Alhamdulillah masih diberikan kesempatan hidup oleh Allah taala untuk menghirup udara segar dan menjadi seorang Muslim yang mensyukuri nikmatNya..
Hari ini alhamdulillah dapat mengkhatam al-Quran bersama sahabat-sahabat lain dengan Syeikhuna al-Murabbi Dr Yusri Abdul Jabbar ak-Hasani di Masjid beliau di Jabal Mukhattam,Kaherah..
Semalam adik saya Siti Naqiyah menghantar masej pesanan ringkas (SMS) memberitahu bahawa ibu meminta saya menelefonnya segera..Kebetulan berada di hadapan komputer dan saya pun tiada kelas pengajian semalam ,terus saya telefon ibu dan bertanyakan khabar...
Banyak juga perkara yang kami bincangkan dan dalam masa yang sama ibu menasihati saya agar menjawab segala persoalan yang ditanyakan kepada saya..itupun jika saya mampu..
Saya terharu, maksudnya ibu sentiasa meneliti setiap hasil kerja saya setiap hari.. dan seperti yang saya selalu sebutkan, ibulah orang pertama akan memberi nasihat dan teguran jika ada perkara yang dirasakan perlu ditegur... Ibu mengatakan bahawa beliau tidak mahu ada yang berasa hati dengan saya kerana kadang-kadang saya tidak menjawab soalan-soalan dan pertanyaan khabar di dalam Chat Box yang saya sediakan..
Saya ingin memohon maaf kepada semua yang tidak sempat saya menjawab persoalan dan pertanyaan khabar kepada saya..Bukan sombong ye cuma terlepas pandang...Apa-apapun saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana sudi menjengah blog saya ini...Jadikan wadah ini untuk kita sama-sama merapatkan ukhuwwah Islamiyah sesama kita...Doa sahabat-sahabat sekalian amat saya nantikan..Apa sahaja cadangan bolehlah kemukakan kepada saya...Demi untuk kebaikan bersama...
Ibu memang cukup mengambil berat berkenaan perkara ini..dan Ibu tetap merupakan peminat saya nombor 1.. Terima Kasih Ibuku yang tercinta...
Terlanjur menulis di sini, kita akan sama-sama membincangkan kes yang berlaku baru-baru ini di Malaysia iaitu berkenaan kes mengekalkan agama bagi anak yang ibu@ bapanya memeluk Islam dan perkahwinan yang tidak terbatal jika salah seoarang menganut Agama Islam...Perbicaraan ini agak berat, jadi saya memohon kepada sahabat-sahabat sidang pembaca agar mendoakan saya dan beberapa sahabat dimudahkan di dalam pengkajian ini...Secepatnya saya akan terbitkan di dalam blog ini...Ini berkaitan maruah ummat Islam ....
Doakan agar dimudahkan dan diberikan kelapangan oleh Allah taala serta diberikan petunjuk kepada kebenaran..Doakan juga moga Allah berikan kemenangan kepada Umat Islam kerana realitinya Islam diinjak-injak ... Inilah bahananya jika kita menyerahkan amanah dan kepimpinan kepada yang bukan ahlinya...Benarlah Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam daripada Hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu:
إذا وُسِّد الأمرُ إلى غير أهله فانتظر الساعة
Maksudnya: Jika diserahkan sesuatu urusan bukan kepada orang yang selayaknya maka nantikanlah saat kehancurannya.
Ya Allah berikanlah kemenangan untuk Islam... Kami tidak sanggup lagi melihat Islam diinjak-injak sebegini..Amin Ya Rabbal A'lamin...
Mohd Nazrul Abd Nasir...
Rumah Kedah Hayyu Asyir ,
9.07 pagi...
Maksudnya: Jika diserahkan sesuatu urusan bukan kepada orang yang selayaknya maka nantikanlah saat kehancurannya.
Ya Allah berikanlah kemenangan untuk Islam... Kami tidak sanggup lagi melihat Islam diinjak-injak sebegini..Amin Ya Rabbal A'lamin...
Mohd Nazrul Abd Nasir...
Rumah Kedah Hayyu Asyir ,
9.07 pagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.