusuf, Nabi Allah Musa dan Nabi Allah Harun alaihimussalam untuk menyampaikan dakwah mereka..Tentu ada hikmah yang besar tersembunyi di sebaliknya..
Lebih baik melawat maqam para auliya' yang berada di bumi Mesir ini daripada pergi ke tempat sedemikian..Tetapi bukanlah bermakna saya tidak akan langsung pergi ke sana.. Mungkin satu hari nanti saya akan jejakkan juga kaki ini ke tempat yang mana Allah taala kekalkan buat memberi peringatan kepada golongan yang sombong dan bongkak bahawa tiada apa yang patut dibanggakan..kerana akhirnya kita semua tetap akan kembali ke dalam lubang yang gelap di perut bumi kelak..
Saya terbaca di dalam penulisan al-Imam al-Allamah al-Hafidz Ahmad bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari rahimahullah (1900-1960) , salah seorang ulama besar Hadis di bumi Mesir ini(lihat gambar di atas) ..Beliau menyebutkan di dalam kitabnya al-Bahru al-Amiq tentang rutin mingguannya ketika beliau belajar di bumi Kaherah ini..
Malah kata beliau untuk mendapatkan keberkatan dan kefahaman yang baik ketika belajar adalah dengan melazimkan diri menziarahi para auliya'..Inilah pesanan Sayyidi Abdul Rahman al-Tha'labi al-Jaza'iri rahimahullah kepada beliau , Sayyidi Abdul Rahman al-Tha'labi al-Jaza'iri merupakan salah seorang mufassir terkenal di bumi Jaza'ir atau dikenali sebagai Algeria sekarang..
Disini saya sertakan cara bagaimana al-Imam al-Allamah al-Hafidz Ahmad al-Ghumari rahimahullah melawat maqam para auliya ini..Beliau berpesan kepada penuntut ilmu agar sentiasa melawat enam maqam utama di Mesir iaitu Maqam al-Imam Husain bin Ali radhiyallahuanhuma , Maqam Sayyidah Zainab, Maqam Sayyidah Nafisah , Maqam al-Imam Syafie , Maqam al-Imam Ibn Ato'illah al-Sakandari dan Maqam al-Imam Abdul Wahhab Sya'rani rahimahumullahu taala alaihim ajma'in..Setiap minggu beliau melawat keenam-enam maqam ini..
Setiap Jumaat al-Imam akan melawat setiap maqam tersebut..Seawal pagi Jumaat beliau keluar menuju ke kawasan al-Qarafah al-Kubra iaitu kawasan dimana al-Imam al-Syafie rahimahullah dimaqamkan, kemudian terus menuju ke maqam al-Imam Laith bin Saad rahimahullah dan banyak lagi seperti maqam al-Imam Ibn Hajar al-Asqallani rahimahullah dan lain-lain auliya di kawasan tersebut.. Lawatan ini berlanjutan sehinggalah masuknya waktu solat Jumaat.. Selepas Asar beliau menuju ke Maqam al-Imam al-Khawwas , al-Imam Sya'rani, Imam Dardir dan lain-lain ulama serta auliya' .. Begitulah rutin mingguan beliau...Malah beliau menyebutkan perkara ini ternyata mujarab sekali di dalam rehlahnya menuntut ilmu Allah taala di Bumi Mesir.. Moga kita semua yang berada di bumi Mesir ini dapat mengamalkan sebagaimana yang beliau amalkan..
Masih kuat di dalam ingatan saya ketika mula menjejakkan kaki ke Bumi Kinanah ini pada tahun 2004, setiap Jumaat saya akan pergi melawat Maqam al-Imam Syafie rahimahullah..Sehinggalah Allah taala memberikan rezeki kepada saya hamba yang faqir ini bermimpi berjumpa dengan al-Imam Syafie rahimahullah pada suatu malam.. Namun saya sedih kerana tidak melihat muka sang Imam yang mulia.. Saya cuma teringat kata-katanya kepada saya agar mempelajari keempat-empat Mazhab yang ada...Moga Allah taala mempertemukan lagi saya dengan sang Imam yang mulia serta dapat melaksanakan seperti apa yang Beliau pesan kepada diri yang hina ini..
Semoga Allah taala memberikan kekuatan kepada kita untuk mempelajari ilmu agama ini.. Serta memberikan kefahaman yang luas sepertimana Engkau berikan kepada para ulama dan auliyaMu ya Allah ya Arhama al-Rahimin...
Doakan saya dapat menyiapkan tugas saya di dalam mentahqiq sebuah kitab karangan al-Imam Ibn Hajar al-Asqallani rahimahullah yang bertajuk " Fatawa al-Imam Ibn Hajar fi Mas'alati al-Barzakh".. Tugas ini baru hari ini saya mulakan.. Walaupun manuskrip ini kecil (sebanyak 16 helai )namun ilmunya besar sekali..
Tugas mentahqiq manuskrip lama sebegini bukanlah satu tugas yang mudah kerana kita perlu meneliti setiap tulisan tersebut.. Saya menggunakan kesempatan ini untuk cuba mentahqiq kitab ini kerana hubungan kita yang rapat dengan para ulama di al-Azhar mungkin memberikan satu input yang terbaik serta komen yang membina daripada mereka..InsyaAllah jika dipermudahkan oleh Allah taala menyiapkan tahqiq ini , setelah selesai saya akan menyerahkan kepada al-Allamah Syeikhuna Dr Jamal Faruq, al-Allamah Murabbi Syeikhuna Yusri Rushdi dan Al-Allamah al-Muhaddis Syeikhuna Muhammad Ibrahim Abd Ba'ith al-Kattani hafizahumullah untuk disemak dan diperbetulkan segala kesalahan tulisan saya kelak..Doakan moga diberkati oleh Allah taala tugas ini serta mendapat ganjaran di sisiNya kelak..
Saya tidak dapat menjamin bilakah akan habis tugas mentahqiq kitab ini..Namun doa daripada Bonda dan Ayahanda serta sahabat-sahabat amat diperlukan agar kerja ini dimudahkan Allah taala..
و ما توفيقى إلا بالله و لا حول و لا قوة إلا بالله العلى العظيم
Wassalam..
Mohd Nazrul Abd Nasir, Kaherah Mesir
Assalamu'alaikum,
BalasPadamma'an najah, dan semoga kerja ustaz ini dipermudahkan ALlah dan memberi manfaat kepada para penuntut ilmu yang ikhlas dan umat Islam umumnya.
syukran ust ibn nafis..doakan selalu ye..
BalasPadamsemoga ust dapat menyelesaikan tugasan yang dgn sempurna...InsyaAllah
BalasPadamana mmg kagum ah ngn juhud ust..dlm sibuk2 bertalaqqi dn mngajar smpt lagi mentahqiq kitab plak..msk era blog2 plak tu,mmg btul2 barakah ah wktu ust..hrp2 ust brjaya di dunia dan akhirat..
BalasPadambtul2.. ust nazrul memang mantop.. macam saye ni bejalan aje kejenye.. melompat sane sini.. rasa macam terkene batang idung je ngan artikel ni.. hehe.. apekate ust passing sket kejuhudan ust tu pade saye.. tak dapat jadi cam ust pon.. dapat lebih sket daripada ust pon jadilah.. hihi.. :)
BalasPadamhehe..mana ada..semua lagi hebat..ust pamiesz lagi hebat..jalan2 pun ada ibrah :) pada semua, terima kasih kerana memberikan semangat pada hamba yg dhoif ini..
BalasPadamBarakallhu Fill..Wazidduka minaAllah 'Ilman Naafi'an...
BalasPadam