Selasa, 14 Julai 2009

Mengapa Solat Punya Rakaat Tertentu?

Masih kuat di ingatan saya ketika berada di dalam kelas pengajian Sahih Bukhari bersama Syaikhuna Murabbi Muhammad Ibrahim al-Kattani hafizahullah di Masjid Maina' Syarqi di Iskandariyah beberapa tahun lepas..

Datang seorang lelaki bertanya kepada Guru Kita yang Mulia ini sebuah persoalan yang ringkas namun jawapan yang diperlukan amat padat..

Lelaki ini bertanyakan satu soalan yang mana persoalan ini ditujukan kepadanya oleh seorang Kristian..Soalan menguji iman ini ialah " Mengapa setiap solat orang Islam punya rakaat tersendiri?" " Kenapa solat subuh perlu 2 rakaat? Zohor 4 Rakaat? Asar 4 rakaat? Maghrib 3 rakaat? dan Isya' 4 rakaat?" Kenapa tidak lebih daripada itu? Kenapa dan kenapa?

Lelaki ini buntu dan tidak mampu menjawabnya..Maka Syaikhuna Muhammad Ibrahim al-Kattani adalah sebaik-baik tempat untuk bertanya persoalan sebegini.. Saya yang ketika tersebut berada berhampiran dengan Syaikhuna Muhammad Ibrahim al-Kattani tertunggu-tunggu apakah jawapan yang akan diberikan oleh guru kami yang ternyata pakar di dalam ilmu Hadis malah mendapat gelaran Muhaddith al-Misr ( Ahli Hadis Ulung di Mesir)..

Sambil tersenyum Syaikhuna spontan menjawab...

" Tanyakan kembali kepada Kristian tersebut, Mengapa mulut kamu hanya satu? hidung juga satu? Mata kamu dua? telinga juga begitu? kaki dan tangan juga begitu? " Mengapa perlu bertanya kenapakah solat subuh 2 rakaat dan seterusnya sedangkan apa yang ada pada diri kamu sendiri tidak mampu kamu berikan jawapannya? Tuhan yang sama yang menjadikan tangan, kaki, telinga dan mata kamu sepasang, tuhan yang sama jugalah memberikan kepadamu hidung dan mulut yang satu, dan Tuhan itu jugalah yang telah menjadikan solat subuh 2 rakaat , zohor 4 rakaat , asar 4 rakaat, maghrib 3 rakaat dan Isya' 4 rakaat... Jadi jangan bertanya sesuatu perkara yang kamu sendiri tidak dapat menjawabnya sedangkan perkara itu juga ada pada dirimu sendiri"

Terkesima saya mendengar jawapan yang sangat padat dan jitu yang keluar daripada mulut seorang ulama yang sangat ikhlas menyampaikan ilmunya... Ramai hadirin yang memuji jawapan yang diberikan oleh Syaikhuna yang mulia ini... Semoga Allah memanjangkan umurmu wahai Syaikhuna agar dapat kami menimba sebanyak-banyaknya daripadamu..Hanya orang-orang yang jahil yang tidak akan mengenali serta mengetahui kedudukan seorang ulama tersebut.. Kejahilan tersebut membuatkan mereka tertipu dengan diri sendiri ...Mereka meninggalkan permata berharga, dan pergi mencari batu-batu jalanan yang tidak berharga..

Saya amat merindui Syaikhuna Muhammad Ibrahim al-Kattani hafizahullah...

Muridmu,

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah Hayyu 10,
Kaherah Mesir

1 ulasan:

  1. Sangat menarik,jawapan yang sangat jitu,ingin rasanya saya berjumpa dengan guru anda.Allahuakbar..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...