Isnin, 25 Mei 2009

Berfikir Dahulu Sebelum Menghukum


Baru-baru ini ana(Ukhti alFaqihah) ada dapat mesej tentang hukum berzina kemudian kahwin..

Tapi ana musykil, betul ke hukumnya memang haram??..ana sertakan sekali mesej yang ana dpt..harap ustaz boleh tolong jelaskan ..syukran..

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini pada zaman sekarang, memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, maka cepat- cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama ustaz di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, orang-orang kampung, tuan-tuan Imam, tuan-tuan Kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .
tamat

Saya Menulis ....

Persoalan sebegini memang sering kali ditanyakan kepada para Ustaz, Tuan Guru dan Alim Ulama. Ini bermakna memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa zaman sekarang adalah zaman yang terlalu banyak fitnah. Terima kasih kepada Saudari alFaqihah yang mengajukan soalan ini kepada saya. Sengaja saya paparkan persoalan tersebut kerana ianya menarik untuk di baca oleh semua. Terima kasih sekali lagi kepada Saudari alFaqihah kerana menyediakan soalan berbentuk begini. Padat dan menarik untuk diperhatikan.

Saya tidaklah ingin memberikan komen berkenaan jawapan Imam tersebut. Cuma saya akan memberikan jawapan yang saya petik daripada kitab-kitab rujukan para ulama sebagai maklum balas kepada jawapan yang diberikan tersebut. Para pembaca akan menilai sendiri jawapannya. Saya memohon kepada Allah taala agar dipermudahkan bagi saya untuk menyusun jawapan yang terbaik buat tatapan semua.

Sepakat para ulama Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah mengatakan bahawa dihalalkan bagi penzina lelaki berkahwin dengan penzina wanita (yang dia berzina dengannya). Ini bermaksud dibenarkan kepada si penzina lelaki untuk berkahwin dengan si penzina wanita walaupun di dalam keadaan wanita tersebut sedang hamil. Ini merupakan pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama.

Titik perselisihan dikalangan para ulama bukanlah pada permasalahan perkahwinan antara penzina lelaki dengan penzina wanita tersebut. Para ulama berselisih pendapat pada perkahwinan yang berlaku di antara penzina wanita dengan lelaki lain yang tidak berzina dengannya.

HUKUM PERKAHWINAN PENZINA WANITA DENGAN LELAKI YANG TIDAK BERZINA DENGANNYA

Kata Imam Hassan al-Basri : Perkara ini memfasakhkan nikah tersebut. Manakala Jumhur para ulama mengatakan bahawa harus bagi lelaki tersebut mengahwini wanita penzina itu.
Titik perselisihan tersebut berlaku berdasarkan pemahaman terhadap penafsiran ayat 3 di dalam surah al-Nur. Allah taala berfirman :

الزَّانِي لا يَنْكِحُ إلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
Imam Hassan al-Basri rahimahullah memahami bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa perkahwinan itu akan menjadi terfasakh kerana zahir ayat ini menunjukkan bahawa haram bagi golongan mukmin mengahwini wanita penzina.Manakala Jumhur para ulama pula memahami ayat ini bukanlah bermaksud haram tetapi sebaliknya suatu kejian dan sangat tidak layak bagi seorang mukmin mengahwini wanita penzina. Kejian tersebut bukanlah bermaksud tidak boleh dikahwini.

Menurut Syeikh al-Mufassir Muhammad Ali Shabuni hafizahullah: Para ulama mentakwilkan ayat ini dengan mengatakan bahawa kebiasaannya lelaki dan perempuan penzina tidak akan berkenan untuk mengahwini lelaki yang soleh atau wanita yang solehah. Mereka tentu lebih menggemari lelaki dan wanita yang seumpama dengan mereka.

Jumhur para ulama juga menggunakan dalil yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Majah dan Imam al-Baihaqi daripada hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Umar dan Saidatina Aisyah radhiyallahu anhuma:

لا يحرم الحرام الحلال

Maksudnya: Perkara yang haram (zina) tidak akan mengharamkan perkara yang halal( nikah).

Hadis ini bermaksud, penzinaan tidaklah menghalang seseorang tersebut berkahwin dengan wanita yang berzina tersebut.

Para ulama berbeza pendapat sekiranya wanita yang ingin dikahwini tersebut mengandung. (Perlu diingat, perbahasan yang kita bahaskan sekarang bukanlah perkahwinan penzina lelaki dengan penzina wanita tetapi perkahwinan diantara penzina wanita dan lelaki yang suci daripada zina.).

Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad bin Hassan al-Syaibani rahimahumullah berpendapat jika wanita tersebut mengandung tetap sah aqad nikah lelaki tersebut dengannya.Tetapi dengan syarat lelaki tersebut tidak menyetubuhinya sehinggalah wanita tersebut melahirkan anak itu.

Manakala Imam Abu Yusuf dan Zufar ( Ulama Hanafiyah) berpendapat mengatakan bahawa diharamkan untuk berkahwin dalam keadaan wanita itu masih mengandung.

Para ulama Malikiyah pula berpendapat mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk mengahwini wanita penzina selagi wanita tersebut tidak suci daripada 3 kali haid.

Para ulama Hanabilah pula berpendapat , jika seoarang wanita berzina maka tidak dihalalkan kepada sesiapa yang mengetahuinya untuk mengahwininya melainkan setelah selesai dua perkara. Pertama, setelah selesai melahirkan kandungan tersebut. Kedua, setelah memastikan bahawa wanita tersebut telah bertaubat.

Manakala permasalahan nasab bagi anak zina, saya telah bahaskan pada masa yang lalu. Bagi sesiapa yang ingin merujuknya maka bolehlah melihat di [klik di sini].

KESIMPULAN

Setelah kita bahaskan dengan ringkas, maka jelaslah bahawa perkahwinan tersebut sah.Tiada masalah padanya. Saya berpandangan mungkin Imam tersebut bercampur permasalahan di antara perkahwinan penzina lelaki dengan penzina wanita dan permasalahan perkahwinan penzina wanita dengan lelaki yang suci. Ini memerlukan pengkajian yang teliti.Islam adalah agama yang mudah dan memberikan rahmat kepada umatnya.Sayugialah bagi seorang alim untuk mengkaji terlebih dahulu sebelum menjawab segala persoalan. Bimbang akan menyusahkan masyarakat. Wallahu a’lam.

Rujukan:
1. Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Wahbah Zuhaili cetakan Darul Fikr Syria Jilid 9 mukasurat 6648-6650

2. Tafsir Ayat al-Ahkam oleh Syeikh Muhammad Ali al-Shabuni cetakan Darul Shabuni Jilid 2.

3. Fatawa Darul Ifta’ Misriyah jilid 8

4. Fatawa Syeikh Ali Jum’ah Jilid 1

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah,
Kaherah Mesir

12 ulasan:

  1. assalamualaikum ust

    sebenarnya tulisan yang bertaip warna merah itu kata-kata siapa?

    BalasPadam
  2. salam laila..yg warna merah tue email daripada alfaqihah, n dia yg tanya soalan tue..n sekali dengan soal jawab dengn Imam Masjid yg jawab pasal nikah org yg berzina tue...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. salam saudara hafiz..silakan utk copy..

    ilmu untuk semua :) jazakallah khair..

    BalasPadam
  5. salam us nazrul..mabruk diatas penjelasan tentang masaalah yang ditujukan pada ustaza..moga Allah limpahkan berkatnya buat ustaz..maaf kalau ana memberi sedikit komentar..kalau pe tak silap ana penjelasan ustaz ni ada yang tertinggal..contohnya pada ...."Sepakat para ulama Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah mengatakan bahawa dihalalkan bagi penzina lelaki berkahwin dengan penzina wanita (yang dia berzina dengannya). Ini bermaksud dibenarkan kepada si penzina lelaki untuk berkahwin dengan si penzina wanita walaupun di dalam keadaan wanita tersebut sedang hamil. Ini merupakan pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama. "....ana rasa penjelasan disini kurang tepat..kerana yang membenarkan berkahwin dgn perempuan yang berzina tanpa menunggu selesainya iddah atau melahirkan anak bg yang hamil adalah mazhab syafie dan hanafi sahaja..tetapi bagi mazhab hanbali dan maliki,perempuan yang beerzina tak kira hamil atau tidak,yang ingin berkahwin dgn yg berzina dgnnya atau org lain baginya wajib iddah..hal ini boleh dirujuk dalam kitab Fiqh islam Waadillatuh,bab iddah m/s:595-596..
    begitu juga dalam masaalah menasabkan anak zina..di dalam rujukan yang sama m/s:154-156 mnerangkan..bagi perempuan yang berkahwin dgn lelaki yang berzina dgnnya sekiranya ketika berlakunya perkahwinan perempuan itu tidak hamil..ulamak bersepakat bahawa anak itu kalau dilahirkan selepas berlalu enam bulan akan dinasabkan kepada lelaki tersebut..dan tidak boleh dinasabkan kalau lahir sebelum berlalu enam bulan dari masa berlakunya perkahwinan kerana diihtimalkan perempuan itu hamil sebelum berlakunya akad perkahwinan..tetapi boleh dinasabkan pada lelaki tersebut dgn iqrarnya..dan kalau berlakunya perkahwinan selepas perempuan itu hamillah baru jumhur fuqahak berpendapat tidak boleh anak itu dinasabkan kepada suami perempuan tersebut samaada yang berzina dgnnya atau pun tidak..tetapi bagi imam abu hanifah,ibnu taymiah,urwah dan sulaiman bin yasar,mereka berpendapat anak tersebut boleh dinasabkan kepada ayahnya(yg berzina),tetapi bukan kepada selain yg berzina tersebut seperti pendapat jumhur..maaf atas komentar ini..WALLAHUA'LAM...

    BOLEH JUGADIRUJUK: http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Option=FatwaId&Id=6045

    "

    BalasPadam
  6. syukran saudara al-kelantani...
    kebenaran lebih berhak diikuti..kebenaran bukan milik saya..saya akan cuba rujuk semula ye.. terima kasih banyak atas komentar yang membina..

    BalasPadam
  7. salam ustaz.bagaimana pendapat yang mengatakan boleh lelaki yang berzina berkahwin dengan wanita berzina yang hamil jika bayi yang dikandungnya tidak sampai 4 bulan dlm kandungan??

    BalasPadam
  8. YANG PENTING JANGAN BERZINA..NAUZUBILLAH..JALAN HUDUD KAN BAIK..JALAN REJAM NGAN SEBAT...MESTI RAMAI YANG TAKUT NAK BUAT MAKSIAT.

    BalasPadam
  9. HMM MAKSIAT SKUNK BERADA DI MANA2....TERPULANG PADA KITA NAK TEGUR ATAU BUAT2 X NAMPAK ZINA TU..

    BalasPadam
  10. salam ust...
    bagaimana pula dengan soalan di no.8
    benarkah mesti menunggu haid baru boleh bernikah??
    jika sudah bernikah perlukah pernikahan di buat semula?

    BalasPadam
  11. salam ustaz...
    mtak izin utk share..
    trime kasih...:)

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...