Semalam sempat saya menonton sebuah filem Indonesia yang sangat baik. Sahabat-sahabat di sini banyak juga memberikan saranan kepada saya agar menonton filem ini. Kata mereka filem ini sangat menarik. Saya terfikir juga, apalah yang menarik sangat tentang filem tersebut. Filem yang bertajuk “Laskar Pelangi” itu telah ditonton berkali-kali oleh beberapa sahabat saya di sini. Sehinggakan sebahagian daripada sahabat saya menamakannya sebuah filem motivasi untuk menghadapi peperiksaan. Bila saya menonton sendirian semalam, barulah saya dapat rasakan apa yang mereka rasakan. Memang amat menyentuh perasaan dan membakar semangat untuk terus belajar.
Filem yang mengisahkan tentang 10 orang pelajar miskin yang belajar di Sekolah Rendah Agama di Belitung, Indonesia bersama tiga orang guru (pada mulanya kemudian tinggal dua orang sahaja yang meneruskan perjuangan)yang sangat bersemangat ini memberikan seribu satu pengajaran kepada sesiapa yang menontonnya dengan baik.
Sekolah ini pada mulanya sudah hendak ditutup kerana kekurangan murid dan kakitangan sekolah. Tetapi kecekalan dan ketabahan guru-guru yang tidak mengenal erti penat lelah benar-benar menghidupkan sekolah tersebut. Sekolah yang berdindingkan papan dan beratapkan zink yang sudah reput, sedikitpun tidak melemahkan semangat mereka semua untuk meneruskan perjuangan.
Saya tidaklah bercadang untuk menceritakan satu persatu tentang perjalanan cerita tersebut, cuma apa yang ingin saya kongsikan bersama dengan para pembaca sekalian ialah berkenaan sikap dan pemikiran kita. Cerita ini sebenarnya ingin menyingkap sikap dan pemikiran sebahagian masyarakat yang realitinya sebegitu. Pada mula-mula sekolah tersebut akan beroperasi, orang ramai mencemuh mengatakan kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke sana. Kononnya sekolah agama yang sudah akan roboh tersebut tidak akan memberikan masa depan yang gemilang kepada para pelajarnya. Seolah-olah sekolah lain yang bukan berteraskan agama itu lebih baik dan terjamin masa depannya.
Jika diperhatikan, memang realitinya sebegitu sekarang. Baru-baru ini ketika saya pulang bercuti di Malaysia, sempat saya mengajar di sebuah sekolah agama yang terkenal di Kedah iaitu Sekolah Menengah Islam Darul Ulum(SMIDU) di Pokok Sena. Jika dibandingkan dengan sekolah yang terdapat di dalam Laskar Pelangi tersebut, sekolah ini jauh lebih baik ratusan kali ganda daripada apa yang terdapat di dalam Laskar Pelangi. Pelajarnya juga dua puluh kali lebih ramai daripada jumlah pelajar dalam Laskar Pelangi. Namun yang saya kesalkan, sikap masyarakat di bumi Malaysia yang lebih memandang kepada keduniaan . Malah sekolah-sekolah yang akan mendidik jiwa anak mereka menjadi insan berguna sebegini sering dijadikan pilihan terakhir destinasi pengajian anak-anak mereka. Bilamana tawaran untuk ke sekolah lain yang mereka rasakan baik tidak dapat, maka sekolah sebeginilah yang menjadi tempat terakhir pilihan mereka. Mengapa perlu jadi sebegini? Tepuk dada Tanya Iman kita sendiri.
Saya tertarik dengan kata Pak Harfan (Pengetua Sekolah di dalam Laskar Pelangi), sekolah sebegini perlu diteruskan walaupun muridnya sedikit, kerana ianya bukan dibina atas dasar material, sebaliknya atas dasar Iman. Maka perlu dan wajib untuk diteruskan.
Saya jarang bertemu dengan sekolah agama yang mana para pelajarnya begitu beradab dan menghormati guru mereka sebaik SMIDU. Bukan ingin memuji, tetapi hakikatnya sebegitu. Walau hanya 3 bulan mengajar di sana, namun hati dan perasaan saya sampai sekarang tidak akan dapat melupakan segala kenangan manis di sana. Guru- guru yang begitu dedikasi dipimpin oleh al-Fadhil Ustaz Ayob, walaupun bilangan mereka tidak sampai 25 orang, namun kegigihan dan ketekunan mereka mendidik anak bangsa untuk berjaya, amat- amat saya kagumi. Gaji tidaklah sebesar guru-guru J-QAF dan guru-guru yang mengajar sekolah rendah sekalipun, namun keikhlasan dan ketulusan yang menjadi mahar berharga daripada mereka untuk mendidik anak bangsa. Tidak hairanlah jika pelajarnya begitu menghormati dan menyayangi guru-guru mereka.
Saya tidak pernah belajar di SMIDU, tapi kalau diberikan peluang untuk belajar semula di peringkat menengah,maka SMIDU lah yang akan menjadi pilihan saya. Mungkin yang membaca akan menganggap saya agak berlebihan di dalam memberikan tamsilan. Terus terang saya katakan, ini adalah daripada hati sanubari saya.
Ramai yang tidak menyedari hakikat betapa pentingnya tempat pendidikan sebegini. Tempat sebegini bukan semata-mata sekolah yang di dalamnya belajar ilmu untuk sijil semata-mata, sebaliknya di sini ialah tempat pembinaan jiwa dan rohani untuk disampaikan dan disemaikan kepada masyarakat seluruhnya.
Sepatutnya ibu bapa perlu menyedari perkara sebegini. Pendidikan agama sangat penting. Bukan hanya untuk dunia sahaja malah akhirat juga. Saya terkilan bilamana saya menceritakan tentang SMIDU kepada sebahagian masyarakat mahasisiwa di Mesir tentang masalah yang dihadapi SMIDU kerana kurang pendaftaran, ada yang berkata dengan sinis “sebab kualitinya kurang”. Ingin sahaja saya berkata semula kepada golongan sebegini, “kenapa orang yang begitu berkualiti seperti kamu tidak mahu pulang dan berbakti kepada sekolah seperti itu?”. Permasalahannya sekarang, “ orang-orang yang berkualiti” seperti ini lebih sukakan pekerjaan yang gajinya lebih besar dan lebih enak. Inilah masalah utama “orang-orang berkualiti” seperti ini.
Iya, kalaupun kamu tidak ingin dan tidak langsung terlintas untuk berbakti kepada pusat pengajian seperti ini( kerana gajinya kecil tidak sebanyak kerjaan lain) sekurang-kurangnya berikanlah semangat dan bantuan moral kepada sesiapa yang mengajar di sana. Ini tidak, malah dipandang rendah kepada golongan yang begitu ikhlas mendidik anak bangsa tanpa mengharapkan material seperti kamu. Ya Allah, janganlah kami menjadi orang yang tidak mensyukuri nikmatMu dalam keadaan kami tidak sedar akan perkara tersebut.
Saya cadangkan kepada golongan sebegini, lihat dan ambil perhatian filem yang saya sebutkan ini “Laskar Pelangi”. Tontoni dan teladani dengan baik setiap bait perkataan yang diucapkan mereka. Moga kamu semua dan kita mendapat hidayah dan petunjuk.
Teringat kata-kata Pak Harfan kepada murid-murid titipannya:
“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya,bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya”
Semoga semua dapat mengambil teladan. SMIDU, kau tetap di dalam ingatanku selamanya.
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah,Hayyu 10,
10.35 pagi
assalamualaikum wbt akhi
BalasPadamana pun baru menonton filem laskar pelangi setelah "triggered by" novelnya. andrea hirata mengangkat kisah hidupnya dgn penuh kekuatan dan rasa percaya diri.
sgt memotivasi dan tersentuh.
assalamualaikum wbt ya ustaz.
BalasPadamlaskar pelangi memang meletup habis. mungkin lebih hebat dari laskar cinta (dewa19). bagi saya, garapan di dalam novel lebih menepati kehendak hati, lebih unsur 'rasanya' (feel) juga lebih unsur Islamnya. tapi tak cukup hanya menelaah laskar pelangi tanpa menjenguk tiga buah novel susulannya (tetralogi = laskar pelangi + sang pemimpi + edensor + maryamah karpov).
minta izin untuk link ya ustaz, boleh?
:) terima kasih shiroi..insyaAllah ada kesempatan teringin benar menelaah 3 novel susulan tersebut..kalau shiroi boleh kirimkan kepada saya lebih baik..syukran..jazakallah..
BalasPadamsilakan untuk link..sentiasa dialu-alukan ..sama2 berkongsi maklumat..
wassalam
Mmg hakikat masyarakat Malaysia dihanyut dgn kebendaan.Susah utk menafikannya.
BalasPadamAna jg bersetuju dgn pendpt mengatakan sekolah2 agama menjadi pilihan terakhir utk anak2 mereka yg lemah.Ini satu tindakan yg salah.Seringkali ana berfikir,knp tidak pelajar-pelajar genius dan cemerlang ditaja utk pengajian Agama Tulen spt di Al-Azhar,Jordan,Syria n Hadramaut yg guru2nya hebat?alangkah bagus dan beruntungnya jika lebih ramai ulama muda lahir dan berkhidmat utk masyarakat malahan sbg pengemudi kerajaan supaya mjadi kerajaan yg diredhai dan diberkati Allah.
Guru2 yang mementingkan keduniaan dan kebendaan semata-mata tidak akan dapat melahirkan murid2 yang betul2 berjiwa Islam.Solat n Puasa mkin blh dididik secara amalinya,tp bagaimana pula dgn rohaninya?Solat n Puasa buat,tp lawan kata n berkasar dgn guru.there is something with their soul...
Sekadar pandangan...
sangat bersetuju dengan fitrie..syukran atas pandangan...
BalasPadamSalam ustaz...
BalasPadamMacam best je cter laskar pelangi ni...
Ustaz download kat mana yerk??? Nak tengok jugak...huhu
Bleh bgi link tak???
Terima kasih ustaz... n selamat menempuhi final exam.. Saya doakn ust najah dgan cmerlang.
assalamualaikum ust
BalasPadammacam best je sekolah tu.teringin plk nak gi^_^